Anda di halaman 1dari 20

1

HBEC2503

KANDUNGAN
BIL

PERKARA

01.

PENGENALAN

02.

BAHAGIAN A

03.

MUKA SURAT

PETA PEMIKIRAN (DOUBLE BUBBLE MAP)


BANDING BEZA PENGUKURAN TIDAK STANDARD
DAN PENGUKURAN STANDARD

BANDING BEZA PENGUKRAN STANDARD DAN


PENGUKURAN TIDAK STANDARD

BAHAGIAN B

04.

RUJUKAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK


PRASEKOLAH
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

8
13

16

2
HBEC2503

PENGENALAN

Pendidikan matematik awal merupakan salah satu cabang ilmu yang


menggalakkan kanak-kanak terutamanya kanak-kanak prasekolah untuk
meneroka dan mengkaji penggunaan pemikiran logik akal fikiran dan
membuat perhitungan mudah dalam kehidupan seharian.

Selain daripada

bertujuan untuk mengembangkan kemahiran kognitf dan pemikiran logik, ia


juga adalah bertujuan untuk memupuk sikap positif murid terhadap subjek
matematik.

Selain

itu

ia

juga

memfokuskan

kepada

untuk

memperkembangkan deria atau sensori dan pemahaman dunia persekitaran


murid. Secara mudah definisi awal matematik ialah sesuatu yang berkaitan
dengan persekitaran yang mana ia mewujudkan perasaan ingin tahu dalam
diri kanak-kanak untuk merangsang perkembangan kognitif dan deria
mereka.
Unit ukuran sebenarnya telah memainkan peranan yang utama dalam
kehidupan seharian manusia dahulu hingga kini.
membincangkan berkenaan dengan

Tuntas tugasan ini akan

konsep matematik tentang ukuran

meliputi aspek berkenaan dengan ukuran standard dan ukuran tidak


standard yang juga dikenali sebagai ukuran piawai dan ukuran bukan piawai.
Ukuran dilihat merupakan salah satu tajuk yang amat menarik dalam
kurikulum matematik sekolah. Hal ini kerana murid perlu untuk mempelajari
konsep dan proses berkaitan dengan ukuran dan ia turut memerlukan
penglibatan aktif daripada situasi pelbagai dan amalan.
Justeru itu,

tugasan ini akan membincangkan berkenaan dengan

pengukran standard dan pengukuran tidak standar dan seterusnya akan


menunjukkan bagaimana topik ini akan diajar dan dilaksanakan didalam
kelas serta meninjau kekuatan dan kelemahan yang timbul selepas

3
HBEC2503

pelaksanaan sesi PdP dikelas. Hal ini kerana sebagai guru adalah dituntut
untuk kita melengkapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran serta sikap
yang bersesuaian terhadap subjek yang hendak diajar.

Ini bertujuan agar

guru dapat merancang dengan teliti dan mampu untuk merangka satu
proses pembelajaran matematik yang bermakna dan bersesuaian dengan
minat murid. Aktiviti yang mencabar, aktif, menyeronokkan dan bermakna
pastinya mampu untuk menanamkan sifat positif dalam diri mereka dan
seterusnya ia dapat dikukuhkan.

4
HBEC2503

Peta Pemikiran (Double Bubble Map) Banding Beza Pengukuran Tidak Standard dan
Pengukuran Standard
Menggunakan alat
khas yang
standard untuk
mengukur

PANJANG
-Ela

-Batu

Standard dan
ukuran adalah
tetap dan sama

Digunakan untuk
mengukur dan
menganggar

Kadar ukuran
adalah berbeza
mengikut fizikal
pengukur

PANJANG

UKURAN
STANDARD

UKURAN TIDAK
STANDARD

-Inci -Meter

-Gram

-Depa

-Kaki

-Genggam

BERAT

-Pound
-Auns

-Hasta -Jengkal

Masih digunapakai
hingga ke hari ini

-Kilometer

-Kilogram

Menggunakan
anggota tubuh
atau Objek harian
yang berada
disekitar

BERAT
-Kekacang

ISIPADU CECAIR
-Liter

-Gelen

-Pint

-Kuart

-Kilometer

Diterima pakai di
peringkat
antarabangsa

ISIPADU CECAIR
-Sudu

-Cawan

-Gayung -Baldi

-kerikil

-klip

-Paku Tekan

5
HBEC2503

6
HBEC2503

BANDING BEZA PENGUKURAN STANDARD DAN PENGUKURAN


TIDAK STANDARD

Eksplorasi dalam pengukuran adalah penting dalam kehidupan


seharian manusia disebabkan ianya adalah merupakan salah satu
bidang matematik yang sering digunakan secara meluas dalam
kehidupan seharian manusia sejagat. Unit ukuran adalah merupakan
kuantiti piawai bagi ciri-ciri fizikal, ia digunakan sebagai faktor untuk
menyatakan

kuantiti

bagi

sesuatu

sifat.

Unit

ukuran

adalah

merupakan antara peralatan yang terawal yang dicipta oleh manusia.


Dalam

membincangkan

berkenaan

dengan

sistem

ukuran

ia

merangkumi empat topik penting iaitu kuran panjang, masa dan


waktu, isipadu cecair dan timbangan berat.
Sistem ukuran adalah berbeza pada suatu masa dahulu, namun
kini terdapat satu standard ukuran yang sama yang digunapakai
diseluruh dunia yang dikenali sebagai ukuran standard (ukuran
piawai).

Jika ditinjau, masyarakat purba mempunyai sistem ukuran

tersendiri tetapi hanya melibatkan ukuran bahan makanan, rekaan


kediaman dan pakaian.
banyak

benda

seperti

Mereka memerlukan pengukuran ini bagi


untuk

membina

tempat

kediaman atau

bangunan dengan tujuan untuk mendapatkan saiz dan bentuk yang


sesuai.

Begitu juga halnya dalam proses rekaan pakaian dan

sebagainya.

Pada zaman dahulu juga banyak sistem ukuran

diasaskan dengan menggunakan bahagian badan dan benda sekeliling


untuk menganggar dan mengukur.
Sistem yang seragam adalah diketahui wujud sekitar 4 SM
dalam kalangan masyarakat Mesopotamia, Mesir, Lembah Indus dan
Elam di Parsi. Sistem yang digunapakai adalah lebih menjurus kepada

7
HBEC2503

matra jasad manusia dan ianya adalah berbeza mangikut tempat dan
keadaan seseorang. Sistem ini kini dikenali sebagai sistem ukuran
tidak standard atau ukuran bukan piawai. Jam matahari, jam pasir,
bulan dan planet-planet telah digunakan sebagai salah satu cara
untuk mengukur masa.

Kajian menunjukkan bahawa terdapat

pelbagai artifak yang dijumpai seperti Stonehenge di England sekitar


4000 tahun dahulu. Zaman dahulu juga ukuran panjang belum lagi
menggunakan unit ukuran piawai atau ukuran standard seperti yang
dgunapakai pada hari ini.

Manusia menggunakan batu, kaki dan

tangan untuk menyatakan ukuran panjang.


Keperluan dunia dalam bidang pembangunan dan kajian sains
memaksa satu sistem ukuran standard diselaraskan diseluruh dunia
hampir 300 tahun dahulu.
unit timbangan.

Begitu juga dengan sejarah penciptaan

Sukatan yang digunakan ialah cupak, kati, tahil,

gantang dan mayam. Penggunaan peralatan dacing dan pikul antara


sejarah awal unit timbangan berat. manakala dalam proses mengukur
isipadu penggunaan bekas yang standart seperti gelen digunakan.
Seterusnya sistem metrik antarabangsa yang kini digunakan ialah (SI
Unit) yang dipelopori oleh pemimpin revolusi Perancis dan setersunya
dimajukan sekitar akhir abad ke-18
Maksud perkataan standard atau piawai ialah ukuran, darjat,
biasa, lazim atau mutu.

Ukuran standard atau piawai bermaksud

ukuran atau unit yang biasa digunakan di dunia ini oleh semua pihak.
Ini adalah bertujuan untuk memudahkan sebarang komunikasi,
penterjemahan atau pelaporan bagi satu-satu perkara. Unit standard
atau piawai adalah unit yang telah ditetapkan ukurannya untuk
kegunaan semua atau sedunia.
Penggunaan ukuran piawai atau standard dalam melakukan
pengukuran

boleh

memudahkan

komunikasi

antarabangsa

dan

8
HBEC2503

kehidupan seharian kita.

Hal ini kerana masalah berkemungkinan

akan timbul sekiranya ukuran piawai atau standard tidak digunakan.


Sebagai contoh, harga sesuatu barang adalah ditentukan berdasarkan
kepada berat atau isi padu barangan tersebut.

Jika unit berat atau

isipadu yang berbeza digunakan, ia akan menyebabkan kerumitan


dalam meletakkan harga barang tersebut.
Sebelum sistem Antarabangsa (International System, SI)
diperkenalkan, sistem unit standard atau piawai yang digunakan
adalah foot-pound-second (FPS). Dalam sistem unit ini, foot (kaki),
pound (paun) dan second (saat) digunakan sebagai unit standard atau
piawai untuk mengukur panjang, jisim dan masa.

PANJANG
Panjang ialah jarak antara dua titik yang diukur sepanjang garis lurus.
Dua ukuran panjang boleh dibandingkan secara terus dengan
meletakkannya sebelah menyebelah. Panjang boleh dibandingkan
secara tidak langsung dengan membandingkannya dengan panjang
ketiga.
Perbandingan ukuran panjang sebenarnya boleh diukur
dengan menggunakan alat pengukur seperti pembaris dan pita
pengukur.
Unit bukan standard atau piawai ialah sebarang ukuran panjang
abritari yang digunakan sebagai unit. Contohnya:
a) Bahagian badan seperti jengkal, tapak kaki dan panjang
lengan.
b) Objek harian seperti pen, klip kertas, rod, lidi dan
sebagainya.
Pada zaman dahulu kala, bahagian badan sering menjadi ukuran
untuk mengukur panjang. Sebagai contoh:
a. Hasta- daripada siku ke hujung jari hantu.
b. Jengkal- daripada hujung ibu jari ke hujung jari kelengkeng
yang diluaskan pembukaan jari.

9
HBEC2503

c. Depa- daripada hujung jari hantu ke sebelah tangan lagi


Satu.
d. Genggam- semua jari ditutup dan dari tepi tapak tangan
ke tepi ibu jari (masih lagi digunakan pada masa sekarang
untuk mengukur tinggi kuda).
e. Kaki- membahagikan ukuran kepada 12 inci, dan ikuran
asalnya adalah berdasarkan kepada panjang kaki.
Seterusnya ukuran unit standart atau piawai bagi panjang yang
telah diterima di peringkat antarabangsa ialah ela, meter, batu, inci
dan kilometer. Unit-unit ela, batu dan inci dikenali sebagai unit
imperikal. Manakala unit meter dan kilometer dikenalai sebagai unit
matrik. Contoh-contoh lain bagi unit untuk metrik bagi panjang
termasuklah juga milliliter, sentimeter dan decimeter.

BERAT
Dalam sains, terminology yang digunakan untuk jisim dan berat
mempunyai dua pengertian yang berbeza. Jisim adalah ukuran jumlah
jirim dalam sesuatu objek manakala berat pula ialah tindakan graviti
ke atas jisim. Namun walaubagaimanapun, kedua-dua penggunaan
istilah terminologi ini adalah agak longgar kerana dari segi bahasa
maksudnya adalah sama.
Biasanya proses berat objek merujuk
kepada jisim.
Jika dibandingkan dengan konsep panjang, konsep jisim adalah
lebih sukar untuk difahami kerana jisim adalah bersifat tidak boleh
dilihat, tetapi ia boleh dipegang dan dirasa. Dengan erti kata lain
berat dua objek adalah tidak boleh dibandingkan dengan melihat.
Berat objek adalah berada dalam keadaan tidak berkadar terus
dengan saiz. Ketulan besi yang kecil berkemungkinan adalah lebih
berat daripada bungkusan besar kapas. Maka adalah amat penting
untuk memberi kesedaran kepada murid bahawa saiz objek yang
besar adalah tidak semestinya lebih berat daripada objek yang
bersaiz lebih kecil.
Ukuran unit bukan piawai atau tidak standard bagi berat ialah
sebarang ukuran berat abritari yang digunakan sebagai unit. Bagi
ukuran unit bukan standard atau bukan piawai bagi berat antara

