Anda di halaman 1dari 21

Tajuk :

Mengkaji fasa-fasa bulan

Tujuan Amali :

Untuk mengkaji perubahan fasa-fasa bulan

Pernyataan masalah:

Adakah peningkatan hari mempengaruhi fasa bulan?

Pengenalan :

Bulan, tentu saja, telah diketahui sejak zaman prasejarah. Bulan adalah benda angkasa
yang paling dekat dari Bumi. Bulan adalah satu-satunya satelit menjadi Bumi. Ia juga berbentuk
sfera. Bulan Bumi juga adalah bulan kelima terbesar dalam Sistem Solar. Bulan juga menjadi
benda kedua yang paling terang di langit setelah Matahari (magnitud Bulan -12,7, Matahari -
26,4) dan satu-satunya benda di langit yang permukaannya dapat diamati dengan mudah. Ia
adalah objek paling terang kedua di langit selepas Matahari. Saiz Bulan adalah lebih kecil
berbanding Bumi. Diameter ulan adalah ¼ diameter Bumi. Diameter Bulan dianggarkan
3476km. Apabila Bulan mengorbit Bumi sekali sebulan, sudut antara Bumi, Bulan dan Matahari
berubah; kita melihat ini sebagai kitaran fasa Bulan. Masa antara bulan-bulan baru berturut-
turut adalah 29.5 hari (709 jam), sedikit berbeza daripada tempoh orbital Bulan (diukur terhadap
bintang-bintang) sejak Bumi bergerak jarak yang ketara di orbitnya mengelilingi Matahari pada
waktu itu. Putaran Bulan ini memberi pengaruh besar kepada Bumi.

Menurut Kim, (2016) sebagai satelit Bumi, Bulan bergerak di sekitar Bumi dengan
tempoh 27.3 hari. Uniknya, tempoh revolusi Bulan adalah sama dengan tempoh putarannya
yang berputar pada paksi, supaya permukaan Bulan dilihat dari Bumi akan sentiasa kekal dan
kita tidak akan dapat melihat permukaan Bulan membelakangi ke Bumi. Paksi putaran Bulan
sama seperti Bumi, adalah condong sedikit. Paksi Bumi condong 23.5 darjah dari garisan tegak.
Tetapi paksi Bulan hanya 1.5 darjah. Orbit Bulan tidaklah bertepatan dengan orbit revolusi Bumi
(ekliptik), tetapi melintasi pada tahap 5.2 darjah, supaya kita dapat melihat fasa bulan penuh
atau gerhana bulan secara bergantian. Kerana jika paksi orbit itu bertepatan dengan ekliptik,
kita tidak akan dapat melihat bulan purnama tetapi hanya gerhana bulan setiap bulan.
Rajah 1: Menunjukkan penentuan kecondongan Bumi terhadap permukaan ekliptik Bumi

Dalam perjalanannya mengelilingi Bumi, kedudukan Bulan berubah-ubah relatif


terhadap Matahari dan Bumi sehingga bahagian-bahagian terang Bulan dilihat dari Bumi
bervariasi dari semasa ke semasa secara berkala. Perubahan ini dipanggil perubahan fasa,
yang mengambil masa lebih lama daripada tempoh putaran, iaitu 29.5 hari (dipanggil tempoh
sinodik). Dan pada masa itu, Bulan juga akan muncul pada waktu yang berbeza pada hari itu.

Rajah 2: Menujukkan fasa-fasa bulan


Kerana ia dapat dilihat dengan jelas, penduduk Bumi juga menggunakan fasa Bulan
sebagai sistem penanda atau kalendar masa. Sistem ini ditentukan dari tempoh sinodik Bulan.
Dalam sistem kalendar terdapat 12 bulan dalam setahun, terdiri daripada 29 atau 30 hari.
Sedangkan dalam kalendar Islam yang banyak digunakan hari ini, jumlah hari dalam sebulan
ditentukan dari pengiraan umur Bulan sehingga dapat ada dua bulan berturut-turut yang
memiliki jumlah hari yang sama. Terdapat beberapa faktor kejadian perbezaan fasa fasa bulan
kerana, pergerakan bulan berputar sambil beredar mengelilingi matahari, sifat bulan sebagai
pemantul cahaya dan sifat bulan sebagai objek legap.

