Anda di halaman 1dari 18

1

Kempen STEM it up! dedah kebaikan STEM


kepada pelajar

ROSHLAWATY MD RAIEH 20 Feb 2023 11:3

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah

hingga Lepas Menengah) meletakkan keutamaan yang tinggi dalam pendidikan

Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM).

Ini kerana pendidikan STEM dilihat mampu membantu melahirkan tenaga

kerja mahir dan negara akan terus berkembang sebagai sebuah negara maju

dalam bidang ekonomi yang berlandaskan STEM.

Menyedari kepentingan STEM, kempen sosial dikenali STEM it up! anjuran

mahasiswa Tahun Akhir Komunikasi Pemujukan, Universiti Sains Malaysia

(USM) telah dilaksanakan baru-baru ini bertujuan menghapuskan mitos dan

stereotaip negatif tentang STEM dalam kalangan ibu bapa dan pelajar sekolah.

Selain itu, ia juga bertujuan mewujudkan kesedaran STEM sekali gus

meningkatkan peluang kerjaya khususnya dalam kalangan pelajar berumur

antara 13 hingga 22 tahun.


2

Dalam mencapai matlamat dan objektif STEM it up!, pelbagai aktiviti telah

dirancang kepada orang ramai, antaranya STEM Exhibition, STEM Safe Space

dan STEMreotypes Growing Minds.

Menerusi aktiviti-aktiviti tersebut, peserta yang terdiri daripada para pelajar

berpeluang menimba ilmu pengetahuan tentang pendidikan STEM.

Dalam pada itu, Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan Masyarakat,

Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Datuk Mohd Sharil Abdullah memuji STEM

it up! yang dianggap sebagai kempen yang memiliki potensi tinggi dalam

meningkatkan keyakinan dan semangat dalam bidang STEM.

Katanya, kempen ini memberi banyak kebaikan kepada pelajar kerana mereka

dapat mempelajari pelbagai kemahiran baru berkaitan STEM.

Kuala Lumpur – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)


mengumumkan bahawa pendidikan STEM (Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik) merupakan pendedahan aliran yang
tepat bagi pembentukan kemenjadian murid seiring dengan
keperluan bakat masa hadapan.
3

Dalam satu kenyataan yang menjawab pertanyaan berkaitan dengan


perkembangan sistem pendidikan kini di Dewan Negara, Menteri
Kanan Pendidikan, YB Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, KPM komited
dalam memastikan murid pada hari ini dilengkapi dengan kemahiran,
khususnya pendidikan STEM.

Tambah beliau, usaha ini penting bagi memenuhi keperluan bakat


masa hadapan meskipun berdepan dengan cabaran tempoh
pandemik COVID-19.

Terkini, KPM memperkenalkan konsep Sekolahku SEJAHTERA


sebagai pemangkin pembentukan kemenjadian murid. Sekolahku
Sejahtera merupakan satu konsep penerapan nilai murni dan amalan
baik untuk diamalkan di semua sekolah dan institusi pendidikan tanpa
mengira latar belakang lokasi ataupun jenis institusi.

Antara elemen SEJAHTERA yang menyokong pemerkasaan STEM


adalah seperti elemen seronok, etika, empati, eksplorasi dan rasional.
Murid ditekankan kepada peri pentingnya untuk mengambil kira aspek
4

etika dan empati, serta membuat keputusan yang rasional dalam


penerokaan ilmu mereka.

Mengulas lebih lanjut berkaitan dengan elemen konsep baharu ini,


YB Datuk Dr. Radzi menjelaskan bahawa penerapan elemen sebegini
dapat membentuk murid untuk melahirkan rasa kecintaan terhadap
penerokaan ilmu dan terus berusaha meningkatkan kefahaman serta
menguasai ilmu berkenaan demi kejayaan kelak.

Oleh hal yang demikian, beliau menegaskan bahawa usaha yang


berterusan penting bagi meningkatkan kemahiran dan penguasaan
murid dalam STEM melalui pelbagai pendekatan pembelajaran yang
memberikan tumpuan kepada kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Antara pendekatan utama yang dilaksana dalam tempoh pandemik


adalah menyediakan bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran
(PdP), serta prasarana yang berkualiti bagi menyokong proses PdP
STEM.
5

Bahan sokongan PdP ini boleh diakses oleh guru dan murid di Portal
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Digital Educational Learning
Initiative Malaysia (DELIMa) dan repositori SumberKU.

