Anda di halaman 1dari 6

Tugasan 1 : Menghasilkan satu penulisan esei yang bertajuk ‘ Kepentingan makanan sihat dan

kesejahteraan hidup.’ ( 30%)

1.0 Pengenalan kepada amalan pemakanan sihat.


Pemakanan bermula sejak kita lahir lagi, namun sampai hari ini soalan apakah itu amalan
pemakanan sihat masih kekal dan tidak dijawab dalam pemikiran kalangan masyarakat.
Sebenarnya amalan pemakanan sihat merupakan satu gaya hidup pemakanan yang
menggalakkan kesihatan yang baik. Selain itu, amalan pemakanan yang sihat ialah memakan
makanan yang mengandungi pelbagai nutrien ke dalam badan kita untuk memastikan tubuh
badan kita sentiasa berfungsi dalam keadaan baik. Kemudian, amalan pemakanan sihat juga
bermakna memakan makanan dalam kuantiti yang betul dari semua kumpulan nutrien untuk
menjalani kehidupan yang sihat. (Christian Nordqvist, 2015) Kita boleh memastikan pemakanan
kita dalam laluan yang betul dengan merujuk kepada ‘myplate’ atau pyramid makanan untuk
mendapatkan nutrisi yang mencukupi untuk tubuh badan. (Atom, 2010)

2.0 Kepentingan pemakanan sihat.


Amalan pemakanan sihat amat penting dalam menjamin kehidupan yang sejahtera.
Pertama, amalan pemakanan yang sihat memastikan tubuh badan kanak-kanak membesar
dengan normal. Hal ini kerana, perkembangan kanak-kanak yang sihat dari segi fizikal serta
kognitif memerlukan semua nutrien. Contohnya, kanak-kanak memerlukan Omega-3 Asid Lemak
yang didapati daripada makanan laut untuk perkembangan otak yang baik, protein dari makanan
daging untuk membantu badan membina sel-sel dan sebagainya. (Nadia Haris, 2014) (Karin A.
Bilich, 2013). Menurut Dr Tee, pemberian makanan harus sesuai dan cukup untuk kanak-kanak
membesar dengan sempurna (Nurul Halawati & Mohamad Azhari, 2009).

Kedua, amalan pemakanan sihat dapat membantu remaja menghindari masalah berat badan.
Menurut kajian 21.4 peratus remaja di kawasan bandar menghadapi masalah berat badan. Hal
ini disebabkan oleh pengambilan makanan berkalori tinggi secara berterusan tanpa melakukan
aktiviti fizikal. Oleh itu, remaja harus mengamalkan pemakanan sihat dengan memakan makanan
yang berkalori tinggi dalam kuantiti yang kurang dan makanan sihat seperti buah dan sayur-
sayuran dalam kuantiti yang banyak.

Ketiga, amalan pemakanan yang sihat dapat mengurangkan risiko menghidapi penyakit-
penyakit kronik pada usia tua. Menurut berita, 20 peratus warga emas berisiko menghidap
penyakit kronik di daerah Muar, Johor. (Selahuddeen Abd. Aziz, 2014) Hal ini kerana, sistem
imunisasi setiap orang menurun apabila usia meningkat. Oleh itu, amalan pemakanan sihat harus

1
diamalkan untuk membantu tubuh badan melawan penyakit-penyakit kronik. Contohnya
memakan makanan protein dan mikronutrien yang terdiri daripada vitamin serta mineral untuk
memelihara fungsi imun tubuh. (Fatmah, 2006)

3.0 Huraikan bagaimana pengambilan pemakanan sihat dapat meningkatkan kesejahteraan


optimum
Terdapat banyak cara pengambilan makanan yang sihat dapat menjamin kesejahteraan
optimum. Terlebih dahulu, kita perlu makan pelbagai jenis makanan. Hal ini kerana, Tidak
semua nutrien dan bahan-bahan lain dalam makanan yang menyumbang kepada kesihatan yang
baik telah dikenal pasti. Oleh itu, kita harus makan pelbagai jenis makanan untuk membantu
memastikan bahawa kita memperolehi semua potensi melawan penyakit. Contohnya, kita perlu
makan buah-buahan, daging, roti dan sebagainya tanpa cerewet makan terhadap sesetengah
makanan. Selain itu, makan pelbagai jenis makanan akan menghadkan pendedahan kita
terhadap racun perosak atau bahan-bahan toksik yang boleh hadir dalam makanan tertentu.

Selain itu, kita digalakkan untuk makan 2000 kalori sayur-sayuran atau buah-buahan
sehari. Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), purata 88.3 peratus rakyat
Malaysia pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan kurang daripada saranan harian.
Makanan hijau seperti Sayur-sayuran amat penting kerana mengandungi antioksidan yang
berkesan dalam menyeimbangkan radikal bebas dan menggalakkan fungsi sel imunisasi untuk
mencegah kanser dan penyakit lain. (Abdul Muin Sapidin, 2008) Contohnya, kekacang yang kaya
dengan serat, buah-buahan keseluruhan yang mengandungi lebih jus untuk lebih banyak serat.

Seterusnya, kita perlu menikmati apa yang kita makan. Hal ini kerana ia dapat membantu
kita makan kurang tetapi lebih menikmati makanan kita. Budaya menekankan kenikmatan
makanan dipraktikkan di seluruh dunia dan budaya ini sering dilaksanakan dengan memasak
serta makan bersama-sama orang lain. Menurut kajian, sekiranya budaya ini diamalkan pada
zaman kanak-kanak, ia dapat bertindak sebagai pelindung kepada masalah kesihatan yang
berkaitan dengan pemakanan banyak.

4.0 Fungsi setiap nutrisi makanan untuk meningkatkan kesejahteraan optimum.


Terdapat enam kumpulan zat makanan yang kita perlu makan untuk meningkatkan
kesejahteraan optimum. Kumpulan pertama terdiri daripada kahbohidrat. Kahbohidrat merupakan
punca utama tenaga dengan membekalkan lebih kurang 50-60% keperluan kalori harian. Selain
itu, karbohidrat tumbuhan yang tidak dapat dicerna oleh tubuh badan kita seperti selulosa akan

2
menjadi dinding sel tumbuhan dan tisu manusia. Bukan itu sahaja, kahbohidrat juga berfungsi
sebagai pelincir sendi rangka manusia dan pelekat antara sel.

Kumpulan kedua dinamakan protein. Protein berfungsi sebagai pembentukan sel dan tisu
baru dalam proses tumbesaran. Di samping itu, protein amat penting dari segi penghasilan enzim
yang diperlukan untuk ribuan proses kimia yang berlangsung dalam badan kita. Protein juga
diperlukan untuk penghasilan hormone dan antibodi.

Kumpulan ketiga merupakan lemak atau dikenali sebagai lipid. Tubuh kita memerlukan
lemak untuk keteguhan struktur membrannya. Seterusnya, lemak merupakan punca tenaga
paling tinggi dalam diet. Selain itu, lemak memberikan rasa kepuasan dan kesedapan makanan.

Kumpulan keempat ialah vitamin. Vitamin larut lemak ialah vitamin A, D, E dan K. Setiap
vitamin mempunyai fungsi sendiri, contohnya vitamin A berfungsi dalam kitaran penglihatan, D
dalam metabolism kalsium dan fosfat, E sebagai antipengoksidaan dan K untuk biosintesis
protrombin. Secara umum, vitamin diperlukan untuk fungsi-fungsi biokimia yang khusus dalam
sel-sel tubuh untuk berfungsi dengan sempurna. (Mohd Azlan Abdullah & Noraziah Ali, 2011)

Kumpulan kelima ialah mineral. Mineral merupakan sebahagian komponen tisu kita.
Selain itu, mineral diperlukan untuk kelangsungan fungsi-fungsi fisiologi tubuh. Terdapat pelbagai
mineral yang tubuh badan perlukan dan masing-masing memainkan peranan. Contohnya kalsium
penting dalam proses pembekuan darah, fosfor untuk mengatur keseimbangan pH, sodium untuk
menjaga keseimbangan cairan dalam tubuh dan lain-lain lagi. (Dadan Harjana, 2013)

Kumpulan keenam ialah air. Air bertindak sebagai pengatur suhu tubuh, pelarut zat-zat
gizi dan pembantu proses pencernaan makanan. Selain itu, air sebagai media eliminasi sisa
metabolism. (Wan Nor Faezah, 2012)

5.0 Cadangan aktiviti fizikal yang boleh mengurangkan penyakit-penyakit kronik.


Sebanyak 100 orang penduduk daripada 30 buah kampong di Kuala Perlis menghidap
penyakit kronik kerana kegagalan mengamalkan amalan pemakanan sihat dan aktiviti fizikal
(Kammarudin, 2016). Oleh itu, saya mencadangkan aktiviti fizikal berenang untuk mengurangkan
penyakit-penyakit kronik. Hal ini kerana, berenang dapat melatih kekuatan jantung dan membantu
melancarkan sirkulasi jantung semasa memgepam darah dan menghantar kepada keseluruhan
bahagian tubuh. Seseorang yang mengamalkan berenang sebagai rutin dibuktikan memiliki
peningkat jumlah darah dipam dengan otot jantung yang lebih kuat berbanding dengan sebelum

3
menjadikan berenang sebagai rutin. Dengan berenang, kita boleh mencegah penyakit sakit
jantung. (Azimah Ghazali, 2016)

Masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak umur 7 hingga 10 tahun meningkat


daripada 6.6% kepada 13.6% berdasarkan kajian keutamaan nutrisi di Malaysia. Oleh itu, aktiviti
berjoging amat sesuai untuk dilakukan bersama keluarga bagi mengelakkan obesiti. Hal ini
kerana, berjoging sesuai terhadap semua lapisan masyarakat dan dapat membakar 150 kalori
untuk 1 kilometer larian. Selain itu, berjoging juga boleh menghindari sesetengah kanser.
Berjoging dapat meningkatkan bekalan oksigen yang mencukupi kepada sel badan untuk
mengelakkan sel bermutasi menjadi sel kanser. Oleh demikian, wajarlah kita melaksanakan
aktiviti berjoging dan berenang untuk menhindari penyakit kronik. (Anna Watts, 2016)

6.0 Rumusan

Kesimpulannya, penyakit-penyakit kronik dapat dihindari sekiranya setiap orang


mengamalkan pemakanan sihat serta aktiviti fizikal untuk menjalani kehidupan yang sejahtera.
Oleh itu, ibubapa harus memainkan peranan untuk mempraktikkan amalan pemakanan sihat
sejak kecil lagi dalam diri anak-anak demi kehidupan sejahtera anak-anak pada masa hadapan.

4
Rujukan
Abdul Muin Sapidin. (2008, July 20). Kepentingan pengambilan sayur dan buah. Melaka:
Utusan.
Anna Watts. (2016, May 13). YourDaily Workout. Retrieved from 7 Benefits of Jogging That You
Didn’t Know: http://yourdailyworkout.com/cardio-workout/7-benefits-of-jogging-that-you-
didnt-know/
Atom. (2010, May 31). Definisi pemakanan sihat. Retrieved from Blogspot:
http://kamihidupsihat.blogspot.my/2010/05/definisi-pemakanan-sihat-pemakanan.html
Azimah Ghazali. (2016, January 22). Ahlipenyakitjantung. Retrieved from Manfaat Renang
Untuk Penyakit Jantung: http://www.ahlinyapenyakitjantung.web.id/manfaat-renang-
untuk-penyakit-jantung/
Christian Nordqvist. (2015). What is Healthy Eating? What is a Healthy Diet. Medical news
today, 1.
Dadan Harjana. (2013, Jun 6). manfaatnyasihat. Retrieved from Macam-macam fungsi mineral
bagi tubuh: http://manfaatnyasehat.blogspot.my/2013/06/macam-macam-fungsi-mineral-
bagi-tubuh.html
Dr, Tee E Siong. (2009). Pemakanan sihat awal usia. Kuala Lumpur: Utusan Online.
Fatmah. (2006). RESPONS IMUNITAS YANG RENDAH. Departemen Gizi Kesihatan
Masyarakat, Fakultas Kesihatan Masyarakat, 2-4.
Kammarudin. (2016). Lebih 100 penduduk DUN Kuala Perlis hidap sakit kronik. Kuala Perlis:
FreeMalaysiaToday.
Karin A. Bilich. (2013, May 21). Parents. Retrieved from 9 Must-Eat Nutrient for Your Child:
http://www.parents.com/kids/nutrition/healthy-eating/must-eat-nutrients/
Mohd Azlan Abdullah, & Noraziah Ali. (2011). Amalan Pemakanan dalam Kalangan Pelajar
Universiti. Jurnal Personalia Pelajar, 1-2.
Mohd. Hamin Rajikin, Baharudin Omar, & Suhaina Sulaiman. (1997). Pemakanan Dan
Kesihatan. Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nadia Haris. (2014, February 13). Healthyeating. Retrieved from Is Healthy Eating Important for
Brain Development?: http://healthyeating.sfgate.com/healthy-eating-important-brain-
development-3820.html
Nurul Halawati , & Mohamad Azhari. (2009). Anak Anda 'Bantut'? Mungkin Kurang Nutris. Kuala
Lumpur: Mstar.
Selahuddeen Abd. Aziz. (2014). 20 peratus warga emas berisiko hidap penyakit kronik. Muar,
Johor: Utusan.
Wan Faezah. (2012, Januari 25). Nutrisi. Retrieved from Manfaat Air Bagi Tubuh:
http://www.readersdigest.co.id/nutrisi/manfaat+air+bagi+tubuh

5
6

Anda mungkin juga menyukai