Fasa bulan telah dinamakan mengikut urutan iaitu Anak Bulan/ Bulan Baru (New Moon),
Bulan Sabit Baru (Waxing Crescent), Bulan Separa Pertama (First Quarter), Bulan Purnama
Baru (Waxing Gibbous), Bulan Purnama/Penuh (Full Moon), Bulan Purnama Lama (Waning
Gibbous), Bulan Separa Akhir (Last Quarter) dan Bulan Sabit Lama (Waning Crescent).

Pembolehubah:

Manipulasi: Bilangan hari

Bergerak balas: Perubahan fasa bulan

Malar: Jenis kamera yang digunakan, menggunakan aplikasi perisian Stellarium

Hipotesis:

Semakin meningkat bilangan hari, perubahan fasa bulan dapat diperhatikan

Alat dan radas:

Kamera, kertas catatan, pensel, aplikasi perisisan Stellarium

Prosedur:

1. Maklumat mengenai terbit dan terbenam bulan daripada buku, majalah, jurnal, surat
khabar atau internet dicari.
2. Lokasi sesuai dipilih dan bulan yang terdapat di kawasan itu diperhatikan setiap hari
selama dua minggu.
3. Pemerhatian dijalankan menggunakan mata kasar.
4. Kamera yang sesuai digunakan untuk mengambil gambar.
5. Tarikh dan waktu pemerhatian direkodkan.
6. Kedudukan bulan dan sebarang perubahan bentuk bulan termasuk juga sama ada
hari tersebut hujan atau tidak dicatatkan ke dalam jadual dengan menggunakan nombor,
perhubungan ruang dan masa.
7. Data yang diperoleh dianalisis dan ditafsirkan.

Keputusan:

Jadual 1 : Pemerhatian fasa bulan

Tarikh Gambar Fasa bulan yang Catatan pemerhatian


sepatutnya kelihatan

14 Jan 2019 Cuaca: Tiada hujan

Peratus kecerahan: 53.1%

Fasa bulan: separa (7.7 hari)

Darjah Azimuth: 281.34º

Darjah Altitud: 45.11 º

15 Jan 2019 Cuaca: Tiada hujan

Peratus kecerahan: 63.3%

Fasa bulan: separa (8.6 hari

Darjah Azimuth: 281.34 º

Darjah Altitud: 45.11 º

16 Jan 2019 Cuaca: Tiada hujan

Peratus kecerahan:72.7%

Fasa bulan: separa (9.6 hari)

Darjah Azimuth: 42.24 º

Darjah Altitud: 75.03 º


17 Jan 2019 Cuaca: Hujan kilat

Peratus kecerahan: 82.1%

Fasa bulan: hampir purnama


(10.7 hari)

Darjah Azimuth: 47.47 º

Darjah Altitud: 67.49 º

18 Jan 2019 Cuaca: Tiada hujan

Peratus kecerahan: 90.6%

Fasa bulan: hampir purnama


(11.8 hari)

Darjah Azimuth:318.44 º

Darjah Altitud: 66.18 º

19 Jan 2019 Cuaca: Tiada hujan

Peratus kecerahan: 96.3%

Fasa bulan: purnama (12.9)

Darjah Azimuth: 35.07 º

Darjah Altitud: 66.51 º

20 Jan 2019 Cuaca: Tiada hujan

Peratus kecerahan: 99.6%

Fasa bulan: purnama (14.1 hari)

Darjah Azimuth: 35.53 º

Darjah Altitud:66.59 º
21 Jan 2019 Cuaca: Tiada hujan

Peratus kecerahan: 99.8%

Fasa bulan: purnama (15.2 hari)

Darjah Azimuth: 70.02 º

Darjah Altitud: 21.34 º

22 Jan 2019 Cuaca: Tiada hujan

Peratus kecerahan: 96.6%

Fasa bulan: purnama lama


(16.0 hari)

Darjah Azimuth: 67.4 º

Darjah Altitud:51.2 º

23 Jan 2019 Cuaca: Tiada hujan

Peratus kecerahan: 90.8%

Fasa bulan: purnama akhir


(17.6 hari)

Darjah Azimuth: 78.10 º

Darjah Altitud: 26.31 º


24 Jan 2019 Cuaca: Tiada hujan (langit
cerah)

Peratus kecerahan: 89.7%

Fasa bulan: purnama akhir


(17.8 hari)

Darjah Azimuth: 286.49 º

Darjah Altitud: 61.01 º

25 Jan 2019 Cuaca: Tiada hujan

Peratus kecerahan: 73.0%

Fasa bulan: hampir purnama


akhir (19.9 hari)

Darjah Azimuth: 88.29 º

Darjah Altitud: 4.31 º

26 Jan 2019 Cuaca: Tiada hujan

Peratus kecerahan: 62.2%

Fasa bulan: separa lama (20


hari)

Darjah Azimuth: 93.34 º

Darjah Altitud: 1.25 º


27 Jan 2019 Cuaca: Mendung

Peratus kecerahan: 51%

Fasa bulan: separa lama (21


hari)

Darjah Azimuth: 98.44 º

Darjah Altitud: 3.52 º

28 Jan 2019 Cuaca: Mendung

Peratus kecerahan: 49.6%

Fasa bulan: Separa lama (22.2


hari)

Darjah Azimuth: 113.02 º

Darjah Altitud: 57.49 º

29 Jan Cuaca: Tiada hujan


2019
Peratus kecerahan: 39.0 %

Fasa bulan: sabit lama (23.2


hari)

Darjah Azimuth: 113.52 º

Darjah Altitud: 47.23 º

30 Jan Cuaca: Tiada hujan


2019
Peratus kecerahan: 29.4%

Fasa bulan: sabit lama (24.2


hari)

Darjah Azimuth: 111.06º


Darjah Altitud:28.38º

31 Jan Cuaca: Tiada hujan


2019
Peratus kecerahan: 20.4%

Fasa bulan: sabit lama (25.2


hari)

Darjah Azimuth: 115.49 º

Darjah Altitud: 19.33 º

1 Feb 2019 Cuaca: Tiada hujan

Peratus kecerahan: 13.3%

Fasa bulan: sabit lama (26.0


hari)

Darjah Azimuth: 112.05 º

Darjah Altitud: 10.59 º

2 Feb 2019 Cuaca: Tiada hujan

Peratus kecerahan: 7.2

Fasa bulan: sabit lama (27.0


hari)

Darjah Azimuth: 113.39 º

Darjah Altitud: 16.16 º

3 Feb 2019 Cuaca: Tiada hujan

Peratus kecerahan: 2.7%

Fasa bulan: sabit lama (28


hari)
Darjah Azimuth: 136.37 º

Darjah Altitud: 55.46 º

4 Feb 2019 Cuaca: Tiada hujan

Peratus kecerahan: 0.1%

Fasa bulan: sabit lama (29


hari)

Darjah Azimuth: 110.15 º

Darjah Altitud:5.35 º

5 Feb 2019 Cuaca: Tiada hujan

Peratus kecerahan: 0.2%

Fasa bulan:anak bulan (1


hari)

Darjah Azimuth: 108.56 º

Darjah Altitud:14.36 º

6 Feb 2019 Cuaca: Tiada hujan

Peratus kecerahan: 2.2%

Fasa bulan: sabit baru (1.4


hari)

Darjah Azimuth: 256.41 º

Darjah Altitud: 7.06 º


7 Feb 2019 Cuaca: Tiada hujan

Peratus kecerahan: 5.8%

Fasa bulan: sabit baru (2.3


hari)

Darjah Azimuth: 259.39 º

Darjah Altitud: 16.38 º

8 Feb 2019 Cuaca: Tiada hujan

Peratus kecerahan: 11.1%

Fasa bulan: sabit baru (3.2


hari)

Darjah Azimuth: 263.15 º

Darjah Altitud: 24.58 º

9 Feb 2019 Cuaca: Tiada hujan

Peratus kecerahan: 18.1%

Fasa bulan:sabit baru (4.1


hari)

Darjah Azimuth: 268.32 º

Darjah Altitud: 21.57 º

10 Feb Cuaca: Tiada hujan


2019
Peratus kecerahan: 26.1%

Fasa bulan: sabit baru (5.0


hari)

Darjah Azimuth: 272.53 º


Darjah Altitud: 40.48 º

11 Feb Cuaca: Tiada hujan (langit


2019 cerah)

Peratus kecerahan: 36.2%

Fasa bulan: sabit baru (6.0


hari)

Darjah Azimuth: 278.31 º

Darjah Altitud: 15.08 º

12 Feb Cuaca: Tiada hujan


2019
Peratus kecerahan: 45.7%

Fasa bulan: sabit baru (7.0


hari)

Darjah Azimuth: 287.19 º

Darjah Altitud: 52.37 º

13 Feb Cuaca: Tiada hujan


2019
Peratus kecerahan: 56.5%

Fasa bulan: hampir separa


(8.0 hari)

Darjah Azimuth: 297.00 º

Darjah Altitud: 57.58 º

Jadual 1: Menunjukkan keputusan pemerhatian Bulan


Jadual Masa Terbit dan Terbenam Bulan

Tarikh Masa Bulan terbit (jam) Masa Bulan terbenam (jam)

14 Jan 13:04 00:42

15 Jan 13:49 01:27

16 Jan 14:37 02:14

17 Jan 15:28 03: 04

18 Jan 16:24 03:58

19 Jan 17:24 04:57

20 Jan 18:27 05:59

21 Jan 19:31 07:02

22 Jan 20:33 08:05

23 Jan 21:32 09:04

24 Jan 22:27 10:00

25 Jan 23:20 10:53

26 Jan - 11:43

27 Jan 00:10 12:32

28 Jan 00:59 13:20

29 Jan 01:47 14:08

30 Jan 02:36 14:56

31 Jan 03:25 15:45

01 Feb 04:15 16:34

02 Feb 05:04 17:23

03 Feb 05:53 18:12

04 Feb 06:41 19:00


05 Feb 07:28 19:46

06 Feb 08:21 20:31

07 Feb 08:56 21:14

08 Feb 09:38 21:57

09 Feb 10:19 22:40

10 Feb 11:01 23:23

11 Feb 11:44 -

12 Feb 12:29 00:08

13 Feb 13:18 00:55

Jadual 1: Menunjukkan data Terbit dan Terbenam Bulan

MASA TERBIT DAN TERBENAM BULAN BERMULA DARIPADA


14 JANUARI 2019 HINGGA 13 FEBUARI 2019

14:24
Masa Bulan Terbit dan Terbenam (jam)

9:36

4:48

0:00

19:12
Masa Bulan terbenam (jam)
14:24
Masa Bulan terbit (jam)
9:36

4:48

0:00
1-Feb
3-Feb
5-Feb
7-Feb
9-Feb
14-Jan
16-Jan
18-Jan
20-Jan
22-Jan
24-Jan
26-Jan
28-Jan
30-Jan

11-Feb
13-Feb

Tarikh

Graf 1: Menunjukkan Masa Terbit dan Terbenam Bulan melawan Tarikh


Perbincangan :

Berdasarkan eksperimen pemerhatian yang telah dijalankan, tujuan eksperimen ini


dijalankan ialah untuk mengkaji perubahan fasa-fasa bulan. Kami membentuk kumpulan untuk
bersama–sama mengkaji fasa-fasa bulan ini selama sebulan iaitu bermula dari 14 Januari 2019
hingga 13 Febuari 2019. Kami menetapkan untuk menggunakan jenis kamera Iphone kerana
mempunyai resolusi megapixels yang tinggi dan juga perisian aplikasi Stellarium untuk
mendapatkan maklumat tentang fasa bulan dengan lebih jelas dan mendalam dari segi peratus
kecerahan, jenis fasa bulan, darjah Azimut, darjah Altitud waktu bulan terbit dan terbenam.
Lokasi dikaji gambar ialah di sekitar kawasan IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor.

Separuh Bulan sentiasa nampak pencahayaannya, tetapi apabila ia mengelilingi kita,


penglihatan berubah separuh cahaya. Cahaya yang kita nampak daripada Bulan ialah cahaya
yan dipantulkan daripada Matahari.

Rajah 3: Menunjukkan penerimaan cahaya ke atas bulan

Darjah Azimut ialah vektor dari pemerhati (asal) ke suatu titik kepentingan diunjurkan
secara serentak ke satah rujukan; sudut antara vektor yang diunjurkan dan vektor rujukan pada
satah rujukan. Azimut mewakili arah kardinal di mana objek dapat dijumpai. Ia bervariasi antara
0 dan 360 darjah. 0 darjah adalah utara, 90 timur, 180 selatan, dan 270 barat.

Sebaik sahaja mengetahui arah mana objek terletak, kita perlu mengetahui berapa tinggi
di langit untuk mencarinya. Itulah di mana Altitud masuk. Ketinggian berkisar antara 0 hingga 90
darjah, dan mengukur sudut antara ufuk, anda, dan objek. Objek dengan ketinggian 0 darjah
adalah tepat di ufuk, manakala objek pada ketinggian 90 darjah adalah secara langsung.

Fasa-fasa Bulan

Rajah 4: Menunjukkan jenis fasa-fasa bulan

Apabila Bulan mengelilingi Bumi, bentuk bulan kelihatan berubah. Ini kerana jumlah
yang berlainan dari Bulan yang diterangi menghadap kita. Bentuknya berbeza dari Bulan
purnama (ketika Bumi berada di antara matahari dan Bulan) ke Bulan baru (ketika Bulan berada
di antara matahari dan Bumi).

Merujuk kepada Jadual 1 diatas pada 14 Januari 2019 hingga 16 Januari 2019 ialah
fasa Bulan Separa Lama atau lebih dikenali sebagai Last Quarter Moon. Peratus kecerahan
antara 53.1% hingga 72.7%. Menurut Daniel, (2018) bulan separa lama berlaku apabila hanya
separuh bulan diterangi oleh matahari, dan apabila jumlah permukaan yang diterangi semakin
berkurangan. Cuaca semasa Bulan diambil tiada hujan sepanjang tempoh 3 hari. Oleh itu,
Bulan dapat diambil dengan jelas dan terangDarjah Azimut antara 42.24 º -281.34 º. Darjah
Altitud 45.11 º -75.03 º.

Pada 17 Januari 2019 hingga 18 Januari ialah fasa bulan hampir purnama atau
Waxing Gibbous Moon. Peratus kecerahan antara 82.1% hingga 90.6%. Menurut Ben dan Paul,
(2004) bulan hampir purnama ialah apabila permukaan bulan yang kelihatan lebih daripada
setengah diterangi, tetapi tidak diterangi sepenuhnya. Apabila bahagian bulan diterangi adalah
antara 51% hingga 99%, dan peratusan bulan yang bercahaya semakin meningkat, ia adalah
bulan hampir purnama. Darjah Azimuth ialah diantara 47.47 º hingga 318.44 º. Cuaca semasa
Bulan diambil hujan kilat pada 17 Januari 2019 dan tiada hujan pada 18 Januari 2019. Darjah
Altitud diantara 67.49 º hingga 66.18 º.

Pada 19 Januari 2019-21 Januari 2019 ialah fasa bulan purnama. Bulan Purnama atau
Penuh merupakan fasa bulan yang berlaku apabila bulan berada di sebelah bertentangan
dengan bumi dan matahari. Menurut Charles, (2007) pada kedudukan ini, seluruh permukaan
bulan yang disinari cahaya matahari akan menghadap bumi dan kelihatan bulat mencapai
bentuk penuh iaitu fasa bulan penuh antara usia 13-15 hari. Dalam fasa bulan penuh ini, Bulan
akan naik pada masa yang sama seperti matahari terbenam. Cuaca semasa Bulan diambil
tiada hujan sepanjang tempoh 3 hari. Peratus kecerahan diantara 96.3% hingga 99.8%. Darjah
Azimuth ialah diantara 35.07 º hingga 70.02 º. Darjah Altitud ialah diantara 66.51 º hingga 21.34
º.

Pada 22 Januari 2019- 25 Januari 2019 ialah fasa Bulan hampir purnama lama (16.0
hari-19.9 hari) atau juga dikenali Waning Gibbous Moon. Cuaca semasa gambar diambil tiada
hujan dan langit cerah. Peratus kecerahan ialah 73.0% hingga 96.6% daripada bahagian
permukaan bulan yang disinari cahaya matahari menghadap bumi. Menurut Kris et.al , (2017)
bulan hampir purnama lama berlaku apabila lebih daripada separuh, namun kurang daripada
permukaan yang kelihatan di seluruh bulan, diterangi oleh matahari. Peratusan permukaan
terang bulan semakin berkurangan pada masa ini dan antara 99% hingga 51%. Darjah Azimuth
ialah 67.4 º hingga 88.29 º. Darjah Altitud ialah 51.2 º. Darjah Azimuth ialah 78.10 º hingga
286.49 º. Darjah Altitud ialah 4.31 º hingga 61.01 º.