Pada masa yang sama, beliau berkata KPM akan menyiarkan


program STEM@studio di DidikTV KPM sewaktu pandemik. Hal ini
adalah bertujuan untuk menekankan penerokaan bidang STEM
melalui aktiviti yang lebih praktikal atau secara amali.

Beliau turut memaklumkan bahawa ujian amali sains bagi Sijil


Pelajaran Malaysia (SPM) sudah dilaksanakan sejak tahun 2021
hingga sekarang, selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013–2025, iaitu Memperkukuhkan
Asas Pembelajaran STEM melalui Inisiatif Pengukuhan Pendidikan
STEM.

Dalam konteks kesediaan guru semasa tempoh pandemik pula, KPM


telah melaksanakan beberapa program pembangunan kompetensi
bidang STEM secara dalam talian, seperti Inquiry-Based Science
Education (IBSE), Inquiry-Based Mathematics Education (IBME) dan
Program Sains Komputer Menggunakan Pendekatan IBSE.
6

“Program pembangunan kompetensi bidang STEM diperkemaskan


bagi memberi pendedahan tentang pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran di rumah (PdPR) yang lebih menarik, menyeronokkan
dan bermakna melalui pendekatan berpusat kepada murid,” ujar
beliau dengan yakin bahawa KPM akan menggunakan segala
pendekatan bagi mencapai matlamat pemerkasaan pendidikan STEM
di negara ini.

Laman utamaSTEMApa Itu STEM?

Apa Itu STEM?


Cikgu Hailmi

Sabtu, April 18, 2015

STEM adalah merupakan singkatan kepada bidang Sains, Teknologi, Enginering dan
Matematik. Istilah ini biasanya digunakan bagi menunjukkan dasar pendidikan dan
pilihan kurikulum sekolah bagi meningkatkan daya saing dalam bidang pembangunan
teknologi.
7

Keperluan kepada STEM wujud apabila kehendak terhadap bidang kerja yang
melibatkan STEM adalah jauh lebih tinggi berbanding bidang lain. Sebagai contoh, di
Amerika Syarikat, 80% bidang pekerjaannya adalah melibatkan bidang STEM. Maka
untuk itu, pelajar perlu disediakan dengan bidang ini bagi membantu menyediakan
lebih banyak sumber kerja kepada negara.

Dapatkan bahan bacaan STEM hasil tulisan Cikgu Hailmi


8

Akan tetapi menjadi masalah apabila pelajar sekarang masih tidak dapat memenuhi
kriteria keperluan tersebut. Sama ada dari segi bilangan mahupun kualiti kerja dalam
bidang STEM.

Peningkatan bilangan pelajar perempuan ke kolej dan universiti juga kini jauh
menandingi bilangan pelajar lelaki. Dan, kurang daripada separuhnya adalah
berminat dengan bidang STEM. Dasar STEM ini menjadi lebih penting kerana
perkembangan bidang kerja yang berkaitan dengan STEM adalah 3 kali ganda
berbanding bidang bukan STEM.
Dikatakan juga, pekerja dalam bidang STEM mempunyai kurang risiko untuk
pengangguran dan juga kebiasaannya mereka dibayar dengan gaji yang lebih besar.

Jadi, apa yang kita boleh lakukan?

Menanam minat kepada pelajar untuk menyambung pelajaran dalam bidang


berkaitan STEM sejak dari sekolah lagi. Antara strategi yang boleh dilakukan adalah :

Dapatkan bahan bacaan STEM hasil tulisan Cikgu Hailmi

1) Pembelajaran berasaskan project-based yang diintegrasikan


2) Pembelajaran berasaskan real-world yang dibantu oleh internship dan mentor
9

3) Guru dilatih untuk bekerja dalam bidang STEM tertentu


4) Lebih banyak peluang belajar di peringkat tinggi

-
10
11

NOTA KAMPUS
MENJADIKAN STEM TUNGGAK PENDIDIKAN MASA HADAPAN

27/12/2022 12:12 PM

Pendapat mengenai pelbagai isu semasa daripada peneraju pemikiran, kolumnis dan

pengarang.

Oleh : Kanjna Paranthaman

Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) merupakan elemen

penting dalam usaha menyediakan pelajar untuk memenuhi kehendak masa hadapan,

dan sering dianggap sebagai cara untuk meningkatkan daya saing sejagat sesebuah

negara. Menurut kajian oleh UNESCO pada tahun 2018, negara-negara dengan ramai

pelajar yang memilih untuk menyambung pengajian peringkat ijazah dalam bidang
12

STEM seperti Oman, India, Jerman, Singapura, Algeria, Iran, Myanmar dan Malaysia -

kesemuanya menghasilkan lebih daripada 30 peratus graduan STEM.

Laporan Tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia 2020 menyatakan bahawa

seramai 47 peratus pelajar universiti di Malaysia mengambil subjek-subjek STEM, dan

20 peratus daripada mereka mengambil subjek STEM Sains Tulen, manakala

selebihnya adalah dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) .

Hal ini menimbulkan persoalan - mengapakah begitu banyak negara yang

mengutamakan pendidikan STEM? Sebab utama ialah kita memerlukan graduan STEM

untuk membantu mencari penyelesaian bagi pelbagai masalah global - sama ada

perubahan iklim, penyakit, ataupun jenayah siber. Subjek-subjek STEM juga

melengkapkan pelajar dengan kemahiran berfikir secara kritikal, kemahiran

menyelesaikan masalah, serta kemahiran pembelajaran secara penerokaan yang

menyiapkan mereka untuk kerjaya yang penuh jaya dan membantu menyokong

pembangunan ekonomi negara.

Menggalakkan minat dalam STEM melalui Cambridge Pathway

Penting untuk pelajar memahami kepentingan STEM dalam kehidupan seharian dan

mengambil kira kesemua peluang kerjaya yang boleh diteroka melalui STEM. Ini telah

mendorong Cambridge International untuk memperkenalkan beberapa inisiatif baharu

yang dibangunkan untuk memupuk minat dalam subjek-subjek STEM melalui

Cambridge Pathway. Kami menawarkan subjek-subjek sains dan matematik sepanjang

tempoh Cambridge Pathway untuk pelajar-pelajar berumur daripada lima sehingga 19

tahun. Silabus kami membantu para pelajar mengembangkan kemahiran yang

diperlukan untuk tahap pendidikan mereka yang seterusnya serta untuk kemudian
13

hari, dan mempunyai pelbagai pilihan yang menepati setiap tahap kemahiran serta

aspirasi kerjaya.

Sesetengah pelajar mungkin menghadapi kesukaran dalam memahami pelbagai teori

sains dan memerlukan pendekatan amali dalam pembelajaran. Sumber digital

Everyday Science baharu kami membuktikan bahawa sains praktikal bukan hanya

terhad kepada makmal sahaja. Ia membantu pelajar menjalankan penyiasatan spesifik

menggunakan material yang boleh didapati di rumah atau kawasan sekitar mereka.

Everyday Science mengambil kira konsep-konsep utama yang patut dikuasai oleh

pelajar sebagai sebahagian daripada silabus pembelajaran Sains Cambridge IGCSE, O

Level dan International AS & A Level mereka. Ia juga memupuk rasa ingin tahu

mengenai kaedah-kaedah saintifik. Hal ini seterusnya memberikan mereka

kemahiran-kemahiran praktikal yang menambahkan lagi pemahaman saintifik dan

menyediakan mereka untuk kerjaya dalam bidang sains.

Untuk memupuk minat pelajar dalam bidang sains dan membantu mereka

mengembangkan kemahiran praktikal dan penyiasatan mereka, Cambridge

International juga telah melancarkan Cambridge Upper Secondary Science

Competition. Pertandingan luar kurikulum peringkat antarabangsa ini adalah khas

untuk para pelajar yang sedang dalam usaha mendapatkan sijil Cambridge IGCSE dan

Cambridge O Levels mereka dan memberikan mereka peluang untuk bekerja sebagai

sebuah kumpulan dan membentangkan hasil kajian mereka. Para pemenang

pertandingan ini berpeluang untuk memenangi anugerah ‘Terbaik di Rantau’ dan

‘Terbaik Di Dunia’ yang diingini ramai.

Matematik, yang merupakan asas kepada pelbagai bidang saintifik dan teknologi juga

merupakan satu bahagian penting dalam pembelajaran STEM. Melalui Cambridge


14

Pathway, Cambridge International menggalakkan pelajar untuk mempunyai

pemahaman yang lebih holistik berkenaan subjek tersebut, di samping menjadi cekap

dan membantu mereka mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam kehidupan

seharian. Kami menawarkan subjek-subjek matematik pada setiap tahap Cambridge

Pathway dan menyediakan laluan kemajuan untuk setiap tahap kemampuan. Kami juga

baru-baru ini telah membuat perubahan kepada silabus-silabus Cambridge IGCSE dan

O Level Mathematics kami berdasarkan maklum balas yang diterima daripada

sekolah-sekolah kami. Kesemua perubahan ini akan memberikan para pelajar peluang

terbaik untuk berjaya, hasil daripada struktur yang telah ditambah baik serta bahasa

yang telah diringkaskan.

Dengan inisiatif-inisiatif baharu daripada Cambridge International, kami harap dapat

memberikan inspirasi kepada generasi pelajar Malaysia yang akan datang dan

menyediakan mereka untuk kerjaya dalam Industri 4.0 dan seterusnya. Usaha oleh

institusi-institusi pengajian di Malaysia adalah penting untuk menyuntik minat

pengambilan STEM dalam kalangan generasi muda, sebuah usaha yang pastinya akan

membuahkan hasil dan membentuk generasi arif STEM di masa hadapan.

--BERNAMA

Kanjna Paranthaman ialah Pengarah Rantau Asia Tenggara & Pasifik, Cambridge

International

(Semua yang dinyatakan dalam artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak

menggambarkan dasar atau pendirian rasmi BERNAMA)

EXPERTS
15

Keberkesanan Program Jangkauan STEM Tarik


Minat Pelajar Terhadap Pendidikan Berasaskan
Teknologi
1 July 2019

Dunia kita pada hari ini adalah berasaskan teknologi dan maklumat. Kepesatan pembangunan

teknologi dan maklumat ini memerlukan tenaga kerja berpengetahuan dan mahir khususnya dalam

bidang berkaitan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM). Situasi ini dijangka akan terus

meningkat pada tahun akan datang.

Untuk menjadi relevan dan kompetetif dalam pasaran kerja ini, graduan bukan sahaja perlu menguasai

kemahiran khusus dalam bidang berkaitan STEM dan mempelajari ilmu pengetahuan baharu, mereka

juga perlu menguasai kemahiran abad ke-21 seperti kemahiran komunikasi, penyelesaian masalah,

pemikiran kritis dan kreatif.

Cakna akan trend tersebut, sistem pendidikan di Malaysia tidak terkecuali dari memberikan

penekanan ke atas kemahiran Pendidikan STEM dalam kurikulum khususnya di peringkat pendidikan

sekolah menengah, sepertimana termaktub di dalam blueprint Pendidikan Malaysia. Kemahiran

Pendidikan STEM ini diadaptasi secara formal, melalui subjek seperti Reka bentuk Teknologi dan Asas

Sains Komputer, serta galakkan penglibatan pelajar sekolah dalam aktiviti ko-kurikulum melalui kelab

Robotik dan kelab STEM.

Pendedahan terhadap kemahiran STEM ini turut dijalankan melalui program jangkauan STEM

(STEM Outreach Programs) oleh institusi pengajian tinggi serta syarikat-syarikat berasaskan STEM,

dengan penganjuran aktiviti yang mengaplikasi kemahiran STEM dalam dunia sebenar

(real-environment experience) seperti rekabentuk sistem robotik, sistem telekomunikasi elektronik,


16

perkampungan pelajar sekolah di universiti serta perkongsian pengalaman bekerjaya dalam dunia

STEM.

Selain dari peningkatan jumlah pelajar yang menceburi aliran sains, rata-rata motivasi utama inisiatif

program pemerkasaan ini adalah untuk menarik minat pelajar sekolah ini untuk menceburi kerjaya

bagi memenuhi tuntutan kerjaya yang menekankan aspek kemahiran STEM sepertimana yang

dinyatakan. Lantaran itu, aktiviti yang dijalankan melalui program pemerkasaan STEM ini kebiasanya

melangkaui silibus formal pendidikan STEM semasa. Bagi memastikan pelajar dapat merasai

pengalaman aplikasi konsep STEM dalam dunia sebenar, aktiviti jangkauan STEM ini memerlukan

perincian kandungan yang secukupnya di samping pendekatan berfokus dalam perlaksanaannya.

Oleh kerana norma penglibatan pelajar sekolah adalah secara sukarela dalam perlaksanaan program

jangkauan ini, peluang adalah lebih tinggi untuk mereka meneroka minat dan kebolehan dalam bidang

STEM melalui dorongan motivasi intrinsik (intrinsic motivation). Berbeza dari ciri-ciri dorongan

motivasi luaran (extrinsic motivation) yang kebiasaannya disandarkan pada kejayaan memperolehi

gred cemerlang atau sasaran kemenangan dalam sesuatu pertandingan, motivasi intrinsik pula dipacu

melalui kepuasan pelajar dalam meneroka dan mempelajari bidang ilmu tersebut. Kajian terdahulu

menunjukkan pelajar dengan dorongan motivasi intriksik lebih cenderung untuk menceburi kerjaya

dalam bidang STEM.

Terdapat beberapa faktor yang dititikberatkan dalam perlaksanaan sesuatu program jangkauan STEM

ini, iaitu kaedah perlaksanaan aktiviti berstruktur serta tenaga pengajar (mentor) berpengetahuan

dalam bidang pengkhususan STEM tersebut. Program jangkauan STEM yang dijalankan sebagai

aktiviti ko-kurikulum ini kebiasaanya mengadaptasi format mentor-mentee yang mana ternaga

pengajar (mentor) berperanan aktif dalam membimbing dan menyelia aktiviti berasaskan kemahiran

STEM tersebut.
17

Dalam konteks ini, Universiti Malaysia Pahang (UMP) memberi galakkan sepenuhnya kepada

pensyarah, staf serta pelajar prasiswazah serta pasca siswazahnya terlibat sebagai mentor dalam

program-program jangkauan STEM ini. Antara format yang kebiasaannya digunapakai dalam

perlaksanaan program jangkauan ini pula adalah seperti aktiviti hands-on, boot-camps, lawatan serta

aktiviti di makmal-makmal universiti serta sesi perkongsian pengalaman oleh mereka yang terlibat

secara langsung dalam dunia STEM.

Dalam mengukuhkan pendidikan STEM, UMP dengan kerjasama Motorola Solutions Foundation dan

Malaysian Digital Economy Corporation (MDeC) telah menubuhkan UMP STEM Lab yang telah

memberi manfaat kepada lebih 2,500 murid dan 200 guru melalui modul Computational Thinking,

Arduino Programming, Open-Source Robotics, konsep pengaturcaraan mikro pengawal, sistem

automasi robotik dan teknologi internet of things (IoT).

Penganjuran Kolokium Pendidikan STEM anjuran Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan (BPPDP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri Pahang

dan UMP baru-baru ini juga merupakan satu daripada usaha meningkatkan kemahiran dan kebolehan

guru dalam bidang STEM. Kolokium ini dilaksanakan dengan kerjasama institusi pengajian tinggi,

agensi kerajaan dan pihak industri berkonsepkan perkongsian pintar bertemakan “Curious Mind

Inspires Discoveries” atau minda ingin tahu inspirasi penemuan yang mencetus kepada imiginasi dan

kreativiti yang menimbulkan persoalan apa, mengapa, bagaimana, di mana dan bila yang akhirnya

membawa kepada penemuan.

Dunia hari ini dikelilingi dengan kemajuan teknologi yang ada hubung kait dengan ilmu STEM dan

sifat ingin tahu ini mendorong seseorang untuk menguasai ilmu ini. Ianya penting bagi memastikan

guru-guru mendapat pendedahan dan maklumat terkini tentang bidang STEM yang merupakan bidang

yang menjadi tumpuan di seluruh dunia. Kolokium ini menyediakan platform bagi pertukaran ilmu

atau maklumat penyelidikan dan kepentingan STEM dalam kalangan tenaga pengajar, pakar dalam
18

industri serta IPT. Ianya turut membolehkan kerjasama strategik antara KPM dengan agensi kerajaan

serta bukan kerajaan dapat diperkukuh dan diperluaskan dalam memberi manfaat yang besar kepada

guru dan murid di Malaysia.

Kolokium ini juga dapat meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran STEM melalui

pendekatan PdP yang baharu dan pemantapan kurikulum, meningkatkan kemahiran dan kebolehan

guru dan meningkatkan kesedaran murid dan orang awam terhadap pendidikan dan kerjaya dalam

bidang ini

Keberhasilan yang diharapkan melalui penekanan kepada pendidikan STEM ialah murid yang boleh

berfikir secara logik, mereka cipta, menggunakan teknologi dan menyelesaikan masalah secara kreatif

dan inovatif. Ini bagi menyediakan sumber tenaga kerja yang kompetitif bagi memacu kemajuan

ekonomi negara.

Disediakan oleh Prof. Madya Dr. Nurul Hazlina Noordin, Pengarah Jaringan Industri dan Masyarakat

(ICoN), Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Anda mungkin juga menyukai