Anda di halaman 1dari 28

Tingkah laku yang mengganggu ( disruptif ) : Tingkah laku ini merupakan tingkah

laku yang boleh membahayakan orang lain.

Hiperaktif kelakuan atau bertingkah laku yang tersangat agresif


Kelakuan nakal suka menggangu kawan-kawan, membuli atau menyakat
kawan-kawan sekelas.
Bising menganggu ketenteraman bilik darjah, banyak bercakap .
Bergerak sesuka hati suka keluar masuk kelas tanpa kebenaran, berjalan-
jalan di dalam kelas semasa sesi pembelajaran berlaku, melakukan aktiviti yang
disukai bila-bila masa.
Ketawa kuat ketawa dengan suara yang nyaring dan kuat tanpa
menghiraukan orang yang berada di sekelilingnya
Agresif secara lisan / fizikal menggunakan kata-kata kasar, lucah, kurang
ajar, tidak sopan.
Tingkah laku yang menghalang ( bergantung ) : Tingkah laku ini merupakan
tingkah laku yang boleh membahayakan diri.
Kebimbangan sentiasa berasa takut, menunjukkan reaksi bimbang, tiada
keyakinan diri.
Pergantungan lebihan terlalu mengharapkan pertolongan atau bantuan dari
orang lain terutama ibu bapa atau orang yang rapat dengannya, terlalu manja, tidak
boleh berdikari
Pengunduran diri malu untuk menunjukkan kebolehan, teragak-agak
memberi pendapat atau idea, tidak yakin pada kebolehan diri, sering menggangap
orang lebih baik dari dirinya
Pengasingan diri tidak suka bergaul atau berkomunikasi dengan kawan-
kawan, sikap rendah diri yang terlalu tinggi, perasaan malu pada kawan-kawan
Tingkah laku negatif pula merupakan tingkah laku yang mampu memberikan
masalah dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
Ini kerana tingkah laku negatif bukan sahaja kanak-kanak yang suka
mengganggu rakan lain malah kanak-kanak yang seriang memberontak
dalam kelas merupakan contoh kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku
negatif. Tingkah laku distruktif merupakan tingkah laku kanak-kanak iaitu
permusuhan nyata iaitu kanak-kanak yang sering menunjukkan tingkah laku
fisikal atau pun lisan yang bertujuan menyakiti seseorang. Contohnya,
seorang murid sedang beratur untuk dapatkan makanan tiba-tiba seorang
murid yang lain, memotong barisan tersebut.
Selain itu juga, vandalisme juga merupakan ciri-ciri tingkah laku
distruktif. Bagi kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku distruptif pula,
kanak-kanak ini biasanya mempunyai ciri-ciri hyperaktif, suka membuat bising
dan agresif. Kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku distruptif merupakan
kanak-kanak yang suka bergerak, suka ketawa dengan kuat dan sering
menunjukkan tingkah laku agresif kepada rakan-rakan yang lain. Tingkah laku
bergantungan pula merupakan kanak-kanak yang sering mengalami emosi
kebimbangan, pergantungan berlebihan dan mempunyai nilai kendiri yang
rendah. Kanak-kanak ini biasanya sering bergantung pada orang lain dalam
apa juga aktiviti yang dijalankan. Kanak-kanak yang terlalu pemalu juga
merupakan kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku pergantungan.

Rajah 2: Jenis-jenis tingkah laku bermasalah negatif


Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu.
Tingkah laku merupakan semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur,
dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak,
secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang
sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang
perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau
separa sedar.
Menurut Garry Martin dan Joseph Pear (2003), tingkah laku juga merangkumi
aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi dari segi teknik, aktiviti
yang melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ.
Pada dasarnya tingkah laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan
oleh individu. Carl Rogers (1999), menekankan bahawa seseorang individu
bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu
mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi dan
bertindak dengan lebih yakin. Menurut Al-Ghazali pula dari perspektif Islam, tingkah
laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan.Tingkah laku normal dan
tidak normal adalah berdasarkan kepada kekerapan dan berlaku sepanjang masa
dan mempunyai masalah psikologi.
Masalah tingkah laku atau gangguan emosi yang serius merujuk kepada keadaan di
mana ciri-ciri yang berikut berlaku pada tempoh yang lama, pada darjat yang ketara
dan keadaan ini menjejaskan prestasi pembelajaran.
Tingkah laku bermasalah ialah merujuk kepada sebarang tingkah laku sama ada
positif ataupun negatif yang menjejaskan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran. Tingkah laku terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku positif dan
tingkah laku negatif. Tingkah laku positif terbahagi kepada empat iaitu sikap ingin
tahu, cepat belajar, proaktif dan pintar cerdas. Manakala tingkah laku negatif pula
terbahagi kepada tiga iaitu tingkah laku distruktif, distruptif dan sikap bergantung.

Definisi Tingkah Laku Bermasalah


Kanak-kanak yang menghadapi masalah tingkah laku tidak boleh menyesuaikan
dirinya dengan kelakuan-kelakuan yang diterima oleh masyarakat dan selalunya
keadaan ini menjejaskan keadaan pelajarannya, keupayaan untuk belajar dan
perhubungannya dengan orang lain. Di dalam bahasa Inggeris, tingkah laku
bermasalah disebut sebagai "abnormal behavior" iaitu tingkah laku yang terkeluar
dari nilai dan norma masyarakat. Konsepnya bertentangan dengan tingkah laku
normal yang lazimnya dipersepsi, dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakan
orang dalam masyarakat.
Mohd Nazar Mohamad ( 1990 ) mentakrifkan tingkah laku bermasalah individu
sebagai tingkah laku yang menggangu perjalanan kehidupannya. Menurut Robert H
Woody di dalam bukunya berjudul The School and the Behaviour Problem Child
menyatakan semua tingkah laku di sekolah dapat diperlihatkan dalam berbagai
bentuk dan ragam. Kanak-kanak tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan
keadaan dan suasana pembelajaran. Keadaan begini selalu menjejaskan pelajaran
dan keupayaan mereka untuk belajar dan berhubung dengan orang lain.
Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang
tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan kelicinan atau keberkesanan
pengajaran dan pengajaran khasnya di dalam bilik darjah. Tingkah laku bermasalah
boleh berupa negatif atau positif. Yang pastinya tingkah laku bermasalah ini boleh
membawa kesan yang tidak baik atau memudaratkan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, adalah menjadi
tanggungjawab seorang guru mengenalpasti murid-murid yang bertingkah laku
bermasalah di dalam kelasnya agar strategi atau teknik tertentu dapat digunapakai
bagi memastikan keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah dapat berjalan dengan lancar serta berkesan.

Tingkah Laku Positif


Tingkah laku positif merupakan tingkah laku kanak-kanak merupakan tingkah laku
yang baik untuk perkembangan mereka. Dengan adanya tingkah laku ini, kanak-
kanak akan lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Sikap ingin tahu kanak-kanak akan membantu guru dalam
meransang pemikiran kanak-kanak. Hal ini amat penting dalam perkembangan
kognitif mereka. Dengan sikap ingin tahu kanak-kanak ini, guru dapat membina
aktiviti yang lebih melibatkan penerokaan kerana pada tahap ini, kanak-kanak akan
suka pada aktiviti seperti ini.
Kanak-kanak yang cepat belajar juga merupakan tingkah laku yang positif kerana
akan memudahkan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
Guru tidak perlu melakukan proses pemulihan sekiranya kanak-kanak cepat belajar.
Guru cuma perlu fikirkan aktiviti pengayaan uantuk kanak-kanak tersebut. Kanak-
kanak yang proaktif juga merupakan tingkah laku positif. Kanak-kanak proaktif
berbeza dengan kanak-kanak hyperaktif. Kanak-kanak proaktif merupakan kanak-
kanak yang suka melibatkan diri pada aktiviti, suka bermain dan lebih mudah
dikawal oleh guru. Kanak-kanak pintar cerdas jarang dijumpai namun jika terdapat
kanak-kanak seperti ini, guru harus pandai memberikan aktiviti yang menarik agar
mereka tidak mudah bosan.

