Anda di halaman 1dari 7

1.

0 MENGENALPASTI TINGKAH LAKU KANAK-KANAK


AUTISME

Tingkah laku kanak-kanak autisme boleh dikenal pasti seawal usia 2


tahun dimana terdapat perubahan-perubahan terhadap sikap dan tingkah
laku mereka. Perubahan tingkah laku kanak-kanak ini dapat dilihat apabila
mempunyai simptom-simptom umum seperti mempunyai masalah dalam
berkomunikasi, ketika berinteraksi, perubahan terhadap sikap dan
pengurusan diri dan juga emosi.

Antara ciri-ciri kanak-kanak autisme adalah mereka mengalami


masalah pertuturan (speech delay). Pada awal usia mereka masih boleh
bertutur seperti kanak-kanak biasa, tetapi setelah mereka berusia 2 tahun
mereka akan mengalami masalah untuk bertutur.

Kanak-kanak autisme tidak akan membuat sebarang komunikasi


mata terhadap orang disekelilingnya dan tidak suka pada pelukan. Bagi
mereka membuat perhubungan mata adalah sebagai petanda amaran dan
hukuman bagi mereka.

Selain itu, mereka akan berkelakuan aneh. Hal ini kerana mereka
lebih suka dan tertarik kepada benda-benda yang berpusing seperti kipas
dan roda kereta mainan. Mereka akan bermain kereta dengan cara yang
bertentangan dengan kanak-kanak biasa, dimana mereka akan
menterbalikkan kereta mainan tersebut dan bermain dengan memutarkan
roda kereta mainan tersebut.

Emosi kanak-kanak autisme ini juga sukar diramal kerana mereka


suka mengamuk, suka mencakar dan mencederakan diri sendiri dan amat
sensitif terhadap bunyi bising. Mereka akan mengamuk dan
mencederakan diri sendiri sekiranya ada benda yang mereka inginkan
tidak dikecapi dan ketika mereka berasa terkongkong dan tidak selesa.
Selain itu, bunyi yang bising akan menyebabkan mereka terganggu.

Seterusnya, kanak-kanak autisme amat sukar untuk mengurus diri


sendiri. Kanak-kanak autisme memerlukan bantuan ibubapa ataupun
penjaga untuk menguruskan diri mereka terutama dalam aspek
pengurusan diri seperti mandi, menggosok gigi, makan, minum dan
memakai pakaian.
Makanan kanak-kanak autisme jugak sama setiap masa. Mereka
sangat memilih dalam aspek pemilihan makanan. Mereka akan makan
makanan yang sama setiap kali hendak makan dan tidak akan memakan
selain daripada makanan tersebut. Makanan kanak-kanak autisme
selalunya adalah epal hijau dan biskut yang digelar biskut mayat.

Obses pada benda-benda yang dia sukai juga merupakan salah satu
tingkah laku kanak-kanak autisme. Sekiranya mereka terlihat suatu benda
yang mereka sukai mereka akan memintanya menggunakan tangan orang
dewasa dan sekiranya tidak diberikan kepada mereka apa yang mereka
inginkan mereka akan mula mengamuk. Benda yang selalu mereka sukai
daripada orang dewasa adalah gadget.

Kanak-kanak autisme tidak mempunyai had sempadan. Mereka


akan melakukan sesuatu yang mereka sukai dimana sahaja tanpa
sebarang had tempat dan masa. Sebagai contoh, sekiranya ibubapa atau
penjaga membawa kanak-kanak autisme ini ke rumah orang lain seperti
menghadiri majlis kenduri, kanak-kanak ini akan membuat rumah orang
lain itu seperti rumahnya sendiri. Selain itu juga, ketika orang lain sedang
makan, kanak-kanak ini akan melakukan perkara lain seperti bermain dan
kemudian akan mengajak orang agak selesa dengan dia untuk bermain
meskipun orang itu sedang makan.

Kanak-kanak ini juga suka bermain secara sendiri dan akan


menjauh sekiranya di ajak untuk bermain. Mereka suka untuk menyendiri
di dunia mereka sendiri. Mereka selalu bermain dengan cara menyusun
objek-objekdengan cara memanjang. Kanak-kanak ini juga tidak pandai
bermain secara pura-pura seperti kanak-kanak biasa.

Kanak-kanak autisme ini juga mudah trauma. Suatu perlakuan yang


selalu mereka lakukan tetapi perlakuan tersebut menyebabkan
ketidakselesaan, maka mereka tidak akan melakukannya lagi.

Selain itu, mereka akan menggunakan bahasa yang tidak difahami


dan akan mengulang-ulang atau mengajuk perkataan orang lain. Kanak-
kanak ini bersifat hypoactive iaitu bahasa yang mereka gunakan tidak
difahami oleh orang lain. Mereka juga cenderung bersifat ekolalia iaitu
bertutur secara berulang-ulang.
Akhir sekali, kanak-kanak autisme mudah menghidapi sawan.
Mereka akan menghidapi penyakit sawan ini setelah akil baligh. Penyakit
sawan ini sangat bahaya bagi kanak-kanak autisme kerana mereka akan
kehilangan apa yang mereka telah pelajari.

2.0 CARA MENANGANI PENYAKIT AUTISME MENGGUNAKAN


PERUBATAN CARA ISLAM DAN CARA MODEN @ PSIKOLOGI

2.1 PERUBATAN CARA ISLAM

Di dalam surah al-Israa ayat 82*, Allah SWT berfirman Dan Kami
turunkan dengan beransur-ansur dari ayat Al-quran ayat-ayat suci yang
menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadaNya
dan dalam Surah Al-Fussilat ayat 44*, Allah SWT berfirman Katakanlah,
Al-Quran itu adalah petunjukdan penawar bagi orang yang beriman. Kedua
ayat ini jelas menunjukkan bahawa semua penyakit itu datangnya
daripada Allah dan penawarnya ada di dalam Al-Quran. Al-Quran adalah
sebaik-baik ubat penawar kepada setiap penyakit. Tiap- tiap surah dan
ayat yang terkandung di dalam Al-Quran adalah penawar kepada sesuatu
penyakit samada dari segi spiritual mahupun fizikal dengan syarat
seseorang itu beriman dan yakin kepadaNya.

Salah satu cara untuk menangani kanak-kanak autism melalui


perawatan cara islam adalah dengan menggunakan bacaan ayat-ayat al-
quran sebagai terapi bunyi menggunakan bacaan Al-Quran kepada kanak-
kanak autisme. Terdapat kajian yang menunjukkan apabila seseorang itu
diperdengarkan ayat-ayat suci Al-Quran, maka ia telah mengurangkan
tahap tekanan perasaan seseorang itu sekaligus meningkatkan tahap
ketenangan. Hal ini berlaku kerana berlaku peningkatan gelombang alpha
EEG dalam tubuh seseorang yang menyebabkan keseimbangan tekanan
dalam tubuh. Cara ini amat sesuai digunakan dikalangan kanak-kanak
autisme kerana ia dapat membantu menstabilkan masalah emosi kanak-
kanak autisme yang mempunyai masalah gangguan emosi yang
tidakstabil. Menggunakan ayat suci Al-Quran sebagai terapi bunyi adalah
lebih baik berbanding menggunakan muzik klasik kerana kesannya sangat
ketara ketika diperdengarkan bacaan al-quran.
Seterusnya, rawatan melalui pengamalan beberapa ayat Al-Quran
oleh ahli keluarga kanak-kanak autisme. Perkara ini di amalkan di Pusat
Rawatan Islam Al-Hidayah, Pahang dimana keluarga pesakit autisme akan
diberikan beberapa ayat al-quran berserta doa untuk di amalkan sebagai
alternatif. Di antara ayat-ayat Al-Quran yang di gunakan dalam rawatan ini
adalah surah Az-Zumar ayat 24-27, Surah Al-Hijr ayat 66-99, surah Yassin
ayat 43-58, surah Al-Hajj ayat 40-55 dan surah Al-Hajj ayat 73-78. Cara
rawatan ini adalah dengan keluarga pesakit itu hendaklah membaca surah
Az-Zumar tiga kali pada waktu malam dan Surah Al-HIjr tiga kali pada
waktu siang dan diikuti dengan bacaan doa. Hasil yang mereka perolehi
melalui perawatan ini ada yang telah menunjukkan perubahan positif dari
segi sikap, kecekapan, pertuturan kanak-kanak autisme tersebut.

Sekain itu, menggunakan terapi bacaan ayat al-Quran dalam


menangani gangguan tidur kanak-kanak autisme. Kanak-kanak autisme
mempunyai masalah kesukaran untuk tidur dan menyebabkan mereka
sering terjaga dari tidur mereka. Rawatan terapi ini dapat menyebabkan
diri mereka lebih tenang dan sedikit sebanyak dapat membantu
mengurangkan masalah tidur mereka.
2.2 PERUBATAN CARA MODEN @ PSIKOLOGI

Sehingga hari ini, masih sukar lagi untuk menemui cara mengubati
penyakit gangguan spektrum autisme (ASD) yang dialami oleh kanak-
kanak. Namun begitu, terdapat banyak program yang telah dianjurkan
khas kepada kanak-kanak autisme yang bersesuaian dan insentif.
Kebanyakkan program ini dibina berdasarkan apa yang diminati kanak-
kanak sekarang. Program ini mengadakan aktiviti-aktiviti yang sesuai
kepada kanak-kanak tersebut di dalam satu jadual yang sangat
berstruktur.

Pelan rawatan yang terbaik boleh menggunakan gabungan beberapa


teknik seperti Applied Behavior Analysis (ABA), ubat-ubatan, terapi
pekerjaan, terapi fizikal dan terapi pertuturan-bahasa. Kebanyakkan
program yang telah dianjurkan menggunakan teknik-teknik ini yang
disarankan oleh kebanyakkan doktor pakar.

Pertama sekali, Gunaan Analisis Kelakuan atau Applied Behavior


Analysis (ABA) merupakan satu program yang khas dibuat untuk kanak-
kanak. Menurut Schreck & Miller (2010), ABA telah banyak
didokumentasikan oleh penyelidik, kerajaan, dan Ketua Pakar Bedah
Amerika Syarikat sebagai standard emas dan paling empirikal disahkan
rawatan untuk gangguan spektrum autisme. Cara ini amat efektif dalam
beberapa kes. ABA menggunakan cara pengajaran secara satu-persatu
yang dapat menguatkan penguasaan pelbagai kemahiran. Matlamat
program ini adalah untuk memastikan kanak-kanak semakin hampir
kepada tahap perkembangan yang lebih normal. Program ini biasanya
dilakukan di rumah kanak-kanak dibawah pengawasan seorang atau
beberapa ahli psikologi tingkah laku. Program ini kebiasaannya boleh
menjadi lebih mahal dan masih sukar diterima pakai oleh pihak sekolah.
Ibubapa seringkali terpaksa mencari pendapatan atau mana-mana
bantuan dari mana-mana sumber bagi membiayai rawatan ini. Masalah
kewangan ini menyukarkan ramai ibubapa untuk memastikan anak-
anaknya mengikuti program ini.

Kedua, program lain yang dianjur adalah Treatment and Education of


Autistic and Related Communication Handicapped Children (TEACCH).
Program ini dibangunkan di seluruh negeri dalam Carolina Utara. Program
ini menggunakan jadual bersertakan gambar dan lain-lain visual yang
bertujuan membantu kanak-kanak untuk berdikari dan menyusun serta
menyesuaikan diri bersama persekitaran mereka. Walaupun TEACCH
bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan penyesuaian kanak-kanak,
namun mereka juga menerima untuk mengajar kanak-kanak gangguan
spektrum autisme. Tidak seperti program ABA, TEACCH tidak
menjangkakan kanak-kanak untuk mencapai pembangunan yang tipikal
dengan rawatan. Rajah 1 menunjukkan contoh jadual bergambar yang
digunakan oleh kanak-kanak autisme bagi memudahkan pemahaman
mereka.

Rajah 1: http://www.pbisworld.com/tier-2/individual-visual-schedules/
Ketiga, tidak ada ubat-ubatan yang dapat merawat penyakit gangguan
spektrum autisme sendiri. Tetapi ubat-ubatan seringkali digunakan untuk
merawat pesakit yang mempunyai masalah tingkah laku atau emosi
seperti kesukaran tidur, sering marah dan murung, rasa bimbang, masalah
perhatian, hiperaktif dan sebagainya. Pada masa ini, hanya risperidone
yang diluluskan untuk merawat kanak-kanak dalam lingkungan usia 5
tahun hingga 16 tahun yang mempunyai masalah emosi berpunca
daripada penyakit ASD. Ubat-ubatan lain-lain yang boleh digunakan
termasuklah penstabil mood dan perangsang.
Keempat, sesetengah kanak-kanak dengan penyakit ASD akan
bertindakbalas terhadap diet bebas gluten dan bebas kasein. Gluten boleh
didapati dalam makanan yang mengandungi gandum, rai, dan barli.
Kasein pula boleh didapati dalam susu, keju, dan produk tenusu yang lain.
Namun begitu, tidak semua pakar bersetuju bahawa perubahan diet akan
membawa sebarang perubahan, dan tidak semua kajian kaedah ini telah
menunjukkan hasil yang positif. Adalah penting untuk berjumpa dengan
doktor pakar dalam sistem penghadaman (gastroenterologi) dan pakar
diet berdaftar. Ini penting bagi memastikan kanak-kanak dengan sindrom
ASD masih menerima kalori yang cukup, nutrien, dan diet yang seimbang.
Walaupun masih banyak teknik yang boleh digunakan, namun ada
juga sesetengah yang tidak dicadangkan untuk guna. Contohnya, terapi
muzik, akupuntur, komunikasi difasilitasi, psikoterapi ekspresif dan
sebagainya. Walaupun kebanyakkan terapi ini dibuat berdasarkan rasional
yang bernas, namun tidak semuanya sesuai untuk kanak-kanak yang
mempunyai sindrom ASD. Perkara negatif seperti sakit kepala, muntah,
kekeliruan dan bahaya yang mungkin boleh menyebabkan kematian. Hal
lain juga sebab kekurangan bukti yang boleh meyakinkan sama ada terapi
ini dapat membantu merawat kanak-kanak dengan sindrom ASD.
Akhir sekali, walaupun masih belum ada cara perubatan yang dapat
membantu merawat kanak-kanak yang menghidapi penyakit gangguan
spektrum autisme ini dengan sepenuhnya, tapi masih belum terlambat
untuk melakukan apa-apa aktiviti untuk menyokong dan membantu
kanak-kanak ini untuk sembuh. Ibubapa digalakkan untuk mendengar
kata-kata doktor pakar, ibubapa yang mempunyai pengalaman dengan
anak-anak mereka yang menghidapi penyakit ASD dan mengikuti program
khas buat kanak-kanak autisme.

Source
http://www.autismmalaysia.com/treatment-options
http://www.nytimes.com/health/guides/disease/autism/overview.html

Anda mungkin juga menyukai