Anda di halaman 1dari 12

ISI KANDUNGAN

Bil. Perkara Muka surat


1. Pengenalan
2. Lakaran dan Huraian Artikel Jahitan
3. Fabrik dan Bahan
4. Pengekosan
5. Langkah menjahit artikel jahitan
6. Refleksi
7. Rujukan

1.0 PENGENALAN
Projek jahitan adalah kemahiran pertama yang dipelajari oleh kami dalam silibus
Ekonomi Rumah Tangga (RBTS3203). Objektif kursus ini adalah kepada langkah-langkah
keselamatan dan kebersihan semasa menjahit, membezakan recaman jenis fabrik,
seterusnya menghasilkan sebuah artikel mudah mengikut kaedah proses jahitan yang betul.
Selain mendedahkan pelajar kepada artikel jahitan yang dihasilkan oleh pelajar adalah salah
satu tugasan kerja kursus RBTS3203 dengan wajaran 40%. Oleh itu, pelajar perlu membuat
tugasan yang diberikan ini dengan bersungguh-sungguh. Artikel jahitan yang dihasilkan
akan dihiaskan dengan sekurang-kurangnya 3 jenis sulaman dan satu manik. Justeru itu,
pelajar harus menunjukkan kreativiti dan idea masing-masing kerana banyak mempengaruhi
markah kerja kursus ini.

Pada mulanya, saya ingin membuatkan lapik meja berukuran 1.5 m x 0.7m akan
tetapi dengan saiz tersebut akan memakan masa yang lama untuk menyiapkan sulaman
dan manik. Oleh itu, saya telah mengecilkan saiznya kepada 1m x 1m. Kebaikan alas meja
ini ialah dapat menghalang meja daripada rosak serta dapat mencantikkan meja.

Akhir sekali, pelajar diminta untuk menyiapkan sebuah laporan untuk dinilai oleh
pensyarah setelah menyiapkan jahitan dan sulaman.

2.0 LAKARAN DAN HURAIAN ARTIKEL JAHITAN

2.1 Lakaran idea alas meja


2.2 HURAIAN ARTIKEL JAHITAN

Lakaran alas meja yang dibuat terlebih dahulu untuk memudahkan penggambaran
idea yang kita inginkan dengan lebih jelas dan teratur. Alas meja yang dihasilkan ini amat lah
mudah dan ringkas. Berdasarkan lakaran ini, alas meja yang saya hasilkan ini hanya
menggunakan jahit tepi untuk mengemaskan tepinya. Saiz ukuran alas meja ini saya
mengambil mengikut ukuran meja jepun iaitu berukuran 0.9m x 0. 7m.

Tema alas meja ialah Floral. Saya hanya menggunakan satu jenis kain sahaja untuk
lebih menonjolkan corak sulaman dan manik. Oleh itu, saya menggunakan kain yang tidak
bercorak dan warna yang lembut untuk menaikkan seri atau menimbulkan corak2 sulaman
dan manik. Saya memilih kain jenis kapas yang tidak licin. Warna kain dipilih mengikut
keserasian warna.

Tugasan ini harus mempunyai tiga jenis sulaman dan dihiasi dengan manik. Oleh itu,
saya memilih untuk corak bunga yang besar di hujung sebelah kanan bawah dan kiri atas
kain serta daun berangkai pada sekeliling alas meja. Saya membuat corak bunga dengan
menggunakan jenis sulamanPada batang pula saya menggunakan jenis sulaman rose,
jelujur halus, jahitan kia, simpul ulat, tusuk datar, jahitan panjang pendek, lazy daisy
dan rantai

Saya juga menyulam daun di sekitar bunga dengan sulaman jenis....Seterusnya, di


sebelah kiri atas kain saya menghiasinya dengan corak manik bunga dan daun.
Saya memulakan jahitan ini dengan menyiapkan jahitan tepi terlebih dahulu dan
kemudiannya saya mula menyulam dan memasang manik. Hal ini demikian kerana menjahit
jahitan tepi untuk alas meja mudah dan mengambil masa yang singkat berbanding masa
untuk menyulam dan memasang manik.

3.0 FABRIK DAN BAHAN

Jenis Fabrik yang Digunakan

Bil Nama Fabrik Catatan


1. Kain kapas Digunakan sebagai kain utama
untuk menyulam dan meletakkan
manik

Jenis bahan yang digunakan

Bil Nama Bahan Catatan


1. Benang sulam Digunakan untuk membuat sulaman
pada artikel

2. Manik pelbagai bentuk Digunakan untuk menghias artikel.


Contohnya, manik panjang untuk
membuat daun atau manik bulat
untuk membuat bunga.

3. Benang jahitan Digunakan untuk memasang manik

4.0 PENGEKOSAN
4.1 Pengiraan kos bahan

Bil Bahan Kuantiti Harga Seunit Jumlah Harga


(RM) (RM)
1. Kain kapas 1 meter x 1 meter 1.00 1.00

2. Benang sulam 10 warna 10 x 1.50 11.50

3. Manik pelbagai bentuk 6 jenis 6 x 1.50 9.00

4. Benang jahit 1 jenis 1x 1.00 1.00

JUMLAH 22.50

4.2 Pengiraan kos upah

KOS UPAH
Bil Kepakaran Upah Bil. Jam Jumlah Tenaga
Seorang/ (RM)
Jam (RM)
1. Membuat pola 0.50 1 0.50

2. Memotong dan menjahit fabrik 1.00 1 1.00

3. Menyulam dan memasang manik 3.00 8 24.00

JUMLAH 25.50

4.3 Pengiraan kos sampingan

Bil Kos Sampingan Jumlah (RM)


Perkara
1. Elektrik 1.00
2. Jahitan tepi 2.50
JUMLAH 3.50

Kos Artikel :
Kos Bahan + Kos Upah + Kos Sampingan = Jumlah Kos Keseluruhan
RM 22.50 + RM25.50 + RM3.50 = RM 51.50

Oleh itu, kos yang diperlukan untuk menghasilkan artikel alas meja ini ialah RM 51.50

5.0 LANGKAH MENJAHIT ARTIKEL JAHITAN


Langkah 1: Lakaran idea
1. Membuat cetusan idea dengan perkongsian pendapat dan carian contoh artikel jahitan di
internet.
2. Membuat keputusan pemilihan artikel. Saya memilih untuk membuat alas meja.
3. Melakar rupa bentuk alas meja yang diingini.
4.Menentukan tema alas meja iaitu bertemakan motif Floral.

Rajah 1: Menunjukkan lakaran awal alas meja

Langkah 2: Menyatakan dimensi alas meja


1. Mengukur saiz meja sebenar untuk dijadikan panduan.
2. Memindahkan ukuran kepada bentuk lukisan.

Rajah 2: Menunjukkan ukuran alas meja pada pola

Langkah 3: Mengambil Bahan


1.Semua bahan yang diperlukan disenaraikan terlebih dahulu.
Antara bahan yang diperlukan ialah:

Bahan Kuantiti
Kain Kapas 1 meter x 1 meter
Benang sulam 10 warna
Manik pelbagai bentuk 6 jenis
Benang jahit 1warna
2. Bahan yang diperlukan diambil dari bilik bekalan keperluan jahitan.
3. Bahan-bahan diambil mengikut kuantiti yang ditetapkan.

Rajah 3: Menunjukkan bahan- bahan yang perlu disediakan

Langkah 4: Memotong kain

1. Kain kapas diukur dan dipotong mengikut ukuran yang diperlukan.


Rajah 4: Menunjukkan proses mengukur dan menyurih kain

Langkah 5: Membuat sulaman dan memasang manik

1. Satu lakaran dibuat secara kasar di atas fabrik.


2. Sulaman bunga yang besar diikuti dengan bunga yang kecil.
3. Kemudian, sulaman daun berangkai disekeliling alas meja.
4. Manik dijahit dengan kemas dan kukuh agar tidak tertanggal.
5. Artikel jahitan siap.

Rajah dibawah menunjukkan jenis-jenis sulaman yang digunakan diambil daripada


buku Barbara,(2003) dan internet daripada Siti Fatimah, (2012).

Rajah 4: Cara jahitan rose Rajah 5: Cara jahitan jelujur halus


Rajah 6: Cara jahitan kia Rajah 7: Cara jahitan simpul ulat

Rajah 8: Cara jahitan tusuk datar Rajah 9: Cara jahitan panjang pendek

Rajah 10: Cara jahitan lazy daisy Rajah 11: Cara jahitan rantai
Batang jahitan kia
Batang rantai

Bunga rose

Daun tusuk datar

Lazy daisy
Bunga panjang pendek

Batang jahitan jelujur halus


Rajah 5: Menunjukkan artikel jahitan yang telah siap.

Refleksi

Pertamanya saya bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan diizin-Nya saya


telah dapat menyiapkan artikel jahitan ini hasil usaha saya sendiri tanpa sebarang
kekangan yang besar. Sepanjang melaksanakan tugasan ini, banyak kemahiran baru
dan pengalaman yang saya perolehi.

Sebelum memulakan kurus jahitan, pensyarah kursus saya Dr. Hjh Sarimah
Binti Abd Razak telah memberikan pengajaran awal tentang jahitan seperti jenis kain,
cara mengendalikan mesin yang digunakan, jenis jahitan dan jenis bahan jahitan.

Tugasan ini juga agak mencabar walaupun tugasan ini hanya menghasilkan
artikel mudah yang memerlukan sekurang-kurangnya 3 jenis sulaman dan satu
manik. Pertamanya, saya tidak pernah menggunakan mesin jahitan elektronik ini.
Keduanya, saya mempunyai cabaran dari segi aspek masa untuk menyiapkan artikel
ini pada masa yang ditetapkan kerana terdapat banyak kerja kursus yang lain yang
perlu disiapkan. Ketiga, saya perlu mengambil masa untuk mempelajari jenis-jenis
sulaman dan manik. Tetapi dengan bantuan dan bimbingan pensyarah, saya dapat
mengendalikan mesin dengan lebih baik. Saya juga dapat mempelajari beberapa
jenis sulaman dan manik melalui pensyarah dan internet.

Setelah siap menyiapkan artikel jahitan, kami dikehendaki menghasilkan satu


laporan artikel. Semasa menyediakan laporan ini, saya menyatakan semula langkah
kerja yang telah dihasilkan. Saya juga merujuk kepada pensyarah dan rakan-rakan
tentang cara-cara membuat laporan ini. Melalui penghasilan laporan artikel ini, saya
dapat memupuk nilai bertolak ansur sesama rakan-rakan dan nilai
bertanggungjawab. Saya juga berasa bangga dan bersyukur menghasilkan artikel
jahitan ini pada masa yang telah ditetapkan.

Kesimpulannya, tugasan ini menjadikan saya seorang insan yang lebih baik
dan disiplin. Tugasan ini juga dapat memantapkan kemahiran jahitan saya bukan
hanya dari segi penulisan teori tetapi juga dari segi amali. Diharapkan agar kami
diberi peluang lebih banyak untuk mempelajari kemahiran-kemahiran seperti ini di
masa akan dating.

Rujukan:

Imas R., (2012). Membuat tusuk hias benang dan alat sulam. Diakses pada 1 Febuari 2019.
Diperolehi daripada https://www.slideshare.net/waafi/elearning-1-v-membuat-tusuk-hias-
benang-dan-alat-sulam

Siti Fatimah Dzulkifli, (2014). Sulaman Benang. Diakses pada 1 Febuari 2019. Diperolehi
daripada https://de.slideshare.net/fatimadzulkifli/sulaman-benang

Barbara J. , (2003). Victorian Embroidery: An Authoritative Guide. New York:Courier


Corporation.

Mary A.C., (2013). Embroidery: Secrets of Embroidery for Stitching and Applique to Custom
Embroidery Design & Starting an Embroidery Bussiness. California; Malibu Publishing.

Yossi Z., (2006). Sulaman Benang untu Pemula. Indonesia; Niaga Swadaya.

Chyntia F. (2018). The Modern Embroidery Movement. London: Bloombury Publishing.

Anda mungkin juga menyukai