Jenis-jenis Tingkah Laku Bermasalah Positif


Tingkah laku ingin tahu merupakan salah satu tingkah laku bermasalah positif.
Kanak-kanak yang mempunyai masalah tingkah laku ini mempunyai sikap ingin tahu
yang tinggi terhadap sesuatu perkara yang dilihat. Walaupun secara umumnya
perlakuan tersebut dilihat adalah sangat baik dan positif dari segi pembelajaran
seorang murid, namun sebaliknya ia mengganggu kelancaran proses pengajaran
dan pembelajaran yang sedang berlaku. Sebagai contoh kes yang berlaku di
sekolah, murid A yang berperilaku ingin tahu yang keterlaluan akan menyebabkan
murid A itu suka bertanya tidak putus - putus sehingga mengganggu proses
penerangan sesuatu topik yang dipelajari semasa proses pembelajaran dan
pengajaran berlaku . Murid lain yang sedang cuba memahami atau memberi fokus
terhadap sesuatu topik pembelajaran dan memerlukan kosentrasi serta suasana
yang kondusif turut mengalami gangguan dari murid A.
Tingkah laku cepat belajar merupakan tingkah laku positif yang membawa maksud
cepat menangkap atau catch up sesuatu perkara yang baru dipelajari. Kanak-kanak
tingkah laku cepat belajar dapat mempelajari sesuatu yang baru dengan cepat.
Tingkah laku cepat belajar menyebabkan ketidakseimbangan dalam proses
pembelajaran yang sedang berlangsung. Apabila berlaku perlakuan murid seperti ini,
gangguan emosi akan berlaku dan bukan sahaja gangguan terhadap murid dalam
kelas itu sendiri, malah guru juga turut akan menerima kesannya. Perkara yang
dapat dilihat ialah, murid yang bermasalah ini akan cuba untuk memperkatakan
perkara yang mereka fahami dalam topik yang sedang diajar oleh guru. Hal ini
menyebabkan murid-murid lain yang sama kelas kehilangan minat untuk belajar
kerana berasa rendah diri melihat rakan sekelas telah mempunyai pengetahuan
yang lebih dalam topik itu selain lebih berminat bertanya murid tersebut berbanding
guru yang sedang mengajar.
Tingkah laku positif yang lain termasuklah tingkah laku pintar cerdas. Kanak-kanak
sentiasa cepat dan pantas apabila menggunakan otak dan berfikir. Murid pintar
cerdas bukan sahaja ada di sekolah aliran perdana namun ianya juga ada di aliran
pendidikan khas masalah pembelajaran. Walaupun majoriti murid pendidikan khas
masakah pembelajaran adalah murid yang berkeperluan khas namun ada
sebahagian daripada murid-murid ini yang pintar cerdas. Pertanyaan,
mengganggu,dan menjawab soalan sering berlaku sehingga menganggu proses
pembelajaran dan pengajaran seperti aliran perdana. Murid yang menjadi pintar
cerdas ini adalah murid yang mengalami masalah lembam kerana di dalam kalangan
murid pendidikan khas ini merekalah yang lebih berpengetahuan sikit, cuma kurang
daya ingatan.
Selain itu, tingkah laku positif juga merangkumi tingkah laku proaktif. Kanak-kanak
sentiasa menunjukkan kesungguhan atau sikap maju ke depan berbanding kawan-
kawan yang lain. Mereka sentiasa aktif dan bertindak dengan penuh semangat.
Mereka mempunyai naluri ingin tahu yang terlalu tinggi dan kurang sabar. Murid-
murid ini bersifat demikian adalah kerana inginkan perhatian yang lebih daripada
guru yang mengajar, malah murid ini juga cuba mengganggu rakan mereka dan
menyebabkan rakan terasa terpinggir dan malu untuk menonjolkan diri ketika di
dalam kelas.

Tingkah Laku Bermasalah Negatif


Tingkah laku bermasalah negatif pula merupakan tingkah laku yang mampu
memberikan masalah dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam
kelas. Kanak-kanak yang mempunyai masalah tingkah laku negatif bukan sahaja
suka mengganggu rakan lain malah seriang memberontak dalam kela.
Tingkah laku distruktif merupakan tingkah laku kanak-kanak iaitu permusuhan nyata
iaitu kanak-kanak yang sering menunjukkan tingkah laku fisikal atau pun lisan yang
bertujuan menyakiti seseorang. Contohnya, seorang murid sedang beratur untuk
dapatkan makanan tiba-tiba seorang murid yang lain, memotong barisan tersebut.
Selain itu juga, vandalisme juga merupakan ciri-ciri tingkah laku distruktif.
Bagi kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku distruptif pula, kanak-kanak ini
biasanya mempunyai ciri-ciri hyperaktif, suka membuat bising dan agresif. Kanak-
kanak yang mempunyai tingkah laku distruptif merupakan kanak-kanak yang suka
bergerak, suka ketawa dengan kuat dan sering menunjukkan tingkah laku agresif
kepada rakan-rakan yang lain.
Tingkah laku bergantungan pula merupakan kanak-kanak yang sering mengalami
emosi kebimbangan, pergantungan berlebihan dan mempunyai nilai kendiri yang
rendah. Kanak-kanak ini biasanya sering bergantung pada orang lain dalam apa
juga aktiviti yang dijalankan. Kanak-kanak yang terlalu pemalu juga merupakan
kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku pergantungan.

Jenis-jenis Tingkah Laku Bermasalah Negatif


Tingkah Laku yang Menghalang
Tingkah laku yang menghalang (bergantung) merupakan tingkah laku negatif yang
boleh membahayakan diri. Antara ciri-ciri tingkah laku menghalang ialah kanak-
kanak sering di bawah kebimbangan. Kanak-kanak sentiasa berasa takut,
menunjukkan reaksi bimbang, tiada keyakinan diri.
Selain itu, kanak-kanak tersebut mempunyai pergantungan lebihan terhadap
seseorang. Mereka terlalu mengharapkan pertolongan atau bantuan dari orang lain
terutama ibu bapa atau orang yang rapat dengannya. Kanak-kanak seperti ini tidak
mampu untuk membuat keputusan sendiri kerana memiliki pendirian yang kurang
tegas dan tiada tujuan. Perkara ini terjadi kerana kanak-kanak mendapat
perlindunganyang terlalu melampau dan sering kali dimanjakan. Ini menyebabkan
kanak-kanak itu menjadi kurang yakin dan tertekan jika tiada pertolongan diberikan.
Kanak-kanak bertingkah laku menghalang akan sentiasa mengundurkan diri. Mereka
malu untuk menunjukkan kebolehan diri, teragak-agak untuk memberi pendapat atau
idea dan tidak yakin pada kebolehan diri. Mereka sering menggangap orang lebih
baik dari dirinya padahal mereka sendiri sebenarnya mempunyai kebolehan
tersebut.
Pengasingan diri juga merupakan salah satu ciri kanak-kanak bertingkah laku
menghalang. Mereka tidak suka bergaul atau berkomunikasi dengan kawan-kawan.
Mereka mempunyai sikap rendah diri yang terlalu tinggi dan mempunyai perasaan
malu pada kawan-kawan.

Tingkah Laku yang Mengganggu


Tingkah laku yang mengganggu atau disruptif merupakan tingkah laku yang boleh
membahayakan orang lain. Hiperaktif merupakan salah satu ciri kanak-kanak
bertingkah laku mengganggu. Mereka berkelakuan atau bertingkah laku yang
tersangat agresif.
Di samping itu, kanak-kanak yang mempunyai masalah tingkah laku ini berkelakuan
nakal. Mereka suka menggangu kawan-kawan, membuli atau menyakat kawan-
kawan sekelas. Mereka suka membuat bising, menganggu ketenteraman bilik darjah
dan banyak bercakap.
Kanak-kanak bertingkah laku mengganggu suka bergerak sesuka hati. Mereka suka
keluar masuk kelas tanpa kebenaran, berjalan-jalan di dalam kelas semasa sesi
pembelajaran berlaku dan melakukan aktiviti yang disukai bila-bila masa.
Selain itu, mereka suka ketawa kuat, mereka akan ketawa dengan suara yang
nyaring dan kuat tanpa menghiraukan orang yang berada di sekelilingnya. Mereka
juga akan bersikap agresif secara lisan atau fizikal. Mereka menggunakan kata-kata
kasar, lucah, kurang ajar, tidak sopan.

Tingkah Laku Anti Soaial


Tingkah laku anti sosial atau distruktif merupakan tingkah laku yang boleh
membahayakan diri, sekolah dan masyarakat. Kanak-kanak yang bertingkah laku
anti sosial akan mempunyai permusuhan nyata. Mereka suka bergaduh, berlawan,
bertumbuk, mencari pasal dengan mana-mana murid terutama rakan sebaya.
Ciri-ciri tingkah laku anti sosial termasuklah vandalisme. Mereka suka merosakkan
harta benda awam seperti menconteng dinding menggunakan pen, pensil, marker
atau tapak kaki, mematahkan alat pengepam tandas, memecahkan kerusi atau meja
di dalam bilik darjah, menggores atau menconteng meja.
Selain itu, mereka akan menyertai kumpulan liar, iaitu terlibat dengan kumpulan
tidak bermoral.Mereka akan mempunyai hubungan dengan beberapa orang
yang mempunyai perangai atau tabiat yang sama tetapi lebih kepada tingkah laku
tidak baik. Geng juga akan wujud disebabkan oleh tingkah laku bermasalah negatif
ini. Mereka menubuhkan kumpulan tertentu di dalam sekolah, kumpulan yang
ditakuti atau digeruni oleh murid-murid lain ,Mereka bertindak membuli atau
menakut-nakutkan murid-murid lain.
Tingkah laku anti-sosial lebih menjurus kepada masalah tingkah laku berbentuk
jenayah. Di dalam sebuah sekolah, ia lebih difokuskan kepada masalah disiplin.
Tingkah laku murid sebegini harus diberi perhatian khusus oleh guru-guru rendah
kerana bibit-bibit jenayah pada peringkat ini jika dibiarkan akan menular dan
merebak dan menjadi masalah besar pada peringkat akan datang.

Punca-punca Masalah Tingkah Laku


Pengaruh Genetik atau Baka
Menurut Teori Roe,minat dan kebolehan seseorang itu adalah diwarisi melalui baka
genetik. Tenaga jiwa yang terdapat di dalam baka genetik tidak dapat dikawal
sepenuhnya. Teori ini dikemukakan oleh Anne Roe ( 1957 ) dan Siegelman ( 1964 ).
Teori ini menyatakan bahawa setiap individu mempunyai kaedah tertentu di dalam
menggunakan tenaga jiwa yang diwarisinya.
Masalah tingkah laku boleh dipengaruhi oleh faktor biologi seperti baka. Contohnya,
sifat introvert atau ekstrovert, pantulan dan ketakutan, cepat atau murah marah,
selalu berasa tegang dan bimbang. Baka juga merupakan satu faktor yang
mempengaruhi perkembangan aspek fizikal seseorang. Sekiranya ibu bapa
berbadan gemuk, kemungkinan besar anak mereka juga berbadan gemuk. Kanak-
kanak yang gemuk akan berasa malu dan menjadi pendiam. Mereka tidak mahu
bergaul dengan rakan-rakan kerana takut diejek dan sebagainya.
Perkembangan mental seseorang banyak dipengaruhi oleh faktor baka. Kecergasan
tinggi atau rendah biasanya telah ditentukan oleh baka yang diwarisi daripada ibu
bapanya. Sekiranya ibu bapa mempunyai kecerdasan yang rendah, mereka akan
mempunyai anak-anak yang lemah kecerdasannya. Hal ini akan menyebabkan
timbulnya rasa rendah diri, mengasingkan diri dan terbelakang dari rakan sebaya.

Faktor Diri
Menurut Duke ( 1980 ) menyatakan bahawa setiap individu bertanggungjawab
terhadap perlakuannya sendiri. Murid-murid berkemungkinan menjadi tidak
berdisiplin kerana mengikut kehendak-kehendak diri mereka sendiri tanpa sebarang
pengaruh dari luar, iaitu apa yang dikatakannya sebagai the potential influence of
students free will .
Mengikut Rabven ( 1977 ) apabila murid-murid tidak berminat dalam mata pelajaran
tertentu dan guru pula tidak menarik minat mereka maka murid-murid tersebut akan
hilang semangat belajar dan akan melakukan apa jua yang telintas dalam fikiran
mereka.
Kanak-kanak bagaikan kain putih dan tidak dapat membezakan baik dan buruk.
Kanak-kanak mudah terikut-ikut dengan kumpulan yang sama umur dari segi
perlakuan dan percakapan. Oleh itu pengaruh rakan sebaya akan lebih cepat
mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak. Media masa turut menyumbang dan
memberi kesan terhadap perkembangan tingkah laku kanak-kanak.
Selain itu, kanak-kanak mudah terpengaruh dengan aksi atau lakonan apabila
mereka menonton atau membaca. Kanak-kanak belajar melalui pemerhatian dan
apa yang mereka lihat sama ada melalui surat khabar, televisyen, filem yang
dilakonkan oleh pelakon-pelakon dan meniru aksi apa yang ditonton.
Sesetengah kanak-kanak kekurangan keyakinan diri dalam melakukan sesuatu.
Mereka takut untuk mengemukakan idea mereka atau menunjukkan bakat
mereka. Mereka berasa diri mereka kurang baik dan takut sekiranya mereka
melakukan kesilapan. Mereka takut diejek oleh rakan-rakan mereka dan lebih suka
untuk mengasingkan diri daripada kumpulan.

Faktor Keluarga
Faktor kekeluargaan pula boleh dilihat melalui tingkah laku ibu bapa, penceraian dan
kesibukan bekerja. Gabarino, Gattman & Sealey et. Al (1986) mengkategorikan lima
tingkah laku ibu bapa yang dikira sebagai mendera emosi kanak-kanak iaitu
penolakan, pengasingan, menakutkan, sikap tidak peduli dan merasuah fikiran. Jika
salah satu daripada tingkah laku ini dilaksanakan di rumah, kanak-kanak didedahkan
dengan suasana yang tidak sihat sehinggakan anak-anak hidup dalam suasana keji-
mengeji dan kutuk-mengutuk sebagai kebiasaan dalam hidup seharian mereka.
Penceraian juga boleh menyebabkan tingkah laku bermasalah kanak-kanak terjadi.
Sekiranya kanak-kanak yang sentiasa hidup dalam kancah rumah tangga yang
sering kali bercerai, maka tidak sempurna kehidupan mereka dan mempunyai risiko
yang tinggi mendapat gangguan emosi pada masa akan datang. Kanak-kanak yang
terganggu emosinya lebih sering mengeluh sakit seperti demam,sakit tekak, sakit
perut dan sebagainya.Seseorang akan merasa marah terhadap ibu bapanya kerana
bercerai dan dia melepaskan perasaan marahnya itu melalui perubahan sikap
mendadak. Dia menjadi degil, bersikap panas baran, bertumbuk dengan budak-
budak lain, mencuri, ponteng sekolah, bercampur dengan kumpulan budak-budak
nakal dan menghisap rokok. Dia menjadi penyedih dan tidak suka bergaul, asyik
menyendiri, menangis seorang diri, tidak tidur lena malam dan kelihatan malas.
Kesibukan mencari rezeki menyebabkan ibu bapa tidak mempunyai masa berkualiti
dengan anak-anak. Anak-anak akan terasa diabaikan oleh ibu bapa mereka dan
tidak merasai kasih sayang di rumah. Mereka akan cuba untuk membuat sesuatu
untuk menarik perhatian ibu bapa. Kadang-kala, ibu bapa yang mengalami tekanan
dalam pekerjaan akan melepaskan geram ke atas anak mereka. Hal ini turut
memberikan kesan negatif kepada anak-anak mereka.

Faktor Sekolah
Marimuthu (1980) menjelaskan terdapat perhubungan rapat di antara keadaan
keluarga yang kucar kacir dengan perlakuan-perlakuan salah laku di kalangan
generasi muda. Saiz sekolah juga memberi kesan kepada murid. Sekolah yang
besar atau keadaan bersesak-sesak mempunyai pertalian yang disignifikan dengan
masalah tidak berdispilin. ( Balley, 1971 dan Reynolds, 1977). Menurut Dunhill
(1965) mendapati keadaan dalam kelas yang tidak dikelolakan dengan baik akan
menimbulkan disiplin kerana keadaan demikian akan menimbulkan watak yang
kurang baik di kalangan murid.
Suasana persekitaran sekolah yang kurang konduksif akan menyebabkan masalah
tingkah laku. Contoh suasana sekolah yang kurang konduksif termasuklah
berhampiran kawasan pembinaan, jauh dari bandar, terpencil dan tiada kemudahan
asas. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran membosankan seperti alat bantu
mengajar yang tidak menarik, cara penyampaian guru yang monotone dan sukar
difahami oleh murid turut mengakibatkan berlakunya masalah tingkah laku. Keadaan
pembelajaran kelas yang tidak dikelolakan dengan baik akan menyebabkan murid
bosan dan tidak dapat menumpukan perhatian dengan minat terhadap mata
pelajaran yang diajar.
Keadaan fizikal sekolah kurang konduksif akan menyebabkan murid berasa kurang
selesa. Antaranya termasuklah bilik darjah yang kotor, kawasan sekolah yang kotor,
tiada perhiasan atau kemudahan untuk murid. Pengurusan sekolah bercorak
autokratik seperti guru yang terlalu garang, disiplin yang terlalu ketat, selalu
menggunakan kaedah hukuman atau dendaan, perkhidmatan kaunseling yang tidak
mencukupi menyebabkan murid-murid memberontak dan tidak ingin diletak di bawah
kawalan yang ketat ini. Pendapat dan pandangan murid tidak mendapat perhatian
sekolah juga merupakan salah satu faktor. Murid hanya mengikut arahan tanpa
bantahan, maslah murid tidak didengari atau diambil perhatian, tiada kompromi dari
guru. Penilaian negatif mewujudkan permusuhan nyata oleh murid dan melepaskan
geramnya dengan membalas dendam.

Ciri-Ciri Masalah Tingkah Laku


Ciri-ciri kanak-kanak masalah tingkah laku termasuklah berkelakuan nakal. Nakal
merujuk bagaimana individu itu berkelakuan lincah, tidak duduk diam atau sentiasa
melakukan sesuatu yang tidak menyenangkan atau disenangi oleh orang lain di
sekelilingnya. Berkelakuan nakal meliputi banyak aspek seperti suka membuat
bising di dalam bilik darjah, murid tidak duduk diam di tempatnya, murid suka
berjalan-jalan di dalam bilik darjah ketika guru tiada di dalam kelas dan menganggu
kawan-kawannya yang lain dan gemar bermain-main semasa proses pembelajaran
berlaku.
Murid-murid yang berkelakuan nakal ini biasanya sudah tidak makan saman dengan
teguran, amaran atau dendaan. Perbuatannya hanya berhenti buat sementara waktu
sahaja apabila didenda , ditegur atau dimarah. Apabila sudah tidak ditegur atau
dimarah atau diingatkan oleh guru, kelakuan murid itu akan kembali kepada
perangai asalnya. Ada sesetengah murid menggunakan taktik tidak hadir ke sekolah
sebagai alasan daripada dimarahi, didenda atau dikenakan hukuman oleh guru
kerana bersikap nakal di dalam kelas.
Pengasingan diri juga merupakan salah satu ciri murid bermasalah tingkah laku.
Murid yang suka mengasingkan diri ini kebiasaannya tidak mahu bergaul dengan
kawan-kawan yang lain. Murid ini suka menjauhkan diri dari kelompok dan
meletakkan dirinya di satu sudut atau tempat terpencil. Murid yang suka
mengasingkan diri mempunyai beberapa sebab tertentu seperti keadaan fizikal yang
tidak sempurna, merasai kekurangan dari segi material berbanding rakan-rakan lain,
sikap dari diri individu itu sendiri semenjak kecil atau mempunyai masalah peribadi
atau dalaman. Kemungkinan, murid itu tidak biasa hidup di dalam kelompok kerana
sudah terbiasa sejak kecil lagi hidup bersendiri dan merupakan anak tunggal atau
bilangan adik beradik yang kecil. Murid sebegini jarang bercakap atau tidak banyak
berinteraksi.
Murid yang suka mengasingkan diri serta bermasalah tingkah laku atas faktor
masalah keluarga, kewangan dan kurang perhatian dari kawan-kawan ,
kebiasaannya berwajah murung, tidak ceria dan kurang senyum. Murid sebegini juga
kurang memberi penumpuan atau perhatian di dalam kelas. Murid ini lebih banyak
berkhayal atau mengelamun ketika belajar. Sesetengah pula,menunjukkan sikap
tidak berminat langsung untuk belajar.
Tabiat suka merosakkan harta benda awam sememangnya tabiat yang paling buruk
dan juga merupakan sejenis masalah tingkah laku. Antara perlakuan buruk ini
termasuklah menconteng dinding menggunakan objek (pensel, pen atau marker ).
Bagi yang tiadak mempunyai peralatan untuk menconteng, tapak kasut adalah jalan
mudah bagi mereka memenuhkan ruang dinding. Selain itu, tabiat suka
mematahkan atau merosakkan pam tandas sekolah juga semakin berleluasa. Ada
juga murid yang mencabut batang paip tandas sekolah. Perkara yang sering
dilakukan oleh murid-murid yang suka merosakkan harta benda ialah menconteng
meja atau kerusi yang terdapat di dalam kelas.
Abdullah Salleh ( 1979 ) dalam kajiannya menyatakan sebab-sebab murid
melakukan vandalism. Di antaranya ialah mahu membalas dendan terhadap
sekolah, suka melihat benda itu hancur, hendak menunjukkan kekuatan atau
kelebihan, dan keadaan terbiar tanpa pengurusan dari guru semasa di dalam bilik
darjah.
Ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas termasuklah mula berjalan dan bercakap lebih
awal dari kanak-kanak biasa. Semasa kecil lagi mereka sudah menunjukkan
kebolehan menyusun perkataan dan frasa yang bermakna.Mereka mungkin lebih
besar, lebih kuat daripada kanak-kanak biasa yang sebaya dengannya dan dalam
ukuran tertentu mereka biasanya adalah luar biasa seperti ukuran dada, kekuatan
otot dan perkembangan paru-paru. Kanak-kanak pintar cerdas boleh menarik
perhatian ibu bapa dengan menunjukkan gaya, tidak semestinya di hadapan pelawat
yang datang ke rumah atau penonton. Gaya diri yang luar biasa mungkin satu dari
tanda luar biasa kanak-kank pintar cerdas.
Selain itu, mereka akan menunjukkan minat pada masa lebih awal. Mereka
bercakap mengenai masa seperti semalam, hari esok, hari ini, hari-hari dalam
seminggu, waktu ini dan waktu itu, kalender dan jam pada peringkat umur yang
awal. Ini menunjukkan kesedaran pada dirinya berkaitan dengan masa. Kanak-
kanak pintar cerdas menpunyai berbagai minat dan sikap spontan, disaingi dan
perasaan ingin tahu dari segi intelek yang luas dan cepat berkembang. Mereka
selalunya telah belajar membaca sebelum memasuki alam persekolahan. Kanak-
kanak itu dikatakan telah mempunyai minat membaca yang lebih awal. Mereka
mempunyai kebolehan membaca yang tinggi berbanding kanak-kanak lain yang
sebaya dengan dirinya.
Di samping itu, mereka mempunyai hobi yang lebih banyak berbanding kanak-kanak
lain. Mereka dapat mempelajari sesuatu dengan cepat dan mudah dan hanya
memerlukan sedikit penerangan dari guru dan sedikit penerangan dari guru. Meraka
mempunyai sifat tidak sabar mendapatkan latih tubu dari guru dan pandai
menggunakan masa dengan berfaedah. Mereka juga boleh menyesuaikan apa yang
dipelajari dengan menggunakan situasi lain. Pemindahan idea datang dengan begitu
pantas sekali.
Murid bermasalah tingkah laku ingin tahu ini mempunyai sikap ingin tahu yang amat
tinggi dari perkara besar hingga sehalus kuman. Guru pun boleh lemas dan letih
menjawab pertanyaan murid yang mempunyai sikap ingin tahu yang terlalu tinggi.
Adakalanya soalan yang dikemukakan tidak terdapat di dalam sukatan pelajaran
tetapi perasaan ingin tahu lebih mendalam tentang topik yang dibincangkan
sehingga boleh merimaskan guru untuk menjawabnya. Murid-murid lain di dalam
kelas hanya termanggu-mangu menanti jawapan dari guru. Sedikit sebanyak sikap
murid sebegini boleh mengganggu proses pembelajaran di dalam kelas.
Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai masalah tingkah laku yang lain
termasuklah bercakap besar, suka melakukan kegiatan negatif seperti mencuri dan
menghisap rokok. Selain itu, mereka juga suka menyakiti hati orang, tidak
mendengar arahan dan membantah. Mereka bersikap panas baran dan selalu risau
berkenaan dengan perkara remeh. Kanak-kanak bermasalah tingkah laku juga tidak
menyiapkan tugasan yang diagihkan oleh guru. Mereka juga mudah menangis,
cerewet dan selalu berbohong.

Keperluan Kanak-Kanak Masalah Tingkah Laku


Kasih sayang yang tidak berbelah bagi dari ibu bapa amat penting dalam mendidik
kanak-kanak bermasalah tingkah laku. Adalah amat penting bagi sesebuah keluarga
hidup dalam suasana yang harmoni dan penuh kasih sayang. Walaupun setiap
keluarga berbeza dari segi latar belakang dan budaya, aspek kasih sayang perlu
wujud dan menjadi keutamaan. Kanak-kanak itu perlu mengetahui bahawa diri
mereka disayangi. Mereka perlu tahu bahawa kasih sayang yang diterima tidak
bersyarat dan tidak bergantung kepada kesalahan ataupun kesilapan yang mereka
lakukan.
Sering kali, dalam sesebuah keluarga, wujud keadaan di mana salah seorang anak
berasa mereka kurang atau tidak disayangi oleh ibu bapa dan ahli keluarga yang
lain, mereka meletakkan kegagalan pencapaian mereka sebagai salah satu sebab
mengapa mereka tidak disayangi. Di samping itu juga, terdapat kanak-kanak yang
merasakan mereka mendapat kurang kasih sayang disebabkan diri mereka yang
kurang menyerlah dari segi kebolehan berbanding adik beradik yang lain.
Dalam situasi sebegini, kanak-kanak perlu diyakinkan bahawa kasih sayang yang
diterima tidak bergantung kepada pencapaian atau kegagalan mereka. Mereka perlu
tahu bahawa setiap kanak-kanak mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-
masing dan segala kekurangan atau kegagalan perlulah diterima seadanya. Kasih
sayang yang tidak berbelah bagi dari ibu bapa dan ahli keluarga akan dapat
membantu kanak-kanak yakin terhadap diri sendiri dan berasa diri mereka
dilindungi.
Selain itu, kanak-kanak perlu diberi peluang bermain dengan kanak-kanak lain dan
rakan sebaya. Dalam membesarkan kanak-kanak, ada ketikanya ibu bapa terlupa
kanak-kanak perlu diberi masa untuk bermain. Dalam mengejar arus pemodenan
masa kini, ibu bapa lebih memberi penekanan kepada pencapaian akademik
sehingga ada ketikanya kanak-kanak langsung tiada masa bermain atau beriadah.
Kerap kali ibu bapa mengucapkan kata-kata seperti Kamu asyik nak main sahaja
atau Baca buku itu, jangan main tanpa menyedari kepentingan bermain bagi
kanak-kanak.
Sekiranya kanak-kanak asyik dipaksa untuk melakukan sesuatu yang tidak disukai
dan peluang untuk mereka bergaul dangan rakan sebaya mereka dikurangkan,
kanak-kanak mungkin akan bersifat mengasingkan diri dan tidak berani untuk
bergaul dengan orang lain. Peluang seharusnya diberikan kepada kanak-kanak
untuk bermain sama ada sendirian atau dengan kawan-kawan secara berkumpulan.
Dengan itu, kanak-kanak tidak akan terasa tertekan dengan kehidupan. Mereka
dapat melepaskan tekanan di samping berkenalan dengan kawan baru.
Bermain merupakan suatu elemen penting dalam kehidupan kanak-kanak dan sama
pentingnya dengan keperluan lain seperti belajar, makan dan tidur. Bermain
mengajar kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain serta dapat memupuk
kemahiran bersosial seperti berkawan, mengawal diri, berkongsi dan bertoleransi.
Bermain juga membantu kanak-kanak memupuk kreativiti dan menyesuaikan diri
terhadap persekitaran. Sewaktu bermain, kanak-kanak bebas untuk berlari, ketawa
dan menjerit dan ini dapat membantu pernafasan dan menggalakkan mereka
meluahkan perasaan. Pada masa yang sama bermain bersama rakan-rakan akan
juga membantu kanak-kanak mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri mereka
dan mempelajari cara bermain dengan betul.
Apabila bermain dengan rakan sebaya, kanak-kanak biasanya berasa selesa dan ini
membantu meningkatkan keyakinan diri. Dalam mengharungi kehidupan masa kini,
ada juga sesetengah ibu bapa yang tidak membenarkan anak-anak mereka bermain
dengan rakan sebaliknya membiarkan menonton televisyen, melayari Internet atau
bermain video game tanpa pemantauan dengan alasan tidak mahu anak keluar
dari rumah. Amalan ini tidak sepatutnya berlaku. Ibu bapa seharusnya memastikan
masa menonton dihadkan dan memilih rancangan yang sesuai untuk ditonton
supaya kanak-kanak tidak terpengaruh dengan perlakuan negatif dari televisyen dan
permainan video. Ibu bapa perlu bermain dengan kanak-kanak dan melakukan
aktiviti bersama. Ini dapat memberi peluang kepada ibu bapa berinteraksi dan
berkongsi pendapat bersama anak-anak.
Di samping itu, kanak-kanak perlu diberi peluang membina keyakinan dan harga diri.
Sebagai kanak-kanak, mereka seharusnya dibimbing untuk mencuba aktiviti baru
mengikut kebolehan mereka. Di peringkat kanak-kanaklah mula terbentuk
personaliti, keyakinan dan harga diri jika diberi bimbingan yang baik. Harga diri
terbentuk apabila kanak-kanak belajar menilai diri, menyayangi diri sendiri
menghormati diri sendiri dan orang lain. Bagi mencapai kejayaan dalam sebarang
bidang yang diceburi, kanak-kanak semestinya mempunyai harga diri dan keyakinan
diri yang tinggi. Keyakinan dan harga diri boleh dibentuk dengan beberapa cara
antaranya memberi pujian sekiranya berjaya dalam perkara yang dilakukan dan
galakan untuk mencuba lagi sekiranya menghadapi kegagalan. Ibu bapa perlu
memberi pujian kepada anak-anak sekiranya mereka telah berbuat sesuatu perkara
yang baik. Dengan cara ini, kanak-kanak akan merasa diri mereka dihargai dan
disayangi.
Kanak-kanak juga mempunyai perasaan. Kata-kata seperti Syabas dan Tahniah
adalah antara kata-kata yang boleh menyuntik semangat kanak-kanak untuk
berusaha dengan lebih gigih dan meningkatkan harga diri mereka. Sekiranya ibu
bapa atau orang dewasa mengeluarkan kata-kata yang negatif seperti Kenapa
bodoh sangat? degil dan tidak pandai, ini akan menyebabkan kanak-kanak
berasa rendah diri. Elakkan dari mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan dan
menyindir bila kanak-kanak melakukan kesilapan. Mereka akan mempunyai
perasaan takut untuk berbuat kesilapan dan membesar dengan mempunyai harga
diri yang rendah. Selain itu, kanak-kanak perlu dibimbing untuk memilih aktiviti yang
sesuai dengan keupayaan mereka. Mereka perlu diberi dorongan dan bimbingan
dalam menentukan matlamat dan cita cita. Ibu bapa mestilah mampu berbincang
dan mengakui kesilapan sendiri bila berbuat silap. Ini akan membantu mereka
menghargai kejujuran dalam membentuk sifat-sifat terpuji semasa membesar.
Kanak-kanak memerlukan persekitaran yang selamat, tenteram dan terjamin. Bagi
menjamin tumbesaran dan perkembangan mental yang sihat, persekitaran di mana
kanak-kanak itu tinggal perlulah selamat. Kanak-kanak memerlukan kasih sayang
dan perlindungan daripada keluarga mereka. Bgi memastikan kanak-kanak ini
membesar dengan penuh keyakinan, kanak-kanak perlulah berada dalam
persekitaran fizikal dan emosi yang selamat dan menggalakkan bagi membolehkan
mereka menjalankan aktiviti seharian. Tidak kira persekitaran itu di rumah, sekolah,
pusat jagaan, pusat pembelajaran dan taman permainan kanak-kanak, kawasan
tersebut perlulah dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang boleh menghalang
berlaku kecederaan dan pencabulan hak kanak-kanak. Keselamatan yang
dimaksudkan ini tidak tertakluk kepada keselamatan fizikal tetapi turut merangkumi
keselamatan emosi.
Sesebuah keluarga yang berdepan dengan konflik boleh mempengaruhi kesihatan
mental kanak-kanak. Ibu bapa yang sering bergaduh dan mengeluarkan kata-kata
kesat dan memaki hamun boleh menyebabkan kanak-kanak berasa keliru, sedih dan
sentiasa menyalahkan diri mereka sendiri akibat dari apa yang berlaku kepada ibu
bapa. Kanak-kanak yang menghadapi situasi sebegini akan menjadi sukar bersuara
pasif serta tidak tegas diri. Kanak-kanak ini menjadi takut untuk menyuarakan
keinginan dan perasaan mereka sendiri. Persekitaran yang ceria akan membantu
kanak-kanak menjadi cergas, aktif, berani bersuara dan menyatakan pendapat tanpa
perasaan takut dan bimbang.
Seperkara lagi, kanak-kanak memerlukan bimbingan dan disiplin sewajarnya dari ibu
bapa, guru dan penjaga. Sekiranya kanak-kanak melakukan kesalahan, mereka
perlu didisiplinkan . Keluarga dan masyarakat bertanggungjawab untuk memberikan
bimbingan dan disiplin sewajarnya kepada kanak-kanak. Dalam mendisiplinkan
anak-anak, ibu-bapa perlu memberi teguran yang konsisten. Sekiranya mereka
melakukan kesalahan, hukuman perlu diberi. Walau bagaimanapun, hukuman fizikal
seperti merotan, memukul dan menampar akan menyebabkan kanak-kanak
memberontak dan menjadi lebih agresif.
Hukuman yang diberi perlu mengajar mereka mendisiplinkan diri sendiri seperti
hukuman mendenda mereka melakukan kerja rumah, tidak membenarkan mereka
keluar rumah untuk bermain (grounded), berdiri menghadap dinding (time-out), atau
memotong wang perbelanjaan bertujuan mengajar memperbaiki diri dan ke arah
kebaikan. Anak-anak perlu diterangkan mengapa mereka dihukum. Ketegasan ibu
bapa diperlukan dan anak-anak perlu diberitahu bahawa kemarahan hanya pada
tingkah laku mereka dan bukan pada diri mereka.

Pengurusan Tingkah Laku


Terdapat empat perkara asas yang amat penting dalam pengurusan tingkah laku.
Antaranya termasuklah peneguhan, hukuman, prompts dan kiu.
Peneguhan merupakan satu bentuk objek, stimuli atau perbuatan. Ia diberikan
kepada tingkah laku tertentu dengan tujuan untuk meningkatkan kekuatan dan
kekerapan tingkah laku tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa tingkah laku dapat
digalakkan melalui amalan peneguhan.
Hukuman merupakan satu bentuk tingkah laku yang diberikan selepas melakukan
sesuatu tingkah laku yang salah. Hukuman boleh dibahagikan kepada tiga bahagian.
Bahagian pertama adalah satu tingkah laku tertentu terjadi. Bahagian kedua pula
menyatakan tentang satu konsikuen semerta mengikuti tingkah laku tersebut dan
bahagian ketiga adalah sebahagian hasil daripada tingkah laku yang kemungkinan
tidak berlaku lagi di masa akan datang. Hukuman juga merupakan pengawal tingkah
laku yang kuat. Hukuman boleh dikategorikan kepada dua iaitu hukuman positif dan
hukuman negatif.
Hukuman positif adalah bentuk tingkah laku yang diberikan dan diikuti dengan
pemberian satu ransangan yang tidak menyenangkan. Manakala hukuman negatif
adalah tingkah laku yang diberikan dan diikuti dengan penarikan ransangan yang
meneguhkan.

Prompts adalah ransangan yang digunakan untuk meningkatkan penglibatan


individu dalam melaksanakan tingkah laku yang betul. Ia diberikan sebelum atau
semasa tingkah laku itu dilakukan. Terdapat dua jenis prompts iaitu respon dan
stimulus. Prompts respon adalah tingkah laku individu lain yang meransangkan
respon yang diperlukan. Antaranya adalah prompts lisan, gesture, tunjuk cara dan
fizikal. Manakala prompts stimulus pula melibatkan perubahan, penambahan atau
penarikan pada stimulus. Ini adalah bertujuan untuk memastikan respon yang betul
diperolehi.Kiu adalah amalan yang membolehkan murid untuk membezakan objek
atau konsep yang relevan dengan objek atau konsep yang lain. Contohnya, guru
membezakan suku kata dengan mengunakan warna merah dan warna hitam. Hal ini
akan membantu murid untuk membezakan suku kata pertama dengan suku kata
kedua di samping dapat memudahkan proses bacaan.

Tingkah laku bermasalah boleh didefinisikan sebagai tingkah laku yang tidak normal
dan terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat, tidak kira di dalam kehidupan
bermasyarakat atau termasuk sekolah. Secara konsepnya, ia bertentangan dengan
tingkah laku yang lazimnya dianggap sebagai persepsi, perasaan, dan perlakuan
yang pada kebiasaanya dialami oleh banyak orang dalam sesebuah masyarakat
sama ada di kawasan pedalaman mahupun bandar. Berdasarkan dari kajian dan
pemerhatian oleh pakar psikologi, didapati tingkah laku bermasalah ini timbul kerana
kurangnya keupayaan individu dalam proses mengadaptasi atau akomodasi apabila
menghadapi perubahan situasi dalam alam persekitaran. Ini menyababkan
berlakunya gangguan emosi dan aktiviti kehidupan individu serta seterusnya
mengganggu kestabilan dan keharmonian persekitarannya.

Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada


sebarang tingkah laku yang yang boleh merosakkan kelancaran dan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran khususnya di dalam bilik darjah. Kajian
terhadap masalah murid sekolah ini membawa kepada dua pecahan utama tingkah
laku murid bermasalah iaitu, positif dan negatif. Tingkah laku bermasalah positif
yang dikenal pasti seperti perlakuan ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan
proaktif. Manakala untuk tingkah laku bermasalah negatif pula ialah perlakuan
distruktif iaitu tingkah laku anti sosial, disruptif berkaitan tingkah laku mengganggu,
dan akhirnya tingkah laku bergantung yang berlebihan.
Ahli psikologi mengatakan yang peranan ibu bapa merupakan satu faktor
yang dapat meningkatkan ancaman tingkah laku bermasalah di antara para remaja
(Braumind, 1991; Kazdin, 1987; Patterson, 1982). Banyak lagi kajian rentas telah
mendapati bahawa pengurangan dalam sokongan emosi daripada ibu bapa dan
pengawalan disipilin yang terlalu ketat adalah saling berkaitan dengan tingkah laku
bermasalah dalam diri remaja (Barnes, 1990; Baumrind, 1991; Lamborn, Mounts,
Steinberg, & Dornbusch, 1991). Oleh yang demikian, guru-guru perlu menggunakan
teori behavioris di dalam bilik darjah untuk membawa perubahan tingkah laku yang
positif di dalam diri murid-murid. Rasional untuk membetulkan tingkah laku
bermasalah melalui teknik modifikasi tingkah laku ialah kebanyakan tingkah laku
buruk boleh dipelajari dan dilupai semula.

3.0 JENIS-JENIS TINGKAH LAKU BERMASALAH


Sudah menjadi lumrah duniawi setiap menusia mengalami pertumbuhan dan
perkembangan sehingga ke peringkat matang. Perkembangan manusia merujuk
perubahan dari aspek jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani. Hampir semua
perkembangan tersebut berkaitan dengan faktor baka dan persekitaran.

Sepertimana yang telah dijelaskan dalam pengenalan, tingkah laku


bermasalah diklasifikasikan kepada dua kategori utama iaitu tingkah laku
bermasalah positif dan negatif. Tingkah laku bermasalah positif dalam aspek proses
pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada perlakuan pelajar yang ingin tahu
secara keterlaluan, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif turut berlaku atau di
sekolah dipanggil hiperaktif positif. Walaupun secara umumnya perlakuan tersebut
dilihat adalah sangat baik dan positif dari segi pembelajaran seorang murid, namun
sebaliknya ia mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran yang
sedang berlaku.

Tingkah laku bermasalah negatif pula terbahagi kepada tiga bahagian iaitu
perlakuan distruktif iaitu tingkah laku anti sosial, disruptif berkaitan tingkah laku
mengganggu, dan akhirnya tingkah laku bergantung yang berlebihan. Tingkah laku
distruktif sering berlaku di kalangan murid yang berusia 10 hingga 15 tahun. Sikap
agresif mereka sering ditunjukkan dalam bentuk tingkah laku merosakkan sama ada
melalui sindiran atau melalui perbuatan fizikal seperti tumbuk-menumbuk, bergaduh,
melukai atau menyakiti seseorang yang lain. Tingkah laku merosakkan ini mungkin
melibatkan permusuhan nyata, vandalisme dan klik. Tindakan agresif kepada pihak
lawan akan ditunjukkan akibat rasa tidak puas hati, benci, marah atau dendam.
Tingkahlaku distruktif sebenarnya dipelajari sama ada melalui masyarakat, ibu bapa
mahupun televisyen.

3.1 Tingkah Laku Disruptif


Tingkah laku masalah distruptif didefinisikan sebagai sebarang tigkah laku yang
dapat menjejaskan kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran. Seorang murid
yang distruptif ialah seorang yang dapat menarik perhatian guru dan mengelak guru
tersebut daripada memberikan perhatian kepada murid-murid yang lain di dalam bilik
darjah. Tingkah laku distruptif ditunjukkan apabila seorang murid tidak bekerjasama
dengan guru dan mengelak dirinya daripada murid-murid yang lain.

Di sekolah yang sering berlaku pergaduhan kecil sesama mereka disebabkan


oleh perkara yang remeh. Walaupun, dilihat sebagai pergaduhan kecil yang
melibatkan kanak-kanak namun ianya akan memberi kesan yang buruk kelak.
Tingkah laku masalah ini dicatat di dalam buku disiplin sekolah. Tindakan akan
diambil adalah berbentuk amaran untuk pertama kali dan kedua kali dilakukan.
Apabila ianya kerap dilakukan maka murid itu akan diambil tindakan berjumpa
dengan waris sebelum sekolah mengambil tindakan susulan. Terdapat buku
peraturan sekolah dan tindakan yang akan diambil termasuk merotan mengikut
undang-undang yang ditetapkan sekolah dengan perserujuan ibubapa dan Jabatan
Pendidikan.

Murid yang mempunyai tingkah laku disruptif pula sentiasa menganggu dan
menjejaskan kelicinan perjalanan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, tingkah
laku menganggu ini juga berlaku di luar bilik darjah sama ada sesama adik beradik
mahupun rakan sebaya. membuat bising iaitu tingkah laku yang mengganggu atau
disruptif. Kebiasaan masalah ini wujud apabila keadaan murid berasa tidak kondusif
ketika mengikuti pengajaran dan pembelajaran. Boleh dikatakan kebanyakkan
mereka akan membuat bising sama ada ketiadaan guru atau sebaliknya. Mereka
akan bercakap sesama mereka, menjerit, mengganggu rakan sekelas dan
sebagainya. Tingkah laku ini merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan
orang lain dan ia merangkumi tingkah laku seperti:
Hiperaktif: kelakuan atau bertingkah laku yang tersangat agresif
Kelakuan nakal: suka menggangu kawan-kawan, bergaduh, membuli atau
menyakat kawan-kawan sekelas.
Bising: menganggu ketenteraman bilik darjah, banyak bercakap
Bergerak sesuka hati: suka keluar masuk kelas tanpa kebenaran, berjalan-
jalan di dalam kelas semasa sesi pembelajaran berlaku, melakukan aktiviti yang
disukai bila-bila masa.
Ketawa kuat: ketawa dengan suara yang nyaring dan kuat tanpa
menghiraukan orang yang berada di sekelilingnya
Agresif secara lisan / fizikal: menggunakan kata-kata kasar, lucah, kurang
ajar, tidak sopan

Contoh murid bertingkah laku disruptif : bergaduh

Mengikut Despert ( 1965 ), kanak-kanak yang mempunyai masalah emosi


neurotic atau psychotic dapat dikenali melalui gaya kelakuannya yang jahat, selalu
membuat salah, melawan, ingkar, tidak dapat dibentuk dan tidak stabil. Hal ini juga
disebabkan kurangnya guru mengendalikan murid-murid tersebut seperti tidak
mempelbagaikan kaedah penyampaian mengajar, guru menghadirkan diri ke
mesyuarat dan meninggalkan mereka tanpa pengawasan, sikap semulajadi murid-
murid keperluan khas seperti hiperaktif. Kebiasaan mereka akan hilang minat untuk
mengikuti pembelajaran selepas waktu rehat atau melakukan aktiviti luar seperti
pendidikan jasmani.

Cara-Cara Mengatasi Tingkah Laku Disruptif


Bagi mengatasi kebisingan di dalam kelas guru mesti memainkan peranan dengan
menggunakan kaedah modelling iaitu modifikasi tingkah laku melalui ubah suai
luaran. Modifikasi ini merujuk kepada peniruan melalui pemerhatian tingkah laku
seorang model yang disanjung dan secara tidak langsung mengubah tingkah
lakunya.
Guru menjadi model yang disanjung

Teori ini telah diperkenalkan oleh Bandura yang menjelaskan pelbagai


tingkah laku sosial yang dipelajari oleh kanak-kanak. Jenis-jenis tingkah laku
desruptif termasuk hiperaktif, terlalu membuat bising, pergerakan melampau,
menganggu rakan sebaya, gelak terbahak-bahak serta menunjukkan keagresifan
fizikal seperti tolak-menolak. Biasanya, tingkah laku ini dialami oleh pelajar lelaki
berusia 10 hingga 11 tahun. Selalunya tingkah laku desruptif akan menjadi punca
terjadinya tingkah laku destruktif jika emosi tidak terkawal dan melibatkan aspek
balas dendam, tidak puas hati dan sebagainya.

Pemerhatian yang telah dibuat dalam sebuah sesi pengajaran dan


pembelajaran yang sedang berlangsung, memang didapati masalah ini banyak
berlaku terutamanya di kelas-kelas hujung dalam sesuatu darjah. Kebiasaannya
golongan murid ini memang gemar mengganggu pelajar lain dengan membuat
bising atau melakukan perlakuan agresif dari segi perilaku dan lisan terutamanya
apabila mereka tidak dapat memahami sesuatu tugasan yang diberi. Murid yang
tingkahlaku bermasalah hiperaktif merupakan murid yang tidak dapat mengawal diri
sendiri dan sentiasa melakukan sesuatu aktiviti yang akan menganggu murid lain.

Malah murid ini juga boleh membahayakan dirinya sendiri dan juga murid
yang lain. Sebagai contoh yang berlaku di sekolah, murid hiperaktif ini memanjat
pagar tingkap, kemungkinan murid itu jatuh dan tercedera atau pagar itu jatuh
terkena pada murid lain yang boleh menyebabkan kecederaan. Murid ini akan
mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dengan bertindak luar dari
kawalan seperti berlari di dalam kelas, membuat bising dan menganggu murid lain.
Murid menjadi hiperaktif adalah disebabkan oleh kurang berdisiplin ketika dirumah
ataupun kurang perhatian ibu bapa yang sentiasa sibuk dengan tugasan kerja. Murid
ini berkemungkinan mengalami tekanan dan seterusnya memberontak ketika di
sekolah.
Terdapat beberapa kaedah dalam mengatasi, membendung dan
mengurangkan tingkahlaku bermasalah ini daripada semakin berleluasa. Antaranya
adalah dengan menggunakan kaedah memenuhi kehendak pelajar seperti
memahami keperluan pelajar tersebut. Apabila kehendaknya dituruti barulah lama
kelamaan murid tersebut dapat memberi perhatian dalam kelas. Kaedah ini juga
boleh dilaksanakan kepada murid keperluan khas Cuma pendekatannya sahaja
yang berbeza berbeza. Contohnya bagi guru harus mengikut aktiviti pelajar itu
seperti berlari tetapi semasa berlari pengisian pembelajaran harus ada umpamanya
berlari sambil mengira. Ini boleh menimbulkan minat untuk murid itu belajar.

3.2 Tingkah Laku Distruktif


Tingkah laku distruktif juga dikenali sebagai tingkah laku merosakkan. Ia biasa
berlaku di kalangan murid-murid yang berumur 10 hingga 14 tahun. Tingkah laku ini
merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan diri, sekolah dan masyarakat.
Kanak- kanak yang sentiasa menunjukkan tingkah laku distruktif akan menunjukkan
kelakuan dan perbuatan seperti:
Permusuhan nyata: suka bergaduh, berlawan, bertumbuk, mencari pasal
dengan mana-mana murid terutama rakan sebaya.
Vandalisme: suka merosakkan harta benda awam seperti menconteng
dinding menggunakan pen, pensil, marker atau tapak kaki, mematahkan alat
pengepam tandas, memecahkan kerusi atau meja di dalam bilik darjah, menggores
atau menconteng meja.
Kumpulan liar: terlibat dengan kumpulan tidak bermoral
Klik: mempunyai hubungan dengan beberapa orang yang mempunyai
perangai atau tabiat yang sama tetapi lebih kepada tingkah laku tidak baik
Geng: menubuhkan kumpulan tertentu di dalam sekolah, kumpulan yang
ditakuti atau digeruni oleh murid-murid lain, bertindak membuli atau menakut-
nakutkan murid-murid lain.

Tingkah laku distruktif antaranya vandalisme di sekolah


Kumpulan liar, klik dan geng
Video pelajar perempuan bergaduh

Tingkah laku anti-sosial lebih menjurus kepada masalah tingkah laku


berbentuk jenayah. Di dalam sebuah sekolah, ia lebih difokuskan kepada masalah
disiplin. Tingkah laku murid sebegini harus diberi perhatian khusus oleh guru-guru
rendah kerana bibit-bibit jenayah pada peringkat ini jika dibiarkan akan menular dan
merebak dan menjadi masalah besar pada peringkat akan datang. Menurut Duke
(1980) menyatakan bahawa setiap individu bertanggungjawab terhadap
perlakuannya sendiri. Murid-murid berkemungkinan menjadi tidak berdisiplin kerana
mengikut kehendak-kehendak diri mereka sendiri tanpa sebarang pengaruh dari
luar, iaitu apa yang dikatakannya sebagai the potential influence of students free
will .

Terdapat dua sebab utama yang mempengaruhi tingkah laku distruktif iaitu
konsep kendiri dan kawalan kendiri yang rendah. Pendapat Freud ialah kanak-kanak
yang mempunyai sifat agresif telah mempelajarinya daripada ibu bapa, masyarakat
atau televisyen (mencontohi / memodel watak). Justeru itu, guru-guru mempunyai
cabaran untuk memahami dan respon kepada keperluan murid-murid sedemikian
sementara memastikan murid lain berada dalam keadaan selamat dan terus proaktif.

Cara-Cara Mengatasi Tingkah Laku Distruktif


Kanak-kanak yang menunjukkan tingkah laku distruktif memerlukan satu
persekitaran pembelajaran yang berstruktur. Struktur ini harus termaktub dalam rutin
harian murid-murid yang dimodifikasikan sejajar dengan perubahan dalam tingkah
laku bermasalah mereka. Guru-guru harus menetapkan peraturan-peraturan yang
diperlukan sebagai satu bahagian rancangan yang berstruktur. Ia bagi memastikan
bahawa semua peraturan adalah berguna dan mempunyai matlamat yang spesifik.
Semua peraturan ini perlu dilafazkan dan diperkukuhkan.
Faktor yang menyebabkan tingkah laku bermasalah distruktif adalah
kekurangan konsep kendiri, pergelutan kuasa dan dendam. Oleh itu, guru perlu
menunjukkan persekitaran cinta aktif kerana ia akan dapat menolong menghapus
dan memperbaiki kekurangan yang disebabkan oleh tingkah laku distruktif. Dalam
mengendalikan murid-murid sebegini, aspek-aspek berikut perlu dititikberatkan oleh
seorang guru iaitu seperti:
Guru tidak boleh selalu marah dan mest sentiasa bersabar;
Guru perlu membuat aksi daripada menunjukkan reaksi kepada murid;
Guru mesti sensitif dalam menstabilkan keadaan dan mendiamkan murid-murid yang
menunjukkan tingkah laku bermasalah;
Guru tidak boleh membuat ugutan semasa murid-murid marah;
Guru perlu menangani tingkah laku bermasalah daripada mengelakkannya. Strategi
yang paling penting ialah bercakap dengan anak murid dengan memfokuskan
kepada tingkah laku positif.
Guru mesti melibatkan diri dalam kumpulan sokongan yang mungkin wujud melalui
pelbagai program rawatan.
Guru juga mesti dilatih dalam pengurusan stres dan motivasi untuk mengendalikan
kanak-kanak distruktif.

Guru perlu bijak mengurus stres/tekanan

Guru-guru mesti mengambil iktibar daripada pencapain kecil yang ditunjukkan oleh
murid dalam mengawal atau menghapuskan tingkah laku distruktif. Tujuan disiplin
ialah untuk mengarah murid-murid supaya memupuk semangat berdikari dan
menjadi individu yang boleh berfungsi dalam cara yang boleh diterima dalam
masyarakat.

3.3 Penggantungan Lebihan


Tingkah laku penggantungan lebihan merujuk kepada murid-murid yang mempunyai
masalah untuk berdikari, selalu bimbang dan selalu menarik diri daripada aktiviti-
aktiviti akademik dan ko-kurikulum. Penggantungan lebihan juga merujuk kepada
tingkah laku bermasalah dimana seseorang individu berharap kepada orang lain
untuk membuat kerjanya serta menyelesaikan semua masalah yang dihadapi dan
cirri lain penggantungan lebihan adalah seperti berikut:
Kebimbangan: sentiasa berasa takut, menunjukkan reaksi bimbang, tiada
keyakinan diri.
Pergantungan lebihan: terlalu mengharapkan pertolongan atau bantuan dari
orang lain terutama ibu bapa atau orang yang rapat dengannya, terlalu manja, tidak
boleh berdikari.
Pengunduran diri: malu untuk menunjukkan kebolehan, teragak-agak
memberi pendapat atau idea, tidak yakin pada kebolehan diri, sering menggangap
orang lebih baik dari dirinya
Pengasingan diri: tidak suka bergaul atau berkomunikasi dengan kawan-
kawan, sikap rendah diri yang terlalu tinggi, perasaan malu pada kawan-kawan

Murid sentiasa mengasingkan diri

Tingkah laku pergantungan berlebihan ini kerap berlaku di kalangan kanak-


kanak yang berumur sepuluh tahun ke bawah. Namun, ianya juga mungkin akan
berlarutan hingga remaja. Pada suatu ketika, apabila orang yang diharapkan tiada,
individu ini akan berasa cemas, takut, bimbang, tertekan dan tidak tahu apa yang
dilakukannya. Individu sebegini juga merupakan individu yang pendiam, tidak aktif,
rendah diri, selalu mengalami kebimbangan dan tekanan. Di antara punca berlaku
tingkah laku pergantungan berlebihan ialah akibat ibu bapa yang mengamalkan
perlindungan terlampau, suasana rumah tangga yang tegang, autokratik dan tidak
mempercayai kanak-kanak.
Kebimbangan berkait rapat dengan emosi ketakutan. Walaupun kebimbangan
adalah suatu keadaan emosi yang berlaku di peringkat dalaman murid namun ianya
juga merupakan salah satu daripada jenis tingkah laku bermasalah yang kurang
ditonjolkan permasalahannya. Seseorang yang sentiasa bimbang akan sentiasa
cemas atau phobia menghadapi sesuatu cabaran. Kebimbangan adalah fenomena
yang akan menyebabkan kanak-kanak mempunyai personaliti dan kendiri yang
negatif. Individu sebegini akan menghadapi kesusahan dalam perhubungan dengan
orang lain. Antara sebab terjadi tingkah laku kebimbangan ialah percanggahan motif,
konflik diri antara tingkah laku dan nilai sebenarnya, penyesuaian diri dalam
menghadapi suatu keadaan yang baru, menghadapi suatu keadaan yang sukar
diramal dan kehilangan tempat bergantung.

Pengunduran diri merupakan penarikan diri daripada suatu situasi kurang


selamat atau mengancam. Tingkah laku ini merupakan mekanisme helah bela diri.
Pada kebiasaannya, ianya berkaitan dengan pengalaman pahit pada
masa lampau. Kanak-kanak yang pernah gagal dalam sesuatu usaha akan
mengambil keputusan untuk tidak melibatkan diri dalam sebarang tugas yang ada
kaitannya dengan pengalaman awalnya. Tingkah laku pengunduran diri ini jika
dibiarkan akan menyebabkan pembentukan konsep diri yang rendah, tidak yakin
untuk berinteraksi, dan terjejasnya perkembangan sosial, emosi dan intelek serta
kurang berupaya untuk menyelesaikan masalah.

Pengasingan diri merupakan tingkah laku yang cuba menjauhkan diri


daripada orang lain yang kurang disenangi. Tingkah laku ini juga merupakan sejenis
mekanisme helah bela diri untuk mengelakkan diri daripada berkomunikasi dengan
orang lain.Masalah ini turut berlaku di sekolah yang saya menjalaini PBS.
Sesetengah murid enggan melibatkan diri dalam aktiviti atau sesi perbincangan yang
diadakan di sesebuah bilik darjah apabila murid merasakan dirinya tidak dapat
mengikuti pembelajaran. Akhirnya ianya akan menyebabkan murid-murid tidak
mempunyai keyakinan diri, rendah diri, pemalu, pendiam, tidak suka berkawan, tidak
yakin berinteraksi dan personaliti yang tidak seimbang.

Cara-Cara Mengatasi Penggantungan Lebihan


Bagi mengatasi masalah tingkah laku ini, guru seharusnya mengabil tindakan
dengan memberi tumpuan kepada murid tersebut secara individu agar murid dapat
memberi perhatian. Tetapi tumpuan tersebut cuma sekejap sahaja kerana murid ini
cepat bosan dan akan membuat aktivitinya sendiri. Manakala bagi murid aliran
perdana guru seharusnya membincang dengan ibu bapa murid kerana ini
berkemungkinan murid mengalami masalah di rumah. Selain itu, guru seharusnya
mengajar apa yang diminati oleh murid kerana sedikit sebanyak akan memberi
kesan terhadap murid ketika belajar.

Para guru mesti membenarkan murid-murid berkongsi tanggungjawab untuk


membuat kerja sendiri tanpa bantuan orang lain. Ini membantu mereka untuk
menjadi manusia yang lebih berdikari dan dapat menjaga diri mereka sendiri. Guru
juga mesti mengajar murid-murid untuk berkrompomi di antara keperluan dan
kehendak mereka dengan kehendak orang lain. Murid-murid juga perlu menghormati
kebolehan orang lain serta tidak mengkritik emosi, aksi atau fikiran orang lain. Dalam
serti kata lain, murid-murid diberi pendedahan dan diajar untuk saling hormat
menghormati dan mengurangkan salaing bergantungan kepada orang lain.

Murid perlu diajar supaya berkongsi tanggungjawab bersama

Murid yang mengalami simptom ini pada kebiasaanya memerlukan perhatian


yang lebih daripada guru. Mereka juga lemah dan lambat untuk memahami setiap
pelajaran yang disampaikan oleh guru serta tidak mampu menyelesaikan tugasan
atau aktiviti yang diberikan guru dengan sempurna. Dalam pada itu, golongan yang
pasif ini juga seringkali menjadi mangsa buli dan ditindas oleh pelajar lain kerana
kekurangan yang ada dalam diri mereka. Langkah mengatasi yang telah dijalankan
oleh guru untuk mengelakkan masalah ini daripada menghalang kelancaran proses
pengajaran dan pembelajaran ialah dengan mengasingkan pelajar ini dan
menghimpunkan mereka dalam satu kelompok yang digelar sebagai pelajar
pemulihan.

4.0 KESIMPULAN
Tingkah laku bermasalah ini merupakan perkara yang perlu di beri perhatian yang
serius kerana bermula dengan permasalahan yang kecil sebegini jika ianya
berterusan akan menjadikannya satu kebiasaan. Kemudian ianya akan dibawa
hingga ke peringkat dewasa dan masalah ini tidak dapat di ubah lagi. Setiap
perlakuan atau perbuatan yang terzahir adalah oleh murid-murid adalah disebabkan
faktor-faktor tertentu yang mempengaruhi perbuatan tersebut. Namun setiap
perbuatan ini mempunyai kesan-kesan tertentu yang mana kesannya adalah kepada
murid itu sendiri tetapi juga memberi kesan kepada orang lain. Tingkah laku
bermasalah boleh berupa negatif atau positif. Yang pastinya tingkah laku
bermasalah ini boleh membawa kesan yang tidak baik atau memudaratkan proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab seorang guru


mengenalpasti murid-murid yang bertingkah laku bermasalah di dalam kelasnya
agar strategi atau teknik tertentu dapat digunapakai bagi memastikan keberkesanan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dapat berjalan dengan
lancar serta berkesan. Oleh itu cara-cara untuk mengatasi tingkah laku bermasalah
ini hendaklah bersesuaian dengan tingkah laku bermasalah tersebut. Cara-cara
mengatasinya adalah berbeza bergantung kepada masalah-masalah yang dihadapi.
Terdapat pelbagai teknik-teknik dan penyelesaian yang berkesan yang boleh
digunakan untuk mengatasi masalah ini. Teknik-teknik modifikasi yang boleh
dipraktikkan ini adalah untuk membantu murid mengubah tingkah laku negatif
kepada tingkah laku positif dan seterusnya melicinkan proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah. Apabila tingkah laku positif dapat dibentuk, maka
ini akan meningkatkan prestasi dan pencapaian serta keberkesanan aktiviti
pembelajaran.

Tingkah laku kanak-kanak prasekolah


Memahami Tingkahlaku Bermasalah di Kalangan Kanak-Kanak
Dalam mengharungi kehidupan, pelbagai cabaran dari segi fizikal dan psikologikal dihadapi oleh
setiap individu. Cabaran dan rintangan hidup ini kadangkala menyebabkan berlakunya gangguan
emosi dan tingkahlaku. Sekiranya pengesanan awal, rawatan, penjagaan dan pemulihan tidak dibuat,
maka impak yang amat besar akan dialami oleh individu itu sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.
Kita akan kehilangan modal insan untuk membangunkan negara ke arah mewujudkan masyarakat
yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Definisi Tingkahlaku
Tingkahlaku adalah apa sahaja yang dilakukan dan diucapkan oleh seseorang, dan boleh dilihat oleh
orang lain (Mukherji, 2001). Ia merupakan respon atau tindak balas individu terhadap apa yang
berlaku sama ada dalam dirinya sendiri ataupun di persekitaran. Contohnya jika kanak-kanak
gembira, tindakan yang dibuat oleh kanak-kanak itu untuk menzahirkan perasaan tersebut seperti
tersenyum, menepuk tangan atau melompat dianggap sebagai tingkahlaku.

Terdapat dua jenis tingkahlaku, iaitu yang boleh dilihat (overt) dan tidak boleh dilihat (covert).
Tingkahlaku yang boleh dilihat termasuklah tingkahlaku verbal (penggunaan bahasa) dan tingkahlaku
motor (pergerakan badan). Tingkahlaku-tingkahlaku ini boleh dilihat dan diperhatikan oleh individu
lain.

Tingkahlaku Bermasalah
Sesuatu tingkahlaku yang boleh merosakkan diri sendiri atau orang lain termasuk persekitaran
dianggap sebagai tingkahlaku bermasalah. Antaranya ialah tingkahlaku

agresif (buli, vandalisme, jenayah), tingkahlaku berisiko tinggi


(kehamilan, penyalahgunaan dadah dan alkohol, lumba haram), delinkuen (kelakuan antisosial dan
melanggar undang-undang), keresahan, kemurungan, kecelaruan, dan mencederakan diri sendiri.

Di Malaysia, 13 peratus atau 130 000 orang kanak-kanak dan remaja didapati mengalami masalah
tingkahlaku dan emosi (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2005). Antara sebab yang menyumbang
kepada tingkahlaku bermasalah termasuklah tekanan dalam keluarga, teknik keibubapaan yang
kurang sesuai, keadaan persekitaran, dan kurangnya ilmu pengetahuan untuk menanganinya.

Pengesanan dan intervensi awal dianggap penting untuk membantu kanak-kanak, remaja dan orang
dewasa supaya perkembangan yang sihat dapat diperoleh. Perkembangan yang sihat ini dapat
membentuk kesejahteraan mental yang baik untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan

Fields dan Boesser (1994) telah menghuraikan beberapa keperluan kanak-kanak yang akan
menyebabkan mereka menunjukkan tingkahlaku bermasalah sekiranya tidak dipenuhi. Antaranya
ialah:

1. Privasi-Kadangkala kanak-kanak inginkan ruang atau kebebasan untuk menyendiri. Contohnya,


kanak-kanak ingin bermain atau membaca bersendirian.

2. Kuasa Kanak-kanak juga inginkan kuasa untuk menentukan dirinya sendiri. Mereka juga inginkan
kebebasan. Contohnya, kanak-kanak ingin memilih sendiri pakaian yang ingin dipakai semasa
bermain.

3. Memiliki barang peribadi Kanak-kanak ingin memiliki sesuatu benda. Mereka tidak mahu
berkongsi barang yang dianggap milik peribadi seperti kasut dan permainan.

4. Perhatian Kanak-kanak inginkan perhatian. Selalunya, mereka akan menangis supaya dapat
memberitahu orang lain tentang keperluan mereka itu.

5. Kejayaan dan cabaran Kanak-kanak ingin mencuba sesuatu yang


baru. Mereka meneroka dunia dan
persekitaran disebabkan perasaan ingin tahu. Kanak-kanak akan mencuba sesuatu tingkahlaku untuk
melihat kesan daripada tingkahlaku tersebut.

6. Keselamatan Keperluan keselamatan yang ingin diperlukan oleh kanak-kanak bukan sahaja dari
segi fizikal tetapi juga emosional. Melalui interaksi, kanak-kanak belajar untuk menghargai dan
menerima dirinya sendiri dan orang lain.

7. Kasih sayang dan penerimaan Kanak-kanak ingin disayangi dan diterima seadanya oleh orang
lain. Apabila kanak-kanak merasakan diri mereka terbiar, mereka akan merasa rendah diri dan
kendiri negatif akan terbentuk.

Anda mungkin juga menyukai