Anda di halaman 1dari 5

SKRIP PENGACARA

MAJLIS PERASMIAN PSS DAN STUDIO SERI NILAKANDI


ATURCARA TEKS EMCEE / CATATAN
Pembukaan Biji Selasih Boleh Dimakan HUDA
Majlis Menjadi Perisa Sedap Terperi
Selamat Datang Kami Ucapkan
Semoga Majlis Tambah Seri

Kompang Bergema Pusaka Bangsa


Dipalu Oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan Meriahkan Suasana
Kami Menyambut Penuh Gembira

Nyanyian Lagu Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian ZURA


Negaraku & majlis dimulakan dengan nyanyian lagu
Negeri Perak Negaraku dan Lagu Negeri Perak. Mohon
semua yang berada di dalam dewan ini
berdiri.

Terima kasih, hadirin dipersilakan duduk.

Salutasi Salam sejahtera kami ucapkan, HUDA


Para hadirin semua jemputan;
Selawat dan salam kami junjungkan,
Ke hadrat Nabi Rasul pilihan.

Yang Berusaha
Tuan Hj Syed Nasir bin Sayed Mahadi,
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Daerah Larut Matang dan Selama

Yang Berusaha
Puan Saharidah binti Sahaban,
Pengetua SMK Convent Taiping

Encik Mohamad Shafik bin Mohamad Amin,


Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid,
PPD Daerah Larut Matang dan Selama

Yang dihormati
Encik Harun bin Mat Rafiai
Yang Dipertua PIBG SMK Convent Taiping

Yang Berusaha
Puan Hjh Yuhana Hiza binti Yahaya,
Penolong Kanan Pentadbiran

Puan Siti Hajar Binti Hashim


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Puan Maheran Binti Man@Abd Rahman,
Penolong Kanan Kokurikulum

Barisan Pengetua-Pengetua Sekolah Daerah


Larut Matang Dan Selama, Guru-guru Media
Sekolah-sekolah Daerah Larut Matang dan
Selama, Barisan Guru-guru Kanan, Guru-
guru, tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Assalammualaikum w.b.t, dan salam


Sejahtera.

Penghargaan Alhamdulillah setinggi – tinggi kesyukuran ZURA


pada hadrat Ilahi, Tuhan Semesta Alam
kerana di bawah lembayung kurnianya dan di
bawah redup kasihnya jua, dapat kita
berkumpul pada pagi yang Nirmala ini bagi
menyempurnakan Majlis Pelancaran Pusat
Sumber Sekolah dan Studio Seri Nilakandi,
SMK Convent Taiping.

Terbang merpati merentas pekan


Melayang seiring pinggir kali
Selamat datang kami ucapkan
Moga diiring restu Ilahi.

Tiada susunan madah indah, tiada kilauan


permata gemerlapan dapat kami
persembahkan, hanya ucapan terima kasih
yang tidak terhingga mampu kami hulurkan
tanda besarnya hati kami menerima
kunjungan Tuan-tuan dan Puan-puan ke
majlis yang penuh bermakna ini. Titipan
jutaan kalungan budi seuntai kasih kami
titipkan atas kesudian
Yang Berusaha, Tuan Hj Syed Nasir bin
Sayed Mahadi, Pegawai Pendidikan Daerah
Larut, Matang dan Selama dan dif – dif
kehormat, Barisan Pengetua Sekolah-sekolah
Daerah LMS seta Guru-guru Media sekalian
atas kesudian meluangkan masa pada hari ini.

Bacaan Doa Hadirin Yang Dihormati HUDA

Tangan Di Tadah Penuh Inayah


Majlis Dibuka Penuh Rahmat
Mohon Keberkatan Serta Hidayah
Moga Majlis Mendapat Berkat
Majlis Mempersilakan Encik Erwan Faiz Bin
Ahmad untuk Memimpin Bacaan Doa.
Dipersilakan.

Aamin,Aamin Ya Rabbal Alamin..


Majlis Merakamkan Ucapan Terima Kasih
Kepada En. Erwan atas Bacaan Doa Itu Tadi.

Persembahan Sirih pinang sirih berlipat, ZURA


Tarian Selamat Diambil sehelai dibawa pergi,
Datang Tampak joget indah dilihat,
Menjadi tatapan majlis berseri.

Hadirin yang dihormati,


Kita sama-sama saksikan persembahan
tarian Selamat Datang yang akan
dipersembahkan oleh murid-murid Tingkatan
1 hingga 5 di bawah bimbingan Pn. Noordini
Bt Ishak dan Cik Fateha Alia Bt Ja’afar.

Dipersilakan

(PERSEMBAHAN)

Terima kasih kepada murid – murid atas


persembahan itu tadi.

Persembahan Seterusnya, marilah sama-sama kita saksikan HUDA


Syair pula persembahan Syair PPDa yang akan
dipersembahkan oleh Saudari Khalisah
Zunnur Bt Khalil Khusairi dari Tingkatan 3
Cempaka.
Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

(PERSEMBAHAN)

Terima kasih diucapkan kepada Saudari


Khalisah atas persembahan syair itu tadi.

Ucapan Aluan Hadirin yang dirahmati, ZURA


Pengetua
Bukan rumput sebarang rumput,
Rumput penghias tepi halaman;
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata aluan.

Untuk itu, majlis dengan luhur hati


menjemput dan mempersilakan
Yang Berusaha Puan Saharidah binti Sahaban,
Pengetua SMK Convent Taiping
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dengan hormatnya dipersilakan.

(Ucapan Pengetua)

Sekalung apresiasi diucapkan kepada Yang


Berusaha Puan Saharidah binti Sahaban atas
ucapan itu tadi.

Ucapan Hadirin Yang Dihormati, HUDA


Perasmian
Cempaka Sari Warisan Sejati
Menjadi Kebanggaan Seisi Negeri
Ucapan Yang Berusaha Memang Dinanti
Berilmu Tinggi Bijak Bestari

Majlis Seterusnya Mempersilakan Yang


Berusaha Tn Haji Syed Nasir Bin Sayed
Mahadi, Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat
Daerah Larut Matang dan Selama untuk
Menyampaikan Ucapan, seterusnya
Merasmikan Majlis Perasmian Pusat Sumber
Sekolah dan Studio Seri Nilakandi, SMK
Convent Taiping.
Dengan Segala Hormatnya Dipersilakan.

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima


kasih dan penghargaan tidak terhingga
kepadaYang Berusaha Tn Haji Syed Nasir bin
Sayed Mahadi atas ucapan dan perasmian
majlis itu tadi.

Tayangan Majlis diteruskan lagi, dengan tayangan ZURA


Montaj montaj yang telah disediakan oleh Pn
Noorasikin Bt Mohd Shah, Guru Media dan
Pusat Sumber Sekolah. Sama-sama kita
saksikan.

Terima kasih diucapkan atas tayangan montaj


itu tadi. Tayangan montaj itu tadi jelas
menunjukkan PSS Seri Nilakandi sentiasa giat
menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan
dengan kemenjadian murid dan sekolah.

Hadirin sekalian, HUDA

Pihak majlis ingin merakamkan jutaan terima


kasih kepada semua atas kerjasama yang
diberikan.
Segala kelemahan yang berlaku semasa majlis
ini berlangsung, kami memohon ampun dan
maaf.

Dari mana asalnya ,usah diusul


Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan di bawa ke dalam hati

Kami mewakili warga SMK Convent


merakamkan penghargaan terima kasih sekali
lagi kepada Yang Berusaha Tn Hj Syed Nasir
Bin Sayed Mahadi dan dif-dif jemputan atas
kesudian hadir ke majlis perasmian ini.

Bagi acara seterusnya majlis menjemput


Yang Berusaha Pn Saharidah bt Sahaban serta
Barisan Pentadbir SMK Convent Taiping
untuk mempersilakan dan mengiringi Yang
Berusaha Tn Hj Syed Nasir Bin Sayed
Mahadi serta Jemputan-Jemputan Yang Lain
untuk Lawatan ke Sudut Sejarah, Bilik Nilam,
Pameran PBL, Inovasi seterusnya Pusat
Sumber Seri Nilakandi.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Anda mungkin juga menyukai