NOTA KURSUS 5
SEMESTER SEMESTER 1 DVM SESI 2018
MAKLUMAT CALON
NAMA
……………………………………… …………………………………
MAHNUN HARAZA BINTI ALIAS GHAZALI BIN YAACOB
(PENYELARAS KURSUS) (KETUA PROGRAM)
NO. KOD DEB 1133 / K 05 / NK 05 - 06 Muka : 2 Drp : 17
TUJUAN : Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan tentang jenis-jenis dan binaan
Transistors serta mengenalpasti ciri-ciri Transistor dwikutub yang merupakan antara komponen
terpenting dalam litar elektronik.
PENERANGAN :
TRANSISTOR DWIKUTUB
Transistor dwikutub adalah antara komponen terpenting dalam litar elektronik. Komponen ini telah direka
pada tahun 1948 oleh Schokley, Bardeen dan Brattain dari Amerika Syarikat. Kebanyakan transistor
dwikutub pada hari ini diperbuat daripada bahan separuh pengalir silikon dan germanium. Fungsi utama
transistor dwikutub ialah sebagai penguat. Selain itu, komponen ini juga berfungsi sebagai litar pensuisan
dan komponen pemecah fasa. Rajah 4.1 menunjukkan contoh transistor yang terdapat dalam litar
elektronik.
Transistor dwikutub diperbuat daripada tiga lapisan bahan separuh pengalir dan mempunyai dua simpang.
Apabila bahan P diapit di antara dua lapisan bahan N, transistor jenis ini dinamakan transistor NPN.
Sebaliknya, apabila bahan N diapit di antara dua lapisan bahan P, transistor ini dinamakan transistor PNP.
Oleh sebab komponen ini diperbuat daripada tiga lapisan bahan, maka setiap lapisan mempunyai tamatan
iaitu tapak (B), pengeluar (E), dan pemungut (C).
Rajah 4.2a menunjukkan binaan transistor dwikutub jenis PNP. Simpang BE terletak di antara dan
pengeluar manakala simpang BC terletak di antara pemungut dan tapak. Rajah 4.2b pula menunjukkan
simbol bagi transistor PNP.
Rajah 4.3a menunjukkan struktur binaan transistor dwikutub jenis NPN yang mempunyai dua simpang iaitu
BE dan simpang BC. Rajah 4.3b pula ialah simbol transistor dwikutub NPN. Perhatikan perbezaan antara
kedua-dua simbol transistor pada Rajah 4.2b dan 4.3b. Perbezaannya terletak pada arah anak panah di
pengeluar. Transistor PNP mempunyai arah anak panah ke dalam, manakala transistor NPN mempunyai
arah anak panah ke luar.
NO. KOD DEB 1133 / K 05 / NK 05 - 06 Muka : 4 Drp : 17
Bahan jenis P dan N diletakkan di dalam satu bekas logam atau gelas yang kukuh untuk mengelakkan
ciricirinya berubah disebabkan pencemaran udara, haba atau wap air. Transistor yang berkuasa tinggi
biasanya diletakkan di dalam bekas logam dan disambung ke pemungut. Transistor diperbuat dalam
pelbagai rupa bentuk berdasarkan penggunaannya. Ada transistor yang mempunyai tanda tertentu seperti
titik hitam, titik merah atau tanda topi pada badan transistor untuk menunjukkan sama ada tamatan
pengeluar atau tamatan pemungut seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.1.
Contoh
Transistor
Pandangan
Bawah
Transistor
Pincang ialah nama khusus bagi voltan arus terus (AT) yang dibekalkan di antara tapak ke pengeluar dan
tapak ke pemungut bagi membolehkan transistor itu berfungsi. Pincang terbahagi kepada dua kaedah iaitu
pincang hadapan dan pincang songsang.
Untuk membolehkan transistor itu berfungsi kekutuban voltan pincang mestilah betul. Rajah 4.5
menunjukkan kedudukan voltan pincang bagi transistor PNP dan NPN. Simpang tapak ke pengeluar (VBE)
dikenakan pincang hadapan dan simpang tapak ke pemungut (VBC) dikenakan pincang songsang.
ARUS TRANSISTOR
Rajah 4.6 : Arah pengaliran arus litar transistor PNP dan NPN
NO. KOD DEB 1133 / K 05 / NK 05 - 06 Muka : 6 Drp : 17
Berdasarkan teori pengaliran arus lazim, arus akan mengalir dari positif ke negatif. Rajah 4.6 menunjukkan
tiga jenis arus utama yang mengalir dalam satu litar transistor PNP atau NPN, iaitu arus pengeluar (I E),
arus pemungut (IC) dan arus tapak (IB). Menurut hukum arus Khirchoff pula, jumlah arus yang memasuki
simpang adalah sama dengan jumlah arus yang keluar simpang.
Oleh itu :- IE = IB + IC
Arah pengaliran arus bagi transistor NPN adalah terbalik daripada pengaliran arus transistor PNP seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 4.6.
TATARAJAH TRANSISTOR
a. Tapak Sepunya
b. Pengeluar Sepunya
c. Pemungut Sepunya
Rajah 4.8 menunjukkan litar transistor yang disambung secara tapak sepunya. Isyarat masukan dikenakan
antara pengeluar dan tapak manakala isyarat keluaran pula diambil dari pemungut dan tapak. Arus
pengeluar IE dalam litar ini bergantung pada isyarat masukan. Apabila gandaan arus rendah dan gandaan
voltan tinggi, fasa isyarat masukan dan isyarat keluaran adalah sama. Gandaan kuasa dalam litar tapak
sepunya adalah tinggi. Litar jenis ini biasanya digunakan sebagai penguat pengayun.
NO. KOD DEB 1133 / K 05 / NK 05 - 06 Muka : 7 Drp : 17
Rajah 4.9 menunjukkan tatarajah pemungut sepunya. Isyarat masukan adalah antara pengeluar dan tapak.
Keluaran diambil melalui perintang beban RL yang disambung antara pengeluar dan pemungut. Perubahan
arus pemungut IC akan menghasilkan perubahan isyarat merentangi beban. Litar pemungut sepunya ini
mempunyai gandaan voltan yang rendah iaitu kurang daripada 1. Gandaan kuasa tinggi dan tiada
pembalikan fasa antara masukan dan keluaran. Litar jenis ini biasanya digunakan sebagai litar penguat.
Rajah 4.10 menunjukkan tatarajah litar pengeluar sepunya. Isyarat masukan dikenakan antara tapak dan
pengeluar dan isyarat keluaran diambil antara tapak dan pemungut. Dalam litar pengeluar sepunya,
perubahan kecil arus tapak akan menghasilkan voltan dan gandaan kuasa yang tinggi. Pembalikan fasa
1800 berlaku antara masukan dan keluaran.
GANDAAN ARUS
Rajah 4.11 menunjukkan apabila nilai arus IE bertambah, IC juga turut bertambah. Nisbah perubahan arus
IC dengan perubahan arus IE dinamakan alfa ( α ) dan nilainya ≈ 1
Penyelesaian :- (α) = IC
IE
= 980 x 10-6 A
1000 x 10-6 A
= 0.98
Gandaan arus ialah nisbah arus keluaran dibanding dengan arus masukan. Bagi litar pengeluar sepunya
4.12a, gandaan arus dinamakan beta ( β ). Beta ialah nisbah arus IC dengan arus IB. Gandaan arus bagi
litar (Rajah 4.12) adalah tinggi dan ia boleh didapati dengan mengetahui nilai arus pemungut ( IC ) dan nilai
arus tapak ( IB ). Beta juga dinamakan HFE.
Oleh itu β= IC
IB
Rajah 4.12b. ialah litar pengeluar sepunya yang mempunyai isyarat masukan dan isyarat keluaran AU.
Gandaan arus beta atau Hfe dipengaruhi oleh perubahan nilai isyarat yang menyebabkan sebarang
perubahan arus pemungut (perubahan IC) dan tapak (perubahan IB). Dalam keadaan ini gandaan arus
dikenali sebagai Beta ( β ) atau Hfe.
β = perubahan ic atau β = ∆ic
perubahan ib ∆
ib
Penyelesaian
β = IC
IB
= 8 x 10-3 A
60 x 10-6 A
= 133
NO. KOD DEB 1133 / K 05 / NK 05 - 06 Muka : 10 Drp : 17
Merujuk Rajah 4.12b hitungkan nilai β jika perubahan arus ic (∆ic) ialah 2 mA dan perubahan arus tapak ib
(∆ib) ialah 20 µA.
Penyelesaian
β = ∆ic
∆ib
= 2 x 10-3 A
20 x 10-6 A
= 100
Terdapat tiga jenis pincang yang biasa digunakan dalam litar transistor iaitu pincang :-
a. Arus tetap
b. Pemungut ke tapak
c. Arus pengeluar
Pincang arus tetap ialah satu kaedah yang mudah untuk memincang transistor. Pincang ini menyebabkan
kendalian transistor tidak stabil dan mengeluarkan isyarat herot. Rajah 4.13 menunjukkan litar penguat
pincang arus tetap. Apabila bekalan dikenakan, transistor akan mengalirkan arus dari tapak ke pengeluar
dan pemungut ke pengeluar. Pengaliran arus ini akan meninggikan suhu transistor. Perubahan suhu akan
menambahkan nilai arus IC, IB dan IE. Perubahan yang tidak terkawal menimbulkan masalah kendalian
transistor yang tidak stabil dan mengeluarkan isyarat herot. Pincang jenis ini jarang digunakan dalam litar
elektronik.
NO. KOD DEB 1133 / K 05 / NK 05 - 06 Muka : 11 Drp : 17
Rajah 4.14 ialah litar pincang pemungut ke tapak. Perintang tapak R B disambung ke pemungut transistor.
Pada litar ini, voltan merentas RB bergantung pada VCE. Dengan itu, voltan pincang ditentukan oleh voltan
ketika pada pemungut itu. Ini dapat memperbaiki kestabilan voltan AT. Arus yang mengalir akan
menyebabkan suhu bertambah. Ini menyebabkan arus IB dan IC bertambah manakala voltan VCE
berkurangan. Keadaan ini menyebabkan arus kembali ke keadaan asal dan keluaran menjadi stabil.
Litar yang ditunjukkan dalam Rajah 4.15 berbeza dengan litar pincang pemungut ke tapak kerana dalam
Rajah 4.14 terdapat perintang RB2 dan RE. Perintang RB1 dan RB2 digunakan sebagai pembahagi voltan.
Apabila suhu bertambah pada transistor, arus IB dan IC bertambah. Pertambahan voltan susut merentasi RE
akan menyebabkan VBE menjadi rendah dan arus IB berkurangan. Oleh itu, IC kembali ke nilai asal dan
keluaran menjadi stabil.
NO. KOD DEB 1133 / K 05 / NK 05 - 06 Muka : 12 Drp : 17
Litar yang ditunjukkan dalam Rajah 4.15 berbeza dengan litar pincang pemungut ke tapak kerana dalam
Rajah 4.14 terdapat perintang RB2 dan RE. Perintang RB1 dan RB2 digunakan sebagai pembahagi voltan.
Apabila suhu bertambah pada transistor, arus IB dan IC bertambah. Pertambahan voltan susut merentasi RE
akan menyebabkan VBE menjadi rendah dan arus IB berkurangan. Oleh itu, IC kembali ke nilai asal dan
keluaran menjadi stabil.
KENDALIAN TRANSISTOR
Transistor akan berfungsi apabila dipincang dengan betul. Pincangan yang betul akan memastikan sama
ada transistor itu dikendalikan pada takat alihan, takat tepu atau di antara kedua-duanya. Merujuk Rajah
4.16 voltan VCE bergantung pada voltan pincang transistor. Voltan VCE sangat penting untuk menentukan
sama ada transistor itu berada dalam keadaan takat tepu, takat alihan atau antara kedua-duanya.
NO. KOD DEB 1133 / K 05 / NK 05 - 06 Muka : 13 Drp : 17
TAKAT TEPU
Transistor berada pada takat tepu apabila nilai VCE = 0. Dalam keadaan ini, transistor berfungsi, arus IC
mencapai nilai maksimum atau IC mencapai takat tepu. Ketika ini arus IC mencapai nilai maksimum atau
arus IC tepu (Rajah 4.17).
TAKAT ALIHAN
Transistor berada pada takat alihan apabila nilai VCE = VCC. Ketika ini nilai arus IB dan IC sifar (Rajah 4.18).
Dalam keadaan ini, transistor tidak berfungsi. Maka, tiada pengaliran arus IB dan IC.
Transistor berfungsi sebagai penguat yang ideal apabila VCE, VC dan VE adalah seperti berikut :-
Transistor dikendalikan dalam keadaan ideal, ketika titik kendalian Q berada di tengah-tengah garisan
beban. Titik kendalian didapati dengan membuat garisan beban pada lengkung cirri I-V. Titik Q juga boleh
berada di antara titik A dan B. Berpandukan Rajah 4.20, anda boleh menentukan titik kendalian transistor.
Titik A (takat tepu) menunjukkan keadaan ketika arus IC transistor maksima mengalir iaitu VCE = 0. Titik B
(takat alihan) menunjukkan nilai IC rendah dan nilai VCE sama dengan VCC. Garisan antara titik A dan B
dinamakan garisan beban. Kawasan berlorek di bawah garisan AB dinamakan kawasan aktif.
NO. KOD DEB 1133 / K 05 / NK 05 - 06 Muka : 15 Drp : 17
Salah satu cara untuk menguji transistor ialah menggunakan meter-rintangan kerana arah pemancar ke
tapak dan pemungut adalah merupakan binaan p dan n. Ini dapat ditunjukkan di dalam rajah 4.21 di bawah
di mana sebuah transistor npn diubah kepada litar binaan diod.
E C
E C
B B
Untuk menguji simpang tapak-pemancar sebuah npn transistor, mula-mula sambung meter rintangan
seperti rajah 4.22 (a). Nilai rintangan yang ditunjukkan oleh meter rintangan mestilah rendah oleh itu arah
tapak ke pemancar ialah pincang hadapan. Kemudian songsangkan kedudukan penunjuk meter rintangan
seperti rajah 4.22 (b). Nilai rintangan yang ditunjukkan mestilah tinggi kerana arah tapak ke pemancar
adalah pincang songsang.
Rajah 4.22 menguji simpang tapak-pemancar sebuah transistor menggunakan meter rintangan analog (a)
Meter analog mempincang hadapan simpang tapak-pemancar (b) Meter analog mempincang
songsangkan simpang tapak-pemancar
Untuk menguji simpang pemungut-tapak, ulangi langkah yang diterangkan pada cara menguji simpang
tapak ke pemancar. Rajah 4.23 menunjukkan penyambungan meter rintangan bagi menguji arah pemungut
ke tapak. Bagi rajah (a) meter rintangan menunjukkan bacaan pada nilai rintangan rendah kerana arah
pemungut ke tapak adalah pincang hadapan. Bagi rajah (b) meter rintangan menunjukkan bacaan pada
nilai rintangan tinggi kerana arah pemungut ke tapak adalah pincang songsang. Bagi menguji simpang
pemungut-pemancar, pengukuran nilai rintangan diantara pemungut dan pemancar mestilah pada bacaan
tinggi atau infinity pada penyambungan kedua-dua penunjuk meter.
