Anda di halaman 1dari 2

9.0 KAEDAH YANG BOLEH MEMBANTU KANAK-KANAK AUTISME Sejak lahir lagi, tanda-tanda kelainan tidak dapat dikesan.

Tetapi, ada juga dalam kalangan kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 18 bulan dapat dilihat tandatanda kelainannya. Bagi penyakit ini, tiada rawatan yang dikenal pasti. Tetapi, dengan adanya Program Intervensi Awal, kanak-kanak autisme ini dapat melangkah keluar daripada gangguan autisme. Program ini memberi harapan yang terbaik untuk kanak-kanak ini. Program Intervensi Awal di dalam setting yang optima menunjukkan peningkatan yang baik bagi kebanyakkan kanak-kanak autisme. Antara peningkatannya ialah kebolehan bertutur iaitu dengan 75% ke atas peningkatan dari segi perkembangan dan kebolehan intelektual. Intensive Early Intervention in optimal educational setting results in improved out come in most young children with autism, including speech in 75% or more and significant improvements in rates of development and intellectual performance. (Dawson and Osterling 1997: Rogers 1996, 1998).

10.0 KESIMPULAN Dalam perhubungan atau komunikasi dan interaksi sesama manusia, kita perlukan teknik yang baik dan sesuai bagi memperoleh kesan yang sebaik mungkin. Sekiranya sesuatu komunikasi dan interaksi tidak menggunakan teknik yang betul atau sebaik mungkin berdasarkan situasi, siapa orang yang berhadapan dengan kita, sesuatu komunikasi dan interaksi akan menjadi tidak bermakna. (Aziz Salleh , 2002 : muka surat iii) Bagi kanak-kanak autisme, mereka mempunyai masalah dari segi komunikasi seperti perkembangan bahasa lewat ataupun tiada langsung. Ada juga yang bermasalah pendengaran dan tidak mengendahkan apa yang dikatakan oleh orang lain. kadang kala, kanak-kanak autisme ini jarang menggunakan bahasa dan sukar diajak bercakap. Ada juga yang menuturkan sesuatu tetapi buat seketika sahaja. Kanak-kanak ini selalunya akan mengeluarkan bahasa yang tidak difahami. Sesekali dia akan meniru ayat ataupun nyanyian tanpa mengerti maksudnya.

Interaksi sosial yang kurang seperti suka bersendirian, tiada kontrak mata dan sentiasa mengelak daripada memandang muka orang lain, tidak gemar bermain dengan rakan dan sering menolak ajakan rakan dan suka menjauhkan diri menyebabkan kanak-kanak autisme tidak dapat memperolehi bhasa dengan baik. Hal ini kerana, dengan pergaulan berkomunikasi akan berlaku. Seterusnya bahasa akan perkembangan dan pertukaran maklumat akan berlaku. Sebagai seorang guru, teknik pengajaran yang berstruktur perlu dimulakan dengan lebih awal. Program pembelajaran yang sesuai bagi kanak-kanak ini adalah bercorak ke arah analisis tingkah laku dan menggalakkan penggunaan pertuturan dan komunikasi. Bagi mencapai keperluan pembelajaran yang sesuai ibu bapa perlu memberikan kerjasama dengan ibu bapa bagi memastikan pendekatan berterusan diaplikasikan. Hal ini kerana, kemampuan kanak-kanak autisme adalah sesuatu yang mencabar.

Anda mungkin juga menyukai