Anda di halaman 1dari 6

Gaya serta teks ucapan tertakluk kepada jenis majlis yang khusus, iaitu:

• Majlis Perasmian/Penutupan
• Majlis Perpisahan
• Majlis Keraian
Jelaskan pendekatan yang berbeza dalam isi ucapan majlis-majlis tersebut dan
sediakan satu teks ucapan bersesuaian dengan satu majlis yang dipilih.

TEKS PENGACARA MAJLIS PERPISAHAN EN MUHAMMAD HISSAM

MASA PERKARA

7:30 pagi Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan En. Muhammad Hissam


bin Sani diiringi Tuan Pengetua masuk ke dalam dewan.

Bismillahirrahmanirrahim ,assalamualaikum wArahmatullahi


wabarakatuh dan salam sejahtera

Yang Berusaha, En. Yew Kok Leh, Pengetua SMK Jalan


Mengkibol
Yang dihormati, Barisan Penolong Kanan, Barisan Ketua Bidang,
Wakil PIBG, Encik Ramli Juri, Wakil Kestabol, Encik Nazri Zakaria,
Ketua Pembantu Tadbir Puan Habsah binti Kasmin,
Ketua Pembantu Makmal, Encik Jasni bin Sahid,
Yang diraikan, Encik Muhammad Hissam bin Sani, Barisan guru
dan rakan staff sokongan yang dirahmati ALLAH sekalian,

Selamat Datang ke : Majlis ”Perpisahan sempena Pertukaran”


Encik Muhammad Hissam bin Sani

7:35 pagi Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada petang berbahagia


ini, marilah sama-sama kita mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh En. Jasni Bin Sahid

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Terima kasih diucapkan kepada En. jasni atas bacaan doa itu tadi.

7:40 pagi Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan

Pergi ke kota beli selasih,


Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Tibalah kita ke majlis ucapan. Dijemput En Jasni Bin Sahid selaku


ketua dan wakil pembantu makmal untuk menyampaikan ucapan,
dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En. Jasni atas ucapan itu tadi.

8:00 pagi Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan Puan


Habsah binti Kasmin selaku Ketua Pembantu Tadbir untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Pn. Habsah atas ucapan yang
telah disampaikan sebentar tadi.

8:20 pagi Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Tuan
Pengetua SMK Jalan Mengkibol, Encik Yew Kok Leh untuk
menyampaikan ucapan, Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang Tuan Pengetua Encik Yew


Kok Leh atas ucapan itu tadi.

8:45 pagi Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan
daripada Yang Diraikan En. Muhammad Hissam Bin Sani. Majlis
dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada Yang Diraikan En. Muhammad Hissam atas ucapan itu
tadi.

9:10 pagi Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata


sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan iaitu
Encik Muhammad Hissam Bin Sani.

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput


dan mempersilakan Tuan Pengetua untuk mengiringi Yang
Diraikan Encik Hissam untuk menerima cenderamata kenang-
kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Dipersilakan Tuan Pengetua, En Yew Kok Leh untuk


menyampaikan cenderamata dari pihak sekolah
……………Terima Kasih.

Dipersilakan Puan Faridah untuk menyampaikan cenderamata dari


pihak pentadbir.
…………….Terima Kasih.

Dipersilakan Encik Ramli untuk menyampaikan cenderamata dari


pihak PIBG
…………….Terima Kasih.

Dipersilakan Encik Nazri untuk menyampaikan cenderamata dari


pihak KESTABOL.
…………….Terima Kasih.
Dipersilakan Puan Habsah untuk menyampaikan cenderamata dari
pihak pejabat.
…………….Terima Kasih.

Dipersilakan Encik Jasni Sahid untuk menyampaikan cenderamata


dari pihak Pembantu Makmal
…………….Terima Kasih.

Dipersilakan Puan Zuraidah untuk menyampaikan cenderamata


dari pihak perpustakaan
…………….Terima Kasih.

Dipersilakan Puan Faridah untuk menyampaikan cenderamata dari


pihak pentadbir.
…………….Terima Kasih.

Dipersilakan …………………….. untuk menyampaikan sumbangan


peribadi
…………….Terima Kasih.

Dipersilakan …………………….. untuk menyampaikan sumbangan


peribadi
…………….Terima Kasih.

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan


khusus untuk Yang Diraikan En. Muhammad Hissam Sani.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua
penyampai cenderamata sebentar tadi.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Bulan Oktober adalah bulan yang bermakna buat kita semua.
Selain daripada perpisahan kita dengan Encik Hissam, marilah
sama-sama kita meraikan mereka yang menyambut ulangtahun
kelahiran pada bulan ini. Dengan ini dijemput dan dipersilakan
kelahiran-kelahiran bulan Oktober ke meja pemotongan kek.

Mereka ialah : Encik……………………………………..

9:40 pagi Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Terima
kasih diucapkan kepada Yang diraikan Encik Hissam kerana sudi
bersama kita pada petang ini dan kami semua mendoakan agar
Encik Muhammad Hissam ceria di tempat baru.

Terima Kasih juga diucapkan kepada semua tetamu dan hadirin


yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis
ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah


Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh

Anda mungkin juga menyukai