Anda di halaman 1dari 10

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pendidikan STEM ini amat ditekankan di setiap peringkat sekolah dengan sokongan dari
pelbagai pihak melalui aktiviti kokurikulum dan kurikulum. Perkara ini telah termaktub
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025). Bahkan,
menurut Reeve (2015) telah mendefinisikan unsur-unsur Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan
Matematik dalam sistem pendidikan sebagai berikut iaitu sains adalah kajian yang berkaitan
dengan alam, sementara teknologi berfungsi sebagai alat untuk mengubah dunia semula jadi
untuk memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat. Menurut Prof. Emeritus Dato' Dr.
Aminah Ayob (2016), STEM adalah satu subjek mega yang mengintegrasikan keempat-
empat disiplin ilmu menjadi satu subjek yang lebih sesuai dan relevan untuk diajar di sekolah
kerana STEM menekankan elemen praktikaliti dan realiti. Di sini kita dapat lihat bahawa
STEM mempunyai perkaitan dengan persekitaran dan kehidupan dalam kehidupan seharian
kita. Perkara ini memberikan faedah kepada kanak-kanak agar mereka dapat
mengintegrasikan dengan hasil pembelajaran yang mereka pelajari dengan persekitaran yang
mereka alami di dunia nyata.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2015), pendidikan STEM bermaksud


untuk menggabungkan semua bidang pengetahuan STEM dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang dimulai daripada peringkat sekolah untuk memupuk minat generasi masa
sekarang dalam menekuni bidang pendidikan STEM. Konsep STEM juga merujuk kepada
singkatan perkataan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Matematik yang telah diringkaskan
oleh National Science Foundation. Vembriarto (1985) menyatakan bahawa modul adalah
satu unit program belajar-mengajar yang terkecil yang secara terperinci menegaskan tujuan,
topik, pokok-pokok materi, peranan guru, alat-alat dan sumber belajar, kegiatan belajar,
lembar kerja, dan program evaluasi. Tujuan penyelidikan yang dijalankan adalah untuk
membangunkan modul STEM bagi melihat kebolehgunaan modul untuk kanak-kanak di
TASKA yang berumur 3 hingga 4 tahun. Modul yang bakal dihasilkan akan memberikan
gambaran aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di TASKA untuk melaksanakan STEM,
menyatakan bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara perlaksanaan yang akan dilakukan
oleh kanak-kanak di TASKA dengan bimbingan oleh guru.

Di sini dapat kita lihat bahawa Pendidikan STEM adalah suatu perkara yang amat
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pendidikan STEM ini
hendaklah dimulakan dari sejak usia awal lagi agar kita dapat menerapkan usaha dalam
pembangunan STEM untuk kanak-kanak agar mereka mempunyai daya saing dan memiliki
kemampuan yang maksimum dalam bidang sains dan teknologi. Kerjasama antara guru
dengan murid dapat mengoptimumkan kemampuan kanak-kanak dalam bidang ini. Dengan
adanya modul pendidikan STEM ini, guru dapat membantu kanak-kanak menguasai
pengetahuan mereka dengan lebih berkesan dan lebih mendalam kerana terdapat hubungan
yang menarik antara pendidikan STEM dengan Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

1.2 Latar Belakang Kajian

Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan inisiatif pendidikan Sains, Teknologi


Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013
- 2025. Matlamat inisiatif pendidikan STEM adalah untuk mempersiapkan pelajar dengan
kemahiran untuk menghadapi cabaran sains dan teknologi dan memastikan Malaysia
mempunyai bilangan graduan STEM yang berkelayakan pada masa akan datang. Pendidikan
STEM mempunyai pendekatan dalam mendidik pelajar dalam empat disiplin khusus iaitu
sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik dalam pendekatan antara disiplin dan gunaan
berdasarkan aplikasi dunia nyata. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, STEM
disebutkan secara eksplisit sebagai inisiatif khusus yang harus diambil oleh pihak
kementerian. Inisiatif ini adalah untuk memperkukuhkan pendidikan STEM untuk
menghasilkan modal insan yang berkualiti dalam STEM untuk memacu ekonomi. Tujuan
pendidikan STEM adalah untuk melahirkan pelajar yang celik STEM yang dapat mengenal
pasti dan memahami masalah, serta menerapkan dan mengintegrasikan konsep STEM ke
dalam penyelesaian yang sesuai. Pelajar yang celik STEM juga harus kreatif, inovatif dan
inventif sesuai dengan kemahiran yang diperlukan pada abad ke-21 dan Revolusi Industri 4.0.

Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) adalah amat


penting kerana merangkumi setiap bahagian dalam kehidupan kita. Konsep sains dan
matematik ada di sekeliling kita. Manakala teknologi dan kejuruteraan pula pada masa kini
sangat penting dan diperlukan dalam kehidupan seharian kita. Untuk mendekatkan diri kita
terhadap kepentingan STEM, kita mesti melengkapkan diri dengan pengetahuan dan
kemahiran dalam bidang ini, terutama kepada generasi muda. Walaupun STEM ini dilihat
sangat penting dalam kehidupan seharian, tetapi minat dalam kalangan murid-murid dilihat
semakin berkurangan terhadap STEM. Menyedari keadaan ini, Kementerian Pendidikan
Malaysia telah menghasilkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang dirancang
untuk tahun 2013 - 2025. Pelan ini dibangunkan berdasarkan hasil penemuan penyelidikan
dan dialog nasional yang melibatkan semua peringkat pihak berkepentingan seperti orang
awam dan masyarakat, ibu bapa, guru, pemimpin sekolah, pemimpin pendidikan di peringkat
daerah dan negeri, universiti, industri dan sektor swasta.

Pendidikan STEM dilihat masih lagi di tahap yang rendah di peringkat TASKA
kerana tidak semua pemilik TASKA menjalankan aktiviti ini di tempat asuhan mereka.
Menurut daripada hasil kajian yang telah dijalankan oleh Nor Azlina (2015), guru dan murid
belum didedahkan sepenuhnya dengan kurikulum STEM. Menurut Ahmad Zamri (2017),
kekurangan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi serta capaian internet yang
lemah menyumbang kepada pelaksanaan pendidikan STEM kurang kompeten oleh para guru.
Umumnya semenjak berlaku situasi pandemik Covid-19 yang melanda di negara kita, aktiviti
pengajaran dan pembelajaran banyak ditangguhkan dan pusat asuhan serta sekolah-sekolah
telah diarahkan tutup oleh pihak kementerian susulan peningkatan kes dalam kalangan
masyarakat demi mengekang wabak ini daripada terus menular. Situasi ini menyebabkan
aktiviti luar sekolah dan premis terpaksa mengikuti tatacara operasi standard yang telah
ditetapkan oleh pihak kerajaan. Keadaan ini menyebabkan pihak guru dan kanak-kanak
menjalankan aktiviti yang terhad untuk mematuhi piawaian yang telah ditetapkan.

Kajian yang dijalankan adalah untuk membangunkan satu modul Pendidikan STEM
untuk kanak-kanak yang berada di TASKA yang berumur 3 hingga 4 tahun semasa
berlakunya pandemik Covid-19. Modul ini akan menyenaraikan beberapa aktiviti yang boleh
dijalankan bersama kanak-kanak untuk menjalankan aktiviti STEM yang menarik. Pengkaji
akan melihat kebolehgunaan modul Pendidikan STEM untuk kanak-kanak sama ada ianya
boleh digunakan ataupun sebaliknya. Di dalam modul tersebut, terdapat Rancangan
Pengajaran Harian (RPH) untuk dijadikan panduan oleh guru-guru. Di dalam RPH tersebut,
akan dinyatakan dengan langkah-langkah dari proses permulaan hingga ke proses akhir,
bahan dan alatan yang digunakan, dan objektif perlaksanaan. Modul ini juga akan
dibahagikan dengan aktiviti-aktiviti yang melibatkan kepada sains, teknologi, kejuruteraan
dan matematik kepada kanak-kanak. Fungsi modul pendidikan STEM ini adalah untuk
meningkatkan kemahiran berfikir dalam diri kanak-kanak serta dapat memaksimumkan
pembelajaran berpusatkan murid.

Pendidikan STEM ini juga amatlah penting untuk dilakukan di setiap peringkat
sekolah bagi mencabar kemampuan kanak-kanak dalam berfikir sekaligus meningkatkan aras
pemikiran mereka. Selain itu, ianya dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
seseorang guru juga dapat melaksanakan pendidikan STEM. Pendidikan STEM juga
berperanan untuk meningkatkan budaya kemahiran dalam bidang inovasi dalam kalangan
murid-murid. Oleh itu, dengan adanya modul ini, diharapkan sedikit sebanyak dapat
menyumbang dan memberikan idea bagi menjalankan aktiviti STEM dalam kalangan kanak-
kanak agar mereka sekaligus dapat menghubungkan minat kanak-kanak dalam aktiviti
bereksperimen dengan dunia nyata.

1.3 Pernyataan Masalah

Walaupun berlakunya situasi Covid-19 yang melanda di negara kita, kepentingan kepada
bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) perlulah dilaksanakan sejak
di peringkat awal usia lagi. Pendidikan STEM yang dijalankan dapat membantu memupuk
minat kanak-kanak kepada bidang sains dan inovasi. Perkara ini dapat menyahut seruan
kerajaan Malaysia yang sedang mempersiapkan generasi muda menghadapi Revolusi
Perindustrian 4.0. Ini kerana pendidikan STEM mampu mewujudkan peribadi seorang yang
berdaya saing pada masa akan datang. Menurut Boe (2011), golongan profesional STEM
yang berkelayakan diperlukan untuk kekal berdaya saing di pasaran global dan memenuhi
tuntutan kontemporari seperti memastikan tenaga yang mencukupi dan mampan, penjagaan
kesihatan yang cekap dan mempertimbangkan pembangunan teknologi. Jadi, pendekatan
sejak awal usia lagi dapat mengasah dan memupuk minat kanak-kanak sekaligus dapat
membantu mereka memiliki kemahiran dalam dunia sains dan teknologi.

Dengan situasi pandemik Covid-19 di negara kita, aktiviti pengajaran dan


pembelajaran banyak ditangguhkan untuk mengelakkan penularan wabak ini terutama dalam
kalangan kanak-kanak. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dilaksanakan dan
dijalankan seperti sebelum ini dan menimbulkan pelbagai masalah dalam kalangan guru
dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Aktiviti STEM juga dilihat tidak
menggalakkan dan ini menyebabkan kanak-kanak akan mengalami masalah kurang
kemahiran dalam aktiviti menyelesaikan masalah dalam eksperimen dan kurang pendedahan
kepada empat disiplin ilmu dalam pendidikan STEM iaitu Sains, Teknologi, Kejuruteraan
dan Matematik. Dengan itu, kita seharusnya memupuk kesedaran dalam kalangan guru
bahawa pendidikan STEM ini perlulah dilakukan dalam apa jua situasi. Guru juga perlu
meningkatkan kemahiran mereka dalam aktiviti Pendidikan STEM agar dapat membimbing
kanak-kanak dengan baik. Tumpuan dalam pendidikan STEM bukan hanya cara untuk kanak-
kanak memperoleh ilmu pengetahuan tetapi sebagai guru kita juga harus membantu mereka
cara untuk menyelesaikan masalah dengan baik dan berpandangan jauh. Dengan penyediaan
modul untuk pendidikan STEM, diharapkan guru dapat membina sesuatu yang bermakna
untuk dijalankan bersama mereka di sekolah.

Umumnya, senario yang berlaku di Malaysia, guru masih kurang kesedaran terhadap
kepentingan pendidikan STEM. Bahkan masih terdapat banyak ibu bapa yang tidak
memahami konsep STEM yang sebenar dan kepentingannya kepada anak-anak mereka pada
masa akan datang. Masyarakat juga dilihat tidak memahami tujuan sebenar pendidikan
STEM dan hanya memberikan pendapat bahawa golongan remaja di peringkat sekolah
menengah sahaja yang seharusnya terlibat dengan pendidikan STEM. Sedangkan aktiviti ini
hendaklah dijalankan sejak usia awal lagi bagi merangsang pemikiran mereka dengan lebih
berkesan lagi. Berdasarkan kaji selidik yang telah dijalankan oleh Pusat Maklumat Sains dan
Teknologi Malaysia (MASTIC) pada tahun 2008, kesedaran awam mengenai fakta sains dan
teknologi adalah lebih rendah di Malaysia berbanding di negara Amerika Syarikat, di Eropah,
di Korea Selatan dan juga di India. Selain itu, perbincangan meja bulat bersama dengan pihak
awam juga mendapati mereka kurang kesedaran mengenai peluang kerjaya yang akan mereka
perolehi jika memanfaatkan aktiviti STEM.

1.4 Objektif Kajian

Pendidikan STEM merupakan aktiviti yang amat penting pada masa kini dan juga pada masa
hadapan. Ini kerana peluang kerjaya pada masa hadapan dilihat banyak bergantung kepada
sains dan teknologi serta kemahiran dalam inovasi. Selain itu, pendidikan STEM ini juga
dilihat sebagai satu persediaan dalam menghadapi cabaran dalam dunia teknologi pada masa
akan datang. Walaupun begitu, pendidikan STEM dan aktiviti perlaksanaannya kelihatan
terbatas berikutan berlakunya pandemik Covid-19 di negara kita. Justeru, satu modul
dihasilkan bagi melihat kebolehgunaannya untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 4 tahun di
TASKA.
Kajian ini dilakukan adalah untuk :

i. Mengenalpasti kebolehgunaan modul Pendidikan STEM untuk kanak-kanak yang


berumur 3 hingga 4 tahun di TASKA.
ii. Melihat tahap penguasaan dan penerimaan kanak-kanak terhadap modul Pendidikan
STEM yang dibangunkan.
iii. Meningkatkan dan menerapkan minat kanak-kanak terhadap Pendidikan STEM
melalui kaedah pembelajaran berpusatkan murid.

1.5 Persoalan Kajian

Berikut merupakan permasalahan yang akan dikaji kepada persoalan yang berikut:

i. Apakah tahap kebolehgunaan modul Pendidikan STEM untuk kanak-kanak yang


berumur 3 hingga 4 tahun?
ii. Sejauh mana tahap penguasaan dan penerimaan kanak-kanak terhadap modul
Pendidikan STEM yang dibangunkan?
iii. Bagaimana untuk meningkatkan dan menerapkan minat kepada kanak-kanak terhadap
Pendidikan STEM melalui kaedah pembelajaran berpusatkan murid?

1.6 Hipotesis Kajian

Berdasarkan objektif kajian dan persoalan kajian yang telah dikemukakan, maka hipotesis
kajian telah dibentuk seperti berikut :

i. Modul yang dicipta boleh digunakan untuk kanak-kanak yang berada di TASKA iaitu
yang berumur 3 hingga 4 tahun.
ii. Kanak-kanak boleh menguasai dan menerima modul yang telah dibangunkan untuk
mempelajari dan bereksplorasi terhadap Pendidikan STEM.
iii. Modul yang dibangunkan dapat meningkatkan dan menerapkan minat kanak-kanak
terhadap Pendidikan STEM melalui kaedah pembelajaran berpusatkan murid.
1.7 Kerangka Konseptual

Modul dalm pendidikan STEM yang dirancang untuk mengembangkan kemahiran yang dapat
digunakan di dalam semua bidang seperti penaakulan, penyelesaian masalah, pemikiran
kreatif dan kritis kemahiran kreatif serta kemahiran lain yang terdapat dalam pendidikan
STEM. Pembelajaran STEM ini menyepadukan keempat-empat bidang subjek iaitu sains,
teknologi, kejuruteraan dan matematik. Aktiviti perlaksanaan STEM ini menyahut seruan
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk menjadi suatu negara yang mempunyai modal
insan dalam bidang STEM yang berkualiti dan mencukupi bagi memacu kemajuan eknomoi
negara pada masa akan datang. Menurut Buckner dan Boyd (2015), seseorang pelajar itu
dapat menyelesaikan masalah di dunia sebenar jika kaedah pembelajaran STEM ini dapat
diterapkan dengan betul dan dirancang dengan baik. Melalui STEM, mereka dapat
mempelajari proses reka bentuk kejuruteraan dan mengembangkan idea mereka dengan lebih
jauh lagi. Setiap kegagalan yang berlaku, mereka akan mencuba jaya dan mengatasi
kegagalan dan permasalahan yang timbul dengan baik. Satu kerangkan konseptual telah
dibina untuk kajian yang dilakukan seperti rajah di bawah.

Meningkatkan penglibatan kanak- Membantu kemahiran guru dalam


kanak dalam Pendidikan STEM melaksanakan aktiviti Pendidikan
STEM untuk kanak-kanak
semasa Covid-19

TUJUAN

KEBOLEHGUNAAN MODUL
PENDIDIKAN STEM

 Nama aktiviti
 Objektif perlaksanaan
 Bahan, radas dan alatan yang diperlukan
 Langkah-langkah perlaksanaan
 Penilaian
 Rumusan
1.8 Definisi Istilah

Bahagian ini mengemukakan beberapa istilah yang digunakan dalam kajian ini agar pengkaji
dapat memahami konsep dengan lebih mendalam.

a) Kebolehgunaan

Menurut Jackob Neilson (2014), kebolehgunaan dikaitkan sebagai sesuatu kualiti yang dinilai
sebagai sesuatu yang mudah digunakan. Selain itu, menurut Preece (1998), kebolehgunaan
merujuk juga kepada kesenangan pengguna dalam menggunakan sesuatu prosuk,
mempelajari bagaimana untuk menggunakannya, memberikan aspek keselamatan,
mengetahui keberkesanan dan tingkah laku pengguna ketika menggunakan produk tersebut.
Dalam kajian ini, kebolehgunaan modul menjadi kajian utama.

b) Modul

Menurut Kamus Dewan (2002:895), istilah modul bermaksud pelajaran yang dapat
dilaksanakan secara tersendiri ke arah pencapaian sesuatu kelayakan atau kemahiran. Selain
itu, Vembriarto (1985) menyatakan bahawa modul adalah satu unit program belajar-mengajar
yang terkecil yang secara terperinci menegaskan tujuan, topik, pokok-pokok materi, peranan
guru, alat-alat dan sumber belajar, kegiatan belajar, lembar kerja, dan program evaluasi. Di
dalam kajian ini, penyelidik mengkaji modul untuk Pendidikan STEM bagi kanak-kanak
yang berumur 3 hingga 4 tahun semasa pandemik.

c) Pendidikan STEM

Menurut Kamus Pendidikan (1979), pendidikan ialah satu proses menyeluruh yang bertujuan
untuk memperkembangkan kebolehan dan tingkah laku manusia. Ianya juga sebagai satu
proses sosial yang memberi peluang kepada seseorang individu untuk memperoleh kemahiran
sosial serta perkembangan peribadi. Manakala menurut Becker dan Park (2011), pendidikan
STEM ialah pendekatan pembelajaran dan pengajaran yang meneroka antara salah satu atau
lebih elemen STEM atau juga antara disiplin ilmu lain dengan satu elemen STEM.

d) Kanak – kanak
Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang
termaktub dalam Konvensyen Mengenai Hak KanakKanak dan Akta Kanak-Kanak, 2001.
Dalam kajian ini, pengkaji menjalankan kajian bersama kanak-kanak yang berumur 3 hingga
4 tahun yang berada di TASKA.

e) Pandemik Covid-19

Pandemik merupakan penularan sesebuah wabak penyakit yang baru di seluruh dunia, di
mana orang ramai boleh dijangkiti dengan mudah dan penyakit tersebut dapat merebak tanpa
halangan secara berterusan daripada seorang individu kepada individu yang lain di seluruh
pelusuk dunia. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Coronavirus (CoV) adalah
sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran pernafasan. Terdapat beberapa jenis
coronavirus seperti severe acute respiratory syndrome coronavirus (SARS) dan Middle East
Respiratory syndrome-related coronavirus (MER-CoV). Coronavirus terbaru yang ditemui di
China adalah Coronavirus 2019 (COVID-19).

1.9 Kepentingan Kajian

Kajian ini dilihat menjadi suatu keperluan kepada arus pemodenan pada masa kini
kerana keperluan terhadap bidang sains dan teknologi dilihat semakin mendapat tempat
dalam masyarakat. Pendidikan STEM sejak usia awal kanak-kanak dapat membantu
menerapkan minat kanak-kanak terhadap empat bidang disiplin ilmu di dalam STEM iaitu
sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik. Modul yang dihasilkan juga berpusatkan
kepada murid yang membawa rmaksud penglibatan murid secara aktif dalam sesuatu aktiviti
pembelajaran sama ada di dalam kelas atau di luar kelas. Konsep ini dapat membantu
meningkatkan penglibatan murid untuk mereka berinteraksi bersama dengan guru dan rakan-
rakan, meneroka kepelbagaian perkara yang baru, menganalisis data yang diperoleh,
mencuba sesuatu perkara yang baru dan mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu
permasalahan secara kreatif dan kritis. Selain itu, kajian ini juga dapat membantu
meningkatkan penglibatan kanak-kanak dalam bidang pendidikan STEM agar negara kita
setaraf dengan negara lain yang memiliki penglibatan dan kesedaran yang tinggi terhadap
kepentingan pendidikan STEM bagi setiap lapisan umur dan masyarakat. Justeru, kajian ini
penting untuk dilaksanakan bagi menyediakan landasan awal terhadap pendidikan STEM
agar kanak-kanak dilatih untuk menjalani aktiviti penerokaan dan eksperimen sejak di usia
muda lagi. Pembangunan terhadap modul pendidikan STEM diharap agar dapat diteruskan
lagi pada masa akan datang agar setiap kanak-kanak mendapat lebih banyak manfaat daripada
aktiviti STEM yang akan dijalankan di peringkat TASKA. Kajian ini diharap dapat
menyumbangkan serba sedikit tentang modul yang boleh dijalankan oleh guru untuk kanak-
kanak yang berumur 3 hingga 4 tahun. Hasilnya, guru dapat meningkatkan kebolehan mereka
dalam melaksanakan aktiviti STEM dan dapat membantu kanak-kanak memiliki kemahiran
dalam dunia eksperimen sekaligus dapat menterjemahkan hasil mereka ke dunia nyata.

1.10 Rumusan

Modul yang dibangunkan dapat menjadi panduan kepada guru tentang cara-cara
melaksanakan aktiviti yang melibatkan Pendidikan STEM yang boleh dilakukan bersama-
sama dengan kanak-kanak. Selain itu, guru juga boleh menggunakan pelbagai aktiviti lain
yang menarik dan seharusnya dioptimumkan dalam perlaksanaanya agar kanak-kanak
memperoleh manfaat sekaligus guru dapat menghasilkan satu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang cemerlang. Melalui bab ini juga, pengkaji telah mengekemukakan
gambaran awal yang merangkumi latar belakang kajian, objektif kajian, pernyataan masalah,
persoalan kajian dan sebagainya untuk membincangkan keperluan dan kepentingan terhadap
modul yang dibangunkan untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 4 tahun semasa pandemik
Covid-19 ini. Menurut Aminah (2015), kanak-kanak PERMATA menunjukkan kemahiran
sains dan matematik (iaitu kebolehan inkuiri dan meneroka) mereka meningkat 78%,
kebolehan merekacipta (iaitu kemahiran kejuruteraan dan teknologi) meningkat 85%, dan
minat terhadap STEM meningkat 84%. Oleh itu, jelaslah bahawa Pendidikan STEM perlu
diterapkan kepada kanak-kanak sejak awal usia lagi.

Anda mungkin juga menyukai