Anda di halaman 1dari 6

DRS 2081: DART (DISEMBER 2016)

TAJUK: HARI KELUARGA DAN SUKANEKA


ANJURAN PERSATUAN PENDUDUK DAN MADRASAH MUHAMMADIAH

DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD SAIFUL AKMAL BIN ALIZAL


(18DDV16F1053)

NAMA PENSYARAH: ENCIK NORSANI BIN ABDUL RAUF


Kertas Kerja Hari Keluarga dan Sukaneka

Anjuran Persatuan Penduduk dan Madrasah Muhammadiah

Taman Tasek Jaya Ipoh Perak

1.0 Tujuan

Hari keluarga merupakan satu hari yang dapat dilaksanakan di antara pemimpin,
masyarakat dan juga masyarakat setempat. Tujuan program ini dilaksanakan adalah
untuk mengeratkan lagi hubungan masyarakat setempat bersama2 ahli keluarga dan
anak-anak amnya.

Ianya sudah pasti akan menjadi harapan kepada Jawatan Kuasa perlaksana selain
ianya menjadi satu aktiviti riadah bersama-sama keluarga dan diisi dengan aktiviti
riadah bersama-sama keluarga dan diisi dengan aktiviti sukaneka. Oleh itu sebagai
satu galakan dalam menjayakan program ini Persatuan Penduduk dan Madrasah
Muhammadiah mengambil satu pendekatan bagi menjayakan program tersebut.

2.0 OBJEKTIF

Meningkatkan semangat motivasi baru terhadap gaya hidup bermasyarakat, gaya


berfikir akan potensi diri dan bersedia menggunkaan secara maksimum disamping
memahami orang lain dan persekitaran.

Memberi dan penambahbaikan serta menyemai semangat setia kawan, bekerjasama


dalam merapatkan hubungan sosial dikalangan masyarakat dan persekitaran.

3.0 TARIKH, TEMPOH, TEMPAT PERLAKSANAAN DAN PENYERTAAN

Tarikh: 20 April 2017


Tempoh: 2 hari 1 malam
Tempat: Lubuk Timah Fall Hot Spring, Simpang Pulai, Perak
Penyertaan: 70 orang ibu/bapa dan 50 remaja/kanak-kanak
4.0 IMPAK KEPADA PESERTA JIKA BERJAYA DILAKSANAKAN

Untuk mencapai objektif tersebut para peserta perlu untuk mendapat pendedahan dan
pengecaman sebanyak mungkin. Ini akan membolehkan para peserta menyertai dan
mengendalikan aktiviti ini dengan lancar serta sambutan yang menggalakkan.

Lebih menyeronokkan lagi cabaran dan pengecaman menglibatkan diri dalam aktiviti ini akan
memberi kesedaran kepada peserta tentang pentingnya semangat bekerjasama dalam pasukan,
sifat ketabahan mental, kegigihan, disiplin dan kepimpinan dalam menjayakan sesuatu
program.
DRS 2081: DART (DISEMBER 2016)

TAJUK: PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT DAN KERJA AMAL

DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD SAIFUL AKMAL BIN ALIZAL


(18DDV16F1053)

NAMA PENSYARAH: ENCIK NORSANI BIN ABDUL RAUF


Program Khidmat Masyarakat dan Kerja Amal

Bersama Lembaga Pengurusan dan Kebajikan

Anak-Anak Yatim Miskin Perlis

Ajuran Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

1.0 TUJUAN

Projek ini berhasrat mendedahkan pelajar kepada pengaplikasian pengetahuan,


kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar Politeknik. Selain memberi
sumbangan kepada masyarakat dan negara ia juga bertujuan melahirkan warganegara
yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.

2.0 OBJEKTIF

Selepas mengikuti projek ini, peserta dapat;

- Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti serta


mendekatkan diri dengan masyarakat.
- Menampilkan dan menghayati ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan nilai keguruan
yang positif.
- Merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan mengambil peranan
secara peranan secara aktif dalam kumpulan.
- Memupuk semangat kecintaan terhadap budaya tolong-menolong, bantu-membantu
sesama masyarakat serta berganding bahu dengan badan bukan kerajaan dalam
menjaga kebajikan anak-anak yatim.

3.0 TARIKH, TEMPOH, TEMPAT PERLAKSANAAN DAN PENYERTAAN

Nama Projek: Program Khidmat Masyarakat Dan Kerja Amal Bersama Lembaga
Pengurusan Dan Kebajikan Anak-Anak Yatim Perlis
Tarikh Projek: 18 & 19 Mac 2017 (Sabtu & Ahad)
Tempat Projek: No 1, Jalan Dato Wan Ahmad, 01000 Kangar, Perlis
Jumlah Peserta: 30 Orang Pelajar 2 Orang Pensyarah Pengiring

4.0 IMPAK KEPADA PESERTA JIKA BERJAYA DILAKSANAKAN


Program ini berhasarat untuk melaksanakan khidmat bakti di sebuah rumah anak yatin di
Melaka. Idea ini telah dicetuskan atas keinsafan dan kesedaran bahawa anak-anak yatim
adalah pelengkap kepada sebuah masyarakat yang aman dan harmoni.
Mereka juga merupakan tunjang yang akan menggerakkan negara pada masa akan datang.
Selain itu, anak-anak yatim juga harus diberi perhatian memandangkan mereka merupakan
golongan yang kurang bernasib baik kerana ketiadaan ibu atau bapa atau kedua-duanya yang
merupakan tempat mencurahkan kasih sayang.
Di samping itu, rata-rata mereka berasal daripada keluarga yang susah dan memerlukan
perhatian.
Oleh hal yang demikian, adalah sangat wajar bagi kami menjalankan projek ini di tempat
yang dicadangkan ini. Adalah diharapkan melalui program ini, kami mendapat kemahiran
merancang, mengurus dan melaksanakan program khidmat masyarakat. Juga diharapkan
program ini akan dapat meninggalkan impak yang positif terhadap komuniti setempat ataupun
secara globalnya kepada negara.

Anda mungkin juga menyukai