Anda di halaman 1dari 7

1.

KETIBAAN Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Puan Ramlah


YANG DIRAI binti Arshad bersama suami tercinta serta keluarga
DAN TETAMU diiringi
Barisan pentadbiran, guru-guru dan staff masuk ke
dalam dewan.

Pagi yang indah penuh ceria


Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis “Sanjungan budi dan
lambaian kasih” sempena persaraan Puan Ramlah binti
Arshad SKPTJ 2022.

Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu Negaraku


dan negeri pulau pinang.

Diminta barisan para guru dan murid untuk berdiri.


(selesai)

Hadirin dipersilakan duduk.

2.BACAAN DOA Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang


penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita
menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh Ustaz Mad hamidi bin fazil.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada Ustaz Azri b. Fakeh atas bacaan
doa itu
tadi.

3.UCAPAN ALU- Teks Pengacara Majlis Persaraan Guru Besar, En.


ALUAN Roslan B.
Ali
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM…ASSALAMUALAIKUM , SALAM
SEJAHTERA…DAN SELAMAT PAGI

Yang Diraikan
Pn. Ramlah bt arshad

Yang Dihormati
Tuan guru besar,
En. Azizi bin bakar

Yang Berusaha
En.mohd fadzli bin sobri,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Yang Berusaha
Cik noor fatirah binti mad akhir
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang Berusaha
En. Idris bin kadir
Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum

Seterusnya, Barisan para guru, murid-murid, hadirin


dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.

Selamat datang ke :
Majlis “Bakti disanjung, budi dijunjung” sempena
persaraan Yang Diraikan pn.ramlah binti arshad, guru
sekolah kebangsaan permatag to’ jaya.

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Sayang kumbang mencari makan,


Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.
5. UCAPAN Majlis seterusnya, di mulakan dengan menjemput
WAKIL MURID dan mempersilakan adik
__________________________________ wakil
murid untuk
menyampaikan ucapannya.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada adik


_______________________________________ atas
ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

4. UCAPAN guru Duduk sekawan gadis jelita,


besar Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian


Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang
dihormati EN.AZIZI BIN BAKAR, Guru besar SKPTJ
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang atas ucapan yang


berusaha EN.AZIZI BIN BAKAR atas ucapannya
sebentar tadi.

7. UCAPAN
YANG Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
DIRAIKAN
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki mengorak jalan..

Duduk sekawan si burung unta,


Tepi keramat di waktu malam;
Pada mu puan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam.

Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin


menjemput dan mempersilakan.yang diraikan pn ramlah
binti arshad.
untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan


terima kasih kepada Yang Diraikan pn.ramlah binti
arshad diatas ucapan beliau sebentar tadi.
banyak duri perkara duri
tidak sama duri mengkuang
banyak budi perkara budi
tidak sama budimu seorang

kain songket cantik kilauan


ditenun oleh orang kemaman
tak terbalas budimu tuan
kami merakam setinggi-tinggi penghargaan.

6. TAYANGAN Jasamu dikenang


MULTIMEDIA Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti


dan kepimpinan yang dilakukan oleh Yang Diraikan
pn.ramlah binti arshad sepanjang perkhidmatan beliau di
dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai guru di
sek keb permtg to’ jaya.

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan


persembahan multimedia sempena persaraan Yang
Diraikan pn ramlah binti arshad.

Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan


multimedia sempena persaraan Yang Diraikan
pn.ramlah binti arshad.

Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi


buat kita semua.

10. Bagi menyerikan lagi majlis kita pada hari yang ini,
PERSEMBAHAN majlis ingin menjemput persembahan pra sekolah dan
adik suri afrah binti suhaizi untuk tatapan kita semua.
Majlis dengan ini mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih di atas persembahan


daripada Kumpulan Koir Sekolah sebentar tadi.

8.WATIKAH Majlis diteruskan lagi dengan gimik persaraan, acara


PERSARAAN. memotong reben dan tanda tangan kenag-kenangan
Untuk itu, majlis ingin mempersilakan Yang dihormati
tuan guru bsar en.azizi bin bakar, barisna pen.kanan

Untuk mengiringi yang diraikan pn ramlah binti arshad


untuk menyempurnakan gimik persaraan tersebut.
Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang


dihormati tuan guru bsar en.azizi bin bakar, barisan
pen.kanan mengiringi yang diraikan pn ramlah binti
arshad atas menyempurnakan gimik persaraan tersebut.

PEMOTONGAN Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


pulut kuning dan Majlis akan diteruskan lagi dengan upacara pemotongan
kek. pulut kuning, dan kek.

Majlis berbesar hati ingin menjemput yang diraikan


Pn ramlah binti arshad diriingi suami dan juga yang
Yang dihormati tuan guru besar en.azizi bin bakar ke
pentas untuk mupacara pemotongan pulut kuning dan
kek.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan


terima kasih atas penyempurnaan upacara pemotongan
pulut kuning dan kek sebentar
tadi

11.PENYAMPAIA
N
CENDERAHATI Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian
KENANGAN cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan
yang kita raikan pada hari ini iaitu pn ramlah binti
arshad.

Majlis mempersilakanpn marshita binti jamaluddin,


Pengerusi Kelab GURU DAN staff SKPTJ
untuk menyampaikan cenderamata Kenangan ” daripada
Kelab guru dan staff.

Seterusnya majlis mempersilakan wakil dari panitia BM


BI
SAINS
Matematik
Pendidikan islam
untuk penyampaian cenderamata,

seterusnya, acara menyampaikan cenderamatan


mengikut aliran,
wakil aliran tahun 1
wakil aliran tahun 2
wakil aliran tahun 3
wakil aliran tahun 4
wakil aliran tahun 5
wakil aliran tahun 6

Seterusnya dipersilakan wakil murid untuk


menyampaikan hadiah kepada yang diraikan pn. Ramlah
binti arshad.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada


Yang Diraikan pn. Ramlah binti arshad.
atas kesudian menerima
cenderamata itu tadi.

12.Penutup
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah
Inilah yang dikatakan,

umpama belayar telah sampai di pelabuhan,


Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung


acara.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.


Sebelum bersurai, kita akan mengadakan sesi bergambar
dan
Sebelum itu, Majlis juga ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Yang Diraikan pn. Ramlah binti
arshad.
kerana
sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna
ini dan kami semua mendoakan agar Yang Diraikan En.
pn. Ramlah binti arshad.
bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan
seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada


semua dif-dif kehormat,bariasn para guru murid-murid
atas kesudian meluangkan masa bersama-sama
memeriahkan Majlis “bakti disanjung budi dijunjung
ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon


ribuan kemaafan andai ada salah dan silap
sepanjang mengacarakan Majlis ini.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Dari Kedah ke pekan sari,


Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit


Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa
Rahmatullahi Wa
Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai