Anda di halaman 1dari 9

Cara Jahit Manik Tabur

Step 1: Seperti biasa buatkan 1 simpulan. (Bole mula dr mane2 permukaan atas fabrik. Tapi dah ‘alah
bisa tegal biasa’  lah kan, menjadi habit kite start dr jahitan cantuman lengan baju) Pastu, masukkan
sebutir manik.

Step 2: Positionkan benang (masa tarik benang) secara bersilang. Susupkan jarum secara bertentangan
di hujung manik 1st dan keluarkan jarum dengan menganggarkan jarak kepanjangan 1 butir manik
hexagon. Tarik benang perlahan-lahan.

Step 3: Dah tarik, masukkan sebutir manik (2nd manik – tak kisah wane ape pun janji ikut kesukaan.
Tapi musti pastikan rules color scheme dipatuhi).

Step 4: Ulang step 2 berulang kali (utk memenuhi ruang lakaran kite) dan yg penting pastikan jarak
kepanjangan sentiasa mengikut manik.
Inilah hasil nye! (tak abis jait lagi ni – WIP. Jubah ni  k.Hajjah beli mmg dah ade corak sulaman benang
by machine. So dia minta, some embelishment dgn manik2 to be done, utk dia pakai mlm dinner
function ofis. Insya allah, sempat..)
Lepas ni, kite tunjukkan mcm mane nak jait lis utk baju kurung! daa..(until next post)

Jahit Manik Tabur


Langkah-langkah:
1. Sediakan manik yang bersesuaian dengan kombinasi warna kain & manik. Benang seelok-eloknya
sama warna dengan warna kain.

2. Mulakan menjahit manik ikut suka mana-mana arah dan anggarkan jarak di antara setiap manik
adalah sama/hampir sama mengikut kepadatan yang diinginkan (sama ada jarak atau rapat).
3. Manik dijahit satu persatu atau boleh juga gunakan 2 biji sekali. Cucuk jarum dari bawah kain,
masukkan sebutir manik dan cucuk semula jarum ke bawah jaraknya sama dengan saiz manik.

4. Penuhkan manik di kawasan atau zonnya yg berhampiran.

***Tips atau rahsia nak cepatkan jahit manik tabur ni ialah letakkan beberapa campuran manik yang
hendak dijahit pada telapak tangan dan semasa menjahit, ambik manik dari telapak tangan kiri seperti
gambar di bawah. Semasa menjahit pegang jarum dengan tangan kanan (bg yang bukan kidal).
Manakala tangan kiri digenggam supaya manik tidak jatuh/bertabur.
Walaupun teknik ini nampak senang, tapi ramai juga yang mengeluh apabila nak menyiapkannya. Jadi
jangan lupa praktikkan tips yang cheq-sue bagi nih. Selamat mencuba!
Jahit Manik Teratai
Ditulis oleh cheq sue
September 22, 2008

Share125

Sebenarnya setiap kali mengajar kelas jahit manik asas, cheq-sue akan cuba curi masa utk ajarkan
teknik yang lebih advance cthnya seperti jahit manik bunga teratai nih. Para peserta sangat suka
bilamana bunga teratai mereka menjadi. Yang tak menjadi tu tak pernah putus asa utk terus mencuba.
Di kesempatan ini sambil jahit manik pada baju raya sendiri, cheq-sue sempat ambik gambar langkah
demi langkah utk jahit manik teratai. Saiz bunga teratai yg terbentuk bergantung kepada saiz bulatan yg
kita lukis dan jumlah kelopak yg kita jahitkan di sekeliling bulatan tersebut.
Langkah-langkah:
1. Lukiskan bulatan. Untuk saiz bunga 9 kelopak ini cheq-sue buat bulatan saiz penutup pen. Saiz ni
lebih kecil daripada duit 5 sen. Tapi apabila sudah jadi bunga ia akan kembang dan jadi sebesar duit 10
sen!
 
2. Utk setiap kelopak cheq-sue gunakan 3 labuci besar, 1 labuci kecil dan 2 manik bulat. Cucuk jarum
dari bawah kain dan keluarkan jarum di atas garisan bulatan. Masukkan labuci seperti dlm gambar di
bawah. Cheq-sue lebih suka guna istilah ni: (terlangkup + terlentang + manik + terlentang + labuci
kecil terlentang + manik). Manik yg ke-2 tu kalau tak nak letak pun tak pa.

3. Kemudian turunkan labuci spt kedudukan ini menghala ke tengah bulatan dan cucuk jarum ke
bawah. Keluarkan jarum di sebelah jahitan pertama di atas garisan bulatan.

4. Ulangi langkah 2 & 3 sehingga bulatan dipenuhi dengan kelopak labuci. Labuci yang terangkat dan
berada di tengah bunga disusun berlapis supaya bulatan terbentuk kemas.
5. Utk tengah bunga jahitkan manik pearl. Sekiranya ruang di tengah bunga terlalu besar (cth: saiz
bulatan 10 sen) maka elok dijahitkan lagi labuci spt langkah 2 & 3 sehingga semua ruang dipenuhi.
Tinggalkan sedikit ruang utk jahit manik pearl pada tengah bunga.
 
Ok…Harap semua dapat memahami langkah-langkah ini. Selamat mencuba!

Cheq bercadang nak hiaskan dress flower girl Aisyah ni dengan manik “baby daisy”. Oleh itu cheq
telah pilih manik pearl kuning sebagai tengah bunga dan manik round toho warna cream untuk kelopak
bunga. Teknik jahit manik ini amat mudah dan hasilnya juga amat comel. Sangat cantik bila dijahit
pada baju kanak-kanak/baby, sesuai dengan namanya iaitu “baby daisy”.
Langkah-langkah:
1. Cucuk jarum dari bawah kain dan masukkan manik pearl utk tengah bunga. Cucuk jarum ke bawah
kain.

2. Cucuk semula jarum dari bawah kain ke atas dan masukkan 8 biji manik bulat (perlu di ingat saiz
manik ini perlu lebih kecil daripada manik utk tengah bunga. Bilangan manik bulat bergantung kepada
saiz lilitan pada manik tengah. Sekiranya manik tengah lebih besar maka lebih banyak manik bulat
diperlukan untuk membuat lilitan penuh supaya membentuk kelopak bunga.
 
3. Lilitkan manik bulat mengelilingi manik pearl (tengah bunga) dan cucuk jarum ke bawah di hujung
lilitan.
 
4.  Cucuk jarum dari bawah dan keluarkan jarum di celah manik ke-4 (ikut bilangan separuh lilitan).
Cucuk semula jarum ke bawah untuk mematikan jahitan supaya lilitan manik tidak terangkat seperti
gambar di bawah.
   

5. Siaplah jahitan manik “baby daisy”. Selamat mencuba   

Edisi cuci mata/tayang anak dara:


Jahit Manik Bunga Dahlia
Ditulis oleh cheq sue
April 19, 2010

Share75

Alhamdulillah, tak sangka sambutan utk E-tutorial Sulaman Manik Sekebun Bunga laris macam pisang
goreng panas….(hmm teringinnya nak makan pisang goreng kat Pertama Kompleks nun jauh di KL
sana….uhukuhuk:().
Terima kasih atas sokongan kalian. Bagi yang dah beli E-tutorial tu……tentu perasan bunga yang
warna oren-biru tu….tak dimasukkan langkah-langkahnya. Sengaja Cheq-Sue tak memasukkan teknik
jahit manik bunga dahlia dalam E-Tutorial tu….supaya korang akan tetap singgah bertamu ke blog
cheq-sue utk dapatkan tekniknya. Lagipun, lepas ni byk lagi nak dikongsikan….kalau korang tak
jenguk blog ni….rugilah kan.
 
Ikuti Langkah-langkahnya:
1. Lukis bulatan ukuran syiling 20sen. Tandakan  1 titik di tengah bulatan.

2. Setiap kali jahit, gunakan 3 keping labuci dan 3 biji manik bulat berselang-seli. Mulakan dari atas
garisan menghala ke dalam bulatan. Rapatkan manik & labuci dan cucuk jarum bersebelahan manik
terakhir dengan menghala ke tengah bulatan. Keluarkan jarum bersebelahan barisan labuci pertama dan
mesti di atas garisan. Ulang masukkan 3 labuci dan 3 manik berselang seli.

3. Ulang langkah 2 sehingga mengelilingi bulatan.

4. Langkah seterusnya, bagi bulatan ditengah ini boleh utk menukarkan warna labuci yang lain. Hanya
perlu ulangi langkah no-2 sehingga semua ruang dipenuhi. Untuk jahitan manik  bunga dahlia,
kebiasaannya kita tak letak pearl besar ditengah-tengah bunga. Sebab design ni dah sedia timbul
(berbanding dengan manik bunga teratai, bahagian tengahnya berlekuk spt mangkuk & perlu diisi dgn
manik pearl baru naik seri)

OK…mudahkan, selamat mencuba.


Jahit Manik Berry (Aisyah Sofea)
Ditulis oleh cheq sue
August 26, 2009

Share31

Teknik manik berry ini hampir sama dengan teknik manik jurai bagi jurai yang tergantung-gantung tu.
Cuma perincian di bahagian buah ada sedikit kelainan. Juraian manik berry ini boleh juga dibuat
pendek iaitu dengan menggunakan 2-3 manik sahaja. Untuk di bahagian leher begini sesuai dibuat jurai
panjang seolah-olah loket rantai.
Berikut adalah langkah-langkahnya:
1. Keluarkan jarum dari bawah kain. Lokasi mengikut kesesuaian (cth bawah bunga water lily)
 
2. Masukkan seberapa byk manik sesuai ikut panjang jurai yg dikehendaki melalui jarum dan diakhiri
dengan sebutir manik pearl sederhana besar. Tolak manik rapat hingga ke pangkal benang.

3. Kemudian untuk  mendapatkan bentuk berry, masukkan 5 butir manik bulat kecil (bilangan manik
kecil hendaklah sesuai utk separuh lilitan pearl). Cucuk jarum pada lubang pearl arah bertentangan
 
4. Tarik jarum keluar dan ulangi langkah 3 sehingga seluruh permukaan pearl dilitupi manik kecil
tersebut.

5. Akhir sekali masukkan sebutir manik kecil kedalam jarum dan halakan mata jarum kembali ke
lubang pearl yang di hujung jurai. Perlahan-lahan susupkan jarum melepasi semua lubang pearl dan
manik-manik hingga ke pangkal. Keluarkan jarum di sebelah dalam kain dan matikan jahitan.
 

Jahit Manik Manjalara


Ditulis oleh cheq sue
February 26, 2008
Share66
Hari ni cheq sempat siapkan jahit manik manjalara. Atas permintaan kawan-kawan yg selalu singgah ke
blog cheq ni, cheq nak berkongsi teknik atau cara-cara jahit manik untuk bunga manjalara (nama sulam
manik ni ikut suka kita nak letak nama apa pun sebenarnya).

1. Sediakan peralatan secukupnya. Pilihan warna manik ikut kreativiti, asalkan matching dengan warna
kain. Gunakan jarum khas utk jahit manik. Pilih warna benang yang hampir dengan warna kain.

2. Lukiskan bentuk seperti gambar di bawah menggunakan eraseable pen atau kapur lukis. Masukkan 3
manik maroon & 3 manik putih.

3. Jahitkan manik di setiap penjuru mengikut bentuk yang dilukis.

4. Mulakan jahitan untuk kelopak bunga jarakkan 1 manik ke bawah. 3 manik maroon & 3 manik putih.
Jahitkan sebelah menyebelah.

5. Penuhkan semua kelopak bunga.

6. Jahitan di belakang kain akan kelihatan begini. Kalau rajin boleh jahitkan kain lain untuk tutup kesan
jahitan ni. Ada juga yg buka dulu basi jahitan pada lengan baju tu….apabila siap dijahit manik barulah
dijahit semula basi kain dengan jahitan silang pangkah. Kena caj lebih sikitlah kalau nak macam tu.

7. Matikan jahitan. Jahitkan untuk tengah bunga menggunakan manik mutiara (cheq guna manik beras,
sebab tak sempat beli manik mutiara). Untuk lengan baju cantik sekiranya bunga dijahit 3 atau 4
kuntum.

8. Jahit  manik manjalara ini tak lengkap kalau tak ditambah dengan jahitan batang berlekuk macam ni.
Lukis lekuk untuk batang manjalara (menjalar).

9. Jahit manik putih menggunakan teknik jahitan ke belakang (back stitch). Sesetengah orang jahit
teknik jelujur. Bagi cheq pula teknik back stitch lebih kemas dan kukuh.

10. Dah siap!! Selamat mencuba


 

Anda mungkin juga menyukai