10
HBEC2503

contoh objek yang menjadi kebiasaan digunakan ialah kekacang, biji


getah, klip kertas, paku tekan dan batu kelikir.
Seterusnya unit ukuran berat yang boleh diterima di peringkat
antarabangsa yang seterusnya telah menjadi unit ukuran standard
dan piawai bagi berat ialah kilogram, pound, auns dan gram. Unit-unit
seperti paun dan auns ialah unit imperial bagi berat sementara
kilogram dan gram pula ialah unit metrik.

ISIPADU CECAIR
Isipadu cecair ialah jumlah ruang yang diisi didalam sesebuah bekas.
Satu daripada ciri cecair yang amat penting ialah isipadunya tetap
dan ianya tidak berubah walaupun bentuk bekasnya berubah.
Unit ukuran tidak standard atau bukan piawai bagi isipadu cecair
ialah sebarang ukuran isipadu abritari yang dugunakan sebagai unit.
Contoh biasa bekas yang sering digunakan untuk menyukat isipadu
cecair adalah sudu, cawan, mangkuk dan baldi.
Sementara unit ukuran standard atau piawai bagi isipadu cecair
yang diterima pakai di peringkat antarabangsa adalah seperti liter,
gelen, pint dan kuart. Unit-unit seperti gelen, pint dan kuart adalah
unit emperial bagi isipadu cecair manakal unit-unit seperti milliliter
dan liter adalah untuk unit metrik.
Kesimpulannya, ukuran sama ada ukuran standard mahupun
ukuran tidak standard ternyata walaupun berkongsi persamaan yang
satu iaitu digunakan untuk menyukat atau mengukur namun ia tetap
merupakan dua unit pengukuran yang berbeza. Namun kita perlu
sedar bahawa kedua unit ini wujud dimana-mana sahaja. Tambahan
pula ia sudah terintegrasi dan menggabung sebagai salah satu
daripada rutin amalan kehidupan seharian kita.
RANCANGAN PENGAJARAN SLOT
TARIKH : 27 FEB
2015
KELAS
UMUR

HARI : JUMAAT

BIL MURID : 25

Prasekolah SK Pekan, Tuaran


5+

11
HBEC2503

MASA
MODUL
TEMA
SUB TEMA
TUNJANG UTAMA
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD
PEMBELAJARAN

KESEPADUAN
TUNJANG

OBJEKTIF
PEMBELAJARAN

PENGETAHUAN
SEDIA ADA

KBKK
PENERAPAN NILAI
KOSA KATA

07.40 8.20 pagi (40 Minit)


Bertema
Diri Saya
Rumah Saya
Tunjang Sains dan Teknologi - Awal Sains
(ST 2.2) Membuat pemerhatian ke atas
objek dan fenomena alam di
persekitaran.
(ST 2.2.4) Mengukur panjang dan tinggi
objek menggunakan unit bukan piawai
(Contoh : jengkal, straw, tapak
kaki,buku)
(PM 8.1.1) Mengamalkan sikap adil dalam
pelakuan seharian.
(PM 14.2.1) Saling berkongsi dalam
menggunakan barang dan peralatan di
dalam kelas.
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran
murid dapat : 1. Mengukur panjang dan tinggi objek
menggunakan unit piawai meter.
2. Mengukur panjang dan tinggi objek
menggunakan unit bukan piawai
jengkal.
3. Menyatakan jumlah ukuran yang
dilaksanakan.
1. Murid pernah menggunakan pembaris
untuk mengukur dalam kehidupan
seharian.
2. Murid pernah melakukan perlakuan
jengkal dalam kehidupan seharian.
Menjana idea, Menyelesaikan Masalah,
Membanding beza
Patuh,Yakin, bekerjasama, berdikari, bertolak
ansur
Meja, kerusi, television, pensel, buku,
pembaris

12
HBEC2503

BAHAN BANTU
MENGAJAR

MASA /
LANGK
AH

1.
2.
3.
4.

