Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS PERSARAAN

PN ZURAIHAN
Kehadiran vip Mengumumkan ketibaan yang diraikan Pn Zuraihan Binti Abd Kassim diiringi
(Pn. Zakirah) keluarga dan dif-dif kehormat untuk masuk ke dalam dewan.

Nyanyian Lagu Sidang hadirin yang dihormati,


Negaraku sebentar lagi lagu negaraku akan dinyanyikan.
Hadirin sekalian diminta untuk berdiri.
(Ust Radi)
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi,
Hadirin dipersilakan duduk.

Kata aluan BISMILLAHIRAHMANIRAHIM…


solutasi
Assalammualaikum w.b.t. dan Salam sejahtera.
(Pn. Zakirah)
Kain sutera cantik disulam
Molek dipakai jangan disimpan
Pemanis kata ucapan salam
Salam sejahtera saya ucapkan

1. Yang berusaha Encik Rashid bin Aziz, Guru Besar SK Pendita Za’ba
2. Yang berusaha, Puan Hasmawati binti Zainal Abidin, Guru Penolong
Kanan Pentadbiran SK Pendita Za’ba
3. Yang berusaha, Puan Nor Aznin binti abd Rahim, Guru Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid SK Pendita Za’ba
4. Yang berusaha, Puan Norshida, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK
Pendita Za’ba
5. Dif-dif jemputan
6. Serta rakan-rakan pendidik sekalian.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dahannya berduri
Terima kasih daun keladi
Kerana sudi menghadirkan diri.

Persembahan Majlis diteruskan dengan persembahan alu-aluan daripada murid Pra Sekolah
Pra Sekolah SK Pendita Za’ba. Majlis mempersilakan.
(Ust Radi)
Jamuan makan Kembang harum si bunga seroja
Buat hiasan penyambut tetamu
(Pn. Zakirah) Terhidang sudah jamuan dimeja
Dipersilakan hadirin menjamu.

Dengan segala hormatnya, hadirin dan hadirat dijemput untuk menjamu


selera.
Bismillahirrahmannirrahim, allahumma bariklana, fiima razaktana, wakina
azabannar.
Bacaan doa Hadirin Yang Dihormati,

(Ust Radi) Menadah tangan tanda kerendahan


Lafaz bismillah memperkukuhkan tautan
Doa dipohon penuh pengharapan
Agar majlis mendapat keberkatan

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,
marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dilafazkan oleh al fadhil Ustaz Nik Abdullah Zubairi.
Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Nik
Abdullah Zubairi atas bacaan doa itu tadi.

Ucapan GB Bukan keris tanpa ulunya


Bukan majlis kalau tanpa ucapannya
(Pn. Zakirah)
Sebagai pembuka persada ucapan. Majlis dengan hormatnya mempersilakan
En Rashid Bin Aziz untuk menyampaikan ucapan.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En Rashid Bin Aziz atas ucapan
sebentar tadi.

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Ucapan PPD Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Tuan PPD, En Hishamudin.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.
(Ust Radi)
Persembahan Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas ucapan itu
tadi.
(Pn. Zakirah)
Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan
persembahan daripada murid SK Pendita Za’ba. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Tayangan Hadirin yang dihormati,


montaj
Sebagai mengimbas kembali memori Puan Zuraihan binti Abd Kasim sepanjang
(Ust Radi) perkhidmatan beliau dalam dunia Pendidikan, dipersilakan Cikgu Nurul Farahin
untuk memaparkan persembahan multimedia. Sama-samalah kita saksikan.
Terima kasih kepada Cikgu Nurul Farahin yang telah menyiarkan persembahan
multimedia yang cukup mengesankan dan pasti menjadi kenangan yang tidak
akan kita lupakan.

Ucapan dirai Sudah biasa kita dengari


Patah tumbuh hilang berganti
(Pn. Zakirah) Namun tak sama guru yang ini
Tak mungkin ada galang ganti.

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang
Diraikan Pn Zuraihan binti Abd Kassim. Majlis dengan segala
hormatnya menjemput dan mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pn


Zuraihan atas ucapan sebentar tadi.
Jemput duduk Hadirin yang dihormati,
pelamin
SURPRISE Majlis menjemput yang dirai, Pn Zuraihan binti Abd Kassim bersama suami
SARUNG CINCIN tercinta, Encik Mohd bin Shaharudin untuk duduk di atas pelamin. Dengan segala
hormatnya, majlis mempersilakan.
(Ust Radi)
Majlis diteruskan dengan hadiah istimewa daripada guru-guru dan staf SK
Pendita Za’ba untuk yang diraikan, Pn Zuraihan binti Abd Kassim.
Majlis mempersilakan.

Acara potong Hadirin yang dikasihi,


kek
Anak Cina main gelombang,
(Pn. Zakirah) Terlihat jauh di Tanjung Jati,
Tuan umpama bunga yang kembang,
Sentiasa hidup di dalam hati.

Majlis diteruskan dengan acara memotong kek sempena Hari lahir Pn. Zuraihan
binti Abd. Kassim. Untuk itu, marilah kita sama-sama menyanyikan lagu Allah
Selamatkan Kamu untuk teacher Zuraihan.

Allah selamatkan kamu


Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan teacher Zuraihan
Allah selamatkan kamu.

Majlis disambung dengan menjemput suami yang dirai, En Mohd bin


Shaharudin, untuk menyuap kek kepada isteri tercinta Pn Zuraihan binti Abd
Kasim. Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada semua hadirin kerana menyempurnakan acara


potong kek dan acara suapan kek sebentar tadi.

Penyampaian Majlis diteruskan dengan penyampaian watikah kepada Pn Zuraihan binti Abd
watikah Kasim. Dijemput Guru Besar SK Pendita Za’ba, Encik Rashid bin Aziz untuk
menyampaikan watikah.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Penyampaian Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda
hadiah kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Pn Zuraihan binti
Abd Kassim.
(Pn. Zakirah)
Sebelum itu, Majlis ingin menjemput dan mempersilakan kepada En Rashid bin
Aziz,untuk mengiringi Yang Diraikan iaitu Pn Zuraihan binti Abd Kassim untuk
menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Sesi fotografi Hadirin yang dimuliakan,

(Ust Radi) 1. Majlis diteruskan dengan sesi fotografi. Oleh itu, majlis menjemput
keluarga Pn Zuraihan binti Abd Kasim untuk bergambar kenang-
kenangan.

2. Seterusnya, majlis menjemput dif-dif jemputan untuk sesi fotografi.

3. Majlis diteruskan dengan menjemput guru-guru SK Pendita Za’ba untuk


bergambar kenang-kenangan.

Majlis bersurai Umpama belayar telah sampai di pelabuhan


Umpama berkayuh telah sampai di muara
(Pn. Zakirah) Umpama berjalan telah sampai ke destinasi
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Hadirin yang dihormati,

Majlis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn Zuraihan
binti abd Kassim kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna
ini dan kami semua mendoakan agar Yang Diraikan Pn Zuraihan binti abd Kassim
bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai