Anda di halaman 1dari 3

KISAH MARYAM PUTERI IMRAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Terima kasih Pengerusi Majlis, Panel Hakim, Penjaga Masa serta hadirin sekalian.
Tajuk cerita saya ialah Kisah Maryam Puteri Imran.
Kawan-kawan, tahukah siapa Maryam puteri Imran? Haa Maryam adalah
anak kepada Imran, pemimpin kaum Bani Israil. Ibunya pula seorang yang rajin
beribadat. Kehidupan mereka berdua sungguh bahagia.
Malangnya. Hannah tidak dapat memberi zuriat kepada suaminya. Ini
membuatkan hatinya gundah-gulana.
Melihat burung bersama anaknya
Tercetus nazar niat dihati
Andai hamil anugerah yang Esa
Pasti dihantar di tempat yg suci.
Firman Allah: "Ya Tuhanku, Sesungguhnya Aku menazarkan kepada Engkau anak
yang dalam kandunganku menjadi hamba yang saleh dan berkhidmat (di Baitul
Maqdis). Karena itu terimalah (nazar) itu dari padaku. ( Potongan ayat 35 ,
Surah Ali-Imran )
Hannah tidak berputus asa,siang dan malam terus berdoa Lihatlah kawankawan, bagaimana kesungguhan Hannah untuk mendapatkan zuriat, tetapi
masyarakat kita hari ini bayi dibuang seperti sampah.
SesungguhNya Allah Maha mendengar. Doa Hannah dikabulkan. Gembira
sungguh Hannah dan suaminya. Bagaimana pun,ketabahan mereka diuji oleh
Allah.
Sayu hatinya tidak terperi
Hajat si suami tak sempat dipenuhi
Bimbang nazarnya tak tertunai janji
Bayi perempuan anugerah Ilahi
Hannah gembira apabila nazarnya diterima Allah. Bayi yang dinamakan Maryam
dibawa ke masjid untuk diserahkan kepada ahli-ahli ibadat. Masing-masing
berebut untuk memelihara Maryam, termasuklah Nabi Zakaria.
Undian telah dilakukan.
Setiap orang diminta mengukir nama masing-masing di atas ranting kayu lalu
dicampak ke dalam sungai. Kayu siapa yang tidak dihanyutkan, maka dialah
yang akan memelihara Maryam.
Firman Allah : Maka Tuhannya menerimanya (sebagai nazar) dengan
penerimaan yang baik, dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan Allah
menjadikan Zakariya pemeliharanya. ( Ayat 37, Surah Ali-Imran )
Ya kawan-kawan,

Kesungguhan Nabi Zakaria,memelihara anak saudaranya wajar dicontohi ibu


bapa. Sebagai anak,kita harus membalas jasa mereka.Jangan biarkan mereka
jadi seperti seorang warga tua yang merempat 10 tahun dan menumpang di
surau-surau.
Usianya kini semakin dewasa
Wanita unggul peribadi mulia
Mentaati Allah Yang Maha Esa
Contoh teladan kepada semua

Peristiwa aneh menjadi petanda


Hanya Allah Yang Maha Kuasa
Kepada Maryam dikurniakannya
Aneka hidangan telah tersedia
Apabila ditanya oleh Nabi Zakaria,dari mana datangnya buah-buahan tersebut.
Maryam hanya menjawab.
Semua ini datangnya daripada Allah swt. Allah memberi rezeki kepada sesiapa
yang dikehendakinya.
Keistimewaan Maryam menyebabkan nabi Zakaria lebih menyayanginya.
Kawan-kawan,
Anak adalah amanah Allah. Justeru itu, peliharalah mereka dengan sebaik
mungkin, jangan jadi seperti sebahagian ibu bapa hari ini yang sanggup
mendera anak.
Muncul Jibrail berupa pemuda
Terkejut Maryam tidak terperi
Membawa khabar dari yang Esa
Bakal peroleh zuriat lelaki.
Firman Allah,
Maryam berkata: "Bagaimana akan ada bagiku seorang anak laki-laki, sedang
tidak pernah seorang manusiapun menyentuhku dan Aku bukan (pula) seorang
pezina!" ( Ayat 20 , Surah Maryam )
Jibrail menghampiri Maryam, lalu menghembuskan angin ke dalam tubuhnya.
Maryam berasa takut bercampur gembira. Maryam segera kembali ke
mihrabnya.
Kawan-kawan,
Allah Maha Berkuasa melakukan sesuatu yang tidak terlintas difikiran manusia.
Lihat sahaja seekor rama-rama yang sayapnya menyerupai kepala ular. Masya
Allah..

Setelah selamat melahirkan Nabi Isa a.s, Maryam pun kembali ke bandar. Melihat
kepulangan Maryam bersama seorang bayi, pelbagai cemuhan dan fitnah
dilemparkan kepadanya.
Siapakah bapa bayi ini?, tanya salah seorang Bani Israel.
Kepangkuan Allah dikembalikan pasrah
Menjawablah Isa masih merah
Membela ibu wanita bermaruah
Tercengang manusia yang sedang marah.
Firman Allah : Itulah Isa putera Maryam, yang mengatakan perkataan yang
benar, yang mereka berbantah-bantahan tentang kebenarannya. ( Ayat 34 ,
Surah Maryam )
Yakawan-kawan
Contohilah kesabaran dan ketabahan Maryam. Jangan mudah berputus asa
sehingga sanggup membunuh diri kerana tidak mampu menghadapi tekanan
hidup.
Istimewa Maryam tiada tandingan
Mengabdikan diri pada Yang Esa
Tabah, sabar dan kesungguhan
Menjadi ikutan sepanjang masa
Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai