Anda di halaman 1dari 4

Teks Pengacaraan Majlis

Mengumumkan ketibaan yang Yang Berbahagia, Datuk Tah Nia Binti Hj Jeman, Pengarah
Pendidikan Negeri Sabah diiringi Yang berusaha Puan Hajah Wanihim Binti Othman, Pegawai
Pendidikan Daerah Tuaran berserta rombongan.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,


Terimalah Persembahan Sambut Tamu yang akan dipersembahkan oleh Kumpulan The
Blooming Raflesia dibawah pimpinan Cikgu Janet Jaibet.
Demikian tadi Tarian Sambut Tamu yang dipersembahkan istimewa buat Yang Berbahagia
Datuk dan para jemputan.

Dengan ini, majlis mempersilakan Yang Berbahagia Datuk dan para jemputan untuk melawat
stesen yang telah bersedia menerima kunjungan pihak Puan dan Tuan.

Dijemput Yang Berbahagia Datuk Pengarah dan para tetamu untuk menikmati sarapan yang
telah disediakan.

Sambil menikmati hidangan yang disediakan, dengan ini mari kita Bersama-sama
menyaksikan persembahan Kumpulan Mahalo Ukelele String SKPT dibawah pimpinan Cikgu
Diane Chrisie Beth Lai. Dipersilakan.
Demikian tadi persembahan ukulele yang telah disampaikan oleh Kumpulan Mahalo
Ukulele String SKPT. Terima kasih diucapkan.

Bismillahirrahmanirrahim,

Ulik Mayang nyanyian asli


Dilagu si gadis merdu sekali
Terima Kasih sekalung budi
Sudi datang ke majlis merai.

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Sepakat Sabah Hebat diucapkan kepada


Yang Berbahagia, Datuk Tah Nia Binti Hj Jeman, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah,
Yang Berusaha, Puan Hajah Bernedette John, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor
Pengurusan Sekolah, JPN Sabah,
Yang Berusaha,Puan Faridah Binti Timbol, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan
Sekolah, JPN Sabah,
Yang Berusaha, Puan Hajah Wanihim Binti Othman, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah
Tuaran,
Yang berusaha, Tuan Jamdin Hj Jeman, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah,Sektor
Pengurusan Sekolah, PPD Tuaran,
Yang dihormati, Puan Norazzeanie Abdullah, Pegawai SIP PPD Tuaran,
yang dihormati, Puan Ripah Binti Maji, Guru Besar SK Pekan Telipok,
Yang dihormati Tuan Puan ,Majlis Guru Besar Daerah Tuaran,Kumpulan Sehati Sejiwa,
para tetamu jemputan,
barisan penolong kanan,
dan hadirin hadirat sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan Izin dari-Nya, dapatlah kita
bersama-sama pada hari ini dalam Program Jelajah Transformasi Sekolah. Kami warga SK
Pekan Telipok sangat berbesar hati menerima kunjungan dan lawatan daripada Yang
Berbahagia Datuk Pengarah dan para tetamu jemputan.

Hadirin Sekalian,

Anugerah di kecap si anak watan


Mengangkat senjata bidalan suara
Menadah tangan memohon keberkatan
Mendapat restu hidup sejahtera

Bagi memohon keberkatan majlis kita pada hari ini, majlis dengan ini menjemput adik Haiqal
Qayyum Bin Nasrul Fadhrullah, untuk memimpin kita dalam bacaan doa. Dipersilakan.
Amiin amiin ya rabbal alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa
daripada adik Haiqal Qayyum Bin Nasrul Fadhrullah sebentar tadi.Untuk makluman Yang
Berbahagia Datuk Pengarah dan para hadirin, adik Haiqal merupakan murid PPKI dan juga
pernah menyandang anugerah peserta terbaik Kem Bestari Solat.

Baiklah hadirin sekalian,

Sudilah tuan jalan berlapan,


Jalan berlapan di malam kelam;
Sudilah puan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Majlis dengan ini menjemput Yang Dihormati, Puan Ripah Binti Maji, Guru Besar SK Pekan
Telipok untuk menyampaikan ucapan alu-aluan dan seterusnya mengendalikan majlis ini
untuk sesi pembentangan. Dipersilakan.

Terima Kasih diucapkan kepada Yang Dihormati Puan Ripah, Guru Besar SK Pekan Telipok
atas ucapan alu-aluan yang disampaikan sebentar tadi.

Hadirin Sekalian,
Seterusnya

Majlis dengan ini menjemput Yang Berusaha, Puan Hajah Bernedette John, Ketua Penolong
Pengarah Kanan, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah untuk
menyampaikan rumusan. Dipersilakan.

Terima Kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Puan Hajah atas rumusan yang disampaikan
sebentar tadi.

Baiklah hadirin sekalian,

Dengan ini, saya menjemput Yang dihormati, Puan Zuraini, Pengerusi Majlis Guru Besar
Tuaran dan juga merupakan Guru Besar SK Kitapol untuk mengendalikan sesi seterusnya.
Dipersilakan.

Hadirin Sekalian,

Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berbahagia, Datuk Tah Nia Binti Haji Jeman,
Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, untuk menerima cenderahati yang akan disampaikan
oleh Yang Dihormati Puan Ripah Binti Maji, Guru Besar SK Pekan Telipok.

Demikian tadi penyampaian cenderahati yang disampaikan oleh Puan Guru Besar kepada
Yang Berbahagia Datuk Pengarah.

Seterusnya,(Sijil)
___________________________________________________________________________
________________________________________________________________________.

Dari Kedah ke pekan sari,


Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Merdu bertingkah alunan suara


Kadang tak sedar tersilap kata
Andai terlanjur patah bicara
Serendah hati kemaafan dipinta

Hadirin Sekalian,
Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati dan sijil sebentar tadi, maka berakhirlah
sudah majlis kita pada hari ini. Kami warga SK Pekan Telipok sekali lagi ingin mengucapkan
ribuan terima kasih atas kesudian Yang Berusaha Puan Hajah Wanihim dan Para Jemputan
berkunjung dan melawat sekolah kami pada hari ini.

Sebelum kita menikmati jamuan makan yang telah disediakan, mohon untuk semua hadirin
untuk bersama-sama dalam sesi bergambar.

Anda mungkin juga menyukai