Anda di halaman 1dari 3

TEMA RAMALAN PT3 - LANGKAH MENJALANI GAYA HIDUP SIHAT

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa bangunan-bangunan pencakar


langit yang megah berdiri di Malaysia telah berjaya mengangkat nama
Malaysia, iaitu sebuah negara membangun di persada antarabangsa.  Tempias
arus deras globalisasi yang melanda dunia pada hari ini turut dirasai oleh
masyarakat pascamoden di Malaysia, sehingga rata-rata daripada komuniti
kita bersifat lebih mementingkan kejayaan dan kecemerlangan berbanding
kesihatan diri kita sendiri. Harus diingat bahawa kesihatan merupakan
anugerah Allah yang tidak ternilai harganya, malahan pepatah Inggeris ada
mengungkapkan bahawa kesihatan adalah kekayaan kerana seandainya kita
jatuh sakit, kita tidak dapat merasai nikmat dunia.  Menyedari hakikat ini,
kita haruslah mengambil langkah-langkah pragmatik bagi menjalani
kehidupan yang sihat.
                Kunci utama kepada kesihatan tubuh badan ialah kita
seharusnyamengamalkan pemakanan secara seimbang berlandaskan
piramid makanan yang disarankan oleh pakar-pakar kesihatan .  Hal ini
demikian kerana kuantiti atau kadar makanan yang kita ambil sehari-hari
akan mempengaruhi tahap kesihatan kita pada masa hadapan.    Setiap
makanan mengandungi gizi atau khasiat yang berbeza-beza, penting untuk
tubuh badan dan harus diambil secara seimbang.  Biar saya mengemukakan
contoh, karbohidrat perlu diambil dalam kuantiti yang banyak kerana nutrien
ini membekalkan tenaga kepada tubuh badan kita.  Sementelahan itu, sayur-
sayuran dan buah-buahan wajar diambil dalam kuantiti yang agak banyak
kerana makanan tersebut merupakan sumber fiber atau serat dan vitamin
yang merupakan elemen-elemen penting dalam mengekalkan kesihatan
badan.  Sehubungan dengan itu, kita juga disarankan agar minum air
sekurang-kurangnya 8 gelas sehari kerana proses biokimia dalam tubuh kita
memerlukan air bagi melancarkannya.  Protein dan lemak sepatutnya dikawal
atau dihadkan pengambilannya bagi mengelakkan masalah kesihatan yang
kronik seperti obesiti, penyakit kardiovaskular dan diabetes.  Tegasnya,
amalan pemakanan secara seimbang dapat menyihatkan tubuh badan kita.
                Selain itu, kita harus menjalani kehidupan yang sihat
dengan bersenam dan bersukan sekurang-kurangnya selama 30 minit dan
dilakukan tiga kali seminggu.  Aktiviti riadah seperti bermain badminton,
bersenam di taman rekreasi bersama dengan keluarga dan berenang dapat
meningkatkan stamina dan ketahanan fizikal seseorang.  Sejajar dengan isu
ini, Nabi Muhammad SAW sendiri pernah bersabda, “ajarlah anakmu
berenang, memanah dan menunggang kuda”,  yang
secara izharnya menunjukkansignifikan atau peri pentingnya aktiviti riadah
ini.  Setelah bersukan, kita akan mendapati bahawa kita mengalami
perpeluhan serta berasa lebih sihat dan cergas.  Badan kita semestinya akan
menjadi lebih aktif setelah mengeluarkan toksin dari dalam badan melalui
proses perkumuhan tersebut.  Pada waktu malam, kita akan berasa letih serta
ingin mendapatkan rehat yang secukupnya melalui tidur.  Impaknya, kita
tentunya akan dapat tidur dengan nyenyak dan tidaklah mengalami penyakit
insomnia, iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan pesakitnya sukar tidur
malam.   Justifikasinya, melalui gaya hidup sihat seperti bersenam dan
berehat dengan secukupnya, kita dapat menghindarkan diri daripada
menghidapi pelbagai jenis penyakit.
                Cara-cara menjalani kehidupan yang sihat tidak sekadar berhenti di
situ.  Bagi memastikan tubuh badan kita sihat, kita perlu
menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala sekurang-kurangnya tiga
bulan sekali.  Pendekatan ini adalah sangat penting bagi mengesan dan
mengenal pasti sebarang penyakit yang kita hadapi sama ada kita sedar
ataupun tidak.  Langkah ini merupakan langkah awal yang sinonim dengan
memoir peribahasa Melayu yang berbunyi sediakan payung sebelum hujan. 
Sebelum penyakit berbahaya bersarang dan bermaharajalela dalam tubuh
badan kita, doktor dapat mencegah penyakit itu daripada terus membelenggu
diri kita.   Sesungguhnya, bijak pandai ada mengungkapkan
bahawa mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.  Deduksinya,
pemeriksaan kesihatan secara berkala mampu menjamin kesihatan tubuh
badan kita.

                Sebagai intihanya, setiap lapisan masyarakat di Malaysia haruslah


mengamalkan gaya hidup yang sihat dalam kehidupan seharian mereka. 
Sesungguhnya, kita harus sedar bahawa kesihatan tidak dapat dibeli oleh
emas dan permata.  Dalam kesibukan dan keghairahan kita mengejar
kemewahan dunia, aspek kesihatan perlu dititikberatkan dan diambil kira
bagi menjamin kebahagiaan hidup kita di bumi yang fanaini.  Peribahasa
Melayu ada menyebut bahawa sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian
tiada gunanya, yang cuba menyedarkan masyarakat supaya lebih
mengutamakan kesihatan diri sebelum penyakit datang menyinggah agar
tidak menyesal pada hari kemudian.  Jangan sampai nasi sudah menjadi
bubur, baru amalan gaya hidup sihat mahu dipraktikkan.  Harus kita sedar
bahawa penjagaan kesihatan merupakan pelaburan yang menguntungkan bagi
menjamin kehidupan hari esok yang lebih sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai