Anda di halaman 1dari 3

Latihan 2 budaya

1. Sosiolinguistik Malaysia dipengaruhi oleh beberapa faktor, senaraikan.

2. Huraikan perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan oleh seseorang guru sebelum


mewujudkan kelas bercantum.

Sebelum mewujudkan kelas bercantum, guru hendak mamastikan bilangan


murid yang sesuai untuk mewujudkan kelas bercatum. Sebagai contohnya, guru
mencantumkan 2 kelas yang mempunyai kurang daripada 10 orang dan harus
mempertimbangkan keruangan saiz bilik darjah.
Guru juga hendaklah membuat persediaan dari segi emosi dan kemahiran
pedagogi. Emosi yang stabil dan semangat guru dapat mempengaruhi suasana belajar
dalam kelas.
Guru juga boleh menyusun jadual waktu dan membuat susunan bilik darjah
untuk kelas bercantum. Hal ini supaya dapat memastikan kelas dijalankan seperti
biasa.
Misalnya, kelas yang mempelajari mata pelajaran yang sama seperti Sains boleh
dicantumkan jika saiz bilik darjah cukup ruangnya.
Selain itu, guru hendak mengurus alat bantu mengajar sebelum bercantum
kelas. Alat bantu mengajar yang hendak digunakan harus disediakan kerana
kekurangan alat bantu mengajar akan menjejaskan pencapaian yang diharapkan.
Sebagai contohnya, video-video, aplikasi Kahoot atau games, bahan maujud, LCD dan
sebagainya.

3. Nyatakan pentaksiran berasaskan mesra budaya yang boleh anda pilih.

Pentaksiran berasaskan mesra budaya yang dipilih adalah penilaian portfolio.


Hal ini kerana say boleh menggunakan portfolio untuk mengumpul dan merekodkan
bukti pencapaian murid dalam satu jangka masa yang dipersetujui.
Seterusnya adalah penulisan jurnal. Penulisan jurnal dapat memberi peluang
kepada murid untuk berkongsi pemahaman dan pandangan peribadi mengenai sesuatu
pengetahuan yang melibatkan pelbagai konteks budaya.
Selain itu, saya boleh mengunakan cara tidak formal seperti pemerhatian
harian tingkah laku. Pemerhatian yang dibuat boleh mendapatkan maklum balas
dalam pengajaran dan pembelajaran meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor.
Penilaian kendiri guru juga boleh dilakukan. Guru boleh menilai aktiviti
pengajaran yang dilaksanakan sama ada dapat memenuhi objektif pengajaran dan hasil
pembelajaran.
Pelaksaan projek juga boleh dilakukan dalam proses pentaksiran berasaskan
mesra budaya. Cara ini boleh dilaksanakan dalam kumpulan yang terdiri daripada
pelbagai etnik yang berbeza budaya supaya mereka dapat mengenali budaya rakan-
rakan yang lain.

4. Bagaimana seseorang guru dapat membantu dalam proses membina negara bangsa di
sekolah. Huraikan.

Sebagai seorang guru, boleh mengadakan ceramah dan program untuk


menanam perasaan kasih dan taat setia murid kepada pemimpin dan negara
secara menyeluruh. Misalnya, program cintai negaraku Malaysia untuk memupuk sikap
patrotisme dan cinta pada negara.

Seterusnya, guru boleh mengingati dan menanamkan kepentingan


perpadauan pada sanubari smeua murid. Guru boleh mengambil masa lima minit
sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran untuk maklumat kepentingan
perpaduan.

Guru juga boleh sentiasa meniktiberatkan penglibatan murid berbilang kaum


dalam aktiviti perbincangan kumpulan dalam kelas. Sebagai contohnya, membuat
perbincangan dan menghasilkan midmap tugasan diberi. Dengan ini murid berbilang
kaum dapat memupuk sikap bekerjasama, hormat-menghormati antara semua etnik.

Akhirnya, guru boleh berusaha mewujudkan kesatuan antara kaum dalam


kalangan murid dengan menganjurkan aktiviti bersukan dalam kalangan murid
berbilang kaum. Dengan ini, nilai nasionalisme dan perpaduan antara satu sama lain
dapat diwujudkan dalam kalangan murid.

Anda mungkin juga menyukai