Anda di halaman 1dari 1

Ramai yang percaya pil dan suntikan vitamin C  mampu mengekalkan awet muda.

Tekstur kulit tampak cantik, halus, mulus dan tegang. Selain itu juga Vitamin C
memberikan keajaiban untuk mengekalkan tahap kesihatan seseorang.
Walaubagaimanapun, pengambilan vitamin C sudah dikaji sejak sekian lama.
Hasilnya ia bukan hanya sekadar testimonial tetapi keputusan hanya untuk sistem
kulit. Kesan lain tidak dapat dipastikan secara konsisten dan bukti kukuh terhadap
maklum balas lain. 

Mungkin juga ada tidak tahu, pengambilan vitamin secara berlebihan boleh


menyebabkan kematian terutama apabila diambil melebihi 833 gram (gm) bagi
dewasa yang mempunyai berat badan 70 kilogram. Selain itu pengambilan secara
berlebihan juga sangat bahaya pada pesakit ginjal dan boleh juga membawa
kematian. Kesan sampingan akan berlaku secara pasti pada hampir keseluruhan
individu yang mengambil dos melebihi 3 gm sehari dan biasanya akan mengalami
cirit birit.
Bagaimanapun, penggunaan atau pengambilan vitamin C sama sekali tidak dihalang,
sebaliknya pengguna perlu lebih berhati-hati dan mendapat penjelasan yang lengkap
dan jelas sebelum mengambilnya.

Apatah lagi, tiada siapa dapat menyangkal kebaikan vitamin C kepada sistem tubuh
badan manusia kerana ia membantu tubuh berfungsi dengan normal. Ini berikutan,
badan tidak mampu menyimpan vitamin C, disarankan supaya mendapatkan
vitamin C setiap hari.
Bukan saja ia terkenal untuk kesihatan badan, tetapi turut memberi impak positif
kepada kecantikan seseorang. Justeru, ada sanggup berhabisan beribu-ribu ringgit
dan berlumba-lumba untuk mendapatkan sumber vitamin C tidak kira secara semula
jadi; bentuk pil atau suntikan serta sebagainya kerana yakin dengan khasiatnya. 

Anda mungkin juga menyukai