Anda di halaman 1dari 6

Teks Ucapan Alu-aluan Karnival Young STEMist Expo (YSE)

Assalamualaikum WBK. Yang Berusaha PM Dr. Mohd Mustafa Bin


Awang Kechik, yang merupakan Pensyarah dan selaku ketua projek
Karnival Young STEMist Expo (YSE). Yang Dihormati Para Pensyarah dari
Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Sains Islam Malaysia
(USIM). Yang dihormati Datin Noor Hayati Binti Zakaria, Penolong
Kanan Pentadbiran, Pn. Khiarizah Binti Hj Shamsudin, Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid, Pn. Noraini Binti Abu Othman, Penolong Kanan
Kokurikulum, Puan Azizah Binti Mohd Puteh, Penolong Kanan
Pendidikan Khas, barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, guru-guru serta
murid-murid yang dikasihi sekalian.

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan


limpah dan rahmatNya, kita semua dapat berada di Program iaitu
Karnival Young STEMist Expo (YSE) bagi Tahun 2022. Dengan rasa
berbesar hati, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi
penghargaan terima kasih kepada Yang Berhormat PM Dr. Mohd
Mustafa Bin Awang Kechik atas kesudian beliau ke program ini. Pihak
sekolah amat mengalu-alukan kehadiran Profesor ke sekolah ini.
Semoga dengan kehadiran Profesor, perjalanan majlis ini akan
bertambah meriah lagi.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

MENGENAI KARNIVAL YOUNG STEMIST EXPO (YSE)

Karnival Young STEMist Expo (YSE) merupakan salah satu program


satu program yang dilaksanakan oleh Bahagian Sukan, Kokurikulum dan
Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi sekolah-
sekolah yang mempunyai enrolmen murid kumpulan B40 yang ramai.
Melalui program ini, murid berpeluang menyertai aktiviti STEM dan
memperoleh maklumat kerjaya dalam bidang tersebut.

OBJEKTIF PROGRAM

Antara objektif karnival ini diadakan adalah untuk


mengaplikasikan dan mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan
nilai sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik dengan betul dan
mendalam dalam kehidupan yang juga melibatkan masyarakat dan
persekitaran. Ini berdasarkan aktiviti inkuiri atau penyelesaian masalah
dan menggalakkan kerjasama berpasukan di samping meningkatkan
kemahiran komunikasi di antara para murid.

Dengan penglibatan murid dalam Karnival ini juga dapat


mencungkil dan memupuk bakat murid-murid di dalam bidang
penyelidikan dan pembangunan inovasi sains dan kejuruteraan dan
Matematik (STEM). Di samping itu juga ianya dapat meningkatkan
kemahiran praktikal murid dan mendorong kreativiti dalam
menghasilkan projek inovasi.

Bagi pendapat saya secara jujurnya program sebegini dapat


dijadikan sebagai platform kepada murid untuk mengemukakan idea
kreatif dan membangunkan projek inovasi untuk penemuan atau
penambahbaikan sesuatu projek dan juga dapat mengasah kemahiran
murid dalam membuat penyelidikan saintifik mengikut kaedah dan
prosedur yang betul.

Objektif Karnival ini dilaksanakan juga ianya dapat meningkatkan


dan mengembangkan minat murid dalam bidang Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan dapat meningkatkan
kemahiran komunikasi dan kemahiran sosial dalam proses
pembangunan projek.

PENGLIBATAN MURID

Di sini kita dapat lihat sasaran ialah murid tingkata 1 sehingga


tingkatan 4. Penglibatan murid juga terbuka kepada 80 peratus
daripada jumlah keseluruhannya. Oleh itu saya juga ingin mengucapkan
terima kasih kepada semua murid yang telah menyertai semua program
yang telah dianjurkan sepanjang Karnival Young STEMist Expo (YSE)
dijalankan di sekolah. Di antara aktiviti -aktiviti yang menarik diadakan
semasa karnival ini ialah aktiviti STEM Roket Air, Bandar Teknologi
HIjau, Pertandingan Robotik, 3D desingn dan bermacam-macam lagi
program dan pameran yang telah saya lihat.

HALA TUJU PROGRAM

Penerapan nilai dan akhlak terpuji merupakan tunjang kepada


kemenjadian pembetukan diri secara holistik berteraskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Pertandingan Rekacipta dan inovasi STEM ini
dilihat salah satu pertandingan untuk memgumpulkan saintis dan
pereka cipta muda sebagai satu platform perkongsian dan
pengembangan hasil kajian penyelidikan dan telah juga menghasilkan
projek.
Penganjuran Karnival Stem di bawah inisiatif #49 Pengukuhan
Stem yang dijalankan saban tahun diharap dapat memupuk minat
murid dalam bidang STEM dengan lebih sistematik dan holistik.
Pelbagai inisiatif dihasilkan dan dipacu dengan lebih pantas agar dapat
memberi impak yang positif kepada warga sekolah, komuniti dan
negara. Anjakan pemikiran yang menjangkau masa hadapan dan
merentas pelbagai disiplin keilmuan serta kemahiran itu perlu digarap
secara mapan. Justeru kepimpinan sekolah dan guru perlu komited bagi
menyedia dan melahirkan modal insan yang mampu menghadapi
cabaran global yang dinamik.

Dalam pada itu, semua pihak termasuk ibu bapa diberi kesedaran
dan penerangan mengenai kepentingan bakat baharu dalam bidang
STEM, selain memastikan kelestarian pembangunan teknologi
diteruskan dalam kalangan generasi masa hadapan seterusnya dapat
menyingkirkan tanggapan Sains dan Matematik mata pelajaran yang
sukar serta membosankan.

Saya amat yakin penganjuran karnival pada tahun ini dapat


menepati objektif yang dirancangkan merupakan manifestasi
kolaboratif, komitmen serta kreativiti dan pemikiran kritis semua pihak
dan memberi manfaat sejagat.

Dewasa ini, negara menghadapi dilema apabila peratus pelajar


sekolah dalam aliran STEM adalah lebih rendah seperti yang diinginkan
dan menimbulkan kerisauan banyak pihak. Matlamat Pendidikan STEM
ialah melahirkan murid berliterasi STEM yang berupaya untuk
mengenal pasti, mengaplikasi serta mengintegrasikan konsep STEM
untuk memahami masalah dan menyelesaikannya secara kreatif dan
inovatif.

Dengan adanya penganjuran Karnival STEM seumpama ini dapat


memupuk minat murid dalam bidang yang berkaitan di samping
memberi pendedahan awal ke arah penciptaan dan inovasi. Peranan
sekolah dan para guru tidak boleh dikesampingkan bagi memastikan
pembelajaran dan pengajaran subjek yang berkaitan diperkasa dari
semasa ke semasa. Kaedah Pembelajaran Abad Ke 21 (PAK21) dilihat
berupaya menangani masalah pengajaran guru jika dibudayakan.
Mungkin satu hari nanti kita mampu melahirkan seorang saintis muda
yang kritis seperti Al Jarazi yang digelar Bapa Robotik.

PENUTUP

Untuk itu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan


tahniah kepada semua pelajar yang telah menunjukkan kesungguhan
mereka dalam menjayakan Karnival STEM yang dijalankan pada tahun
ini. Walaupun berhadapan dengan cabaran namun masih terdapat
segelintir pelajar yang sentiasa konsisten menyertai pertandingan
setiap minggu sehingga ke penghujung penutup Karnival STEM. Bagi
pelajar-pelajar yang menunjukkan daya kepemimpinan yang tinggi
dalam bidang sains dan matematik, pihak sekolah dengan berbesar hati
akan memberi penghargaan kepada mereka. Jadikanlah anugerah yang
bakal diterima ini sebagai batu loncatan untuk memberi sumbangan
yang lebih besar lagi pada masa hadapan.

Sebelum mengakhiri ucapan saya pada pagi ini, saya sekali lagi
ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada semua pihak atas kerjasama dan usaha gigih yang telah
diberikan dalam menjayakan karnival ini.

Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih


dan penghargaan yang tidak terhingga khususnya kepada semua
pensyarah dan fasilitator Universiti Putra Malaysia (UPM) dan
pensyarah daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang telah
banyak membantu serta memberi sokongan sepenuhnya dalam
menjayakan karnival ini.

Akhir kata, saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi


penghargaan kepada semua warga sekolah atas segala kerjasama yang
telah dicurahkan sepanjang karnival ini berlangsung. Tanpa sumbanan
dan pengorbanan para pelajar dan warga pendidik, amatlah sukar bagi
kita untuk memperoleh kejayaan. Semoga segala usaha yang telah kita
lakukan ini akan diberkati Tuhan dan lebih banyak lagi kejayaan yang
bakal dikecap pada masa-masa yang akan datang. Sekali lagi saya ingin
merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada semua pihak yang menjayakan program kita pada hari ini.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai