Anda di halaman 1dari 8

Kursus Peningkatan Profesionalisme,

Pensyarah Unit Kokurikulum


Kolej Matrikulasi Johor

1.0 PENDAHULUAN
Kursus Peningkatan Profesionalisme merupakan satu program yang
dirancang khas untuk meningkatkan tahap profesionalisme semua pensyarah
Kokurikulum Kolej Matrikulasi Johor.Kursus ini juga merupakan salah satu cara
pensyarah Unit Kokurikulum melengkapkan kursus sebagaimana yang
dikehendaki oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang mensyaratkan setiap
pegawai memenuhi 5-7 hari berkursus.

2.0 RASIONAL
Proses Pengajaran dan Pembelajaran adalah suatu proses yang melibatkan
perubahan tingkah laku dan kemahiran terhadap pelajar. Oleh itu, tenaga pengajar
yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi amat diperlukan untuk
melahirkan pelajar yang berkualiti. Sejajar dengan itu, adalah diharapkan Kursus
Peningkatan Profesionalisme ini dapat merealisasikan keperluan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan dalam kalangan Pensyarah Unit Kokurikulum Kolej
Matrikulasi Johor.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Meningkatkan tahap profesionalisme pensyarah Unit Kokurikulum Kolej
Matrikulasi Johor dalam Pengajaran dan Pembelajaran subjek Kokurikulum.

3.2 Menguasai ilmu kepegawaian dalam permainan pentanque dan squasy.

3.3 Menguasai kemahiran dalam penyediaan dan hiasan makanan.

3.4 Menambahkan bilangan hari berkursus sebanyak 3 hari untuk setiap


pensyarah.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Melibatkan semua pensyarah Kokurikulum Kolej Matrikulasi Johor
Kursus Peningkatan Profesionalisme,
Pensyarah Unit Kokurikulum
Kolej Matrikulasi Johor

5.0 PELAKSANAAN

Bil Nama Kursus Tarikh Tempat


1 Kursus Penyediaan dan Hiasan 23 April 2017 Kolej Komuniti Ledang
Makanan
2 Kursus Kepegawaian Squasy 25 April 2017 KMJ
3 Kursus Kepegawaian Pentaque 26 April 2017 KMJ

6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA / INDUK

Penaung : Pn Nor Haslida Binti Tahir


Pengarah Kolej Matrikulasi Johor

Penasihat : Dr Shah Jahan Bin Assanarkutty


Timbalan Pengarah Kolej Matrikulasi Johor

Pengerusi : En Azman Bin Abdul Rahman


Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar

Penyelaras : En Yusof Bin Hasan


Ketua Unit Kokurikulum

Setiausaha : En Mohamed Masturi Bin Radi


Pensyarah Kokurikulum

Bendaharai : Pn Hafizah Binti Isnin


Pegawai Eksekutif Kanan
Kursus Peningkatan Profesionalisme,
Pensyarah Unit Kokurikulum
Kolej Matrikulasi Johor
7.0 JAWATANKUASA KERJA & JUSTIFIKASI TUGAS

Bil Jawatankuasa Bidang Tugas


1 Persiapan Tempat dan - Memastikan tempat kursus
Peralatan dalam keadaan bersih dan
En Yazid Bin Muhammad teratur sebelum dan selepas
En Salim Bin Abu Taib kursus
En Samandi Marguna Bin - Menyediakan peralatan yang
Paboh sesuai dan yang diperlukan
sepanjang kursus
2 Jemputan - Menghantar surat jemputan
Pn Shuhada Binti Mohd Shulti kepada tenaga pengajar luar
(Kolej Komuniti Ledang)
3 Pendaftaran dan Kehadiran - Menyediakan senarai nama
Pn Hjh Sariah Binti Lawani peserta yang lengkap
- Mengambil kehadiran peserta
setiap sesi
4 Dokumentasi - Mengambil gambar dan
En Momfarid Bin Ngadiman merakam video sepanjang
kursus
5 Hadiah dan Cenderamata - Menyediakan hadiah dan
En Hassan Bin Haroun cenderamata untuk tenaga
pengajar
6 Makanan dan Minuman - Menyediakan air mineral dan
En Haspahisham Bin Mohd Han minum pagi untuk tenaga
En Zarani Bin Adam pengajar dan peserta kursus
sepanjang kursus
Kursus Peningkatan Profesionalisme,
Pensyarah Unit Kokurikulum
Kolej Matrikulasi Johor

8.0 JADUAL PERANCANGAN KERJA

Bil Perkara Tempoh/Masa Catatan


1 Penyediaan Kertas Kerja dan Pembentukan 9 April 2017
Jawatankuasa
2 Mesyuarat Jawatankuasa Kursus 10 April 2017
Peningkatan Profesionalisme Pensyarah Unit
Kokurikulum
3 Pelaksanaan Kursus Peningkatan 23 – 26 April 2017
Profesionalisme Pensyarah Unit Kokurikulum
4 Penilaian dan Pelaporan 2 Mei 2017

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Kuantiti / Kos Kod/Sumber Jumlah Kutipan Jumlah

1 Air Mineral RM12 x 3 KMJ RM36.00 - -

2 Yuran Kursus RM25 x 20 - - Peserta RM500.00

3 Cenderamata - KMJ - - -

Jumlah RM36.00 RM500.00

10.0 TENTATIF PROGRAM


23 April 2017
8.00 pagi : Pendaftaran peserta di Kolej Komuniti Ledang
8.30 pagi : Sesi Teori Penyediaan dan Hiasan Makanan
Kursus Peningkatan Profesionalisme,
Pensyarah Unit Kokurikulum
Kolej Matrikulasi Johor
10.00 pagi : Minum pagi
10.30 pagi : Sesi Demonstrasi Penyediaan dan Hiasan Makanan
12.30 tengah hari : Rehat
2.00 petang : Sesi Amali Peserta dalam Penyediaan dan Hiasan Makanan
4.00 petang : Kursus Tamat

24 April 2017
8.00 pagi : Pendaftaran peserta di Bilik CoE, Unit Kokurikulum
8.30 pagi : Sesi Teori Kepegawaian Squasy
10.00 pagi : Minum pagi
10.30 pagi : Sesi Demonstrasi Kepegawaian Squasy di Gelanggang
12.30 tengah hari : Rehat
2.00 petang : Sesi Amali Peserta Kepegawaian Squasy di Gelanggang
4.00 petang : Kursus Tamat

26 April 2017
8.00 pagi : Pendaftaran peserta di Bilik CoE, Unit Kokurikulum
8.30 pagi : Sesi Teori Kepegawaian Pentanque
10.00 pagi : Minum pagi
10.30 pagi : Sesi Demonstrasi Kepegawaian Pentanque di Gelanggang
12.30 tengah hari : Rehat
2.00 petang : Sesi Amali Peserta Kepegawaian Pentanque di Gelanggang
4.00 petang : Kursus Tamat

11.0 KAEDAH PELAKSANAAN KURSUS / PROGRAM


Pensyarah akan didedahkan dengan teknik kepegawaian squasy, pentanque dan
kemahiran menyediakan serta menghias makanan.Tenaga pengajar untuk kursus
Kepegawaian Squasy dan Pentanque adalah dalam kalangan pensyarah Unit
Kokurikulum sendiri dan menggunakan gelanggang yang terdapat di dalam Kolej
Matrikulasi Johor. Manakala tenaga pengajar untuk kursus Penyediaan dan Menghias
Kursus Peningkatan Profesionalisme,
Pensyarah Unit Kokurikulum
Kolej Matrikulasi Johor
Makanan adalah dari Kolej Komuniti Ledang, Tangkak. Tempat kursus juga diadakan di
Kolej Komuniti Ledang. Tugas dibahagikan kepada semua pensyarah Unit Kokurikulum
agar kursus selama 3 hari ini berjalan dengan lancar.

12.0 PENILAIAN KURSUS


Penilaian kursus akan dijalankan pada akhir sesi setiap kursus. Peserta akan
diedarkan borang penilaian kursus.

13.0 JANGKAAN HASIL SELEPAS KURSUS


Diharapkan selepas tamat kursus ini para peserta dapat:
13.1 Meningkatkan ilmu kepegawaian dalam sukan squasy dan pentanque agar
dapat diserapkan ke dalam pengajaran dan pembelajaran subjek
Kokurikulum.
13.2 Menguasai kemahiran dalam penyediaan dan hiasan makanan agar dapat
diaplikasikan ke dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Kokurikulum
seperti Kelab Kembara dan Rekreasi, Kelab Memasak dan Unit Beruniform.
13.3 Meningkatkan mutu kepegawaian dalam kalangan Pensyarah Unit
Kokurikulum khususnya ketika KAKOM berlangsung.
13.4 Pensyarah akan lebih berkeyakinan mengajar subjek Kokurikulum.

14.0 KESIMPULAN
Kursus ini diharapkan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan penguasaan
pensyarah-pensyarah Unit Kokurikulum Kolej Matrikulasi Johor. Dengan adanya kursus
ini, para pensyarah Unit Kokurikulum akan lebih berkeyakinan mengajar subjek
Kokurikulum. Selain itu, kursus ini dapat memberikan impak yang besar dalam
meningkatkan kualiti atlet KAKOM dan peserta Perkhemahan Unit Beruniform
Kebangsaan.
Kursus Peningkatan Profesionalisme,
Pensyarah Unit Kokurikulum
Kolej Matrikulasi Johor
15.0 SYOR
Cadangan ini dikemukakan untuk pertimbangan dan kelulusan Pengarah Kolej
Matrikulasi Johor bagi melaksanakan Kursus Peningkatan Profesionalisme Pensyarah
Unit Kokurikulum Kolej Matrikulasi Johor.

Disediakan oleh,

.................................................
(YUSOF BIN HASAN)
Penyelaras
Kursus Peningkatan Profesionalisme
Kolej Matrikulasi Johor
Tarikh:

Ulasan :
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________

Disemak oleh,

....................................................
(AZMAN BIN ABDUL RAHMAN)
Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar
Kolej Matrikulasi Johor
Tarikh:
Kursus Peningkatan Profesionalisme,
Pensyarah Unit Kokurikulum
Kolej Matrikulasi Johor
DISOKONG/TIDAK DISOKONG
Ulasan :
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________

...........................................................
(DR SHAH JAHAN BIN ASSANARKUTTY)
Timbalan Pengarah
Kolej Matrikulasi Johor
Tarikh:

DILULUSKAN/TIDAK DILULUSKAN
Ulasan:
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________

............................................................
(NOR HASLIDA BINTI TAHIR)
Pengarah
Kolej Matrikulasi Johor
Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai