Anda di halaman 1dari 7

REKOD ANEKDOT

Rekod anekdot bermaksud satu catatan ringkas mengenai satu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik untuk direkodkan. Satu bentuk laporan yang mengandungi catatan tepat dan terperinci mengenai seseorang murid yang sedang dalam pemerhatian guru pembimbing.

Rekod anekdot penulisan yang ringkas, tepat dan padat mengenai peristiwa dan perubahan signifikan yang berlaku pada seseorang murid. Boleh menerangkan peristiwa yang tingkah laku atau insiden dangan perkataan atau gambar.

Tujuan rekod anekdot dilaksanakan


Mengesan keberkesanan pengajaran Memberi maklum balas yang sesuai dan tepat kepada murid Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur Mengenalpasti tahap pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dikuasai murid Mengenalpasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa Merekod aktiviti, mencatat hasil pentaksiran dan maklumat berkaitan secara sistematik

Panduan menulis rekod anekdot


Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku Mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek perkembangan murid, merangkumi kelebihan dan kekurangan Menulis maklumat selepas peristiwa berlaku Menulis apa yang dilihat secara objektif Pastikan peristiwa dicatat mengikut urutan Masukkan respon orang lain sekiranya ada kaitan dengan tingkah laku murid yang diperhatikan

Contoh
Rekod Anekdot

Nama Murid :
Tarikh 9.7.2013 1.8.2013 7.8.2013 2.9.2013 4.9.2013 Catatan / Jenis perlakuan Bergaduh di dalam kelas Berbual-bual semasa perhimpunan Tidak memakai lencana sekolah Merosakkan meja di dalam kelas Meniru semasa ujian Tandatangan Guru

Tahun :
Ulasan Didenda rotan 1x di tangan Diberi amaran Diberi amaran Dikenakan kompaun RM50 Perjumpaan ibubapa

kelebihan
Pemerhatian tidak memerlukan sebarang latihan Pemerhatian terbuka (tidak terhad kepada sejenis tingkah laku/catatan Pemerhati boleh mencatat apa sahaja tingkah laku yang tidak diduga, tidak mengira tempat dan masa Pemerhati hanya perlu mencatat tingkah laku subjek kajian

Keburukan
Tidak memberikan gambaran yang lengkap Ketepatan rekod ini bergantung kepada pada ingatan pemerhati Sukar dianalisis dan tidak sesuai digunakan dalam kajian saintifik

Anda mungkin juga menyukai