Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA MAJLIS MENJUNJUNG APRESIASI, KASIH ABADI 27 MAC, 2021

PENGUMUMAN KETIBAAN VIP


Mengumumkan Ketibaan Yang Diraikan En. Saidol Bin Muntoh. (SALUTASI) Yang Dirai En. Saidol
Bin Muntoh. Yang Berbahagia Datin Hajah Joharah Binti Abdullah, Pengetua Cemerlang (Kanan)
SMK Putatan. Yang Dihormati, En. Wasli Bin Matsin, Ydp Pibg Smk Putatan. Yang Berusaha, En.
Suhaibul Bin Kassim. Penolong Kanan Ting.6, Pustem SMK Putatan. Ketua - Ketua Unit,
Penolong2 Kanan, Rakan2 Jemputan, Barisan Pensyarah, Guru-Guru, Serta Para Hadirin Sekalian.

PENGENALAN MAJLIS
Assalamualaikum Wbt, Salam Sejahtera, Salam Ukhuwah Dan Salam 1 Tekad Ke Menara Gading.
Bersyukur Kita Ke Hadrat Illahi Kerana Dengan Izin Dan Rahmatnya-Nya, Dengan Iradat Dan
Inayah-Nya, Kita Semua Dipertemukan Lagi Pada Pagi Yang Berbahagia Ini, Bagi Meraikan Majlis
Persaraan En. Saidol Bin Muntoh : Menjunjung Apresiasi, Kasih Abadi (MAKA) Yang Dianjurkan
Oleh Majlis Permuafakatan Guru2 Pustem SMK Putatan Dengan Kerjasama Kelab Satu, Pibg, Aks
Serta Seluruh Warga SMK Putatan Yang Bersatu Dan Ceria. Salam Sembah Pembuka Bicara.
Selamat Datang Untuk Semua.

UCAPAN PENOLONG KANAN TINGKATAN 6


Tuan2, Puan2, Sidang Hadirin Yang Budiman.. “Bukan Rumput Sebarang Rumput, Rumput
Penghias Tepi Halaman, Bukan Jemput Sebarang Jemput, Jemput Memohon Ucapan Aluan”.
Majlis Dimulakan Dengan Mempersilakan En. Suhaibul Bin Kassim, Pk6 Pustem SMK Putatan
Untuk Menyampaikan Ucapannya. Majlis Dengan Segala Takzim Mempersilakan. (UCAPAN)
Terima Kasih Kepada Encik Suhaibul Atas Ucapan Beliau Sebentar Tadi.

UCAPAN PENGETUA
Tuan2 Puan2, Hadirin Yang Cendekiawan.. “ Terbang Di Awan Burung Jentayu, Di Atas Papan
Batang Selasih, Tampillah Datin Dandanan Melayu, Tuntas Ucapan Menatang Kasih”. Seterusnya
Majlis Dengan Sukacitanya Mempersilakan Yang Berbahagia, Datin Hajah Joharah Binti
Abdullah, Pengetua Cemerlang (Kanan) SMK Putatan Untuk Menyampaikan Ucapannya.
Dipersilakan Yang Berbahagia Datin. (UCAPAN)
Terima Kasih Diucapkan Kepada Datin Hajah Joharah Atas Ucapannya Sebentar Tadi.

BACAAN BIODATA DAN UCAPAN YANG DIRAI


Tuan2, Puan2, Hadirin Yang Dermawan..Sebelum Majlis Menjemput Tuan Yang Diraikan, Elok
Kiranya Saya Bacakan Dahulu Latar Belakang Beliau Yang Kita Raikan Pada Hari Yang Berbahagia
Ini.

(BIODATA GURU BERSARA - dibacakan)

Menjunjung Adat, “Yang Datang Disambut, Yang Pergi Diiring”. “ Pergi Ke Kota Beli Selasih,
Sayang Si Dara Jadikan Halwa, Berilah Kata Simpulan Kasih, Sulamkan Mesra Satukan Jiwa”.
Majlis Ini Dengan Penuh Rasa Hormat Dan Kasih Menjemput Encik Saidol Bin Muntoh Atau
Lebih Dikenali Sebagai Abang Dol Untuk Menyampaikan Ucapannya. Majlis Mempersilakan.
(UCAPAN)

Dewan Sri Ranau, RAIA Hotel, Kota Kinabalu, SABAH


TEKS PENGACARA MAJLIS MENJUNJUNG APRESIASI, KASIH ABADI 27 MAC, 2021

Majlis Mengucapkan Ribuan Terima Kasih Kepada Abang Dol Atas Ucapan Sebentar Tadi.
Semoga Segala Amanat Yang Disampaikan Sentiasa Tersemat Di Jiwa, Berlegar Di Minda.

