Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN SEMPENA PERASMIAN BULAN PUSAT SUMBER DAN BAHASA

SK PERMAS JAYA 1, 2020

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.r dan salam sejahtera.

Yang dihormati Puan Nor’lizam binti Haji Shariff,Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Puan Suhaiza binti Adnan , Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Puan Hamidah bin Samin, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Puan Siti Haida binti Sukrani, Guru Penolong Kanan Petang
Guru-guru dan murid-murid SK Permas Jaya 1 yang dikasihi.

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada


semua guru dan murid-murid yang terlibat dalam menjayakan Program Bulan Pusat
Sumber dan Bahasa bagi tahun 2020 anjuran dan kerjasama antara Panitia Bahasa
Melayu, Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Seni Visual, Panitia Pendidikan Jasmani,
Panitia Sains dan Pusat Sumber Sekolah.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada ahli jawatankuasa pelaksana


yang telah memberikan inisiatif yang baik dan kreatif untuk menganjurkan satu
program yang bersesuaian dengan musim PKPP ini. Saya berharap program
ko-akademik ini dapat memberikan impak yang positif kepada semua murid SK
Permas Jaya 1. Semoga matlamat program ini untuk memupuk budaya membaca
dalam kalangan murid serta meningkatkan peratusan bacaan murid dalam Program
Nilam dapat direalisasikan. Program ini juga bermatlamat untuk melahirkan murid
yang dinamik, berkebolehan dan berdaya saing dalam pelbagai bidang.
Saya juga menyeru semua murid dan guru-guru untuk menjayakan Bulan PSS
dan Bahasa dan memberikan sokongan kepada setiap aktiviti yang dianjurkan
kerana dengan kerjasama semua pihak termasuklah ibu bapa program sekolah
dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Akhir kata, saya berharap program ini dapat dijadikan satu wadah untuk
mencungkil dan menggilap kebolehan murid agar selari dengan objektif
Transformasi Sekolah 2025 (TS25) yang mengutamakan kemenjadian murid. Selain
itu, penglibatan ibu bapa sangat diharapkan agar dapat memberikan galakan dan
sokongan kepada anak-anak untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan.

Akhir kata dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim saya merasmikan Bulan


Pusat Sumber dan Bahasa SK Permas Jaya 1 bagi tahun 2020.

Anda mungkin juga menyukai