Anda di halaman 1dari 21

BIDANG MEMBENTUK DAN

MEMBUAT BINAAN

1
PENGENALAN

 Membentuk dan Membuat Binaan adalah satu bidang yang terdapat


dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Bidang ini
mengandungi aktiviti untuk menghasilkan karya berbentuk tiga
dimensi. Anda juga dapat memilih alat dan bahan yang sesuai
mengikut aktiviti yang dipilih. Daripada aktiviti membentuk dan
membuat binaan ini anda dapat menghasilkan pelbagai jenis kraf.

 Bidang Kegiatan Membentuk dan Membuat Binaan memberi perhatian


kepada perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi
bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan.

 Aktiviti membentuk peringkat sekolah rendah memainkan peranan


penting dalam perkembangan kanak-kanak. Antara aktiviti
membentuk, murid dapat mengubah bentuk bahan seperti plastersin
tanah liat, tepung, paper mache.

TEKNIK-TEKNIK MEMBENTUK

DAN MEMBUAT BINAAN 2


•Teknik Picitan

•Teknik Lipatan

•Teknik Potongan

•Teknik Cantuman

•Teknik Pembungkusan

•Teknik Guntingan

•Teknik Luakan

3
JENIS-JENIS AKTIVITI BIDANG MEMBENTUK DAN MEMBINA
REKAAN

Terdapat beberapa aktiviti dan teknik untuk menghasilkan karya dalam


bidang Membentuk dan Membuat Binaan adalah seperti :

1. Arca timbul

2. Asemblaj

3. Mobail

4. Stabail

5. Model

6. Diorama

7. Boneka

8. Topeng

9. Origami

Untuk setiap aktiviti, perlu menggunakan tema yang sesuai dengan peringkat
perkembangan murid. Sekiranya dirancang dengan rapi, murid dapat
melibatkan kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam
proses penghasilan. Selain daripada menggalakkan minat, imaginasi dan
kreativiti kanak-kanak, anda perlu fikirkan bagaimana tema tersebut dapat
dikaitkan dengan peringkat perkembangan kanak-kanak

1. ARCA TIMBUL
4
PENGENALAN

•Arca adalah sesuatu seni yang dihasilkan untuk mewujudkan nilai estetika
dan juga menyampaikan sesuatu mesej.

•Sesetenga arca juga digunakan untuk menjadi lambang sesuatu tempat


serta menjadi perantaraan dalam upacara keagamaan dan pemujaan.

•Arca timbul adalah arca yang terkenal sejak zaman dahulu ianya boleh
didapati di dinding-dinding gua dan bangunan-bangunan keagamaan.

DEFINISI ARCA TIMBUL

Bentuk tiga dimensi yang tersembul keluar dari permukaan dua dimensi yang
rata atau dipahat keluar yang akhirnya menonjolkan objek ke permukaan. Ia
boleh dihasilkan secara acuan, tampalan, binaan atau asemblaj.

ALAT DAN BAHAN YANG SESUAI

 Kayu
 Pahat
 Plaster of paris
 Pisau

5
Teknik Penghasilan dan Peralatan yang berkaitan : Bentuk tiga dimensi
tersembul keluar dari permukaan dua dimensi yang rata atau dipahat keluar
yang akhirnya menonjolkan objek ke permukaan.

Arca timbulan boleh dibuat secara:

•acuan

•tampalan

•asemblaj

•binaan

CONTOH ARCA TIMBUL

6
2. ASSEMBLAJ

PENGENALAN

•Bahan terbuang boleh digunakan semula untuk mencipta sesuatu menjadi

kesatuan yang unik dan menarik.

•Selain dapat menjimatkan bajet untuk membeli bahan baru untuk dijadikan
karya seni ianya juga mampu memberikan impak yang positif terhadap
penjagaan alam sekitar.

•Aktiviti menghasilkan arca asemblaj mampu menerapkan nilai menghargai


alam sekitar di dalam diri murid-murid.

DEFINISI

Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya


estetik ataupun cara peletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun
pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan dengan himpunan bentuk-bentuk dua
dimensi, namun juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi. Bahan
kutipan dicantumkan untuk membentuk satu kesatuan objek dan dipasang
tapak yang stabail. Teknik yang bersesuaian untuk menghasilkan arca ini
adalah kimpalan, skru, ikatan, acuan atau binaan.

Bahan/ Alat :

- Kayu, logam, batu, simen, bongkah-bongkah, alat ganti kenderaan,


bahan kutipan, besi dan sebagainya.

7
Teknik Penghasilan dan Peralatan yang Berkaitan : Bahagian atau
komponen yang berlainan yang dicantum dan menjadi satu kesatuan objek
akan menjadi satu konsep yang bermakna.

Teknik hasilan:

■kimpalan

■binaan

■cantuman skru/ paku

■gam

CONTOH ASSEMBLAJ

8
3.MOBAIL

PENGENALAN

•Arca mobail lazimnya sering dijadikan sebagai bahan perhiasan kerana


sifatnya yang tergantung dan bergerak.

•Arca mobail mempunyai nilai estetika tersendiri yang boleh dikomersilkan.

DEFINISI ARCA MOBAIL

Arca ini boleh bergerak sendiri, berputar, berombak, dan biasanya terawang-
awang. Pemindahannya berasaskan seni yang boleh bergerak. Mobail ini
digantung di atas syiling. Arca ini dipelopori oleh Alexender Calder (188-
1976), iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika dan diperkenalkan pada
awal tahun 1930an. Arca stabail boleh bergerak tetapi pergerakannya terhad
dan tidak seperti arca mobail yang boleh terawang-awang.

Bahan/ Alat :

Besi, dawai, kertas, tali-temali, kepingan logam dan kadbod.

Teknik Penghasilan dan Peralatan yang Berkaitan : Bahagian-bahagian


dicantum untuk membentuk satu kesatuan dan digantung untuk
menjadikannya bergerak, berputar atau berombak.

9
Teknik yang digunakan:

•kimpalan

•gam

•skru

•ikatan

Contoh gambar mobail

10
4.TOPENG

DEFINISI

Topeng ialah alat yang digunakan untuk menutup muka atau mata. Topeng
digunakan untuk membuat persembahan dan bagi tujuan lain mengikut
kehendak pemakainya.

BAHAN/ ALAT :

Papier mache, plastik, kertas surat khabar, habuk papan, gam, piring plastik
dan sebagainya.

Teknik Penghasilan dan Peralatan yang Berkaitan : Mewatakkan semula imej


manusia, binatang atau unggas dalam konteks menampilkan semula
kerangka yang boleh dipakai atau diserkup.

Teknik yang digunakan:

•gam

•cantuman

•kimpalan

CONTOH TOPENG

11
KEPENTINGAN AKTIVITI MEMBENTUK DAN MEMBINA
REKAAN

1. Mengembangkan Persepsi Pelajar tentang Seni Tiga Dimensi :

1. Bahan binaan sesuai dan relevan dengan tujuan hasilan.

2. Jika arca yang dihasilkan, pastikan ia kuat, kukuh dan selamat.

3. Konsep kepelbagaian bahan dapat diadun atau dipasang dengan baik,


membentuk suatu komposisi gubahan yang artistik dan strategik.

4. Mempunyai imbangan yang menarik sama ada simetri tulen atau tidak
tulen.

5. Menguasai prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra

warna, imbangan dan kesatuan yang menarik.

6. Untuk arca yang menggunakan tapak, pastikan ia kuat, selamat dan


kukuh.

7. Asli, unik dan berketerampilan dari segi dapatan

12
BIDANG MENGENAL

PENGENALAN

 Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni)


yang melibatkan kemahiran kerja tangan dan memerlukan daya cipta
yang tinggi. Kraf tradisional lazimnya diwarisi secara turun-temurun.

 Terdapat beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air.


Kegiatan kraf tradisional telah memperkenalkan hasil produk, fungsi,
proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan.
Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses
pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan
serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan.
Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan,
puisi, lakonan, nyanyian dan cerita

TUJUAN

 Menghargai keindahan sumber alam ciptaan Tuhan.

13
 Menghargai dan mengapresiasi hasil kraf tradisional dan
mengenali tokoh-tokohnya.
 Memahami proses penghasilan kraf tradisional tersebut.
 Mengaplikasikan alat dan bahan yang sesuai dalam mengenali
kraf tradisional.
 Meningkatkan daya kreativiti dan inovasi dalam berkarya

JENIS AKTIVITI BIDANG KRAF TANGAN

Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti:

1. Alat Domestik

2. Alat Permainan

3. Alat Pertahanan Diri

4. Perhiasan Diri (Ornament)

5. Batik

6. Tekat

7. Ukiran

8.Tenunan

9. Anyaman

10. Tembikar

14
1. ALAT DOMESTIK

•Alat domestik amat penting untuk digunakan di dalam kehidupan seharian.


Pada masa kini alat domestik dikomersilkan bagi tujuan pembangunan
ekonomi negara. Selain mempunyai nilai estetika tersendiri alat domestik
dapat dijadikan barangan kegunaan harian.

DEFINISI ALAT DOMESTIK

•Alat domestik merupakan barangan keperluan harian seperti perkakasan

dapur yang digunakan bagi memudahkan urusan seharian.

CONTOH-CONTOH BARANGAN DOMESTIK

15
2. ALAT PERMAINAN

PENGENALAN

Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan


yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin
kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman
cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai
permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak
dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita
sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak
sehingga hari ini.

Di antara permainan itu termasuklah:

 Congkak
 Wau
 Batu seremban
 Sepak raga
 Gasing

16
a) Wau
Permainan wau ini juga dikenali dengan layang-layang.Permainan
wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini
dimainkan sejak kurun ke 15. Wau masih digemari dan dimainkan di
kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

CARA PERMAINAN WAU


•Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu
seorang akan memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung
yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik
melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya
sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari
akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni.

Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan


masyarakat Melayu tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah
mendapat perhatian oleh masyarakat tempatan dan juga
antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta,
ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada
yang dimainkan dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan
pertunjukan wau dan layang-layang masih mendapat tempat di
Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau
pertandingan wau antarabangsa

17
….
3. ALAT PERHIASAN DIRI
Alat perhiasan diri ialah alat yang menjadi pelengkap kepada
pemakaian kita. Masyarakat melayu lama mempunyai beberapa alat
perhiasan diri yang sinonim dan menjadi lambang keunikan
masyarakat melayu hingga kini. Lazimnya alat perhisan diri menjadi
pelengkap pakaian di dalam majlis-majlis istiadat, majlis perkahwinan
dan sebagainya. Pada masa kini alat perhiasan diri telah diubahsuai
dan dimodenkan selaras dengan kemajuan teknologi pada masa kini.

JENIS-JENIS ALAT PERHIASAN DIRI

•Dokoh - ialah perhisan yang dipakai di leher mempunyai tiga atau


lebih plat yang diperbuat daripada timah, tembaga atau logam. Ianya
sering dipadankan dengan pemakaian baju kebaya

18
•Pending- ialah perhiasan yang dipakai di bahagian pinggang.
Lazimnya diperbuat daripada logam (emas dan tembaga).

•Cucuk sanggul - Cucuk sanggul ialah hiasan yang dipakai untuk


menghiasi sanggul supaya tampak lebih menarik.
•Anting-anting- Anting-anting ialah hiasan yang dipakai ditelinga.
Ianya dipakai oleh kaum wanita.

4. UKIRAN

Seni pertukangan tangan yang menggunakan kayu sebagai bahan utama.


Tiga teknik utama dan gaya dalam seni ukiran ialah tebuk tembus, tebuk
separuh dan tebuk timbul. Bentuk ukiran juga ada tiga jenis utama iaitu
bujang, lengkap dan pemidang.

19
5.TENUNAN

Sejenis kraf yang menghasilkan kain songket yang ditenun menggunakan


benang sutera halus dan benang emas yang dipakai oleh kerabat diraja dan
golongan bangsawan. Kini, songket ditenun dengan menggunakan benang
kapas dan mula dipakai oleh golongan rakyat biasa dalam majlis-majlis
tertentu.

6.ANYAMAN

Satu proses menjalinkan helaian daun pandan, mengkuang, bilah buluh,


rotan, lidi, bertam, paku-pakis ribu-ribu atau bahan-bahan lain dengan
menggunakan cara dan peraturan tertentu melalui teknik selang-seli helaian
antara satu sama lain.

20
7. BATIK

 Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia.


Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah
pembuatan batik secara tradisional.

 Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang


sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan
menggunakan alat-alat moden.

 Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan


sejak tahun 1910 lagi.

 Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang
bermaksud menitik atau menulis titik-titik.

21

Anda mungkin juga menyukai