PERSEMBAHAN MULTIMEDIA

Tiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan. Itu Adat, Itu Lumrah Kehidupan. Begitulah Rentetan
Perjalanan. Walau Sukar Untuk Ditelan. Tapi Kaki Tetap Mengorak Jalan. Melangkah. Selagi
Hayat Dikandung Badan.

Tuan2, Puan2, Hadirin Yang Ilmuan.. Majlis Dihentikan Seketika Untuk Memberi Laluan Bagi
Persembahan Yang Seterusnya. Kita Saksikan Bersama Sebuah Montaj : Sebuah Perjalanan.
(PERSEMBAHAN). Terima Kasih Atas Persembahan Sebentar Tadi.

(BACAAN DOA MAKAN. JAMUAN MAKAN. ACARA MEMOTONG KEK.)


Tuan2, Puan2, Hadirin Yang Budayawan.. Sebelum Santap Juadah Terletak, Doa Diangkat
Semoga Berkat.. Marilah Kita Mengaminkan Bacaan Doa Yang Akan Dipimpin Oleh En. Asnie Bin
Marjan, Dipersilakan. (DOA )Terima Kasih Diucapkan Kepada En. Asni Marjan Atas Pimpinan Doa
Sebentar Tadi. Samalah Duduk Menjamu Selera, Hidangan Mesra Pengikat Kasih. Dijemput
Semua Tetamu Untuk Menikmati Hidangan Yang Tersedia.

PENYAMPAIAN HADIAH/CENDERAMATA DAN SESI BERGAMBAR


“Sudah Teradat Si Anak Lelaki. Mati Berjuang, Berundur Jangan. Berani Kami Menjunjung Adat.
Bukan Memberi Kata Dan Puji. Hanya Budi Dalam Ingatan. Buat Kenangan Sepanjang Hayat.”

Tuan2, Puan2, Hadirin Yang Setiakawan.. Majlis Diteruskan Lagi Dengan Sesi Penyampaian
Cenderamata Sebagai Tanda Kenang-Kenangan Buat Insan Yang Diraikan Pada Hari Ini. Bagi
Menyempurnakan Sesi Ini Majlis Mempersilakan Encik Saidol Muntoh Dengan Diiringi Datin Hjh.
Joharah Binti Abdullah, Encik Wasli Matsin dan En. Suhaibul Bin Kassim, Untuk Berada Di
Tengah-Tengah Pentas.

Bagi Memulakan Sesi Penyampaian Ini, Majlis Menjemput Wakil Dari...


Penyampaian Hadiah 11 Unit Mata Pelajaran
( Penyampaian Hadiah Oleh Ketua Unit M/P: Semua Guru Dalam Unit Mata Pelajaran Akan
Keluar Bersama-Sama)

1. Pengajian Am - Malinjah Mahshar


2. Geografi - Krishna Moorthy
3. Sejarah - Norali Wazir
4. Ekonomi & Syariah- Chong See Foon& Rosaini Suni
5. Bahasa Melayu – Roslina Ishkandar
6. KMK – Ipah Jenen
7. Pengajian Perniagaan – Rahmah Buntar
8. MUET – Balvinder Kaur

Dewan Sri Ranau, RAIA Hotel, Kota Kinabalu, SABAH


TEKS PENGACARA MAJLIS MENJUNJUNG APRESIASI, KASIH ABADI 27 MAC, 2021

9. Seni Visual – Abal Mukam Bin Mislin


10. Sains Sukan – Sazalee Willie Basir
11. Unit Bimbingan Kaunseling-Haslinda Hussin
12. Rakan Guru – Tham Yung Khiong, Bibiana Sinimon & Diana Jipmon
13. Kelab SATU – Dyg Ariffah Ahmad/ Norlida Rashid
14. PIBG – Encik Wasli bin Matsin, YDP
15. Pentadbir Sekolah SMK Putatan – Datin Hjh Joharah binti Abdullah
16. Pengurusan Tingkatan Enam Pustem SMK Putatan – En. Suhaibul bin Kassim

Majlis Merakamkan Ribuan Terima Kasih Kepada Yang Dirai En. Saidol Bin Muntoh Atas Kesudian
Menerima Cenderamata Itu Tadi.

ACARA KARAOKE
Tuan2, Puan2, Hadirin Yang Hartawan.. Majlis Diteruskan Dengan Persembahan Yang Terakhir.
Dipersilakan Abang Dol dan Rakan2 Di Bawah Flat Untuk Membuat Persembahan.
(PERSEMBAHAN)
Terima Kasih Atas Persembahan Itu Tadi.

SESI LAMBAIAN KASIH


Tuan2, Puan2, Hadirin Yang Jelitawan.. Majlis Diteruskan Lagi Dengan Sesi LAMBAIAN KASIH
Guru-Guru Dan Staf Bersama Orang Yang Kita Raikan Iaitu Abg. Dol. Dengan Ini Dijemput Kepada
Abg. Dol Untuk Mengambil Tempat Di Bahagian Tengah.

PENUTUP
“Tuai Padi Antara Nampak, Esok Jangan Layu-Layuan, Intai Kami Antara Nampak, Esok Jangan
Rindu-Rinduan.” “Kuning Emas Masaknya Padi, Mawar Merah Dalam Jambangan, Terima Kasih
Daun Keladi, Budi Tuan Jadi Kenangan.”

Tuan2, Puan2, Hadirin Yang Berkawan.. Dengan Berakhirnya Sesi LAMBAIAN KASIH Sebentar
Tadi, Maka Kita Sudah Berada Di Penghujung Majlis Pada Pagi Ini.

Majlis Sekali Lagi Merakamkan Ribuan Tanda Kasih Dan Sayang Kepada Abg. Dol Yang Banyak
Berjasa Di Sekolah Ini. Semoga Abg. Dol Dikurniakan Kesihatan Yang Baik Serta Dilimpahkan
Dengan Kebahagian Dan Keseronokan Ketika Fasa Bersara Nanti. “Bunga Seroja Di Atas Para,
Jatuh Ditimpa Buah Berangan, Andai Kata Tersilap Bicara, Kemaafan Jua Kami Pohonkan.”

Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah, Assalamualaikum Wbt.

YAHYA BIN ABDUL ABBAS


26/3/2021

Dewan Sri Ranau, RAIA Hotel, Kota Kinabalu, SABAH


TEKS PENGACARA MAJLIS MENJUNJUNG APRESIASI, KASIH ABADI 27 MAC, 2021

BIODATA ENCIK SAIDOL MUNTOH ~

Segak Bergaya Lagak Pendita, Dimahkotakan Dalam Majlis Yang Meriah, Izinkan Saya
Membacakan Biodata, Didahului Dengan Lafaz Bismillah.

Bismillahirrahmanirrahim.....

Dilahirkan Pada Tanggal 4 April 1961 Di Kg.Bundu Tuhan, Ranau. Mendapat Pendidikan Awalnya
Di SRK Wood, Beaufort Iaitu Dari Tahun 1967 Hingga 1972. Seterusnya Melanjutkan Pelajaran Ke
Peringkat Sekolah Menengah Di Sm St. John, Beaufort Dari Tahun 1974 Hingga 1977.
Meneruskan Pelajarannya Di Peringkat Menengah Atas Di Sm St. Paul, Beaufort Pada Tahun
1978. Kecemerlangan Beliau Dalam Bidang Akademik Dan Juga Ko-Kurikulum Memang Tidak
Dapat Dinafikan. Pernah Menjadi Naib Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu Dan Juga Naib
Pengerusi Kelab Ping Pong Serta Menjadi Ketua Rumah Sukan. Aktif Dalam Bidang Sukan Dan
Pernah Menjadi Wakil Sekolah Dalam Pertandingan Catur, Perlawanan Bola Sepak Dan Juga
Sukan Olahraga.

Beliau Telah Mengikuti Latihan Asas Perguruannya Di Maktab Perguruan Kent, Tuaran, 1980-
1981 Selama Setahun Sahaja. Bermula Dari Sini, Beliau Mula Melangkah Dengan Lebih Yakin Dan
Berani Untuk Menempuhi Segala Dugaan Serta Ujian Dalam Arena Pendidikan Yang Penuh
Mencabar. Kata Orang, Alah Bisa Tegal Biasa Dan Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi Abu,
Begitulah Semangat Yang Dimiliki Oleh Encik Saidol Bin Muntoh, Guru Sains Sukan Pustem Yang
Sangat Dihormati Dan Disayangi.

Memulakan Tugas Beliau Sebagai Seorang Pendidik Di Negeri Daerah/Bahagian Sandakan.


