Anda di halaman 1dari 4

PROGRAM

MAJLIS MINGGU MESRA


WIDAD UNIVERSITY COLLEGE 2019

AGENDA TEKS UCAPAN

8.00 a.m. Ketibaan Jemputan

Mengumuman ketibaan:-

Yang berbahagia Tan Sri Dato’ Sri Muhammad Ikmal Opat


Abdullah, Pro-Chancellor Widad University College diiringi Dhif-
Dhif kehormat masuk ke dalam Dewan

Ke pekan kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis dibuka tirai bermula,
Dengan alunan madah yang indah

Indah berbalam si awan petang,


Berarak dicelah pepohon ara,
Pemanis kalam selamat datang,
Kata Aluan Selamat Awal Bismillah pembuka bicara.
datang.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh. Salam sejahtera, Salam sehati sejiwa.

Yang Berusaha Prof Madya Muslina Binti Md Idris, Naib Canselor


Widad University College

Yang Berusaha Dr. Bahari Mohamed


Pengarah Widad University College

Pensyarah-pensyarah, Staf Pentadbiran,


Seterusnya Mahasiswa-Mahasiswi yang dikasihi sekalian.

Selamat datang ke majlis perasmian Program Minggu Mesra Widad


University College 2019
Hadirin dan hadirat sekalian

Jangan Tetawan Alpa Duniawi,


Hanya Indah Serupa Mimpi,
Duhai Pahlawan Kesatria Pertiwi,
Hulurkan Madah Kata Perasmi.

Seterusnya Majlis Menjemput dan Mempersilakan


Yang Berusaha Prof Madya Muslina Binti Md Idris, Naib Canselor
8.30 a.m.
Widad University College
untuk merasmikan Program Minggu Mesra Widad University
College 2019 seterusnya memberi sedikit pengenalan tentang Wida
University College dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha


Prof Madya Muslina Binti Md Idris di atas ucapan perasmian beliau
sebentar tadi.

Pulau pandan jauh ke tengah,


Gunung daik bercabang tiga,
Doa sudah ucapan pun sudah,
Tiba masa menjamu selera.
10.30 a.m.
Pihak Universiti dengan berbesar hati telah menyediakan sarapan
untuk kita jamu pada pagi ini. Jadi marilah kita bersama-sama
menjamu selera terlebih dahulu sebelum kita meneruskan majlis ini
pada pukul 11 pagi dengan program yang telah ditetapkan.

Majlis pada pagi ini diteruskan lagidengan acara yang seterusnya


iaitu Jelajah Widad.
11.00 a.m.
Dengan ini, saya menjemput TG Ahmad Haris Hamizan, Presiden
Majlis Perwakilan Pelajar untuk mengendalikan majlis.

Hadirin sekalian, kita teruskan program dengan acara yang


seterusnya. Hadirin sekalian dijemput untuk ke ruang legar
dihadapan dewan ini untuk menyaksikan Galeri Seni karya Art &
12.00 p.m.
Design WUC seterusnya menjamu makanan tengahari yang telah
disediakan dan sama sama kita menunaikan solat Zohor secara
berjemaah.
Makan Tengahari &
1.00 p.m.
Solat Zohor Berjemaah

4.30 p.m. Solat Asar Berjemaah

Tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu acara ‘Game of Chance’


iaitu cabutan bertuah dan penyampaian hadiah buat pemenang
pertandingan ‘Course Clash’.

Tuah ayam tampak di kaki,


Tuah kita siapa yang tahu.
Sebentar lagi kita akan tahu siapa yang bertuah di kalangan kita.

Bagi menyempurnakan acara dan penyampaian hadiah, Majlis


5.30 p.m. menjemput dan mempersilakan Yang berbahagia Tan Sri Dato’ Sri
Muhammad Ikmal Opat Abdullah, Pro-Chancellor WUC
Diiringi Yang Berusaha Dr. Bahari Mohamed
Pengarah Widad University College.

Majlis merakamkan ucapan Terima Kasih kepada Tan Sri Dato’ Sri
Muhammad Ikmal Opat Abdullah di atas kesudian menyampaikan
hadiah kepada pemenang-pemenang sebentar tadi.

7.15 p.m. Solat Maghrib Berjemaah

Hadirin yang dihotmati sekalian,


Tanpa melengahkan masa lagi, kita meneruskan majlis kita pada
7.45 p.m. hari ini dengan agenda kita yang seterusnya iaitu ‘Widad Got
Talent’ dengan mempersembahkan bakat-bakat mahasiswa WUC,
dipersilakan.
Ada laut ada pantainya,
Ada malam ada subuhnya,
Ada mula ada akhirnya,
Ada awal ada penyudahnya

Hadirin sekalian, kini tibalah kita di penghujung majlis. Oleh yang


demikian, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tingi
penghargaan dan terima kasih bagi pihak urusetia dan penganjur
Program Minggu Mesra Widad University College Tahun 2019
kepada dhif-dhif kehormat atas kesudian hadir bagi menyerikan lagi
majlis pada hari ini.
Penutup
Mari dipetik sirih puan,
Sirih dipetik di tepi perigi,
Terima kasih tuan dan puan,
Di lain masa berjumpa lagi.

Makan nasi bersayur kailan,


Lepas makan terus bersugi,
Selamat pulang hadirin sekalian,
Ada umur bersua lagi.

Sekian, terima kasih. Assalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai