Anda di halaman 1dari 4

TAJUK BERCERITA KISAH AL QURAN PERTAMA LELAKI

01 - KISAH PERANG UHUD

PENDAHULUAN Terima kasih pengerusi majlis, yang dihormati barisan panel hakim,guru-guru
seterusnya hadirin sekalian.

Dengarkanlah cerita saya, kisah Perang Uhud tajuk cerita. Nasyid

Rakan sekalian.
Kalendar sirah Islam menukilkan beberapa siri peperangan semasa zaman
Rasulullah SAW. Antaranya adalah perang Uhud. Apakah dia perang Uhud ya
rakan-rakan.
ISI
PERTAMA Musyrik Mekah tewas perang Badar
Menyimpan dendam membara amarah Pantun
Bukit Uhud tempat sadar
15 Syawal 3 hijriah terpateri sejarah

Ini dikisahkan dalam al Quran. Firman Allah SWT :

        


DALIL PERTAMA Mafhumnya
Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika engkau keluar pada pagi hari dari rumah
ahlimu (di Madinah), dengan tujuan menempatkan orang-orang yang beriman pada
tempat masing-masing untuk berperang (di medan perang Uhud).
(Ayat 121, surah ali Imran)
Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga, ibarat seekor membawa lumpur,
ISU PERTAMA sekawan kerbau terpalit jua. Demikianlah realiti dunia umat Islam seperti di Iran,
Syria dan Mesir. Dek kerana berbeza pandangan, banyak nyawa dan harta benda
musnah kerana peperangan.
PENGAJARAN Oleh itu, marilah kita buang yang keruh dan ambil yang jernih demi mengelakkan
PERTAMA peperangan yang membawa pelbagai natijah yang merugikan semua pihak.
Rakan sekalian.
Apakah pula persediaan Rasulullah sebelum menuju ke Bukit Uhud ?
ISI KEDUA Rasulullah mengatur rencana
Mengumpul tentera 1000 semuanya Pantun
Lengkap senjata berbaju perisai
Tentera berkuda siap siaga

1
Malangnya, seramai 300 orang menarik diri daripada medan perang kerana dihasut
oleh Abdullah bin Ubai iaitu ketua kaum munafiq. Ini dikisahkan dalam al Quran :
DALIL KEDUA

        


Mafhumnya
(Ingatlah) ketika dua puak dari kamu (pada hari peperangan Uhud itu) terasa
lemah semangat (untuk meneruskan perjuangan) kerana takut, padahal Allah
Penolong dan Pelindung mereka;
(Ayat 122
surah ali Imran)
ISU KEDUA Tahukah rakan-rakan, pada masa kini, golongan munafiq pada era modenisasi
memasuki dimensi dan mempunyai perspektif yang luas.Sebagai contoh, lihat
sahajalah betapa ramai golongan profesional menyalahgunakan kuasa dan
melakukan jenayah rasuah.
PENGAJARAN Aduhai kesihannya keluarga dan sanak saudara mereka yang ditangkap oleh
KEDUA kakitangan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dek kerana jenayah rasuah.
Oleh itu, hindarilah dosa besar ini ya rakan-rakan.
ISI KETIGA Rakan sekalian
Bagaimana pula suasananya tatkala perang Uhud berlaku ya rakan-rakan?
Tahukah rakan-rakan, Rasulullah sempat berpesan kepada pasukan pemanah yang
diketuai oleh Abdullah Bin Zubair al Ansari.
“Lindungi belakang kami supaya mereka tidak datang menyerang kita dari arah
belakang. Hujani mereka dengan anak-anak panah. Kuda tidak dapat melawan
panah. Kita akan terus menang selagimana kamu tetap tidak berganjak daripada
tempat kamu.
Tentera Islam menentang musuh
Allah mengutus membantu Rasullulah
Pantun
Kafir Mekah lari merusuh
Petunjuk awal kemenangan agama Allah
Ini dikisahkan dalam al Quran. Firman Allah SWT :
DALIL KETIGA

       


Mafhumnya
Dan demi sesungguhnya, Allah telah menepati janjiNya (memberikan pertolongan)
kepada kamu ketika kamu (berjaya) membunuh mereka (beramai-ramai) dengan
izinNya.
(Surah
ali Imran; Ayat 142)
ISU KETIGA Pray for Rohingya, itulah antara usaha negara Islam di rantau ini dalam membantu

2
masyarakat Islam Myanmar yang ditindas kejam. Bersama-samalah kita
mendoakan kemenangan Islam di bumi Myanmar.
PENGAJARAN "Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" (Surah al-Hujuraat:ayat 10). Oleh itu, doa
KETIGA adalah senjata mustajab dalam kalangan muslim. Marilah kita bersama-sama
memohon doa semoga nur Islam kekal sehingga akhir zaman.Amin.
ISI KEEMPAT Rakan sekalian.
Apa yang berlaku selanjutnya dalam perang uhud, ya rakan-rakan?
Tentera Islam merasa alpa
Enggan peduli pesanan ketua Nasyid
Pasukan memanah merampas harta
Tanpa sedari musuh menerpa
Aduhai, dek kerana ingkar pesanan Rasulullah, tentera Islam diserap hendap. Apa
yang berlaku seterusnya ya rakan-rakan.
Musyrikin Mekah menyerang semula
Membunuh pemanah tanpa kasihan Pantun
Tentera Islam hilang hala
Ramai syahid penuh kesyahduan
Ramai tentera Islam syahid di medan Uhud termasuklah bapa saudara Rasulullah
iaitu Hamzah Bin Abdul Mutalib dan ramai juga yang cedera termasuklah
Rasulullah sendiri. Ini dikisahkan dalam al Quran. Firman Allah SWT :
DALIL KEEMPAT

         


Mafhumnya
Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka
sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga
dan) mendaapat luka yang sama (dalam peperangan Badar).
(Surah ali Imran: Ayat 140)
ISU KEEMPAT Sesungguhnya peperangan membawa banyak kesengsaraan. Lihat sahajalah
perang Iran dan Iraq suatu masa dahulu. Sehingga kini, kedua-dua negara masih
bergolak dan dilanda pelbagai masalah.
PENGAJARAN Oleh itu, Islam mendidik kita agar bermuafakat dan bertoleransi dalam berhadapan
KEEMPAT konflik dan krisis. Implementasi maksud peribahasa Melayu, bulat air kerana
pembetung, bulat manusia kerana muafakat dalam hidup bermasyarakat.
IBRAH/ PENUTUP Rakan sekalian
Sebagai ibrah keseluruhan daripada kisah Perang Uhud ini adalah peperangan
dalam sejarah Islam bukanlah kerana kuasa dan nafsu tetapi kerana
mempertahankan syiar Islam. Sebagai orang Islam juga kita wajib mematuhi
arahan pemimpin demi memastikan kejayaan dan kemakmuran bersama.
Sekian dulu, cerita saya,moga semua mendapat hidayah

3
4

Anda mungkin juga menyukai