Anda di halaman 1dari 9

1.

0 Pengenalan

Laporan ini mengenai “ Litar Pemasa “ yang telah dijalankan dalam modul Elektronik.
Pelajar-pelajar telah ditugaskan untuk membuat pemasangan litar elektronik
berdasarkan skema litar yang telah diberikan.Pelajar-pelajar juga telah dibekalkan
dengan komponen dan peralatan yang digunakan dalam menjalankan pemasangan
tersebut.

Projek ini dijalankan untuk memberikan pemahaman kepada pelajar-pelajar untuk


mengenali komponen-komponen dan peralatan yang digunakan dalam pemasangan litar
dan juga untuk menerangkan kepada pelajar-pelajar tentang jenis dan fungsi IC yang
digunakan dalam satu-satu litar elektronik.

Dalam menjalankan tugas pemasangan litar ini berlaku beberapa masalah. Dari
masalah yang dihadapi, dapatlah pelajar-pelajar mempelajari cara-cara untuk
mengenalpasti masalah dan dapat memastikan beberapa kerosakan terhadap
komponen yang dibekalkan kepada pelajar.

2.0 Objektif

Objektif utama dalam membuat litar ini adalah untuk memberikan


pendedahan kepada pelajar-pelajar cara pemasangan litar yang sebenar.
Pelajar juga dapat mengenali komponen dan peralatan yang digunakan
dalam membuat litar tersebut.
Pelajar juga dapat mengetahui cara-cara untuk membuat bacaan terhadap
nilai pada komponen yang diberikan.
Dapat memupuk nilai kerjasama antara kumpulan dalam menyiapkan litar
tersebut disamping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli
kumpulan.
Dapat mempelajari cara pemasangan komponen yang betul berdasarkan litar
skematik yang telah diberikan.
Pelajar juga dapat mengetahui kutub atau kaki sama ada positif atau negatif
pada komponen elektrik tersebut.
3.0 Bahan yang digunakan/ peralatan/ komponen
3.1 Komponen
Komponen Kegunaan
i) LED Diod Pemancar  Mempunyai dua kaki
Cahaya  Merupakan lampu pemancar.
 Mempunyai kaki anod dan
katod.
 Menentukan kaki dengan
multimeter.

ii) Kapasitor (100µF)  Mempunyai dua kaki.


 Mempunyai baki positif dan
negatif.
 Boleh menentukan kaki
menggunakan multimeter atau
warna pada kapasitor tersebut.
 Mempunyai sifat istimewa iaitu
ia boleh menyimpan cas dan
tenaga elektrik.
 Kapasitor yang bernilai tinggi
akan menyimpan lebih banyak
tenaga elektrik. Ia juga
mengambil lebih masa untuk
mengecas dan membuang cas.
iii) Perintang 22kΩ, 470kΩ dan  Terdapat 2 jenis perintang iaitu
1kΩ. peritang boleh laras dan
perintang tetap.
 Nilai berdasarkan pada kod
warna pada perintang.
 Perintang boleh laras
mempunyai 3 kaki.
 Perintang tetap mempunyai 2
kaki.
 Digunakan untuk mengawal
jumlah arus yang mengalir
dalam litar.
iv) I.C 555  Adalah satu litar yang lengka
dan ringkas di dalam sebuah
bekas kecil.
 Ia juga dipanggil litar terkamil
atau cip atau IC (Integrated
Circuit)
 Ia boleh mengandungi elemen
komponen seperti transistor,
diod, perintang dan
sebagainya.
v) Suis Togel  Digunakan untuk menyambung
dan memutuskan aliran arus di
dalam litar. Arus akan mengalir
apabila punat suis ditekan atau
ditolak. Bila punat ditekan atau
ditolak ke arah berlawanan,
arus akan berhenti mengalir.

3.2 Peralatan

Peralatan Kegunaan
 Penjalur wayar  Digunakan untuk memotong
dan menjalur wayar.

 Playar Muncung Tirus  Digunakan untuk memegang


benda kecil, membentuk dawai
atau kaki komponen elektronik
dan memotong dawai.
 Playar Gabung  Digunakan untuk kerja-kerja
umum seperti memotong,
memegang, mencengkam,
membentuk dan membengkok.

 Pemotong sisi  Digunakan untuk memotong


wayar lebihan wayar pada
punca tamatan.

 Meter pelbagai (Multimeter)  Untuk mengukur nilai pada


komponen
 Untuk mengetahui kaki pada
komponen elektronik
 Untuk mengenalpasti
kerosakan komponen dan
sambungan pada litar.

 Bateri 9V  Digunakan untuk mengalirkan


arus pada papan litar.
 Dapat menyalakan LED
sekiranya litar lengkap.

 Pemateri  Mencairkan bahan pateri ketika


kerja pematerian
 Tapak/ pemegang pemateri  Untuk memegang pemateri

 Span  Membersihkan hujung bit


pemateri
 Bahan Pateri  Sejenis aloi yang dibuat
daripada campuran logam
timah dan plumbum
 Mudah cair apabila dipanaskan
 Bahan pateri yang cair mudah
mencantumkan kaki komponen
pada bod litar
 Bila sejuk, pateri akan
mengeras akan melekatkan
cantuman secara kekal
 Soldering flux  Sejenis bahan kimia yang diisi
ke dalam bahan pateri
 Mencegah terjadinya oksida
pada permukaan logam nod
litar yag dipateri
 Membersih permukaan bod liar
yang hendak dipateri
 Memudahkan pateri yang cair
mengalir.
 Penyedut timah  Menyedut bahan pateri kerika
kerja-kerja pembaikian atau
pembetulan litar dilakukan
4.0 Gambarajah litar lengkap

5.0 Kendalian Litar (GAMBAR SEMASA PEMASANGAN DIJALANKAN)

6.0 Laporan troubleshooting


6.1 Masalah yang dihadapi
i) LED salah dipasang kedudukannya
ii) LED tidak menyala
iii) Kekurangan perintang 22kΩ.
iv) Tidak memotong arus pada IC.
6.2 Cara mengatasi masalah
i) Mengira semula kedudukan LED yang sebenar dan mencairkan semula
timah yang telah dipaterikan. Kemudian, memasangnya semula.
ii) Kami mengambil perintang 22kΩ pada papan litar yang dah lama.
iii) Memotong arus untuk mengelakkan litar pintas dengan menggunakan….

7.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, projek litar pemasa ini telah berjaya disambungkan dengan
selamatnya dan LED dapat menyala dengan baik. Dengan adanya latihan atau tugasan
seumpama ini kami dapat belajar dan memahami dengan cepat konsep. Kami juga
dapat mengenal dan dapat mengetahui fungsi dan kegunaaan komponen dan peralatan
yang digunakan dalam membuat litar elektronik. Ribuan terima kasih diucapkan kepada
ahli kumpulan yang bekerjasama dalam menyiapkan tugasan ini dan pensyarah yang
banyak membantu dalam menyiapkan tugasan yang diberikan ini.

Rujukan

Lampiran

Anda mungkin juga menyukai