Anda di halaman 1dari 4

TUGASAN 3 : PENULISAN ESEI

Kemajuan teknologi turut memberi kesan yang besar kepada bidang pendidikan di Malaysia.
Pemikiran para pelajar akan menjadi tidak terbuka dan kurang abstrak sekiranya pengajaran
dan pembelajaran, PdP dilaksanakan hanya semata-mata mengikut buku teks (Nor Fadila &
Chiew, 2010). Oleh itu, multimedia interaktif dikatakan merupakan media pendidikan yang
sangat berkesan untuk digunapakai sebagai bahan bantu belajar, BBB jika dibandingkan
dengan media pendidikan yang lain seperti carta dan papan putih kerana ia mengandungi
lima aspek iaitu teks, grafik, audio, video dan animasi (Zakiah Bin Osman 2004). Multimedia
interaktif menghasilkan persekitaran yang baharu serta efektif untuk pembelajaran di mana
ianya kaya dengan maklumat bahasa kerana menggabungkan kesemua aspek (Jamian et al.
2012).

Dalam menilai perisian produk multimedia ini saya telah menggunakan Model
ASSURE sebagai sandaran untuk memilih media pengajaran yang sesuai dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana isi kandungan pelajaran, kaedah pengajaran
dan pembelajaran bahan sumber pembelajaran dan media yang digunakan hendaklah selaras
dengan minat, keupayaan intelek, kecenderungan dan kebolehan pelajar. Yusup
Hashim.(1998). Berdasarkan model ASSURE ini saya dapat menilai bahawa perisian tersebut
boleh digunakan oleh guru agar pengajaran yang efektif dapat dihasilkan serta mampu
menjadikan pembelajaran murid menjadi bermakna yang bersesuaian dengan tahap mereka.

Menurut Sharifah (1987) penilaian media pengajaran mengambil kira perkara-perkara


yang menyebabkan sesuatu media itu dipilih seperti aspek teknikal, kesesuaian, isi
kandungan, ketepatan dan ciri fizikal, penggunaan guru dan murid dan pembelajaran yang
diperoleh oleh murid. Berdasarkan borang instrumen yang telah saya buat, dari aspek
teknikal, perisian tersebut mempunyai arahan penggunaan perisian yang jelas dan mudah
difahami, serta mempunyai suara latar yang jelas, tidak tersekat-sekat dan ianya juga sesuai
dengan tahap murid sekolah rendah. Walaubagaimanapun, perisian tersebut mempunyai
sedikit kekurangan kerana ianya memerlukan perisian “ Microsoft Powerpoint” yang terkini
untuk mengaksesnya dan tidak semua perisian tersebut boleh berfungsi untuk semua sistem
komputer. Maksudnya perisian tersebut hanya boleh diakses oleh sistem Windows tahun
2007 dan keatas.

Dari aspek isi kandungan dan reka bentuk perisian, secara keseluruhannya perisian
tersebut direka untuk memenuhi tiga aspek penting dalam Subjek Pendidikan Islam yang
merangkumi pembelajaran Al-Quran, pembelajaran ibadah serta sisipan sampingan untuk
pembelajaran Bahasa Arab. Perisian produk multimedia ini direka dalam tulisan Bahasa
Melayu yang memudahkan murid untuk meahami isi kandungan dalam perisian tersebut
khususnya bagi murid yang mempunyai masalah dalam memahami Bahasa Jawi. Justeru,
ianya mengandungi paparan teks yang baik, panel kawalan butang interaktif dalam perisian
yang mudah difahami serta berfungsi dengan baik. Bukan itu sahaja, ianya juga dilengkapi
dengan pengenalan, pembelajaran, langkah-langkah aktiviti serta penilaian yang sesuai yang
telah disusun dan dirancang dengan teliti melalui strategi pengajaran untuk memastikan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Subjek Pendidikan Islam. Hal ini telah
diperkukuhkan lagi oleh Jamaluddin & Zaidatun Tasir (2001) bahawa reka bentuk mesej
memberi pengaruh terhadap keberkesanan mesej yang diterima.

Selanjutnya dari aspek multimedia, perisian ini menepati Asas bagi Reka Letak Grafik
serta Prinsip Reka Bentuk Visual. Dari aspek Asas bagi Reka Letak Grafik, perekanya kreatif
dalam mengintegrasikan titik, garisan,permukaan, bentuk, ruang serta warna yang mampu
memberikan pelbagai perasaan kepada pengguna seperti seronok dan teruja. Malah ianya
mengandungi pelbagai imej yang kreatif dan representative seperti bentuk objek, figura,
kartun, haiwan, persekitaran, emosi dan lain-lain lagi. Hal ini kerana reka letak grafik yang
berkesan mendorong kepada interaksi yang aktif di dalam bilik darjah dan mampu
mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Kathleen Chee (2008). Dari sudut
yang lain pula iaitu Prinsip Reka Bentuk Visual, perisian tersebut mampu menggunakan
konsep yang bersesuaian dengan enam prinsip asas reka letak yang dikenali sebagai
CASPER. Oleh kerana itu, pendekatan kreatif dalam mengharmonikan Prinsip Reka Bentuk
Visual ini akan reka letak sesebuah perisian itu akan lebih menarik dan mesej yang hendak
disampaikan akan lebih mudah untuk difahami oleh pengguna.Chan Hon Woon (1997).

Yang terakhir sekali, dari aspek interaktiviti perisian ini mampu memberi impak kepada
pengajaran dan pembelajaran kerana ianya menyediakan sukatan pelajaran yang selaras
dengan kurikulum subjek Pendidikan Islam yang digubal oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia. Disamping itu, perisian ini menepati objektif pelajaran serta menyediakan fakta dan
konsep yang mudah difahami oleh murid. Selain persembahan dan strategi yang sesuai
dengan kepelbagaian kebolehan murid ianya juga menyediakan latihan yang membantu
memperkukuhkan pemahamaan konsep belajar. Hal ini bertepatan seperti yang terdapat di
dalam Model ADDIE pada peringkat penilaian yang mengandungi penilaian formatif dan
sumati yang bertujuan sebagai maklum balas murid terhadap pelajaran yang sudah dipelajari.
Yusup Hashim (1998).

Kesimpulannya, penilaian terhadap perisian bahan bantu pengajaran memainkan


peranan yang sangat penting dalam menentukan kejayaan pengajaran dan pembelajaran.
Guru juga berperanan dalam mengaplikasikan kemahiran pengajaran dengan menggunakan
teknologi makumat kedalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana ianya dapat
digunakan sebagai salah satu cara untuk mempelbagaikan strategi pengajaran mereka
disamping objektif pengajaran dan pembelajaran dan hasil pembelajaran akan tercapai
dengan jayanya.
RUJUKAN

Chan Hon Woon. (1997). Pendidikan Seni : Tingkatan 1 & 2 KBSM. Petaling Jaya : Pustaka

Delta Pelajaran Sdn. Bhd.

Jamaluddin & Zaidatun Tasir. (2001). Pengenalan Kepada Multimedia. Kuala Lumpur :

Venton Publishing.

Kathleen Chee. (2008). Pendidikan Seni Visual. Bangi : Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Yusup Hashim. (1998). Teknologi Pengajaran, Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Sharifah Alwiah Alsagoff. (1987). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai