Anda di halaman 1dari 1

TEORI MENTALIS PELOPOR : NOAM CHOMSKY Memperkenalkan analisis bahasa Transformasi generatif (Chomsky) Mendokong istilah generatif, kreatif,

if, eksplisit, kegramatisan dan transformasi Berandaian teori kod kognitif bahawa P&P bahasa sebagai satu proses kognitif Teori mentalis berpendapat bahawa pemerolehan bahasa sebagai proses pemikiran yang melibatkan aktiviti mental. Menurut teori ini, bahasa ialah aktiviti mental yang merupakan kebolehan semulajadi manusia. N.Chomsky, salah seorang pelopor teori ini berpendapat bahawa manusia dilahirkan bersama Peranti Pemerolehan Bahasa (Language Acquisation Device) atau LAD. Alat ini membolehkan manusia mempunyai kebolehan semulajadi untuk menguasai bahasa. Bagi menguatkan teorinya tentang LAD, Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu; proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama. proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya dengan kecerdasan (anak yang IQnya rendah juga juga memperoleh bahasa pada masa dan cara yang hampir sama ). proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau emosi kanakkanak. tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan sama. Golongan mentalis berpendapat bahawa seseorang kanak-kanak menggunakan keupayaan sedia ada pada mereka untuk merumus dan membentuk ayat mengikut sistem bahasa yang mereka peroleh. Manakala prestasi ialah aspek penggunaan bahasa oleh penutur berdasarkan kecekapan bahasa manusia. Oleh hal yang demikian, teori ini mengutamakan proses berfikir berbanding dengan perlakuan manusia.

CIRI TATABAHASA Terdiri daripada rumus-rumus yang berurutan dan teratur Menghuraikan bagaimana bahasa boleh dihasilkan dan difahami Menganalisis fonologi, morfologi dan sintaksis HUBUNGAN TEORI MENTALIS DALAM P&P Ada dua perkara penting dalam penguasaan bahasa kecekapan dan prestasi Prinsip: undang-undang bahasa ditekankan Tulisan dan bacaan diutamakan Pendekatan Analisis Kaedah: kod-kognitif Teknik: hafalan

Anda mungkin juga menyukai