Anda di halaman 1dari 5

RANCANGAN PENGAJARAN AKTIVITI (RPA 1)

Kelas : 5 Euphoria Tarikh : 27 April 2021

Hari : Selasa Masa : 8.00 pg – 8.30 pg (Fleksibel)

Umur : 5 Tahun Bil. Kanak- : 1 orang


kanak
Tema : Mengenal Nombor Sub Tema : Menulis Nombor

Tunjang (KSPK) Tunjang Sains dan Teknologi


Standard Pembelajaran MA 2.1.10 Menulis nombor mengikut cara yang betul
(KSPK):
Kesepaduan Tunjang BM 3.3.1 Memegang alat tulis dengan cara yang betul untuk
menulis
(KSPK)
Pengetahuan Sedia Ada: Kanak-kanak sudah mengenal simbol angka nombor 11 hingga 20

Hasil Pembelajaran: Pada akhir aktiviti, kanak-kanak dapat;

1. Menulis dan mengenal nombor 11 hingga 20 mengikut titik dengan


betul (Kognitif)
2. Melakar simbol angka nombor 11 hingga 20 di atas pasir dengan
baik.
(Psikomotor)
Senarai BBM :\
Strategi PdP Aktiviti PdP Catatan
Set Induksi Teknik : 1. Pendidik mengarahkan kanak- KB : Memahami
Tayangan Video kanak untuk mengambil blok
yang mempunyai nombor secara BBM : Video
rawak dan menepuk tangan https://youtu.be/YZ
mengikut bilangan nombor yang yrQLy1VVQ
telah diambil oleh mereka.

2. Pendidik menunjukkan satu


video kepada kanak-kanak iaitu
video nombor 11 hingga 20.

2. Pendidik bersama kanak-


kanak membilang nombor 11
hingga 20.

Langkah 1 Teknik : 1. Pendidik meletakkan kad KB : Memahami


Pengiraan nombor 11 hingga 20 di hadapan
kanak-kanak. Contoh soalan :
-Ini nombor berapa
2. Kanak-kanak akan menyebut
nombor 11 hingga 20 satu per BBM : Kad
satu dengan bimbingan Nombor dan batang
pendidik. aiskrim

3. Kanak-kanak akan memilih


kertas nombor secara rawak dan
akan menyebut nombor yang
dipilih.

4. Kanak-kanak akan mengambil


jumlah batang aiskrim dengan
mengikut nombor yang dipilih. HP1
Langkah 2 Belajar Sambil 1. Pendidik menerangkan KB : Mengaplikasi
Bermain bagaimana untuk melakukan
operasi tambah dengan BBM : Stik kayu
menggunakan peralatan yang dan blok bernombor
disediakan.
NT : Kegembiraan
2. Pendidik akan meletakkan
susunan blok nombor secara
rawak dan kanak-kanak
dikehendaki untuk
menyelesaikan operasi tambah
tersebut.

3. Kanak-kanak akan membilang


satu persatu untuk
menyelesaikan operasi tambah
dengan menggunakan peralatan
yang disediakan HP2

Penutup Teknik : 1. Kanak-kanak akan melakukan KB : Menilai


Soal Jawab aktiviti tepukan tangan, hentak
kaki dan menepuk meja Contoh soalan :
mengikut jumlah nombor yang - Selepas nombor
diambil secara rawak. 12 nombor berapa?

2. Aktiviti soal jawab dilakukan BBM : Kad nombor


bersama kanak-kanak.
Refleksi : Sesi pengajaran dan pembelajaran tidak dapat diadakan di dalam kelas atas faktor
keadaan Covid-19 yang tidak membenarkan orang luar memasuki premis. Seterusnya, jumlah
bilangan kanak-kanak adalah sedikit kerana pada hari tersebut ramai kanak-kanak tidak
menghadirkan diri. Penggunaan bahan bantu mengajar dalam setiap langkah membantu
memberikan keseronokan kepada kanak-kanak sekaligus dapat memberikan daya tumpuan dan
fokus yang tinggi kepada mereka semasa aktiviti pengajaran dilakukan. BBM yang digunakan
juga berasaskan dari multimedia dan juga barangan maujud yang membolehkan kanak-kanak
merasai pengalaman aktiviti hands-on.
Kekuatan : Antara kekuatan dalam aktiviti ini ialah saya menggunakan kaedah
berbentuk belajar sambil bermain yang boleh menarik perhatian kanak-
kanak. Kemudian, saya juga menggunakan barangan maujud agar kanak-
kanak mempunyai peluang untuk memperoleh pengetahuan melalui
penggunaan pelbagai deria seperti deria penglihatan dan deria sentuh.
Selain itu, penggunaan multimedia dalam pengajaran membantu kanak-
kanak lebih memahami konsep dan mendorong minat kanak-kanak
terhadap sesi pengajaran. Kemudian, saya juga memberikan peneguhan
dan pujian yang positif seperti memberi peneguhan dengan senyuman,
tepuk tangan dan memuji kanak-kanak apabila dapat menjawab dengan
baik. Langkah ini membantu diri mereka merasakan dihargai oleh
pendidik.
Kelemahan : Kelemahan yang diteliti semasa proses PdP ialah suasana pembelajaran
yang kurang kondusif kerana adanya gangguan bunyi dari persekitaran
luar kerana aktiviti dijalanan di luar bilik darjah. Di samping itu,
kelantangan suara saya juga tidak terlalu kuat kerana terhalang dengan
memakai mask dan juga tidak dapat menyeimbangkan dengan
persekitaran yang bising. Seterusnya saya tidak menerangkan dengan
lebih mendalam tajuk pelajaran dan kanak-kanak kurang jelas dengan
topik pada hari tersebut. Saya juga tidak menggunakan kaedah penulisan
dalam aktiviti ini untuk memberi kefahaman yang jelas kepada topik yang
diajar.
Penambahbaikan: Pada masa akan datang, saya seharusnya mencari tempat yang lebih selesa
dan kondusif agar sesi PdP tidak terganggu dengan bunyi dari persekitaran
yang boleh mengganggu fokus kanak-kanak. Saya juga hendaklah
menggunakan kelantangan suara yang kuat agar kanak-kanak dapat
mendengar lebih jelas dengan pengajaran yang hendak disampaikan.
Selain itu, saya seharusnya menerangkan dengan lebih mendalam dan
banyakkan lagi contoh tentang topik pelajaran yang ingin disampaikan
agar kanak-kanak lebih memahami dengan isi pelajaran pada hari tersebut.
Seterusnya, saya juga hendaklah melakukan aktiviti penulisan agar kanak-
kanak lebih memahami dengan jelas kepada topik yang diajarkan pada
hari tersebut.
PENTAKSIRAN

Standard Pembelajaran : MA
  Pentaksiran 3.1.5 Menambah dalam lingkungan
fakta asas
Bi Konstruk : MA 3.1 : Kemahiran
Nama Kanak  -
l HP1 HP2 menyelesaikan masalah operasi
Kanak
tambah dalam lingkungan 18
T1 T2 T3 T1 T2 T3 SP1 SP2 SP3
1. Muhammad Nuh √ √
2. Nur Ayra Hanis √ √

Indikator

T1 : Kanak – kanak belum menguasai hasil pembelajaran.

T2 : Kanak – kanak sedang menguasai hasil pembelajaran.

T3 : Kanak – kanak telah menguasai hasil pembelajaran.

SP1 : Boleh menyatakan jumlah dari gabungan dua himpunan objek.

SP2 : Boleh menyelesaikan masalah operasi tambah dalam lingkungan 18 menggunakan

objek konkrit.

SP3 : Boleh menyelesaikan masalah operasi tambah dalam lingkungan 18.

Anda mungkin juga menyukai