Kad bergambar
Kad perkataan
Lembaran kerja
Bahan maujud alatan yang ada
dipersekitaran

ISI
PEMBELAJARAN
1. Guru membuat
persembahan
Kotak Ajaib

Set
Induksi
(3
Minit )

Langka
h1
(5
Minit)

1. Guru
menunjukkan
model
rumah
kepada murid.
2. Guru
mengeluarkan
satu
persatu
alatan yang ada
dalam
model
rumah.
- Meja, kerusi,

AKTIVITI P&P
1. Murid berada dalam
bulatan besar.
2. Murid
akan
memerhati
persembahan Kotak
Ajaib guru.
3. Murid
akan
menamakan
objek
yang keluar daripada
Kotak Ajaib.
1. Guru
menunjukkan
model rumah kepada
murid.
2. Murid
mengecam
dan
menamakan
alatan
yang
ditunjukkan dengan
bimbingan guru.
3. Guru meminta murid
untuk
tampil
kehadapan
dan

CATATAN /
BAHAN
Nilai
1. Patuh
BBM
1. Kotak
Ajaib

Nilai
1. Yakin
2. Bertolakansur
BBM
1. Model
rumah
2. Kad
bergamb

13
HBEC2503

Langka
h2
(8
Minit)

television,
pensel, buku,
alatan dapur,
alatan mandi
3. Guru
bersoal
jawab
dengan
murid.
- Apakah
fungsi
peralatan ini?

menamakan
ar
beberapa jenis alatan
yang
ditunjukkan
Kaedah/Tek
oleh guru.
4. Murid bersoal jawab nik
1. Soal
dengan guru.
jawab

1. Guru memberi
penerangan
tentang
pengukuran
bukan piawai
Tinggi
dan
Panjang
- Menggunaka
n Jengkal
2. Guru memberi
penerangan
tentang
pengukuran
piawai - Tinggi
dan Panjang
Menggunakan
meter
3. Guru
memperkenalka
n bahan atau
objek yang akan
diukur :
- Meja, kerusi,
television,
pensel,
rak
buku, benang
dan
tali,

1. Guru
memberi
penerangan tentang
pengukuran
piawai
dan bukan piawai
yang
boleh
di
gunakan
dalam
kehidupan seharian.
2. Guru
memperkenalkan
bahan-bahan
dan
objek kepada murid.
3. Murid
memerhati
tunjuk
cara
yang
diberikan oleh guru
iaitu mengukur tinggi
dan panjang objek
atau
alatan
menggunakan
jengkal.

Pendekata
n:
1. Bertema
Nilai
1. Bertolak
ansur
2. Yakin
BBM
1. Model
Rumah
2. Kad
bergamb
ar
Kaedah/Tek
nik
1. Penerang
an
2. Tunjuk
cara
Pendekata
n:
1. Bersepad
u

14
HBEC2503

permaidani,
penyapu
4. Guru membuat
tunjuk cara bagi
aktiviti Ukurlah
Saya.

Langka
h2
(15
Minit)

1. Guru
melaksanakan
aktiviti Ukurlah
Saya bersama
murid.
2. Guru
membimbing
murid
melaksanakan
aktiviti Ukurlah
Saya
pada
objek
atau
alatan seperti :
- Meja, kerusi,
television,
pensel,
rak
buku, benang
dan
tali,
permaidani,
penyapu
(objek atau
alatan sudah
dilabel bagi
memudahka
n murid.)

1. Murid
berada
di
dalam
kumpulan
masing-masing.
2. Guru
mengagihkan
kumpulan mengikut
objek
dan
alatan
yang akan diukur
menggunakan
jengkal dan meter.
3. Murid
menyiapkan
tugasan
yang
diberikan
iaitu
mengukur ketinggian
dan
kepanjangan
sesuatu
objek
menggunakan ukuran
piawai dan bukan
piawai iaitu jengkal.
4. Murid merekod hasil
kerja mengukur pada
lembaran kerja.
5. Guru memantau dan
memberikan
bimbingan
kepada
murid.

Nilai :
1. Yakin
2. Bekerjas
ama
3. Berdikari
BBM :
1. Kad
bergamb
ar
2. Lembara
n kerja
Kaedah/Tek
nik
1. Soal
jawab
2. Penerang
an
3. Tugasan
Pendekata
n:
1. Bermain
sambil
belajar
2. Kumpula

15
HBEC2503

n
3. Individu

Penutu
p/
Reflek
si
( 5 Minit
)

1. Perbincangan
dan pengukuhan
pengajaran dan
pembelajaran
bersama murid.
- Menyatakan
contoh unit
bukan piawai
yang boleh
digunakan
untuk
mengukur.
- Menyatakan
contoh unit
piawai yang
boleh
digunakan
untuk
mengukur.

1. Murid
membuat Nilai
refleksi tentang apa
1. Bertola
yang telah dilakukan.
k
2. Murid
menghantar
ansur
dan melaporkan hasil
2. Patuh
lembaran kerja yang
telah disiapkan.
3. Guru
memberi
peneguhan
positif
kepada murid.

16
HBEC2503

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran


Kelebihan
Setelah melaksanakan sesi pengajaran ini, saya dapati bahawa set
induksi yang dijalankan berjaya menarik perhatian murid. Dengan
adanya bahan maujud yang dibawa oleh guru berjaya membangkitkan
perasaan ternanti-nanti dalam diri murid berkenaan dengan tajuk
yang akan dipelajari pada hari tesebut. Selain itu, aktiviti yang
dijalankan juga berjaya untuk menarik perhatian murid. Ini adalah
kerana aktiviti yang dijalankan melibatkan kesemua murid untuk
mengukur perkakas yang berada disekeliling mereka.
Antara kelebihan daripada aktiviti yang dijalankan adalah guru
melihat bahawa aktiviti ini amat sesuai sekali untuk diduplikasi untuk
tajuk berat dan isipadu cecair. Hal ini kerana melalui aktiviti yang
dijalankan dapat dilihat bahawa ia sememangnya membantu murid
untuk melakukan penganggaran.
Hal ini seterusnya dapat
menggalakkan mereka untuk berfikir dan membantu mereka untuk
memperoleh measurement sense. Selain itu ia juga membantu
mendedahkan murid untuk belajar untuk membaca skala dengan
menggunakan instrument ukuan standart dan tidak standart untuk
mengukur panjang dan tinggi. Dalam aktiviti yang dijalankan (ukurlah
saya) murid diberi peluang untuk melakukan aktiviti pengukuran
sendiri dengan dibimbing oelh guru. Hal ini menggalakkan mereka
untu lebih meneroka dan membantu mereka untuk lebih memahmi
konsep ukuran standart dan ukuran tidak standart secara sendiri
dengan lebih baik dan berkesan.
Proses PdP yang menggabungkan ukuran standart dengan
ukuran tidak standard seperti unit jengkal dan meter membantu murid
untuk memahami bahawa terdapat dua jenis pengukuran yang boleh
digunakan dalam kehidupan seharian.
Latihan berkumpulan yang
dijalankan juga membantu murid untuk memperoleh pemahaman dan
kecekapan yang tinggi dalam matematik untuk tajuk pengukuran.
Kecekapan ini kemudiannya dilihat dapat dipindahkan dalam
menyelesaikan pelbagai masalah matematik dalam kehidupan
seharian mereka.

17
HBEC2503

Diakhir sesi pengajaran dan pembelajaran,


majoriti murid
berjaya untuk menguasai isi pelajaran dan berjaya untuk memahami
perbezaan antara ukuran standart dengan ukuran tidak standart.
Malah murid juga berjaya untuk menguasai tatacara untuk melakukan
aktiviti pengukuran dengan sendiri. Kesemua aktiviti yang dirancang
dengan
melibatkan
kesemua
murid
dilihat
berjaya
untuk
mengurangkan berlakunya masalah disiplin dalam kalangan murid.
Kekurangan
Isi pelajaran yang agak banyak telah menimbulkan rasa bosan dan
kekeliruan dalam kalangan murid. Hal ini telah mengakibatkan murid
kurang memberikan tumpuan dan kerap menunjukkan reaksi bosan
terhadap PdP guru. Hanya setelah murid melakukan aktiviti mengukur
sambil dibimbing oleh guru barulah murid kelihatan bersemangat dan
kembali ceria untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu setelah melaksanakan aktiviti barulah murid berjaya untuk
memahami dan membezakan kedua jenis pengukuran standart dan
pengukuran tidak standart.
Selain itu aktiviti mengukur menggunakan pembaris juga tidak
berjalan lancar sebagaimana yang diharapkan kerana sebilangan
murid tidak mempunyai pembaris. Sepatutnya saya perlu untuk
memesan lebih awal kepada murid supaya membawa pemabaris agar
aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan lancar.
Pengurusan masa perlu untuk diberi perhatian oleh guru dalam
melaksanakan aktiviti sebegini. Hal ini kerana jari pelajar yang kecil
dan pendek sedikit menyukarkan mereka untuk melakukan aktiviti
pengukuran terhadap objek yang besar dan tinggi seperti meja dan
television. Hal ini sedikit sebnayak telah menganggu kelancaran
perancangan masa guru ketika mengajar. Malah murid juga belum
cukup mahir untuk menggunakan kaedah pengukuran dengan
menggunakan jengkal dan ini menyebabkan mereka menghadapi
kesukaran dan kerap mengulang kiraan kembali kerana kerap
melakukan kesalahan dalam melakukan sukatan.

Cadangan penambahbaikan

18
HBEC2503

Bagi menambah baik aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi topik


ini pada masa akan datang, guru perlulah sedar dan peka terhadap
kemampuan fizikal murid. Maka guru perlulah untuk bersedia dan
memastikan bahan bantu yang digunakan untuk aktiviti dalam kelas
haruslah bersesuaian dengan kemampuan dan fizikal murid. Hal ini
bertujuan untuk memastikan bahawa kelancaran aktiviti yang
dijalankan didalam kelas dan tidak membebankan murid.
Selain itu kaedah penyampaian guru juga boleh ditambah baik
dengan menyertakan tayangan slide. Ini akan menambah lagi minat
murid dengan tayangan slide yang berwarna-warni selain mempunyai
animasi yang membantu.
Dari sudut pemilihan isi pelajaran guru perlulah teliti dengan
aras kognitif murid. Hal ini kerana isi pelajaran yang terlalu banyak
akan membebankan murid dan akan mengakibatkan hasil pelajaran
sukar untuk dicapai dan dikuasai sepenuhnya oleh murid. Selain itu
aktiviti penutup juga boleh dipelbagaikan selain dari menggunakan
kaedah soal jawab berkenaan dengan topik pelajaran pada hari ini.
Penutup yang menarik akan meninggalkan kesan yang mendalam dan
akan menjadikan murid tertunggu-tunggu untuk mengikuti sesi
pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang.
Untuk menambah baik lagi sesi pengajaran dan pembelajaran
berkenaan dengan topik ini, guru boleh membawa murid
melaksanakan aktiviti mengukur di luar kelas. Ini akan menjadikan
aktiviti lebih menarik selain membantu membantu guru untuk
menarik perhatian murid yang selalu tidak memberikan tumpuan
terhadap sesi pengajaran didalam kelas.
Guru juga boleh
melaksanakan permainan yang melibatkan pengukuran di luar bilik
darjah seperti bermain permainan konda-kondi yang diubahsuai agar
sesuai dengan aktiviti pengukuran standard dan pengukuran bukan
standard.

19
HBEC2503

Rujukan

Billtzer, R (2003).
River, New jersey:

Thinkong mathematically.2nd ed. Upper Saddle


Prentice-Hall

Booker, G. Boon, D. Briggs, J. Davey G. (1998). Teaching Primary


mathematics 2nd. ed. Syedney: Longman
Bittler G. Hartfield M. Edward N.T. (1989). Mathematics method for the
elementary and middle School, A comprehensif approach. Boston:
Allyn and Bacon
Mok Soon Sang (2003). A Primary Education Course in Mathematics
for Post Graduate
Diploma (KPLI). Subang Jaya: Kumpulan
Budiman Sdn Bhd

20
HBEC2503

Sharipah Ab. Rahman, Nor Hawan Misran, Rubaidah ismail, Murugiah


Velayuthiam (2009).
Introduction
to
Mathematics
education.
Selangor: Meteor Doc Sdn Bhd
http://www.allmeasures.com/

Anda mungkin juga menyukai