Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PERPISAHAN

Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillahirabbila’lamin Wassolatuwassalamua’la


Ashrafilan’biya Iwalmursalin Waa’la alihi Wasohbihi Ajmain

- Yang diraikan Pn. Amirah Binti Shahidan (Pembantu pengurusan Murid Pra
sekolah)

- Yang Berusaha En Suhaimi Bin Hj Abd. Hamid (Guru Besar SKSBa)


- Yang dihormati :
- En. Mat Saad Bin Osman, PK Pentadbiran
- Pn. Hasimah Binti Hamid , PK HEM
- Pn. Jasimah Binti Buhari , PK KoKurikulum

-
- Barisan guru dan staf SK Sungai Bakau, pembantu pengurusan murid serta murid2
yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt, selamat pagi, salam perpaduan dan salam Tranformasi pendidikan.

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Rabbul
Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izinnya jua, dapat kita dipertemukan
dalam majlis perpisahan Pn Amirah Binti Shahidan yang akan bertukar ke SK Sungai Setar
tidak lama lagi.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dahannya berduri
Terima kasih daun keladi
Kerana sudi menghadirkan diri.

Bacaan doa

Hadirin yang dihormati,

Menandah tangan tanda kerendahan


Lafaz bismillah memperkukuhkan tautan
Doa dipohon penuh pengharapan
Agar majlis mendapat keberkatan

bagi menambah keberkatan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan
bacaan doa yang akan dilafazkan oleh
-Ustz Ramzi Bin Shamsudin.
Atau
Ustz Roshidi Bin Mat Ali

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin amin ya rabbal ‘alamin……….. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada –

Ustz Ramzi Bin Shamsudin.


Atau
Ustz Roshidi Bin Mat Ali

atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Bukan keris tanpa ulunya


Bukan majlis kalau tanpa ucapannya

Sebagai pembuka persada ucapan pada pagi ini, majlis dengan hormatnya mempersilakan En
Suhaimi Bin Hj Abd Hamid (Guru Besar SKSungai Bakau) untuk menyampaikan ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada tuan Guru Besar.

Seterusnya tibalah kita ke acara yang amat dinanti2kan iaitu ucapan yang akan disampaikan
oleh semua yang diraikan pada hari ini.
PROFESOR DR. MOHD YAZID ABDUL MANAF
Ucapan cik ima, (yang diraikan)

Sudah Biasa Kita Dengari


Patah Tumbuh Hilang Berganti
Namun Tak Sama Dengan Yang Ini
Tak Mungkin Ada Galang Ganti.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi,

Banyak duri perkara duri


Tidak sama duri mengkuang
Banyak budi perkara budi
Tidak sama budimu seorang
Malam hari berlagu unggas
Memecah kesunyian di dalam hutan
Walaupun terpisah tempat dan tugas
Budimu tuan dalam ingatan

Penyampaian cenderamata

Hadirin dan hadirat sekalian,majlis seterusnya adalah penyampaian cenderamata sebagai


tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini.

Majlis menjemput dan mempersilakan yang berbahagia prof. Dr mohd yazid abdul manaf
untuk menyampaikan cenderamata buat kenang-kenangan kepada cik siti ima. Dipersilakan

Kain songket cantik kilauan


Ditenun oleh orang kemaman
Tak terbalas budimu tuan
Kami merakam setinggi-tinggi penghargaan.

- Begitulah tadi ,upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk


Pn. Amirah Binti Shahidan (Pembantu pengurusan Murid Pra sekolah)

- Pastinya kami warga SK Sungai Bakaustidak akan lupa dengan


Pn. Amirah Binti Shahidan (Pembantu pengurusan Murid Pra sekolah)

- Beliau meninggalkan kita dengan daya usaha dan semangat kerja serta komitmen
yang cemerlang sepanjang berada di sini..

Terima kasih diucapkan kepada yang berbahagia prof. Dr. Mohd yazid atas kesudian
menyampaikan cenderamata itu tadi.

Penutup

Tiba waktunya untuk menyusun jemari


Membuang segala kerikil bersalut di hati
Maaf andai ada salah silap tanpa disedari
berbunga mesra dalam jambangan ingatan.

Jelinglah kami jika rindu masih bertamu


Sapalah kami andai mesra akrab berpadu
Selamat bertugas di tempat yang baru
Semoga allah sentiasa memberkati
Sekian sahaja ,salam hormat,
wabillahi taufik wahidayah.wassalamualaikum wbt…

Anda mungkin juga menyukai