Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PERASMIAN MINGGU STEM

Salam sejahtera dan selamat pagi

Terima kasih puan/tuan pengerusi majlis

Yang berusaha

Cikgu Lee Siew Kin Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Cikgu Poh Eu Lin Penolong Kanan Kokurikulum

Barisan guru kanan, rakan- rakan guru serta murid- murid yang dikasihi sekalian.

Untuk pengetahuan para guru dan murid-murid, minggu STEM SMJK Chung Hua akan bermula pada
hari ini, 19 Jun sehingga 23 Jun 2023.

Sains merupakan ilmu sejagat yang wajar diberi perhatian oleh semua pihak terutamanya guru-guru
bagi menjamin kejayaan pelajar, baik dalam bidang akademik mahupun dalam kehidupan seharian.

Tujuan minggu STEM diadakan adalah untuk menimbulkan minat di kalangan pelajar untuk
mempelajari ilmu sains dengan lebih mendalam di samping membentuk keyakinan diri pelajar
bahawa sains bukanlah pelajaran yang sukar tetapi adalah matapelajaran yang mencabar, menarik
dan menyeronokkan.
Seperti mana yang kita sedia maklum, generasi muda merupakan pelapis utama negara yang perlu
diberikan perhatian bagi memastikan modal insan Sains Teknologi dan Inovasi (STI) yang mencukupi
dan berkemahiran tinggi untuk memacu pembangunan negara. Oleh itu, sudah tentunya ini
bersangkut paut rapat dengan pendidikan STEM yang mana ianya merupakan asas terpenting bagi
penghasilan modal insan yang diperlukan dan juga memupuk minat pelajar terhadap STEM.

Matlamat Pendidikan STEM adalah untuk melahirkan pelajar yang mempunyai literasi STEM yang
berupaya mengenal pasti, mengaplikasi serta mengintegrasikan konsep/komponen STEM untuk
memahami masalah dan menyelesaikannya secara kreatif dan inovatif 4.

Sejak tahun 1967, Kerajaan telah meletakkan sasaran peratusan penyertaan pelajar dalam
aliran Sains berbanding Sastera pada nisbah 60:40. Dasar ini juga berhasrat untuk memenuhi
keperluan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam industri bagi memacu ekonomi Malaysia.

Sejak kebelakangan ini, sistem pendidikan negara telah menjadi perhatian dan perbahasan. Ibu
bapa meletakkan harapan tinggi dan majikan menyuarakan kebimbangan terhadap
keupayaan sistem pendidikan untuk menyediakan generasi muda secukupnya bagi
menghadapi cabaran abad ke-21. Berdasarkan hakikat sesuatu sistem pendidikan yang
kompleks dan rencam, setiap negara memerlukan tempoh yang panjang untuk melihat
impak perubahan yang dilaksanakan. Oleh itu, Kementerian telah mengambil tindakan yang
berani dan pantas kerana perubahan yang dihasratkan adalah penting dan mesti
dilaksanakan dengan segera. Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik
(STEM) perlu dilaksanakan dan semua pihak perlu menggemblengkan tenaga dalam
memperkasakan STEM.

Kerjasama pelbagai pihak amat penting dalam memupuk minat dan kesedaran pelajar
sekolah terhadap aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM),
Jesteru, bagi memenuhi Hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2025, sudah tentu pengetahuan dan
budaya STEM ini perlu diterapkan kepada masyarakat dan pelajar serta menjadi
sebahagian budaya untuk menggerakkan inovasi dari peringkat akar umbi dan menjadi
lebih mudah untuk disebarluaskan.
Harapan pihak sekolah dan juga bidang Sains dan Matematik agar pelajar SPM 2023
berusaha dan berupaya untuk meningkatkan gpmp bagi Sains dan Matematik sepertimana
yang telah berjaya dilakukan oleh batch SPM 2022.

Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi -tinggi penghargaan kepada semua
pihak yang terlibat dalam perlaksanaan minggu STEM peringkat sekolah pada hari ini.
Semoga segala usaha melaksanakan program seumpama ini dapat menjadi suntikan ke
arah kesedaran kepentingan STEM di sekolah dan menyemarakkan semangat
sukakan mata pelajaran STEM.

Dengan kata - kata tersebut, saya dengan ini merasmikan MINGGU STEM
peringkat sekolah pada hari ini.

Anda mungkin juga menyukai