Bermula 1 Jan 1982 Sehingga 1983, Beliau Bertugas Di SRK Sg. Madang, Sandakan. Seterusnya
Pada 1 Januari 1984 Sehingga 31 Januari 1986, Beliau Telah Bertukar Ke SRK Sg. Tiram,
Sandakan, Sabah. Dan, Pada Tahun 1987 – 1988, Beliau Berpindah Lagi Ke SRK Karamunting,
Sandakan, Sebelum Beralih Arah Ke SK. St. Joseph, Penampang Pada Tahun 1989-1995.

“Apalah Guna Memasang Pelita, Jika Tidak Dengan Sumbunya, Apalah Guna Bermain Mata, Jika
Tidak Dengan Sungguhnya.”

“Ambil Gendang Di Kampung Kandis, Ditabuh Ramai Ditingkah Biola, Makin Dipandang Semakin
Manis, Dilabuh Hati Menyala Cinta.” “Puteri Bongsu Memetik Melati,Tumbuh Mewangi Di
Tengah Laman, Gerak Laku Pancaran Budi, Baiknya Pekerti Hati Tertawan.”

Begitu Indahnya Pantun Melayu Yang Tersimpan Pelbagai Maksud Yang Tersirat Dan Tersurat.
Benar Jugalah Kata Pepatah, Kalau Jodoh Tak Ke Mana..., Akhirnya Dua Hati Ini Bersatu Dengan
Ijab Dan Kabul Dengan Restu Seluruh Ahli Keluarga Tercinta. Justeru Bertautlah Kasih Berpautlah
Ikatan Sayang Antara Encik Saidol Bin Muntoh Dan Pasangannya Puan Sylvia Bt Kenson Pada 26
Disember 1988. Ketentuan Allah SWT Adalah Yang Terbaik Buat Sekalian Hamba-Nya, Begitulah
Ungkapan Yang Boleh Menggambarkan Penyatuan Antara Dua Hati Ini. Encik Saidol Akhirnya
Bertemu Jodoh Dengan Puan Sylvia Kenson Selepas Setahun Dua Memadu Asmara. Kesunyian

Dewan Sri Ranau, RAIA Hotel, Kota Kinabalu, SABAH


TEKS PENGACARA MAJLIS MENJUNJUNG APRESIASI, KASIH ABADI 27 MAC, 2021

Dan Kesepian Ketika Bertugas Di Rantau Orang Akhirnya Terubat Apabila Bertemu Dengan
Pilihan Hati Yang Menjadi Pemangkin Serta Pencetus Semangat Untuk Terus Berbakti Kepada
Anak Didik Demi Negara Bangsa Yang Tercinta. Bertautnya Kasih Di Sg. Tiram, Saidol Dan Sylvia
Menyulam Rasa Cinta Yang Dalam, Dan Mereka Telah Dianugerahi Ilahi Dengan Kehadiran Dua
Orang Cahaya Mata Perempuan. Anak Sulung Pasangan Ini, Sarah Saidol Berusia 32 Tahun,
Diikuti Stephanie Saidol 30 Tahun. Kedua2 Anak Cantik Lagi Rupawan Pasangan Ini Berjaya
Dalam Bidang Masing-Masing Dan Mempunyai Kerjaya Yang Boleh Dibanggakan. Sarah Telah
Berkahwin Merupakan Seorang Jururawat Di Gleneagles Hospital, Kota Kinabalu, Sabah dan
Stephanie, Mengikuti Jejak Abg Dol Dan Isteri, Menjadi Pendidik…Hmm Seperti PK6 Masih Lagi
Bujang.

Dan Kini Encik Saidol Dan Pasangannya Puan Sylvia Juga Boleh Tersenyum Gembira Kerana
Telah Dikurniakan Dengan Kehadiran Cucu Pertama Dalam Keluarga Mereka. Tahniah Diucapkan.
Semoga Kebahagiaan Yang Dimiliki Oleh Keluarga Ini Akan Terus Berkekalan Dan Berpanjangan
Hingga Ke Akhirnya. Aameen Ya Allah.

Bak Kata Bidalan Melayu, Benih Yang Baik, Dilempar Ke Mana-Mana Puntetap Memberikan
Hasil, Begitulah Juga Dengan Encik Saidol Bin Muntoh. Khidmat Bakti Beliau Sentiasa Ditagih
Lantaran Ciri-Ciri Kepimpinan Yang Telah Sebati Dalam Diri Beliau Serta Semangat Beliau Yang
Sentiasa Membara Dan Tidak Pernah Mahu Mengalah.

Selama 7 Tahun Menabur Bakti Di Bumi Sandakan Akhirnya Encik Saidol Memulakan Tugasnya
Di Bahagian Pantai Barat Selatan. Sekolah Menengah Pertama dan Terakhir Yang Mendapat
Sentuhannya Adalah SMK Putatan Bermula 1 Mac 2000 Sehingga 4 April 2021 dan Jawatan Yang
Dipegang Oleh Beliau Adalah Ketua Panitia, Setiausaha Sukan, Ketua Penasihat Dsb. Seterusnya
Beliau Telah Dinaikkan Pangkat Menjadi Pensyarah di Pustem Bermula 2011 Sehingga Sekarang.
Beliau Merupakan Guru Sains Sukan Pertama Yang Merintis Subjek Tersebut Di Pustem dan
Telah Berjaya Mencipta Kecemerlangan Sebagai Mata Pelajaran Terbaik Dlm Peperiksaan STPM
3 Tahun Berturut2.

Dan Apa Yang Pasti Beliau Begitu Prihatin Terhadap Anak-Anak Didiknya Malah Sentiasa
Mengutamakan Mereka Dalam Banyak Hal. Tidak Pernah Jemu Dan Mengalah Dalam Usaha
Memberikan Pendidikan Yang Terbaik Kepada Semua Anak Didiknya, Sejajar Dengan Prinsip
Hidup Beliau Mengajar Anak Orang Bersungguh-Sungguh, Pastinya Anak Kita Orang Lain Akan
Ajar Bersungguh-Sungguh Juga. Seharusnya Kita Semua Meneladani Sikap Beliau Ini. __ Dan
Mempunyai Rekod Perkhidmatan Yang Baik Dan Cemerlang.

Perlu Dinyatakan Di Sini, Sifat Keprihatinan Dan Kepemimpinan Encik Saidol Begitu Terserlah Dan
Sukar Disanggah. Beliau Telah Membuat Banyak Perubahan Di Smkptn. Antaranya
Menjenamakan Taman Herba Dengan Menjadikan Warna Hijau Sebagai Warna Identiti Sekolah,
Memperkenalkan Slogan Go Putatan Gold Bagi Memberikan Motivasi Dan Semangat Kepada
Semua Atlet Dalam Sukan Olahraga MSSD Penampang Mengadakan Kelas Bimbingan Atau Prep
Malam Bagi Calon-Calon SPM Dan STPM, Melaksanakan Program Turun Padang Dengan
Membuat Kunjungan Mesra Ke Rumah Murid-Murid Yang Akan Menduduki STPM. Makna Kata,

Dewan Sri Ranau, RAIA Hotel, Kota Kinabalu, SABAH


TEKS PENGACARA MAJLIS MENJUNJUNG APRESIASI, KASIH ABADI 27 MAC, 2021

Sikap Keprihatinan Beliau Terhadap Anak Bangsa Tidak Pernah Luntur Ditelan Masa Dimamah
Usia.

Sentiasa Ikhlas Dalam Menjalankan Tugasnya Dan Tidak Pernah Lokek Berkongsi Ilmu Dan Wang
Ringgit. Mempunyai Ramai Anak Angkat Yang Terdiri Daripada Murid-Murid Miskin Yang Tidak
Berkemampuan. Beliau Sanggup Membelanjakan Wangnya Semata-Mata Ingin Melihat Kejayaan
Anak-Anak Muridnya. Malah Ada Di Antara Anak Muridnya Yang Telah Berjaya Dalam Bidang
Kerjaya Mereka Berkat Bantuan Encik Saidol Ini..

Demikian Antara Butiran Biodata Encik Saidol Aka Abang Dol Yang Sempat Saya Bacakan Dalam
Majlis Persaraan Pada Pagi Ini. Secara Peribadi, Saya Menganggapg Dol Sebagai Seorang Mentor,
Pemimpin, Dan Sahabat Yang Sangat Berkesan. Hilang Dicari, Sedikit Tetapi Menambah.

Izinkan saya mengakhiri tugasan di pentas ini dengan serangkap pantun :

Andeh Kotoh Mimboros Oku Dusun


Karati Ko Po Nangku Onu Ti Borosonku
Nokuro Tu Kongingis Ko Do Nakorongou
Dusun Mantad Bundu Tuhan.

Sekian. Wabillahittaufiq Walhiddayah. Wassalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Dewan Sri Ranau, RAIA Hotel, Kota Kinabalu, SABAH

Anda mungkin juga menyukai