Rajah 4.23 menguji simpang pemungut-tapak sebuah transistor menggunakan meter rintangan analog (a)
Meter analog mempincang hadapan simpang pemungut-tapak (b) Meter analog mempincang
songsangkan simpang pemungut-tapak
NO. KOD DEB 1133 / K 05 / NK 05 - 06 Muka : 16 Drp : 17
Salah satu daripada rajah 4.22 dan rajah 4.23 menunjukkan satu rintangan yang rendah melalui simpang
dalam kedua-dua arah dan ini menunjukkan simpang pemancar-tapak atau simpang pemungut-tapak
adalah bersambung. Jika meter rintangan menunjukkan nilai rintangan yang tinggi dalam kedua-dua arah,
dan ini menunjukkan simpang tersebut adalah terbuka. Oleh itu transistor tersebut sudah rosak.
Sebuah meter rintangan analog boleh digunakan untuk menguji sama ada sebuah transistor itu boleh
digunakan sebagai penguat seperti yang ditunjukkan pada rajah 4.24. Dalam rajah (a) menunjukkan
penunjuk meter rintangan bersambung, dengan ini pemungut adalah positif dengan sambungan ke
pemancar. Dalam penyambungan ini, meter rintangan menunjukkan nilai bacaan rintangan yang tinggi atau
infinity (∞). Apabila penunjuk meter rintangan disongsang, bacaan pada jarum meter rintangan mestilah
tidak berubah.
Kemudian, sambungkan sebiji perintang diantara pemungut dan tapak seperti pada rajah (b).
Penyambungan ini membolehkan voltan positif pada bahagian tapak dengan sambungan ke pemancar.
Dengan ini simpang tapak-pemancar adalah dalam keadaan pincang hadapan. Dalam pada yang sama,
pemungut dalam keadaan positif dengan sambungan ke pemancar, dimana ia adalah perlu untuk bagi
kekutuban sebuah transistor npn. Ini menyebabkan bacaan pada meter rintangan kebiasaannya adalah
pada skala-tengah kerana transistor tersebut mengalirkan arus pemungut melalui meter rintangan.
Keadaan ini membayangkan simpang tapak-pemancar dalam keadaan pincang hadapan dan
menghidupkan transistor disebabkan oleh pengaliran arus pemungut.
Untuk menguji seperti ditunjukkan dalam rajah 4.24, perkara penting ialah menggunakan nilai perintang
tidak kurang daripada 10kΩ dan tidak lebih daripada 100kΩ. Bagi julat rintangan mestilah menggunakan
julat × 10 pada meter rintangan. Had ini akan mendapatkan keputusan yang tepat. Cara menguji ini agak
sukar, tetapi ini merupakan cara yang unik bagi menguji kepenggunaan sebuah transistor.
Bagi kesemua teknik-teknik menguji transistor yang diterangkan, ia mesti dilakukan dalam keadaan
transistor tanpa litar. Selain itu juga julat rintangan pada meter rintangan mestilah diletakkan pada julat ×10
atau julat ×100. Ini dapat melindungi transistor daripada arus dan voltan berlebihan yang wujud semasa
menguji transistor pada julat ohm yang rendah dan yang tinggi pada meter rintangan.
ISI PENTING
4. Gandaan arus α ialah perubahan arus IC dibahagi dengan perubahan arus pengeluar IE dan
nilainya kurang daripada 1.
5. Gandaan arus beta (β) ialah perubahan arus pemungut IC dibahagi dengan perubahan arus
tapak IB dan nilainya lebih daripada 1.
6. Litar pincang arus pengeluar ialah litar pincang yang mempunyai keluaran paling stabil.
7. Takat alihan berlaku apabila nilai VCE = VCC.
8. Takat tepu berlaku apabila VCE = 0.
9. Perbandingan ciri tatarajah transistor.