Anda di halaman 1dari 5

1.

0 Tujuan Kertas Kerja

Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan sokongan dan kelulusan daripada Guru Besar
dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum bagi menubuhkan Kelab Media dan Teknologi SK
Bandar Utama Damansara 4. Selain itu, kertas kerja ini juga memberikan gambaran dan
maklumat tentang cadangan pelaksanaan aktiviti Kelab Media dan Teknologi bagi memohon
dana dan sumbangan untuk menampung perbelanjaan yang telah dianggarkan.

2.0 Latar Belakang

Dunia kini berada dalam era maklumat yang memerlukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) memainkan peranan yang sangat dominan untuk menentukan kejayaan masa depan
dalam dunia yang tanpa sempadan. Selaras dengan perkembangan ini, sistem pendidikan
negara juga perlu mengoptimurnkan penggunaan teknologi maklumat untuk tujuan pengurusan
serta pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan ini, panduan penubuhan Kelab Media
dan Teknologi perlu diberi penekanan baru agar ini menjadi satu wadah kepada murid untuk
meningkatkan pengetahuan serta kemahiran mereka dalam mengaplikasikan teknologi
komputer sebagai bahan bantu dalam memudahkan akses kepada pencarian maklumat
pembelajaran mereka. Penggunaan teknologi dan maklumat dalam kehidupan seharian juga
dapat memupuk dan membuka ruang murid untuk mengekspresi diri mereka dalam bidang TMK
dan sekali gus menarik minat murid untuk terus yakin dan aktif dalam pembelajaran yang
dijalankan. Kemudahan digital ini secara tak langsung dapat memupuk kesedaran kepada
semua murid bahawa era ini merupakan era teknologi yang bukan sahaja menfokuskan
akademik semata-mata, akan tetapi kemahiran teknologi ini perlu ada sebagai nilai tambah
kepada diri setiap murid dalam mendepani masa depan yang global dan mencabar pada masa
akan datang.

3.0 Rasional

i. Belum pernah ditubuhkan pada peringkat sekolah rendah sebelum ini.


ii. Menjadi wahana pendedahan kepada generasi muda untuk menguasai teknik dalam
mengaplikasikan kemudahan teknologi dalam kehidupan seharian.
iii. Kemudahan makmal komputer yang lengkap dan tersedia di SK Bandar Utama
Damansara 4.
iv. Menjadi salah satu sumber pembelajaran murid untuk mengakses maklumat.

1
4.0 Matlamat

Melahirkan murid yang berpengetahuan dan inovatif dalam bidang TMK serta mewujudkan
kesedaran dalam kalangan murid terhadap kepentingan teknologi dalam kehidupan seharian. Di
samping itu, matlamat kelab ini juga selaras dengan keperluan semasa dunia pendidikan dalam
melahirkan murid-murid yang mempunyai daya fikir yang inovatif melalui penerapan elemen
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam arena digital Pendidikan Abad ke-21 (PAK-21).

5.0 Objektif

i. Melatih murid-murid menguasai kemahiran mencari dan mengurus maklumat yang


sesuai
melalui penggunaan teknologi maklumat.
ii. Mendedahkan murid kepada pengetahuan asas yang berkaitan dengan sistem
komputer/teknologi maklumat.
iii. Mendedahkan murid kepada peluang-peluang kerjaya yang berkaitan dengan komputer
dan Teknologi Maklumat.
iv. Melahirkan modal insan yang mempunyai nilai tambah dalam pengurusan maklumat dan
teknologi.

6.0 Visi

Melatih murid yang aktif, inovatif serta berkemahiran dalam pengurusan teknologi maklumat.

7.0 Misi
Memupuk minat murid dalam bidang TMK serta menerapkan unsur nilai tambah kepada murid
melalui pengetahuan dan kemahiran dalam bidang TMK yang dipelajari.

8.0 Nama dan Alamat Kelab

Kelab Media dan Teknologi,


Sekolah Kebangsaan Bandar Damansara Utama 4,
47800 Petaling Jaya, Selangor
9.0 Logo Kelab

Pengertian Logo
i. Jalur merah melambangkan penanda aras ke arah dunia digital.
ii. Ikon komputer berwarna hijau melambangkan identiti utama Kelab Media dan Teknologi.
iii. Bulatan emas melambangkan zaman keemasan digital waktu ini.

10.0 Moto Kelab


“Transformasi ke arah dunia digital”

11.0 Lagu Kelab

Kelab Media dan Teknologi,


Meningkatkan ilmu bertambah mutu,
Bersama satu suara,
Mengarah dunia digital.

Membina insan yang seimbang,


Berfikir inovatif dan kritis,
Mencorak minda kelas pertama,
Ayuhlah semua,
Kita realisasikannya.

3
12.0 Keahlian

i. Dibuka kepada murid Tahap Dua sahaja.


ii. Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang (rujuk lampiran 7).
iii. Ahli kelab terhad kepada 30 orang sahaja.
iv. Ahli-ahli mesti bersetuju dengan perlembagaan yang telah ditetapkan.
v. Ahli mesti bergiat aktif dalam sebarang aktiviti kelab yang dijalankan.

13.0 Organisasi Pentadbiran

(Rujuk Lampiran I)

14.0 Implikasi Kewangan

BI PERKARA JUMLAH
L
1. Vest Ahli RM45 x 10 helai RM 450.00
2. Yuran Bengkel Komputer RM100 x 2 pasukan RM 200.00
3. Modul Pembelajaran Digital RM100 x 1 unit RM 100.00
4. Mereka cipta inovasi RM500 RM 500.00
JUMLAH RM1250.00

15.0 Perancangan Aktiviti Tahunan

(Rujuk Lampiran II)

16.0 Pindaan Perlembagaan

(Rujuk Lampiran III)

17.0 Syor

Konklusinya, penubuhan Kelab Media dan Teknologi merupakan aset terpenting dan bernilai
kepada sekolah untuk meningkatkan kualiti dan prestasi murid-murid di SK Bandar Damansara
Utama 4, seterusnya mengharumkan nama baik sekolah melalui aktiviti yang akan disertai.
Justeru, diharap dengan usaha murni kami melalui kertas kerja penubuhan kelab ini mendapat
sokongan daripada warga sekolah, khususnya guru besar SK Bandar Damansara Utama 4.
Disediakan oleh:

(NABIL AZFAR BIN A WAHAB)


Guru Penasihat,
Kelab Media dan Teknologi,
Sekolah Kebangsaan Bandar Damansara Utama 4.

Disemak oleh:

(AMIRUL BIN FIRDAUS)


Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Bandar Damansara Utama 4.

Diluluskan oleh:

(TN. HJ. ZAKARIA BIN MUHAMMAD)


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Bandar Damansara Utama 4.

Anda mungkin juga menyukai