Anda di halaman 1dari 4

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Terima kasih tuan/puan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-
guru dan hadirin yang dihormati sekalian.

Tersebut kisah dahulu kala

Sebuah cerita banyak pengajarannya

Mari kita hayati bersama

Kisah Qarun yang haloba.

Tahukah kawan-kawan siapakah Qarun

Nama sebenarnya ialah Qarun b. Yashab b. Qahith. Qarun merupakan sepupu Nabi Musa a.s.
Dia seorang yang rajin beribadah serta pengikut setia nabi Musa a.s. Hidupnya pula sangatlah
miskin, ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Oleh kerana, Tidak tahan
dengan kemiskinan dan kesempitan hidup qarun meminta agar Nabi Musa a.s berdoa kepada
Allah supaya memberi harta kekayaan kepada dirinya.

Firman Allah s.wt

      


  
Maksudnya: Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku
sombong dan zalim terhadap mereka.

Al- Qashah ayat 76

Kawan-kawan

Usaha yang gigih disertakan dengan berdoa kepada Allah, insyaAllah kita akan memperolehi
kejayaan

Sebagaimana kejayaan seorang pelajar OKU yang bernama Ahmad Faiz b. Ibrahim yang
mendapat 10 mumtaz dalam peperiksaan Stam 2016.
Kawan-kawan

Doa Nabi Musa telah dimakbulkan oleh Allah.

Kehidupan Qarun berubah dan menjadi kaya.

Harta dan simpanannya sangatlah banyak,

sehingga kunci-kunci simpanan kekayaannya

tidak dapat dibawa kecuali oleh

beberapa orang yang gagah dan kuat.

Qarun semakin sibuk dengan kekayaannya

hingga lupa untuk beribadat kepada Allah.

Firman Allah

   


   
  
Maksudnya : Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan Yang anak-anak
kuncinya menjadi beban Yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang Yang kuat
sasa.

Al- Qashah ayat 76

Kawan-kawan,

Kita hendaklah mensyukuri diatas segala nikmat yang dilimpahkan oleh Allah seperti bersyukur atas
keamanan negara Malaysia.
Nabi Musa menasihati Qarun agar kembali mentaati perintah Allah. Allah perintahkan kepada Musa
agar qarun mengeluarkan zakat. Nabi musa juga memberitahu kadar zakat yang harus dikeluarkan.
Malangnya Qarun mengingkari perintah Allah dengan sombongnya.

“Ahh..aku tidak setuju.kadar zakat terlalu tinggi. Aku akan rugi. Harta aku akan kekurangan nanti.”

Qarun takbur dan mengingkari perintah Allah.

Firman Allah:

Assaffaat: 103

Syaitan dan iblis sentiasa berusaha untuk melalaikan dan menyesatkan manusia.

Jangan contohi sikap remaja hari ini yang hanyut dengan gejala social sehingga terjebak dalam
lumba haram,zina,arak dan sebagainya.

Qarun menyebarkan fitnah bahawa perintah zakat itu rekaan Musa. Qarun menghasut kaumnya
supaya bersekongkol dengannya menentang Musa.

Qarun sudah dikuasai iblis

Masih tidak berpuas hati

Diupah pula seorang wanita

Mengaku berzina dengan Musa

Namun Allah lebih berkuasa

Rancangan Qarun gagal belaka

Wanita upahan sudah membongkar

Kejahatan Qarun dikhalayak ramai.

Firman Allah

Al-ahzab ayat 69
Allah maha berkuasa di atas semua kejadian sebagai contoh baru-baru ni, penemuan mayat yang
masih elok dalam kejadian pasir jerlus di Kubur Dato’, Tumpat, Kelantan.

Anda mungkin juga menyukai