Anda di halaman 1dari 41

3.

2 Penjana, penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik

3.2.1 Fungsi penjana

Penyendal (QR) - https://ms.wikipedia.org/wiki/Penjana_elektrik - maksud penjana

Penjana adalah satu peranti yang digunakan untuk menjanakan tenaga elektrik.
Dalam penghasilan tenaga elektrik, penjana elektrik berfungsi sebagai peranti yang
menukarkan tenaga mekanikal kepada tenaga elektrik. Konsep asas kepada
penjanaan elektrik adalah dengan pemotongan pengalir penjana ke atas medan
magnet atau lebih dikenali sebagai aruhan elektromagnet. Aruhan elektromagnet ini
boleh didefinisikan sebagai penghasilan daya elektromagnet (electromagnetik force,
e.m.f) atau dikenali juga dengan daya gerak elektrik (d.g.e) di dalam pengalir.
Apabila wujudnya pergerakan relatif pengalir yang merentasi atau memotong medan
magnet, maka arus teraruh akan terhasil di dalam pengalir tersebut. Hukum aruhan
Faraday boleh menerangkan dengan lebih jelas tentang perkara tersebut. Lazimnya,
terdapat dua jenis penjana iaitu penjana arus terus (AT) dan penjana arus ulang-
alik(AU).

Penyendal(info) Hukum faraday -


https://ms.wikipedia.org/wiki/Hukum_aruhan_Faraday
Penyendal(video) hukum faraday - https://youtu.be/S0wbEl7caTY

1.2.2 Prinsip asas kendalian penjana AT dan AU

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, terdapat dua jenis penjana iaitu penjana arus
terus(AT) dan penjana arus ulang-alik(AU). Kedua-dua penjana ini mempunyai
prinsip asas kendalian yang berbeza. Gambarajah xxx menunjukkan perbezaan
pada prinsip kendalian penjana AT dan penjana AU.
Gambarajah xxx menunjukkan perbezaan pada prinsip kendalian penjana AT dan
penjana AU.
(a) Penjana arus terus

Penjana arus terus adalah peranti yang menukarkan tenaga mekanikal


kepada tenaga elektrik arus terus(AT). Penjana AT terdiri daripada beberapa
bahagian utama untuk berfungsi sebagai penjana. Terdapat beberapa
bahagian utama dalam binaan sesebuah penjana AT.

Binaan penjana AT
(a) Angker – lapisan besi
 Perlu di lukis semula berlapis yang
bertebat berbentuk
silinder yang
mempunyai lubang (b) Kutub utama-
alur untuk teras besi berlapis
menempatkan belitan yang dililit menjadi
angker elektromagnet.
(ganti fungsi bar
magnet

(c) Penukar tertib –


tembereng-
tembereng (d) Berus karbon-
kuprum yang penyambung litar
angker ke punca
diletakkan diatas
keluaran bekalan
aci angker. AT.

Fungsi bahagian utama dalam penjana AT diterangkan seperti dalam jadual


dibawah.

Bil Bahagian Fungsi


1. Kutub utama Menghasilkan medan utama
2. Angker Memotong medan magnet untuk menghasilkan daya gerak
elektrik (d.g.e)
3. Penukar tertib Punca tamatan bagi belitan pengalir angker. Menukarkan
voltan arus ulang-alik(AU) yang terjana kepada voltan
keluaran arus terus(AT)
4. Berus karbon Penyambung litar angker ke punca keluaran bekalan AT
Prinsip Kendalian penjana AT
Penyendal (video) DC generator - https://youtu.be/gYiI6i9Zq4Y

 Penyendal (info) - Sebagai info tambahan, terdapat pelbagai jenis penjana AT


diantaranya ialah Penjana teruja pisah/asing, Penjana teruja diri ( penjana
belitan siri, penjana belitan pirau dan penjana belitan majmuk) dan Penjana
majmuk (penjana majmuk sambungan pirau pendek dan penjana majmuk
sambungan pirau panjang).
(b) Penjana arus ulang-alik

Sama seperti penjana AT, penjana arus ulang-alik juga adalah peranti yang
menukarkan tenaga mekanikal kepada tenaga elektrik arus ulang-alik (AU).
Malah binaan penjana AU juga terdiri daripada beberapa bahagian utama
yang hamper sama dengan penjana AT. Bahagian yang berbeza ialah pada
penukar tertib digantikan dengan punca…………………

Binaan penjana AT
(d) Angker – lapisan besi
 Perlu di lukis semula gambar untuk penjana AU berlapis yang
bertebat berbentuk
silinder yang
mempunyai lubang (e) Kutub utama-
alur untuk teras besi berlapis
menempatkan belitan yang dililit menjadi
angker elektromagnet.
(ganti fungsi bar
magnet

(f) – tembereng-
tembereng
kuprum yang (d) Berus karbon-
diletakkan diatas penyambung litar
angker ke punca
aci angker.
keluaran bekalan
AT.

Fungsi bahagian utama dalam penjana AT diterangkan seperti dalam jadual


dibawah.

Bil Bahagian Fungsi


1. Kutub utama Menghasilkan medan utama
2. Angker Memotong medan magnet untuk menghasilkan daya gerak
elektrik (d.g.e)
3. Punca tamatan bagi belitan pengalir angker menghasilkan
voltan arus ulang-alik(AU)
4. Berus karbon Penyambung litar angker ke punca keluaran bekalan AT
Lukis semula..
3.2.3 Mencerakinkan proses penjanaan, penghantaran dan pengagihan
elektrik kepada pengguna domestik dan industri.

Sistem pembekalan tenaga elektrik perlu melalui tiga peringkat penting iaitu
penjanaan tenaga elektrik di stesen janakuasa, penghantaran dan pengagihan
tenaga elektrik. Tenaga elektrik yang dihasilkan oleh stesen janakuasa elektrik
dinamakan sebagai sistem penjanaan. Tenaga elektrik akan dibekalkan secara
pukal ke kawasan yang memerlukan tenaga elektrik. Penghantaran bekalan tenaga
elektrik ini biasanya melalui jarak yang jauh kerana pada kebiasaannya kedudukan
stesen janakuasa elektrik juga terletak jauh. Sistem ini dinamakan sebagai sistem
penghantaran dan ia juga dikenali sebagai grid nasional. Manakala pengagihan
tenaga elektrik yang bermula dari pencawang masuk utama hingga ke punca
pengguna dikenali sebagai sistem pengagihan. Gambarajah xxx menunjukkan
konsep sistem pembekalan tenaga elektrik.

sistem penjanaan

1
2

Gambarajah xxx menunjukkan konsep sistem pembekalan tenaga elektrik.


Lukis semula

a) Penjanaan tenaga elektrik


Terdapat tiga jenis stesen janakuasa elektrik utama di negara kita iaitu stesen
janakuasa hidro, stesen janakuasa terma dan stesen janakuasa gas. Stesen
janakuasa elektrik berupaya menghasilkan voltan diantara 10.5 kV hingga 11.0 kV.
Walau bagaimanapun nilai tersebut ditetapkan pada 11 kV untuk memudahkan
pelarasan nilai voltan. Sebahagian stesen janakuasa elektrik lain mampu
mengeluarkan tenaga elektrik sehingga 22 kV dan 33 kV. Terdapat dua jenis sumber
tenaga yang boleh menghasilkan tenaga elektrik iaitu sumber tenaga lestari seperti
tenaga hidro, angin, suria, ombak, pasang surut, insinerator dan sumber tenaga
tidak boleh diperbaharui seperti arang batu, minyak diesel, gas, dan nuklear.

b) Penghantaran tenaga elektrik


Sistem penghantaran elektrik bermula daripada voltan 11 kV yang dihasilkan oleh
stesen janakuasa elektrik yang disalurkan ke pengubah langkah naik iaitu di
pencawang masuk utama. Pengubah ini mampu menaikkan voltan sehingga ke 132
kV, 275 kV dan 500 kV bagi tujuan penghantaran tenaga elektrik dalam jarak yang
jauh. Tujuan utama menaikkan voltan penghantaran adalah untuk merendahkan
arus bagi tujuan mengurangkan kehilangan kuasa elektrik(power losses) melalui
pelepasan haba. Selain itu, penggunaan saiz kabel penghantaran juga dapat
dikurangkan. Di Malaysia, talian penghantaran daripada setiap stesen janakuasa
elektrik utama saling dirangkaikan dan dikenali sebagai Grid Nasional. Talian
penghantaran ini juga dipasang pada ketinggian tertentu menggunakan menara
pilon bagi tujuan keselamatan.

 Penyendal (gambar) - menara pilon – dibuat daripada logam untuk


menyokong kabel penghantaran.


c) Pengagihan tenaga elektrik
Proses pengagihan tenaga elektrik bermula dari pencawang masuk utama hingga ke
punca pengguna. Voltan penghantaran yang tinggi diturunkan ke nilai 33 kV dan 11
kV oleh pengubah langkah turun yang terletak di pencawang masuk utama bagi
tujuan pengagihan kepada pengguna. Bagi pengguna industri berat, voltan 33 kV
dan 11 kV dibekalkan terus bagi penggunaan tenaga yang besar. Bagi pengguna
sederhana dan kecil, voltan diturunkan lagi sehingga 415 V dan 240 V oleh
pengubah langkah turun di pencawang pengagihan. Biasanya pengagihan voltan
bekalan ke punca pengguna dilakukan dengan menggunakan kabel bawah tanah
dan talian atas. Voltan bekalan 415 V dikenali sebagai voltan bekalan 3 fasa 4 dawai
kerana mempunyai 3 punca hidup dan satu punca neutral. Manakala voltan bekalan
240 V dikenali sebagai voltan bekalan 1 fasa 2 dawai kerana mempunyai 1 punca
hidup dan 1 punca neutral. Warna yang berbeza pada fasa pula digunakan untuk
membezakan setiap fasa seperti fasa merah, fasa kuning dan fasa biru.

Penyendal (gambar) – Talian 3 fasa dan 1 fasa

Ringkasan proses sistem penjanaan, pengantaran dan pengagihan tenaga elektik


kepada pengguna.

Sistem Penjanaan
Tenaga elektrik yang dihasilkan oleh stesen janakuasa elektrik di
namakan sebagai sistem penjanaan

Sistem Penghantaran
Sistem penghantaran tenaga elektrik daripada stesen janakuasa elektrik
di hantar ke pengubah injak naik(step up transformer) untuk penghantaran
voltan tinggi tiga fasa melalui stesen sub voltan tinggi. Sistem
penghantaran ini menghantar tenaga elektrik secara pukal dan sistem ini
juga dikenali sebagai grid nasional.

Sistem Pengagihan
Bekalan tenaga elektrik yang diterima daripada sistem penghantaran di
hantar ke pengubah injak turun(step down transformer)iaitu dari stesen
sub voltan tinggi ke voltan sederhana bagi keperluan pengguna kuasa
sederhana iaitu bekalan neutral dan tiga fasa voltan sederhana.
Seterusnya dari sub voltan sederhana diagihkan pula kepada pengguna
voltan rendah iaitu bekalan neutral fasa tunggal bagi pengguna kuasa
kecil dan domestik.
3.2.4 Menentukan keutamaan penggunaan sistem 3 fasa dan 1 fasa bagi
pengguna domestik dan industri berdasarkan peraturan IEE – akta

Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum menentukan keutamaan
penggunaan sistem 3 fasa dan satu fasa. Diantaranya adalah seperti berikut:
a) Rujukan peraturan

Semua proses pendawaian dari perancangan sehingga pemasangan pendawaian


perlu mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan. Kerja-kerja pendawaian
oleh juruelektrik di bangunan hendaklan mematuhi kehendak peraturan-peraturan
berikut:

1. Akta Bekalan Elektrik 1990, Akta 447 dan Akta Suruhanjaya Tenaga 2001;
2. Peraturan-peraturan Elektrik 1994 dan pindaan-pindaanya;
3. Malaysia Standard MS IEC 60364 ‘Electrical Installation of Buildings’
4. MS 1979:2007 Electrical Installations of Building – Code of Practice;
5. MS 1936:2006 Electrical Installations of Building – Guide To MS IEC 60364;
6. TNB Electricity Supply Application Handbook;
7. ‘Garis panduan pendawaian lektrik di bangunan kediaman’ Suruhanjaya
Tenaga

 Penyendal (info) – IEC (international…

b) Kehendak peraturan

Peraturan 11(1), Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 telah mensyaratkan semua


pendawaian, tambahan pendawaian atau pendawaian semula yang hendak
dijalankan oleh Kontraktor Elektrik atau Unit Pendawaian Elektrik perlu mendapat
kelulusan bertulis dari pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan.
c) Kepentingan piawaian
Kesemua piawaian yang telah ditetapkan didalam peraturan mestilah dipatuhi dan
diamalkan oleh setiap juruelektrik dan pendawai bagi memastikan keselamatan
pengguna, harta benda dan haiwan ternakan daripada kejutan elektrik, melecur,
kebakaran dan kemalangan. Piawaian ini juga adalah untuk menjamin kerja-kerja
pendawaian yang dilakukan adalah mengikut spesifikasi dan piawaian yang telah
ditetapkan bagi menjamin kepentingan berikut:

Perlindungan
Keselamatan Pengguna

Keselamatan
Pepasangan Keselamatan kerja-kerja
pendawaian Kepentingan penyenggaraan
mematuhi pendawaian
piawaian
keselamatan
bangunan keselamatan kerja-
kerja mengesan
keselamatan kerja-kerja kerosakan untuk
pendawaian tambahan baik pulih
dan ubah suai
d) Mereka bentuk pendawaian dalam penentuan fasa

Sebelum menentukan keutamaan penggunaan sistem 3 fasa dan 1 fasa bagi


pengguna domestik dan industri, keperluan terhadap rekabentuk pendawaian perlu
dilakukan terlebih dahulu. Perkara pertama dalam proses mereka bentuk
pendawaian bagi menentukan keutamaan penggunaan sistem 3 fasa dan 1 fasa
ialah dengan mengadakan lawatan tapak untuk mengenalpasti keadaan
persekitaran, jenis bangunan dan langkah perlindungan. Disamping itu, lawatan
tapak juga dapat mengenalpasti keperluan sebenar beban pengguna, mengira
permintaan beban maksimum dan mengenalpasti pelan, lukisan serta spesifikasi
bangunan. Selain itu, perbincangan dengan pengguna berkaitan juga penting bagi
mendapatkan maklumat berkenaan dengan keperluan pemasangan dan keperluan
penggunaan beban maksimum pengguna pada masa akan datang.

Lawatan tapak perlu dilakukan bertujuan


untuk menentukan:-

i. kelengkapan ii. permintaan beban iii. bekalan masuk,


elektrik yang sesuai maksimum fasa tunggal atau
digunakan fasa tiga

iv. jenis pendawaian v. susunatur


kelengkapan

Maklumat berkaitan keperluan maksimum beban pengguna ini dapat menentukan


pemilihan fasa pendawaian yang sesuai bagi pengguna domestik dan industri.
Dalam peraturan MS IEC 60364-1:2003 Fasal 311 telah menjelaskan mengenai
keperluan pengiraan permintaan maksimum beban dalam ampere bagi setiap litar
akhir suatu pendawaian. Ini bertujuan supaya rekabentuk pepasangan pendawaian
yang ekonomi, berdaya harap dan dalam had voltan susut yang dibenarkan. Faktor
kepelbagaian(Diversity factor) boleh diambil kira untuk mengira permintaan beban
maksimum. Kesemua pengiraan keperluan arus maksimum setiap litar perlu
disediakan dengan lengkap. Butiran ini dapat menunjukkan keperluan arus bagi
setiap fasa dalam ampere dan juga membantu dalam menentukan penggunaan saiz
kabel. Peraturan 11(2), Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 adalah untuk menghitung
permintaan arus dan perlu merujuk pada Jadual Ketiga (Jadual A dan B). Jadual xxx
menunjukan kepelbagaian mengikut jenis pemilikan bangunan.
Contoh faktor kepelbagaian mengikut jenis pemilikan bangunan.
 Penyendal(info) – Tahukah anda mengapa faktor kepelbagaian
diperlukan?

Ini adalah kerana dalam sesuatu pemasangan pengguna, tidak


semestinya semua kelengkapan elektrik digunakan serentak pada satu
masa. Contohnya, jarang sekali pengguna memerlukan atau
menggunakan lampu, televisyen, pemanas air, dapur elektrik, seterika
dan lain-lain dalam satu masa yang sama. Oleh itu, arus maksimum
yang mengalir di dalam pengalir litar adalah kurang daripada jumlah arus
yang dijangkakan bila kesemua alat kelengkapan elektrik digunakan
serentak. Jadi adalah tidak ekonomik sekiranya kita menggunakan
kabel, suis, pengasing dan sebagainya, dengan hanya berpandukan
pada permintaan maksimum arus beban dalam pemasangan. Bagi
tujuan ini, faktor kepelbagaian dibenarkan tetapi hendaklah
berlandaskan kepada jadual B Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.

e) Permintaan beban maksimum

Bagi memudahkan pemahaman berkenaan cadangan beban pengguna, pengiraan


permintaan beban maksimum perlu dilakukan. Pengiraan beban ini lebih dikenali
sebagai jumlah beban tersambung(Total Connected Load). Standard MS IEC 60364
tidak menunjukkan secara langsung kaedah pengiraan mencari jumlah beban
tersambung(Total Connected Load). Walau bagaimanapun, kaedah pengiraan
beban adalah berdasarkan Jadual A dan B yang terdapat didalam Peraturan-
peraturan Elektrik 1994. Contoh pengiraan jumlah beban tersambung boleh
menerangkan perbezaan keperluan beban pengguna bagi menentukan pemilihan
fasa yang sesuai. Contoh 1 merujuk kepada pengiraan permintaan beban
maksimum bagi kesesuaian penggunaan sistem 1 fasa dan Contoh 2 merujuk
kepada pengiraan permintaan beban maksimum bagi kesesuaian penggunaan
sistem 3 fasa. Jadual xxx menunjukkan Jadual B (Kelonggaran bagi kepelbagian).

Jadual B (Kelonggaran bagi kepelbagaian)

Tujuan litar akhir disambungkan


daripada konduktor atau gear suis Pepasangan individu rumahtangga,
yang padanya kepelbagaian terpakai termasuk blok kediaman individu

1. Lampu 66% daripada jumlah permintaan arus


100% daripada jumlah permintaan arus
sehingga 10 Ampere + 50% daripada mana-
2. Kuasa
mana permintaan arus yang melebihi 10
Ampere
10 Ampere + 30% f.l perkakas memasak
yang disambungkan melebihi 10 Ampere + 5
3. Perkakas memasak
Ampere jika air keluar digabungkan dalam
unit.
100% f.l perkakas terbesar + 100% f.l
4. Pemanasan air (jenis serta-
perkakas kedua terbesar + 25% f.l perkakas
merta)*
yang tinggal
5. Pemanas air (dikawal termostat) Kepelbagaian tidak dibenarkan
100% daripada permintaan terbesar + 40%
6. Susunan standard litar akhir
daripada permintaan arus bagi tiap-tiap litar
menggunakan air keluar soket
lain.
7. Alir keluar soket selain daripada
100% daripada permintaan arus daripada
yang
poin penggunaan terbesar + 40% daripada
termasuk dalam 6 di atas dan
permintaan arus bagi tiap-tiap poin
kelengkapan pegun selain daripada
penggunaan yang lain.
disenaraikan di atas.
Jadual xxx menunjukkan Jadual B (Kelonggaran bagi kepelbagian).

i) Contoh 1: Pengiraan jumlah beban tersambung(Total Connected Load)


yang sesuai untuk sistem bekalan 1 fasa

Sebuah rumah kediaman jenis setingkat digunakan sebagai sampel untuk membuat
contoh pengiraan jumlah beban tersambung(Total Connected Load) yang sesuai
untuk sistem bekalan 1 fasa. Jadual 1xxx menunjukkan anggaran pengiraan jumlah
beban tersambung bagi bangunan kediaman jenis setingkat tersebut.
Jadual 1xxx – Anggaran pengiraan jumlah beban
tersambung(Total Connected Load) bagi bangunan kediaman setingkat.
Keputusan anggaran pengiraan jumlah beban tersambung(Total Connected Load)
bagi bangunan kediaman setingkat:

a) Arus maksimum = 83.1 Ampere


b) Arus anggaran = 55.5 Ampere
c) Saiz kabel utama = 10 mm2 PVC
d) Saiz suis utama = 60 Ampere
e) Saiz PLBB (RCCB) = 60 Ampere/Kepekaan 0.1 A SPN
ii) Contoh 2: Pengiraan jumlah beban tersambung(Total Connected Load)
yang sesuai untuk sistem bekalan 3 fasa

Untuk contoh 2, pengiraan sebuah rumah kediaman jenis 2 tingkat digunakan


sebagai sampel untuk membuat contoh pengiraan jumlah beban
tersambung(Total Connected Load) yang sesuai untuk sistem bekalan 3 fasa. Jadual
2xxx menunjukkan anggaran pengiraan jumlah beban tersambung bagi bangunan
kediaman jenis setingkat tersebut.
Jadual 2xxx – Anggaran pengiraan jumlah beban
tersambung(Total Connected Load) bagi bangunan kediaman 2 tingkat.
Keputusan anggaran pengiraan jumlah beban tersambung(Total Connected Load)
bagi bangunan kediaman 2 tingkat:

a) Arus maksimum = 97.6 Ampere


b) Arus anggaran = 60.3 Ampere
c) = 10 mm2 PVC/swa/PVC kabel
Saiz kabel utama
d) Saiz suis utama= 1. Tingkat bawah 60 Ampere
2. Tingkat atas 30 Ampere
e) Saiz PLBB (RCCB) = 1. Tingkat bawah 63 Ampere/Kepekaan 0.1 A TPN
2. Tingkat atas 30 Ampere/Kepekaan 0.1 A TPN

f) Kesan terhadap pemilihan fasa yang tidak tepat

Anggaran penggunaan arus maksimum bagi sistem bekalan 1 fasa atau fasa tunggal
domestik mestilah tidak melebihi 60 Ampere. Tetapi arus maksimum yang mampu
ditampung untuk pendawaian 1 fasa biasanya adalah 80 Ampere. Kejadian bekalan
elektrik terganggu berkemungkinan akan kerap berlaku akibat penggunaan arus
yang melebihi arus yang dicadangkan. Penggunaan kadaran(rating) yang betul pada
papan agihan DB(Distribution board) dapat mengelakkan kejadian bekalan elektrik
terputus(trip) ini berlaku. Tetapi ketika penggunaaan maksimum, kemungkinan akan
berlakunya ketidakstabilan voltan. Contohnya, ketika menghidupkan penyaman
udara(aircond), mungkin terdapat kejadian lampu akan menjadi sedikit malap
selama beberapa saat. Keadaan ini boleh adalah dianggap normal disebabkan
ketidakstabilan voltan dan penggunaan arus yang melebihi nilai maksimum. Selain
itu, penggunaan arus yang melebihi had maksimum juga boleh membahayakan
pengguna, peralatan dan pendawaian elektrik yang terdapat didalam bangunan.

Syarikat Tenaga Nasional Berhad(TNB) juga sangat menggalakkan penukaran fasa


jika penggunaan sistem bekalan fasa tunggal tidak mencukupi. TNB akan menaik
taraf sistem bekalan 1 fasa ke sistem bekalan 3 fasa jika terdapat kejadian seperti
ketidakstabilan voltan. Ini kerana kesan daripada ketidak seimbangan voltan ini akan
meningkatkan beban pada pengubah(transfomer) pencawang dan menjadikannya
tidak stabil. Kebarangkalian berlaku kerosakan kabel dan kejadian trip berlaku di
stesen pencawang akan meningkat. Jika keadaan ini berlaku, kos penyelenggaraan
akan meningkat.

Ketidak seimbangan voltan ini juga sebenarnya menyebabkan pengguna membayar


bil elektrik yang tinggi. Ini kerana surcaj yang dikenakan oleh syarikat pembekal
tenaga elektrik iaitu TNB. Ini disebabkan had Angkadar Kuasa (Power Factor) ialah
tidak kurang daripada 0.85. Diantara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan
untuk mempertingkatkan Angkadar Kuasa adalah seperti berikut:
a) Memasang peralatan yang boleh mempertingkatkan Angkadar Kuasa seperti
‘Capacitor Bank’.
b) Elakkan peralatan elektrik berasaskan motor beroperasi tanpa beban atau
kurang daripada beban yang disarankan oleh pengeluar kilang.
c) Menggunakan peralatan elektrik berasaskan motor yang mempunyai nilai
Angkadar Kuasa yang tinggi.
d) Menggunakan peralatan elektrik berasaskan motor yang disahkan oleh SIRIM
dan mempunyai label cakap tenaga (energy efficient)

Penyendal (QR) website ST peraturan pendawaian bangunan kediaman -


http://www.st.gov.my/images/article/polisi/guidelines/guidelines%20for%20electrical
%20wiring%20in%20residential%20buildings%20.pdf

Penyendal (info) Suruhanjaya Tenaga (ST) - http://www.st.gov.my/index.php/ms/


3.2.5 Mengkategorikan komponen utama pendawaian mudah unit kawalan
pengguna 1 fasa.

Unit kawalan pengguna satu fasa juga dikenali sebagai alat kawalan litar pengguna
adalah terdiri daripada beberapa alat kawalan yang bertujuan untuk memastikan
keselamatan pengguna daripada renjatan elektrik ketika tenaga elektrik dibekalkan
kepada pengguna. Selain itu, alat kawalan juga berfungsi sebagai alat pencegah
daripada berlakunya kebakaran yang disebabkan oleh kerosakan elektrik. Unit
kawalan pengguna satu fasa ini perlu dipasang mengikut urutan yang telah
ditetapkan. Rajah xx1 dan rajah xx2 ialah gambarajah skema unit kawalan
pengguna satu fasa dan gambarajah litar pendawaian unit kawalan litar pengguna
satu fasa.

6A

6A

M 16A

suis fius fius suis Peranti 16A


Unit Unit pepotong Meter arus
penyambung, & kWj Suis utama, MCCB baki,
Litar Masukan penghubung PLAB
Papan
AU neutral Agihan,
MCB

Rajah xx1: gambarajah skema unit kawalan pengguna satu fasa

Litar
Masukan
AU

Meter kWJ
63A

N E

Litar
Pembumian

Rajah xx2 : Gambarajah litar pendawaian unit kawalan litar pengguna satu fasa
Semua sistem bekalan elektrik di rumah dilengkapi dengan alat kawalan dan
perlindungan seperti yang terdapat pada Rajah xx2 iaitu gambarajah litar
pendawaian unit kawalan litar pengguna satu fasa. Komponen yang terdapat dalam
unit kawalan pengguna adalah seperti berikut:

1) Fius perkhidmatan
-Berfungsi untuk mengawal bekalan elektrik jika berlaku arus berlebihan.

2) Meter kilowatt jam


- Berfungsi menyukat dan merekod jumlah tenaga elektrik yang telah digunakan.

3) Suis utama
- Berfungsi untuk menyambung dan memutuskan bekalan elektrik serta mengawal
arus berlebihan

4) Pemutus litar arus baki (PLAB)


- Berfungsi untuk memutuskan bekalan elektrik secara automatik apabila berlaku
kebocoran arus atau litar pintas. Terdapat komponen lain yang sama fungsi iaitu
Pemutus litar bocor bumi (ELCB). Alat ini juga merupakan alat paling penting kerana
ia melindungi pengguna daripada renjatan elektrik dan melindungi peralatan elektrik
dari voltan tinggi atau lampau akibat daripada sambaran kilat. Kapasiti PLAB yang
biasa digunakan adalah 40A dan 63A yang mempunyai kepekaan 100mA atau
300mA.

4) Kotak agihan berfius


- Berfungsi sebagai pengagih litar dan mengawal bekalan jika berlaku arus
berlebihan.

5) Pemutus litar miniatur (MCB)


- Berfungsi untuk memutuskan bekalan elektrik secara automatik apabila berlakunya
arus elektrik yang tinggi melebihi kapasiti MCB disebabkan berlaku litar pintas antara
kabel/wayar hidup dan kabel/wayar neutral ataupun penggunaan peralatan elektrik
yang terlalu banyak. Disamping itu ia berfunsi untuk memberi perlindungan kepada
perkakas elektrik dan pengguna. MCB disambung kepada pendawaian soket alir
keluar dan pendawaian lampu serta kipas. Nilai kapasiti MCB yang selalu digunakan
adalah seperti berikut:

 6A (untuk pendawaian lampu/kipas)


 20A (untuk pendawaian soket plug)
 32A (untuk pendawaian soket plug)
3.2.6 Memasang litar pendawaian mudah untuk satu unit kawalan pengguna 1
fasa berdasarkan aspek litar dan kefungsian.

3.2.6.1 Pemasangan pendawaian unit kawalan litar pengguna satu fasa


Terdapat beberapa cara untuk memasang komponen yang terdapat dalam kotak
agihan. Pada kebiasaannya suis utama disusun bersebelahan dengan pemutus litar
arus baki (PLAB) atau pemutus litar bocor bumi (ELCB) dan barulah kemudiannya
disusun pemutus litar miniatur (MCB) bagi setiap pendawaian. Nilai kapasiti MCB
mestilah mengikut keperluan pendawaian. Rajah xxx menunjukkan pendawaian
papan atau kotak agihan

63A

Meter kWJ

N E

 Pemyendal(video) Pemasangan kotak fius agihan -


https://www.youtube.com/watch?v=_754w9XFDe8

3.2.6.2 Pendawaian Litar Lampu

i) Peraturan

a) Peraturan IEE telah menetapkan bahawa bagi satu litar yang dikawal
oleh satu alat pelindung mestilah tidak melebihi 1000 Watt. Pada amnya
satu lampu berkadar 100 Watt setiap satu dengan litar lampu tidak
melebihi 10 poin.
b) Kabel yang digunakan ialah kabel jenis tembaga bersalut PVK.
c) Saiz minimum kabel yang digunakan mestilah tidak kurang 1.5mm 2.
d) Kadaran alat pelindung yang digunakan mestilah tidak melebihi 6 Amp. (
sama ada fius atau MCB ).
e) Walau bagaimanapun untuk pemasangan litar lampu adalah digalakkan
menggunakan lebih dari satu litar akhir kerana sekiranya salah satu litar
mengalami kerosakan litar yang lain masih boleh digunakan.
f) Bagi pemasangan lampu dalam industri biasanya kuasa sesebuah
lampu mungkin berbeza, contohnya 300 Watt, 500 Watt atau 1000 Watt,
dengan itu litar ini boleh dikawal oleh fius berkadar 15 Ampere dan saiz
kabel yang digunakan mestilah tidak kurang dari 2.5mm 2.

ii) Projek Amali 1 – Pendawaian 1 suis 1 lampu 6A

Gambarajah skema

L1

300
200

250

papan Agihan
500

S1

 Peti Agihan – bekalan kuasa.


 L1 adalah point ros siling &
pemegang lampu pendant.
 S1 adalah suis satu hala yang
mengawal kendalian L1.
Gambarajah Pendawaian
E

N L

E N

6A

C 1W

Tajuk
Pemasangan satu fasa pendawaian permukaan bagi 1 poin lampu filamen 240V,
60W yang dikawal oleh 1 suis 1 hala.
Objektif
Pada akhir sesi bengkel ini pelajar akan dapat:
1. Mengetahui dan menggunakan dengan betul peralatan serta aksesori elektrik
yang diperlukan dalam kerja-kerja pendawaian untuk litar pengguna dan litar
kecil akhir.
2. Mempraktikkan diri dengan pengalaman sebenar dalam kerja-kerja
pendawaian khususnya dibahagian pendawaian domestik dengan bekalan
satu fasa.
3. Menjalankan pengujian bagi pendawaian litar kawalan pengguna dan litar
kecil akhir setelah mendapat pengesahan dan kebenaran daripada guru.

Senarai bahan dan aksesori pendawaian


Bil Keterangan Kuantiti
1 Meter Jangka kWj Fasa Tunggal 240V – jika 1 unit
perlu
2 Fius Perkhidmatan (Cut Off Fuse) - 63A atau 60A 1 unit
– jika perlu
3 Neutral link 1 unit
4 Kotak Agihan (Distibution Board) 1 unit
5 Fius Suis (Switch Fuse) - 63A atau 60A 1 unit
6 ELCB / RCCB (Residual Current Circuit Breaker) 1 unit
- 60A atau 63A
7 MCB (Miniature Circuit Breaker) -6A 1 unit
8 Suis Sehala (1 gang 1 way) 1 unit
9 Ros Siling (Ross Ceiling with Batten/pandent) 1 unit
10 Lampu filamen atau Tungsten Bulb atau Lampu 1 unit
CFL (compact fluorescent lamp)
11 Paku Pendawaian (Wiring Nails) secukupnya
12 Pembuluh PVC dan Aksesori (PVC Conduit and secukupnya
Accessories)
13 Kabel 1.5 mm2 PVC (merah,hitam dan hijau) secukupnya
14 Klip Timah (Lead Plumbum) secukupnya
15 Sesalur Mini PVC (PVC Mini Casing) secukupnya
16 Peralatan Pendawaian

Tugasan
1. Sediakan aksesori pendawaian.
2. Pelajar dikehendaki melukis gambarajah skema & pendawaian litar dalam
buku nota.
3. Membuat pemasangan sebenar pada papan pendawaian mengikut
gambarajah skema.
4. Pelajar hendaklah menubuhkan satu kumpulan kecil yang terdiri daripada
beberapa orang pelajar bagi memulakan amali.
5. Semua pengukuran diukur dalam milimeter.

Penyendal (bijak kewangan) – Menggunakan lampu ‘save energy’ seperti LED dan
sebagainya bagi menggantikan lampu jenis filamen atau pijar adalah salah satu
langkah bijak yang dapat mengurangkan penggunaan tenaga dan bil anda.
Contoh lukisan skematik satu mata lampu dikawal oleh suis satu hala

 Pemyendal(video) pemasangan 1 lampu satu suis -


https://www.youtube.com/watch?v=SQkXnvQr4yQ
3.2.6.3 Pendawaian Soket Alir Keluar 3 pin 13A

i) Peraturan

Secara teknikal litar soket alir keluar terdiri daripada dua jenis litar iaitu :
a) Litar Jejari
b) Litar Gelang

Litar Jejari
a) Peraturan IEE telah menetapkan bahawa satu litar jejari untuk Soket
Alir Keluar tidak melebihi dua poin.
b) Litar ini mestilah dikawal oleh alat pelindungan sama ada fius berkadar
15 Amp atau MCB berkadar 16 Amp atau 20 Amp.
c) Kabel yang digunakan ialah kabel jenis tembaga bersalut PVC dan saiz
kabel mestilah tidak kurang daripada 2.5mm2.

ii) Projek Amali 2- Pendawaian Soket Alir Keluar 3 pin 13A

Gambarajah skema

300

250

Peti Agihan
500

SAK
 Peti Agihan – bekalan kuasa.
 SAK – poin soket alir keluar 13
ampere yang disambung secara
jejari.

Gambarajah Pendawaian

Peti Agihan
E N

16A

NSAK
L

Tajuk
Pemasangan satu fasa pendawaian permukaan bagi 1 poin soket alir keluar 3 pin 13
ampere litar jejari.

Senarai bahan dan aksesori pendawaian


Bil Keterangan Kuantiti
1 Meter Jangka kWj Fasa Tunggal 240V – jika 1 unit
perlu
2 Fius Perkhidmatan (Cut Off Fuse) - 63A atau 60A 1 unit
– jika perlu
3 Neutral link 1 unit
4 Kotak Agihan (Distibution Board) 1 unit
5 Fius Suis (Switch Fuse) - 63A atau 60A 1 unit
6 ELCB / RCCB (Residual Current Circuit Breaker) 1 unit
- 60A atau 63A
7 MCB (Miniature Circuit Breaker) -16A atau 20A 1 unit
8 Soket Alir Keluar 3 pin 13A 1 unit
9 Pembuluh PVC dan Aksesori (PVC Conduit and secukupnya
Accessories)
10 Kabel 1.5 mm2 PVC (merah,hitam dan hijau) secukupnya
11 Sesalur Mini PVC (PVC Mini Casing) secukupnya
12 Peralatan Pendawaian
Tugasan
1. Sediakan aksesori pendawaian.
2. Pelajar dikehendaki melukis gambarajah skema & pendawaian litar dalam
buku nota.
3. Membuat pemasangan sebenar pada papan pendawaian mengikut
gambarajah skema.
4. Pelajar hendaklah menubuhkan satu kumpulan kecil yang terdiri daripada
beberapa orang pelajar bagi memulakan amali.
5. Semua pengukuran diukur dalam milimeter.

Contoh litar skematik soket alir keluar - satu soket

Pemyendal(video) Pemasangan SAK -


https://www.youtube.com/watch?v=BPzoWngOG04
3.2.7 Cadangan idea untuk penggunaan aksesori elektrik yang lestari bagi
pengguna domestik

Aksesori elektrik membawa maksud semua peralatan elektrik dan aksesori


pendawaian elektrik. Ini termasuklah semua kelengkapan tambahan dalam
pendawaian yang berkaitan dengan pendawaian elektrik seperti lampu, kipas,
pemanas air, fius, motor elektrik, pemasak elektrik, loceng elektrik, suis, soket alir
kuasa 3 pin, ros siling, penyambung dan lain-lain soket.

Penyendal QR(info)
http://www.kettha.gov.my/portal/document/files/muatturun/dokumen/Buku%20Elektro
nik%20Panduan%20Kecekapan%20Tenaga/Bahagian2/index.html#/28

Terdapat beberapa idea untuk pemilihan penggunaan aksesori pendawaian yang


lestari bagi pengguna domestik.
1. Label Pengesahan SIRIM Berhad (Standard & Industrial Research Institute of
Malaysia) atau Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia.

Penyendal (QR) maksud SIRIM -


https://ms.wikipedia.org/wiki/Institut_Piawaian_dan_Penyelidikan_Perindustria
n_Malaysia dan website SIRIM - http://www.sirim.my/

Semua aksesori pendawaian yang digunakan hendaklah yang diluluskan oleh


Suruhanjaya Tenaga dan dilabelkan dengan label yang dikeluarkan oleh
SIRIM. Ini kerana SIRIM adalah satu badan berkanun milik penuh kerajaan
Malaysia. Badan ini bertanggungjawab melaksanakan penyelidikan dan
pembangunan (R&D) dalam pelbagai displin terutamanya teknologi di
Malaysia. Pengesahan ini penting untuk menjamin keselamatan penggunaan
dan mengikut standard yang ditetapkan disamping memastikan kelestarian
produk.

Penyendal (info) - Standard bagi perkakasan elektrik yang Memerlukan


Perakuan Kelulusan Mengilang, Mengimport, Mempamerkan, Menjual atau
Mengiklan - http://www.st.gov.my/index.php/ms/policies/standards/electrical-
equipment.html

2. Label tenaga

Penggunaan label tenaga bertujuan memberi informasi kepada pengguna


mengenai kadar prestasi penggunaan tenaga elektrik bagi sesuatu peralatan
elektrik. Di Malaysia, label tenaga ini telah digunakan untuk peralatan elektrik seperti
peti sejuk sejak tahun 2005 lagi. Skim perlabelan ini dilaksanakan dibawah seliaan
Suruhanjaya Tenaga(ST) dengan kerjasama SIRIM. Label tenaga ini dapat
membantu pengguna membuat pilihan ketika membeli peralatan elektrik dengan
memilih penggunaan tenaga elektrik yang lebih cekap. Gambarajah xxx
menunjukkan contoh label tenaga.

Gambarajah xxx menunjukkan contoh label tenaga.

3. Lampu
Terdapat pelbagai variasi lampu yang boleh digunakan untuk domestik dan
kediaman. Sebagai contoh terdapat lampu jenis pijar (filamen), TL (fluorescent),
Halogen dan LED. Pertimbangan terhadap pemilihan lampu yang sesuai mungkin
dapat melestarikan dan memaksimakan penggunaan. jadual xxx menunjukkan
perbandingan penjimatan kos penggunaan lampu jimat tenaga jenis 18W CFL
(compact fluorescent lamp) dengan lampu mentol filament 60W.

Keluaran
Kos Penjimatan
Hayat cahaya Harga Jumlah
Bil Jenis lampu tenaga RM
jam lumen / RM kos RM
RM
watts
Lampu jenis 18W
CFL (compact 68.84
1. 6000 65 15.00 31.80 46.80
fluorescent lamp)–
Jimat tenaga
Mentol filamen -
2. 1000 18 12.00 103.64 115.64
60W

a. Penggunaan lampu
Sebaiknya kita perlu mengetahui tujuan, keperluan dan kesesuaian lampu
sebelum pemasangan dilakukan. Sebagai contoh jika untuk menerangi ruang
umum seperti ruang tamu perlu memasang lampu yang mempunyai
kecerahan yang luas seperti lampu jenis pijar(filamen), CFL (compact
fluorescent lamp) dan LED. Untuk mendapatkan penggunaan di tahap
maksima dan kos tenaga yang lebih rendah, lampu jenis TL (fluorescent) dan
LED seharusnya menjadi pilihan yang tepat. Jika untuk menerangi kawasan
yang terhad seperti lampu meja atau bingkai lukisan, pemilihan lampu jenis
Halogen sebagai lampu sorot adalah lebih tepat.

b. Kesesuaian pemasangan
Kesesuaian pemasangan juga adalah aspek penting untuk menentukan
kelestarian aksesori elektrik seperti lampu. Sebagai contoh pemasangan
lampu di luar rumah kediaman, penggunaan lampu kalis cuaca dan kalis air
sangat diperlukan. Pemilihan lampu pagar contohnya memerlukan jenis
lampu yang sesuai dan juga perumah lampu. Jika mengikut peraturan yang
ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) pula voltan bagi semua
pemasangan lampu dalam air (seperti kolam renang, fountain dan lain-lain)
mestilah menggunakan jenis lampu kalis air dengan kadaran voltan tidak
boleh melebihi 12 Volt.

c. Warna cahaya

Faktor warna cahaya juga amat penting dalam pemilihan lampu. Dalam aspek
kesan pencahayaan, lampu yang bercahaya putih lebih terang dan jelas
dilihat berbanding lampu yang bercahaya kuning. Walaubagaimanapun ada
ketika lampu bercahaya kuning lebih memberikan kesan yang efektif terutama
lampu di bilik tidur dan ruang pameran lukisan yang boleh memberikan kesan
romantis dan tenang.

Penyendal (info) – Klasifikasi jenis, model lampu dan kegunaan -


http://electricsourcestation.blogspot.my/2009/04/klasifikasi-jenis-dan-model-
lampu-serta.html
4. Peti sejuk

Bagi penggunaan peti sejuk terdapat beberapa tips penjimatan tenaga yang boleh
diamalkan dirumah kediaman. Antara tips penjimatan tenaga adalah seperti berikut:

a) Kedudukan peti sejuk tidak harus diletakkan dikawasan yang terlalu panas,
contohnya tempat yang terdedah pada sinaran matahari atau berhampiran
dengan dapur memasak. Ruang untuk peti sejuk mestilah mencukupi
disekeliling peti sejuk untuk pengaliran udara.

b) Suhu peti sejuk mestilah diselaras mengikut muatan peti sejuk. Biasanya suhu
yang sesuai ialah 18°C dan suhu yang sesuai untuk bahagian beku pula ialah
5°C. Walau bagaimanapun laraskan thermostat mengikut keperluan.

c) Perekat pintu yang berfungsi dengan baik dapat mengurangkan kehilangan suhu
sejuk dan mengurangkan penggunaan tenaga elektrik. Cara paling mudah
menguji perekat pintu adalah dengan meletakkan sekeping kertas di antara
perekat dan pintu peti sejuk.

d) Pilih peti sejuk yang bebas daripada ‘fros’ kerana penghasilan fros boleh
meningkatkan penggunaan tenaga elektrik. Jangan biarkan ketebalan fros
melebihi 6mm.

e) Susun atur makanan supaya terdapat pengaliran udara di dalam peti sejuk. Ini
dapat mengurangkan beban pada peti sejuk dan membolehkan proses
penyejukkan lebih efisyen.

f) Memastikan gegelung kondenser dalam keadaan bersih bagi mengekalkan


kecekapan peti sejuk.

g) Pilih saiz peti sejuk yang menepati keperluan keluarga. Elakkan daripada membeli
peti sejuk yang terlalu besar kerana kegunaan tenaga elektrik juga besar.

5. Penyaman udara

Penyaman udara adalah salah satu keperluan yang perlu diberi perhatian.
Penggunaan tenaga bagi penyaman udara juga agak tinggi kerana cuaca di
negara kita agak panas. Musim panas di negara kita boleh mencapai suhu
sehingga 36°C. Oleh yang demikian terdapat beberapa cadangan idea untuk
mengurangkan penggunaan tenaga elektrik:

a) Kos elektrik yang rendah bagi penyaman udara baru yang cekap(EER)
mampu menampung kos penggantian penyaman udara lama yang kurang
cekap walaupun masih dalam keadaan elok.
b) Suhu operasi bagi penyaman udara yang cekap tenaga biasanya diantara 24°C-
26°C. Elakkan pemasangan penyaman udara dikawasan pancaran matahari
dan terbuka.

c) Menyelenggara penyaman udara sekurang-kurangnya 2-3 kali setahun untuk


mengelakkan penyaman udara tersumbat dan boleh meningkatkan penggunaan
tenaga elektrik.

d) Pilih penyaman udara yang mempunyai kadar kecekapan tenaga atau ‘Energy
Efficiency Ratio’ (EER) yang tinggi. Penyaman udara dengan (EER) yang tinggi
adalah lebih cekap dan kurang menggunakan tenaga elektrik.

Terdapat banyak lagi peralatan elektrik yang digunakan setiap hari. Pelbagai cara
dan kaedah boleh digunakan sebagai idea untuk penggunaan yang lestari
terutama yang dapat menjimatkan tenaga elektrik. Kesimpulannya, diantara
perkara yang boleh diamalkan adalah seperti berikut:

a) Sebelum membeli sebarang peralatan elektrik, buatlah perbandingan dari


segi penggunaan tenaga elektrik, kapasiti dan fungsi di antara beberapa model
dan jenama. Pilihlah model dan jenama yang paling kurang menggunakan
tenaga elektrik tetapi memberi kesan kemudahan atau perkhidmatan yang
sama.
b) Pastikan peralatan elektrik yang digunakan berfungsi dengan baik, buatlah
semakan bil elektrik pada setiap bulan. Biasanya jumlah penggunaan elektrik
kita setiap bulan adalah hampir sama. Sekiranya terdapat pertambahan jumlah
penggunaan elektrik yang mendadak, periksalah peralatan elektrik kerana ini
mungkin disebabkan oleh peralatan elektrik yang rosak atau tidak berfungsi
dengan baik.

https://books.google.com.my/books?id=erjZJKqH8BwC&pg=PA37&lpg=PA37&dq=b
uku+asas+pneumatik&source=bl&ots=_5Ud1GYbGK&sig=AvSFH-
RkdAfoscWjzFGppYTfJQU&hl=en&sa=X&redir_esc=y#v=onepage&q=buku%20asas
%20pneumatik&f=true
3.2.8 Ringkasan nota/Soalan

Anda mungkin juga menyukai