Anda di halaman 1dari 16

Kemahiran Pemilihan Dan Aplikasi

Alat Bantu Mengajar (ABM)

Rozeha binti Harun


JPM
1. PENDAHULUAN
• Pengajaran memerlukan sesuatu untuk ia mudah
disampaikan. Manakala pembelajaran pula
memerlukan rangsangan untuk memudahkan
pelajar menerima isi pelajaran. Rangsangan yang
sukar ditanggapi tidak akan dapat diproses dan
tidak akan menjadi pengalaman. Oleh yang
demikian, kecerdasan walau bagaimana baik pun
ia, jika kurang mendapat rangsangan, ia tidak
akan menghasilkan perkembangan kecerdasan
dan pengalaman yang berkesan.
• Berdasarkan hakikat inilah, peranan guru dalam
menentukan alat-alat bantu pengajaran dan
pembelajaran sangat penting. Ini adalah kerana alat-
alat itu merupakan media yang mampu mewujudkan
rangsangan dan yang kemudiannya akan bertindak
memperkembangkan kecerdasan dan pengalaman.
Dari itu, guru-guru disarankan supaya dapat menyusun
dan merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan
pembelajaran mereka dengan baik, terutamanya dari
segi pemilihan, penyesuaian dan penggunaan bahan-
bahan bantu pengajaran, kerana inilah di antara aspek
yang memberi kesan terhadap prestasi para pelajar. Di
samping itu alat bantu mengajar (ABM) juga dapat
memainkan peranan ke arah peneguhan dan
pemahaman pelajar.
2. ALAT BANTU MENGAJAR (ABM).

Alat mengajar merupakan apa-apa saja yang dialami oleh murid (Kamaruddin Hj.
Hussin, 1986)
Atan long (1981) membahagikan alat bantu mengajar (ABM) kepada tiga kumpulan,
iaitu:-
• Alat pendengaran,
• Alat pandangan
• Alat pandang dengar.

Noraziah Abdul Hamid (1981) menggolongkan alat itu kepada dua kumpulan, iaitu:-
• Media elektronik
• Media bukan elektronik,

Hanapiah Sudin (1979) menggolongkan kepada dua, iaitu:


• Bahan- bahan software
• Bahan-bahan hardware.
• Alat bantu mengajar (ABM) ini dapat dibahagi kepada tiga
peringkat:

i)Bahan-bahan yang menggunakan media elektronik seperti


filem pelajaran, filem jalur- slaid, projektor (overhead), pita
video, radio, pita rakaman, piring hitam dan lain-lain

ii)Bahan-bahan yang tidak menggunakan media elektronik


seperti suara, buku, gambar carta model, surat khabar, papan
tulis, kad imbasan dan lain-lain.

iii)Bahan-bahan yang bercorak pengalaman seperti lakonan,


pantomim, lawatan, projek pameran dan bahan-bahan dari
alam sekitar.
• Kamaruddin Hj. Hussin,1987
3. KEPENTINGAN SERTA TUJUAN ALAT
BANTU MENGAJAR (ABM).
Kepentingan alat bantu mengajar (ABM) dapat disenaraikan seperti berikut:
• Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) dapat mengawal serta mengatasi masalah kekurangan
tenaga pengajar kekurangan masa.
• Dapat mempertingkatkan minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran
• Dapat mempertingkatkan keghairahan untuk belajar.
• Dapat memahami secara lebih mendalam dan realistik tentang tajuk yang diajar.
• Dapat mengekalkan ingatan yang lebih lama terhadap isi-isi pengajaran.
• Dapat berasakan keseronokan belajar dan mengelakkan rasa jemu terhadap pengajaran guru.
• Alat bantu mengajar (ABM) menyediakan satu dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan
corak pemikiran, oleh itu ia mengurangkan berbagai-bagai gerak balas lisan daripada murid
• Alat bantu mengajar (ABM) membekalkan satu dasar untuk perkembangan pembelajaran murid
dan menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal.
• Alat bantu mengajar (ABM) menolong menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam
tentang kefahaman isi pengajaran.
• Alat bantu mengajar (ABM) menawarkan pengalaman yang sebenar dan menjadikan pengajaran
lebih menarik
• Pembelajaran yang diperoleh akan lebih bermakna.[3]
• Bahan itu dapat melahirkan dorongan daya kreativiti, baik kepada guru mahupun pelajar.
• Melahirkan satu interaksi dan kerjasama antara pelajar dengan guru dan pelajar dengan pelajar.
• Dapat menjimatkan masa dan pelajar akan belajar lebih banyak dalam masa yang singkat.
4. KEMAHIRAN PEMILIHAN DAN APLIKASI
ALAT BANTU MENGAJAR (ABM).
Kriteria-kriteria dalam memilih alat bantu mengajar (ABM) itu, di antaranya:-
• Alat bantu mengajar (ABM) haruslah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Isi
kandungannya haruslah tepat dan berkait rapat dengan topik yang hendak diajarkan.
• Alat bantu mengajar (ABM) harus mengandungi idea-idea dan reka bentuk yang asli dan tersendiri.
• Alat bantu mengajar (ABM) boleh membantu guru dalam aktiviti pengajaran atau boleh juga
digunakan oleh murid-murid dalam aktiviti pembelajaran mereka. Dengan perkataan lain guru
boleh menyampaikan konsep dengan lebih mudah, tepat dan cepat lagi dengan adanya alat bantu
mengajar (ABM). Murid-murid pula dapat mempelajari konsep itu dengan tepat, penuh minat dan
lebih kekal dalam ingatan.
• Reka bentuk alat bantu mengajar (ABM) hendaklah menarik dan berkesan untuk menarik perhatian
dan menimbulkan minat murid-murid, alat ini harus disediakan dengan menggunakan gambar yang
berwarna.
• Alat bantu mengajar (ABM) harus disediakan dengan perbelanjaan yang rendah dan dalam masa
yang berpatutan. Tiada gunanya membuat Alat bantu mengajar (ABM) dengan perbelanjaan yang
terlalu tinggi dan menggunakan masa yang lama untuk menyediakannya.
• Alat bantu mengajar (ABM) harus disediakan dalam saiz dan berat yang sesuai supaya ia mudah
dibawa, diguna dan disimpan. Alat bantu mengajar (ABM) yang terlalu berat dan besar akan
mengganggu kelancaran penyampaian guru atau penggunaan murid.
• Sumber pengajaran-pembelajaran haruslah mengandungi nilai-nilai murni yang tinggi. Guru tidak
harus menggunakan bahan-bahan seperti gambar yang tidak sopan, misalnya memakai baju yang
menjolok mata atau menggunakan bahan-bahan yang mengandungi unsur negatif seperti berjudi
dan merokok.
5. PENGAPLIKASIAN ALAT BANTU
MENGAJAR (ABM).
Untuk keberkesanan aplikasi alat bantu mengajar (ABM) terlebih dahulu guru
menekan perkara berikut:-

• Tentukan sumbangan yang dapat diberikan oleh alat bantu mengajar (ABM) itu
kepada pengajaran tertentu berhubung dengan objektif pengajaran yang hendak
diajar. Elakkan daripada menyedia alat bantu mengajar (ABM) yang tidak sesuai
digunakan atau tidak dapat digunakan dengan berkesan.
• Rancangkan bagaimana alat bantu mengajar (ABM) itu dapat digabungkan
penggunaannya dalam pengajaran untuk menambah pengalaman pembelajaran
murid-murid.
• Aturkan supaya alat-alat bantu mengajar (ABM) itu dapat digunakan oleh murid
dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kelam kabut atau mengganggu
pengajaran.
• Kaji maklumat daripada berbagai-bagat punca tentang cara penggunaan sesuatu
alat bantu mengajar (ABM) untuk mendapat kesan yang memuaskan.
• Nilaikan sumbangan alat bantu mengajar (ABM) kepada pengajaran melalui
percubaan. Ubahsuaikan cara penggunaannya berdasarkan penilaian ini

6. CARA-CARA APLIKASI ALAT BANTU
MENGAJAR (ABM)
Tujuan utama menggunakan alat bantu mengajar (ABM) dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran ialah untuk membantu guru menyampaikan pengajarannya dengan
mudah, tepat, cepat serta menarik. Untuk mencapai tujuan ini, guru haruslah
memahami teknik penggunaan alat bantu mengajar (ABM) dan menggunakannya
dengan cekap. Berikut ialah beberapa garis panduan menggunakan alat bantu
mengajar (ABM) untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran:

• 1. Alat bantu mengajar (ABM) seperti carta haruslah digantung di suatu tempat
yang sesuai supaya semua murid boleh melihatnya dengan mudah. Semasa
menggunakannya, guru haruslah membimbing murid-murid meneliti perkara yang
penting supaya tidak membazirkan masa murid-murid serta boleh mencapai hasil
pembelajaran yang dikehendaki. Jika carta itu mengandungi beberapa bahagian,
guru boleh menutupnya terlebih dahulu, kemudian menunjukkan kepada murid-
murid bahagian demi bahagian mengikut urutan penerangan guru. Cara ini boleh
menarik minat murid serta membangkitkan daya pemikiran mereka.
• 2. Sebelum alat bantu mengajar (ABM) diedarkan kepada murid-murid untuk
menjalankan kerja praktik, guru harus memberi arahan yang tegas dan jelas supaya
aktiviti pembelajaran itu dapat dijalankan dengan tepat, berdisiplin dan mengikut
masa yang ditetapkan.
• 3. Tunjukkan alat bantu mengajar (ABM) kepada murid-murid hanya pada
ketika yang perlu. Jika sesuatu Alat bantu mengajar (ABM) ditunjukkan
lebih awal, murid-murid akan asyik tumpukan perhatian mereka kepada
alat itu dan kurang memberi perhatian kepada aktiviti pengajaran guru.

• 4. Guru harus membimbing murid-murid membincang fakta-fakta penting


yang terkandung dalam alat bantu mengajar (ABM). Selepas itu, harus
diadakan pula aktiviti penilaian terhadap tindak balas murid-murid
berdasarkan hasil penggunaan alat bantu mengajar (ABM) itu dengan
tujuan untuk mengetahui pencapaian objektif pembelajaran.

• 5. Alat bantu mengajar (ABM) yang telah selesai digunakan haruslah


dikumpul balik dan disimpan dengan baik di tempat yang sesuai.

• 6. Alat bantu mengajar (ABM) hanya digunakan untuk membantu guru


dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan ia tidak boleh
menggantikan tempat guru. Penggunaan Alat bantu mengajar (ABM)
haruslah sesuai dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya
mencapai objektif pelajaran yang ditentukan.
Pada amnya, cara menggunakan alat bantu
mengajar (ABM) hendaklah diuruskan dengan
betul dan cekap, supaya murid-murid dapat
memahami dan mengekalkan konsep atau fakta
dalam ingatan mereka. Nilai sesuatu alat bantu
mengajar (ABM) yang baik akan dihapuskan
sekiranya alat itu tidak disediakan mengikut
kriteria-kriteria yang telah dihuraikan atau
penggunaannya kurang cekap ataupun kurang
berkesan
7. KESAN DARI PENGGUNAAN ALAT BANTU
MENGAJAR (ABM).
Jika guru dapat menguasai kemahiran memilih dan aplikasi alat bantu
mengajar (ABM) dengan berkesan, beberapa kesan yang baik dapat
diperlihatkan, seperti :
• Pelajar akan dapat memahami sesuatu konsep, fakta atau idea
dengan lebih jelas.
• Pelajar dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran
dan pembelajaran.
• Pelajar akan dapat terus mengikuti setiap perkembangan proses
pengajaran yang dijalankan.
• Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dipelbagaikan.
• Pelajar menaruhkan keyakinan terhadap pengajaran guru.
• Aktiviti pembelajaran akan lebih menarik.
• Konsep, fakta dan idea yang diterima akan lebih kekal dalam
ingatan.
8. KELEMAHAN YANG TERDAPAT PADA
(ABM) DAN CARA MENGATASINYA.
Untuk mengatasi segala kelemahan adalah seperti di bawah
ini:
• guru seharusnya lebih prihatin dan memahami kehendak
pelajar yang diajarkan.
• guru harus muhasabah dan meningkatkan segala
kemahiran dalam proses pengajarannya terutama dalam
menggunakan segala alat bantu mengajar ABM, seperti
kemahiran menggunakan Teknologi maklumat, Multimedia
dan sebagainya.
• kerjasama semua pihak dalam merancang dan menyusun
proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu
guru dalam penyediaan alat bantu mengajar (ABM).
• Merancang dengan sistematik.
9. KESIMPULAN
• Seseorang guru harus mahir mengenal pasti,
membuat keputusan untuk memilih alat bantu
mengajar (ABM) yang berkesan dan
mengoptimumkan sumber untuk mencapai
objektif pengajaran yang dirancang ketika dalam
pengaplikasiannya. Ini kerana penggunaan alat
bantu mengajar (ABM) amat penting kepada guru
bagi membantu mereka menyampaikan pelajaran
dan memastikan pelajar dapat menguasai ilmu
yang disampaikan.
• Dalam pendidikan banyak inovasi diperkenalkan bagi memudahkan
proses pengajaran dan pembelajaran guru. Alat bantu mengajar
(ABM) memudahkan para guru memindahkan ilmu pengetahuan
kepada pelajarnya. Ia juga membantu interaksi sosial antara guru
dan pelajarnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru
sepatutnya dapat menggunakan sebarang bahan yang ada dan
sesuai dalam proses interaksi dengan pelajar-pelajarnya.

• Di sekolah, pusat sumber sekolah merupakan tempat yang boleh


menjadi rujukan kepada guru-guru dalam mendapatkan sumber
pengajaran. Walau bagaimanapun, sesebuah sekolah yang
mempunyai pusat sumber yang dilengkapi lat bantu mengajar
(ABM) tidak dapat membantu pelajar dalam pembelajarannya jika
gurunya tidak menggunakan bahan itu dalam pengajarannya.
Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menggunakannya
dengan sebaik mungkin bagi membantu kefahaman pelajar-
pelajarnya tentang konsep dan ilmu pelajaran yang hendak
disampaikan.
Soalan Tutorial
(M3)
Sumber pembelajaran dikaitkan dengan
manusia, bahan bercetak, bahan audio visual
dan komputer.
Bina bahan bantu belajar bersumberkan TMK
yang sesuai untuk Kemahiran lisan (dengar dan
tutur)
• Standard Kandungan (SK) 1.1 -1.3
• SP Standard Pembelajaran
Untuk ayat tunggal dan ayat majmuk

Anda mungkin juga menyukai