Anda di halaman 1dari 4

TEKS BERCERITA KISAH AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH KPM

KISAH THALUT DAN JALUT

ISI CATATAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Pendahuluan

Terima kasih, Pada pengacara Lagu


Para hakim yang bijaksana
Guru-guru rakan semua
Mari hayati… cerita hamba

Ayuh kawan-kawan dengarkan cerita saya pada hari ini yang bertajuk Talut dan
Jalut

Isi 1
Kisah ini terjadi sesudah zaman nabi Musa di mana Bani Israel telah meminta
kepada nabi Syamuil untuk mengangkat seorang raja untuk memerangi Jalut Cerita
yang telah mengusir mereka dari kampungnya. Namun dijawab oleh nabi
Syamuil

         
Maksudnya: Dalil 1
Sesungguhnya Allah mengutuskan Tholut menjadi raja kamu
(Surah Al-Baqarah ayat 247)

Ya kawan-kawan

Takdir Allah tidak terduga


Dahulunya miskin kini berharta Syair / Nazam
Talut diangkat menjadi raja
Bani Israel dibawah naungannya

Tuah ayam Nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. Tiada siapa yang
menyangka bahawa Thalut yang dahulunya tidak disenangi oleh Bani Israel
kerana tidak berharta akhirnya telah menjadi raja.

Kawan-kawan
Kita mestilah taat kepada pemimpin yang baik dan adil. Lihatlah negara Turki,
kerana kepimpinan presiden Erdogan yang adil beliau telah berjaya menambat
hati rakyatnya. Hasilnya, pemberontakan berjaya dipatahkan hasil kerjasama Isu semasa 1
dari rakyatnya.

Isi 2
keputusan nabi Syamuail yang melantik Thalut menjadi menjadi raja telah Cerita
dibangkang sepenuhnya oleh golongan Bani Israel. Mereka berkata

        Dalil 2


      
Maksudnya:
Bagaimana mungkin dia mendapat kuasa memerintah kami? Sedangkan kami
lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula diberi
keluasan harta kekayaan? (surah Al-Baqarah ayat 247)

Walau tidak berharta, Dialog


Bukan juga bangsawan ternama
Namun miliki kekuatan dan kesanggupan
Badan yang kuat akal yang sihat
Tajam fikiran, cekal jiwanya Sajak / Lagu
Layaklah Tahlut menjadi raja berdaulat

Kawan-kawan
Sebagai rakyat Malaysia kita haruslah mentaati rukun negara, supaya Malaysia
berada dalam keadaan yang aman. Jangan lah kita terikut dengan tindakan
Namewee, seorang pemuda cina yang mencabuli kehormatan lagu negaraku.
Isu semasa 2

Isi 3
Sungguh tinggi kedudukan yang diberikan Allah kepada Tholut hingga dilantik Cerita
menjadi raja. Kemudian Thalut menyeru Bani Israel untuk memerangi musuh
mereka yang kafir.

Berkibar kini bendera perang Pantun


Tentera Thalut dicabar hebat
Nabi Daud turut berjuang
Berdepan Jalut yang terkenal kuat

Tentera Thalut bergegas ke daerah kekuasaan Jalut, derap langkah Bani Israel
kini membelah bumi, menyusur padang pasir menyongsong janji illahi. Namun
mereka tetap diuji. Untuk menilai keimanan dihati.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayar 249:

       


         Dalil 3
      

Maksudnya:

Maka tatkala Tahlut keluar membawa tenteranya dia berkata”sesungguhnya


Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai”. Maka sesiapa di antara
kamu meminum airnya, bukanlah pengikutku. Kecuali sesiapa yang hanya
mencedok air sekadar membasahi kerongkongnya maka dia adalah pengikutku
Dialog
Ya kawan-kawan
Marilah kita tanamkan dalam diri semangat cintakan negara. Pujian harus kita
berikan kepada para atlit negara yang telah menymbangkan pingat dalam
sukan Olimpik dan telah mengharumkan nama negara.
Isi semasa 3

Isi 4
Namun, apa yang dikhuatirkan oleh Raja Talut terjadi jua akhirnya. Hanya
sebilangan kecil sahaja pengikutnya ynag patuh kepada arahannya dan Cerita
sebahagian besar tidak sabar dan meminum air sungai itu sepuas hati mereka.

Meskipun dengan jumlah yang kecil, raja Thalut tetap mara melawan Jalut.
Baginda percaya dengan kekuatan dan kesabaran tenteranya. Baginda juga
turut yakin dengan bantuan Allah.

Oh, tiada yang dapat membantu, Sajak


Hanya.. doa dijadikan ganti
Kepada Allah kami berserah diri
Dari jalut musuh duniawi

      


     Dalil 4

Maksudnya:
Ya tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, kukuhkanlah langkah
kami dan tolonglah kami menghadapai orang-orang kafir (Surah Al-Baqarah
ayat 250)

Ya kawan-kawan…

Peperangan di palestin sangat menyayat hati, kehidupan mereka sering


ditindas dengan zalim dan kejam. Namun mereka tetap yakin dengan janji-
janji Allah terhadap hambanya-hambanya. kawan-kawan Allah tidak mensia-
siakan hambanya yang beriman. Saudara dan saudari, bersempena dengan
bulan kemerdekaan ini marilah kita hargai pejuang negara kita yang telah
banyak berkorban demi keamanan Malaysia. Isu semasa 4 &
Pengajaran

kawan-kawan Penutup

Subhanallah Allah maha berkuasa. Sungguhpun nabi Daud bertubuh kecil,


namun semangat juang beliau amat tinggi untuk menentang kezaliman. Cerita
Bahkan nabi Daud telah berjaya membunuh Jalut sehinggakan pasukan tentera
Thalut mendapat kemenangan.

Tamatlah sudah sirah kehidupan


Kisah ujian seorang raja Pantun
Mari jadikan sebagai panduan
Insya Allah kehidupan akan terjaga

Anda mungkin juga menyukai