Pada 26 Januari 2019 -28 Januari 2019 ialah fasa Bulan separa lama atau juga
dikenali Last Quarter Moon. Peratus kecerahan ialah 62.2%-49.6% daripada bahagian
permukaan bulan yang disinari cahaya Matahari menghadap ke Bumi. Menurut Ben dan Paul,
(2004) bulan separa lama berlaku apabila hanya separuh bulan diterangi oleh matahari, dan
apabila jumlah permukaan yang diterangi semakin berkurangan, terbit 18 jam selepas matahari
terbenam pada usia 21 hari. Cuaca semasa gambar yang diambil tiada hujan pada 26 Januari
2019 dan pada 27 Januari 2019- 28 Januari 2019 ialah cuaca mendung. Darjah Azimuth ialah
93.34 º hingga 113.02 º Darjah Altitud ialah 1.25 º hingga 57.49 º.
Pada 29 Januari 2019- 4 Febuari 2019 ialah fasa Bulan Sabit Lama atau juga dikenali
Waning Crescent Moon. Fasa bulan sabit akhir, diterbitkan 3 jam sebelum matahari terbit dan
akhirnya ia akan kembali ke fasa Bulan baru. Keadaan cuaca semasa gambar tiada hujan.
Peratus kecerahan diantara 2.7% hingga 39.0 % pada 29 Januari-3 Febuari. Seterusnya, pada
4 Febuari peratus kecerahan 0.1% bulan mula tidak kelihatan. Menurut Remi, (2017) bulan
sabit lama berlaku apabila terdapat kurang dari separuh bulan diterangi, dan apabila peratusan
bulan diterangi berkurang. Peratusan bulan yang diterangi semasa bulan sabit menurun antara
49% hingga 0%. Darjah Azimuth diantara 113.52 º hingga 110.15 º. Darjah Altitud diantara 5.35
º hingga 47.23 º.

Pada 5 Febuari 2019 mengalami fasa Anak Bulan. Anak Bulan atau Bulan Baru
merupakan fasa Bulan yang berlaku apabila Bulan yang bergerak dalam orbit mengelilingi Bumi
berada di antara Bumi dan Matahari iaitu berada sebaris atau sebilangan dengan Matahari jika
dilihat dari Bumi. Pada ketika ini, bahagian permukaan Bulan yang gelap (yang tidak disinari
cahaya Matahari) akan menghadap ke arah Bumi. Oleh itu, Bulan tidak kelihatan dari Bumi
melalui mata kasar. Pada masa ini, Bulan yang berada dalam fasa Anak Bulan atau Bulan Baru
akan muncul serentak dengan Matahari. Keadaan cuaca semasa gambar Bulan diambil tiada
hujan. Peratus kecerahannya hanyalah sedikit iaitu 0.2%. Amat sukar untuk mengetahui
kedudukan sebenar Bulan. Darjah Azimuth ialah 108.56 º. Darjah Altitud ialah 14.36 º.

Pada 6 Febuari 2019-12 Febuari 2019 ialah fasa Bulan Sabit Baru atau dikenali
sebagai waxing crescent moon. Hanya sebahagian kecil 1% - 49% sahaja peratus kecerahan
permukaan bulan yang disinari cahaya Matahari menghadap ke Bumi. Menurut Daniel, (2018)
selepas fasa Anak Bulan bahagian Bulan yang paling terang yang kelihatan dari Bumi
meningkat sehingga Bulan kelihatan seperti bulan sabit (fasa bulan sabit awal) dan masa
naiknya menjadi semakin petang. Bulan sabit bermakna kurang setengah bulan diterangi, jadi ia
adalah antara 1% hingga 49% diterangi. Keadaan cuaca di sepanjang tempoh seminggu
gambar bulan diambil tiada hujan serta langit cerah. Darjah Azimuth ialah diantara 256.41 º
hingga 287.19 º. Darjah Altitud ialah diantara 7.06 º- 52.37 º.

Pada hari terakhir iaitu 13 Febuari 2019 ialah fasa Bulan Hampir Separa atau lebih
dikenali First Quarter Moon. Kemudian pada hari-hari berikutnya, bentuk bulan sabit akan
meningkat sehingga akhirnya separuh Bulan menghadap ke Bumi menjadi terang, yang
bermaksud Bulan berada pada fasa setengah awal atau suku awal. Sudut semasa antara Bulan
dan Matahari adalah 90 darjah dan Bulan, yang berusia sekitar 7 hari, akan muncul 6 jam
selepas Matahari. Peratus kecerahannya ialah 56.5%. Keadaan cuaca semasa gambar Bulan
diambil ialah tiada hujan dan langit cerah. Darjah Azimuth ialah 297.00 º. Darjah Altitud ialah
57.58 º.

Terbit dan Terbenam Bulan

Berdasarkan graf 1 menunjukkan bahawa masa Bulan terbit dan terbenam dari 14
Januari hingga 25 Januari bertambah dan 26 Januari menurun secara mendadak dan kembali
meningkat dari 27 Januari sehingga 13 Febuari tetapi bagi masa bulan terbenam pada 11
Febuari menurun secara mendadak. Kemudian, kembali menaik pada 12 Febuari hingga 13
Febuari.

Bulan menunjukkan corak yang sama dengan matahari tetapi tidak mengambil masa
satu tahun, ia bergerak melalui corak dalam sebulan 27 hari, yang merupakan masa yang
diambil oleh Bulan untuk mengelilingi Bumi. Selama setengah bulan bulan terbit ke selatan
timur dan bertentangan selatan. Pada separuh lagi ia terbit ke utara timur dan terletak di utara
barat. Akan tetapi di mana Bulan terbit dan terbenam tiada kaitan dengan fasa Bulan. Oleh itu,
pada hari tertentu contohnya Bulan sabit boleh terbit sama ada utara atau selatan timur.

Bulan terbit dan terbenam setiap hari, muncul di horizon seperti Matahari. Masa
bergantung kepada fasa bulan. Ia naik kira-kira 30 hingga 70 minit kemudian setiap hari
daripada hari sebelumnya, jadi bulan keluar pada siang hari kerana sering kali ia keluar pada
waktu malam. Pada masa bulan baru, bulan naik pada kira-kira waktu yang sama matahari
terbit, dan ia menetapkan pada masa yang sama matahari terbenam. Seperti hari-hari berlalu
(kerana ia menjadi Bulan sabit, Bulan separuh, dan Bulan hampir purnama, dalam perjalanan
ke bulan purnama), Bulan terbit pada siang hari (selepas Matahari terbit), naik setiap hari, dan
ia terbenam pada waktu malam, menetapkan kemudian dan kemudian setiap malam. Pada
Bulan purnama, Bulan terbit kira-kira pada waktu yang sama Matahari terbenam, dan bulan
terbenam pada kira-kira waktu yang sama Matahari terbit.

Apabila Bulan berkurang (menjadi Bulan separuh dan Bulan sabit, dalam perjalanan ke
Bulan baru), Bulan terbit pada waktu malam, selepas Matahari terbenam dan terbit setiap
malam. Ia kemudiannya terbenam pada siang hari, selepas matahari terbit. Akhirnya, bulan naik
begitu lewat pada malam hari bahawa ia sebenarnya naik di sekitar Matahari terbit, dan ia
terbenam di sekitar matahari terbenam. Itulah saat Bulan baru sekali lagi.
Cadangan penambahbaikan :

1. Menggunakan teleskop untuk memerhatikan Bulan dengan lebih jelas dan terang.
2. Memerhati Bulan di tempat yang sama dan tempat yang lapang yang tiada bangunan
serta lampu untuk melihat tahap kecahayaan bulan yang maksima pada hari tersebut
3. Membuat jadual menangkap gambar bulan yang lebih sistematik.
4. Merujuk jadual terbit dan terbenam bulan sebelum melaksanakan amali.
5. Menggunakan kamera yang mempunyai megapixel yang lebih tinggi dan canggih seperti
DSLR.
6. Pemerhatian sepatutnya perlu dibuat pada waktu terbitnya Bulan supaya gambar fasa
bulan dapat diambil dengan jelas.

Kesimpulan:

Perubahan hari mempengaruhi fasa-fasa bulan yang diperhatikan.

Rujukan

Ben B. dan Paul S., (2004). The Clementine Atlas of the Moon. UK: Cambrigde University
Press.

Charles A., (2007). The Modern Moon: A Personal View. Australia: Sky Publishing.

Daniel N., (2018). Moon Phase Today: A Simple Trick To Figure Out Today’s Moon Phase.
Diakses pada 28 Febuari 2019. Diperolehi daripada https://sciencetrends.com/moon-phase-
today-a-simple-trick-to-figure-out-todays-moon-phase/

Kim L., (2016). The Moon Book 3rd Edition. US: Proximo Press.

Kim L., (2018). The Moon Almanac 2019. US: Proximo Press.

Kris et.al , (2017). Llewellyn's 2017 Moon Sign Book: Conscious Living by the Cycles of the
Moon (Llewellyn's Moon Sign Books). Minnesota: Llewellyn Publications.

Anda mungkin juga menyukai