Anda di halaman 1dari 8

Mengumumkan, ketibaan,

YB DATUK HJ ARISS BIN HJ SAMSUDDIN.

Indah berbalam si awan petang,

Berarak di celah pepohon ara;

Pemanis kalam selamat datang,

Awal bismillah pembuka bicara.

Dinihari pergi lautan

Untuk menjala si ikan bilis

Assalamualaikum tuan dan puan

Mohon saya meneruskan majlis

Bismillah….

Alhamdulillah… 

Assalamualaikum W.B.T dan Selamat sejahtera salam satu Malaysia.

• Yang Berbahagia Pn hajah Zaleha binti ONn

Pengarah IPG Kampus Tun Hussein Onn Batu

Pahat

yang berusaha ketua Unit, Unit Latihan Dalam

Perkhidmatan

Dr. Hjh. Noraishah binti Yusuf


 

Ketua-ketua Jabatan

• Ketua-ketua Unit

Barisan

pensyarah

• Para pelajar peserta bengkel

Selamat Datang Ke bengkel penulisan kreatif “ bahasa pemangkin minda

bahasa” menjadi tema bengkel penulisan kita pada kali ini.

Sarung ketupat berisi inti 

Dibawa budak sambil berlari 

Kehadiran semua sangat dihargai

Moga Majlis bertambah seri.

Bunga mawar cantik

tersemat  Dipetik gadis di tepi

titi

Doa dibaca memohon Rahmat

Moga Majlis sentiasa diberkati. 

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah
sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan
oleh  

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin.


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Saudara
  atas bacaan doa itu tadi

Duduk sekawan gadis jelita,

Buat santapan untuk

pahlawan; Tampillah tuan kami

meminta, Madah ucapan kata

aluan

Majlis dengan ini ingin mempersilakan Dr.hussain bin sarif selaku timbalan ketua
jabatan pengajian melayu bagi menyampaikan ucapan alu-aluan

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih Dr.hussain bin sarif di atas ucapan yang
telah disampaikan sebentar tadi.

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada
perahunya Tak berkat ilmu tanpa amalnya 
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang bicaranya.

Majlis dengan ini ingin mempersilakan Yang Behormat Datuk Hj Ariss bin Haji
samsudin bagi menyampaikan ucapan alu-aluan dan seterusnya merasmikan
”bengkel penulisan kreatif” pada hari ini.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan,


Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Behormat Datuk Hj Ariss bin
Haji Samsudin atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderahati

Untuk menyempurnakan upacara tersebut, Majlis dengan ini ingin menjemput dan
mempersilakan untuk mengiringi
  bagi menyampaikan cenderahati.

Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada di atas kesudian


menyampaikan cenderahati sebentar tadi.

Dijemput kepada diiringi dif-dif jemputan


untuk menikmati sedikit hidangan yang telah disediakan.
Sesi 1

Hadirin dan hadirat sekalian

Majlis pada pagi ini diteruskan dengan sesi yang pertama iaiatu ”pengenalan
penulis cerpen” 

Untuk makluman para hadirin (biodata)

Seterusnya saya menyerahkan majlis ini kepada tuan penceramah kita pada hari ini Tn hj
Shapiai bin Ramli untuk meneruskan bengkel penulisan kreatif kita pada hari ini berkaitan
dengan “pengenalan penulis cerpen”

majlis ini dengan segala hormatnya mempersilakan.

............................................................................................................................................

Majlis mengucapkan terima kasih di atas ceramah yang diberikan. Semoga kita dapat
mengambil segala yang telah diperkatakan oleh Tn hj Shapiai bin Ramli

Hadirin sekalian,

Majlis akan behenti berehat dan ditangguhkan sehingga jam 10.30 pagi. Para pelajar
diminta hadir semula ke balai ilmu ini tepat pada pukul 10.30 pagi untuk meneruskan
sesi yang kedua bagi bengkel penulisan kreatif ini.

Sesi 2

Assalamualaikum wbt. Bengkel penulisan kreatif pada hari ini disambung untuk sesi
kedua. Terima kasih di atas ketepatan masa tuan dan puan.

Sesi kedua pada hari ini akan dimulakan dengan ” teknik penulisan cerpen oleh EN.
S.M Zakir.

EN. S.M Zakir merupakan (biodata)


Hadirin dan hadirat sekalian,

Seterusnya saya menyerahkan majlis ini kepada tuan penceramah yang kedua kita pada hari
ini En SM ZAKIR untuk meneruskan bengkel penulisan kreatif kita pada hari ini berkaitan
dengan teknik penulisan cerpen”

majlis ini dengan segala hormatnya mempersilakan.

............................................................................................................................................

Majlis mengucapkan terima kasih di atas ceramah yang diberikan. Semoga kita dapat
............................................................................................................................................
.............................................................................................................................

Majlis sekali lagi akan berhenti berehat sehingga jam 2.00 petang. Para pelajar diminta
hadir semula ke balai ilmu ini tepat pada pukul 2.00 petang bagi meneruskan bengkel
penulisan kreatif

Sesi 3

Hadirin dan hadirat sekalian,

Bengkel penulisan kreatif ini diteruskan lagi dengan sesi yang kedua iaitu bedah
karya” 

Seterusnya saya menyerahkan majlis ini kepada tuan penceramah yang ketiga kita pada hari
ini Pn Rohaidah binti Yon untuk meneruskan bengkel penulisan kreatif kita pada hari ini
berkaitan dengan “bedah karya” 

Pn Rohaidah binti Yon merupakan (biodata)

majlis ini dengan segala hormatnya mempersilakan.

............................................................................................................................................
Majlis mengucapkan terima kasih di atas ceramah yang diberikan. Semoga kita dapat
............................................................................................................................................
.............................................................................................................................

PENUTUP

PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata

Untuk menyempurnakan upacara tersebut, Majlis dengan ini ingin menjemput dan
mempersilakan kepada untuk mengiringi
  bagi menyampaikan cenderahati.

Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada di atas kesudian


menyampaikan cenderahati sebentar tadi.

hadiri sekalian,

Seterusnya, majlis dengan segala homat mempersilakan Yang Berusaha Tn Hj

Ahmad bin Abu selaku ketua jabatan pengajian bahasa melayu untuk

menyampaikan ucapan seterusnya menutup rasmi bengkel penulisan kreatif pada

hari ini. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas kesudian Yang berusaha Tn

Hj Ahmad bin Abu di atas ucapan beliau dan menutup rasmi bengkel

penulisan kratif pada hari ini


Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Tuan puteri tersenyum-senyum

Melihat mempelai direnjis dipilis

Senyum-senyum jangan tak senyum

Sudah kita di penghujung Majlis.

Saya mewakili pihak Majlis, ingin merakamkan ucapan rasa syukur ke hadrat Ilahi dan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Majlis kita pada hari
ini samada secara langsung mahupun tidak. Semoga bengkel ini memberi manfaat
kepada tuan-tuan dan puan-puan dalam memantapkan dan memperkasakan penulisan
kreatif seterusnya memeriahkan dunia penulisan tanah air.

Pada kesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap
sepanjang mengacarakan Majlis ini.

Tuan puteri pergi ke Rasah

Pulang semula sebelah pagi

Kita bertemu akhirnya berpisah

Diizin Tuhan bersua lagi

Marilah sama-sama kita akhiri Majlis pada hari ini dengan membaca tasbih kaffarah dan
surah al-`Asr.

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa


Rahmatullahi wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai