Anda di halaman 1dari 5

2.2.

3 Elektrik
 Pengenalan Hukum Ohm

Hukum Ohm menyatakan bahawa pada suhu tetap, arus di dalam litar yang lengkap atau
arus yang melalui konduktor adalah berkadar terus dengan beza keupayaan atau voltan dan
berkadar songsang dengan rintangan bagi litar tersebut.
Jika nilai rintangan pada satu litar dikekalkan dan nilai voltan digandakan, maka nilai
arus turut berganda. Hukum ohm boleh ditulis dalam bentuk persamaan matematik di mana:

I = Arus (A)
V = Voltan (V)
R = Rintangan (ohm / Ω )

voltan = arus x rintangan

Huraian dan pengiraan mudah menggunakan rumus:

Jika 2 kuantiti diketahui, kuantiti yang ke 3 mudah untuk ditentukan. Jika bateri membekalkan voltan
1.5 volt dan lampu mempunyai rintangan 5 ohms, maka arus dalam litar boleh ditentukan.

Dengan menggunakan persamaan

Masukkan nilai-nilai: =
Penjelasan litar lengkap secara sesiri dan selari

Terdapat dua cara asas untuk menyambung lebih dari dua komponen litar iaitu litar sesiri dan litar
selari.

Litar sesiri

Litar selari

Gabungan litar sesiri dan litar selari

NOTA: Buat amali


Latihan

Arus listrik 2A mengalir melalui seutas dawai penghantar ketika beza upaya 12 V diberikan pada
hujung-hujungnya. Tentukan rintangan dalam litar tersebut.

Jawapan :

Diketahui

I = 2A R= V/I

V= 12 V = 12/ 2

ditanya R ? = 6 ohm

Litar sesiri

Bila R1 = 30 Ohm, R2 = 40 ohm dan R3= 10 ohm disusun secara sesiri, berapakah jumlah rintangan
rangkaian ini?

Jawapan :
Sesiri maka: R1 + R2 + R3 = 30 + 40 + 10 = 80 Ohm

Litar selari

Jika R1 = 10 ohm, R2 = 15 ohm dan R3 = 30 ohm disusun secara selari, berapakah jumlah
ringantan rangkaian ini?

Jawapan
Selari maka: 1/RT = 1/R1 + 1/R2 + 1/R3 = 1/10 + 1/15 + 1/30 = 6/30

Makia RT = 30/6 = 5 Ohm


Dalam gambarajah litar elektrik ini, bacaan voltmeter Vm ialah 36 Volt. Jika rintangan elektrik R
ialah 12 Ohm, kirakan magnitud arus elektrik I yang mengalir dalam perintang dengan
menggunakan Hukum Ohm.

A. I = 6 Ampere
B. I = 5 Ampere
C. I = 4 Ampere
D. I = 3 Ampere
E. I = 2 Ampere
F. I = 1 Ampere

Dua perintang disusun secara selari seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah di sebelah. Kirakan
jumlah rintangan berkesan jika R1 = 6 dan R2 = 9 .

A. 15
B. 7.5
C. 3.6
D. 5
18

E. 1
15
Satu perintang 100Ω , satu perintang R dan satu ammeter disambungkan ke satu punca
240V dalam satu litar lengkap seperti dalam Rajah 2. Bacaan pada ammeter ialah 0.50A.

Rajah 2
i Kirakan jumlah rintangan dalam litar ini. (Tunjukkan semua kiraan dengan
jelas)

[2 markah]

ii Cari rintangan bagi perintang R.

Anda mungkin juga menyukai