Anda di halaman 1dari 3

(Kata aluan)

Ucapan salam pembuka bicara


Kepada semua moga bahgia
Dihari yang indah lagi ceria
Dipagi ini dengarlah satu cerita.

Tajuk cerita saya pada pagi ini ialah pertemua Nabi Musa dan Nabi Khidir..

Nabi Musa a.s telah diutuskan oleh Allah kepada kaum Bani Israel. Kaum ini terkenal
dengan sikap degilnya…Namun begitu, Nabi Musa tidak pernah kenal erti jemu dan tidak
berputus asa dalam menyampaikan dakwahnya..

Pada satu masa, Allah… telah mengarahkan Nabi Musa pergi ketepi pantai dimuara Sg
Nil…Disituuu ..Nabi Musa akan bertemu dengan seorang hamba yang soleh..kuat
imannya dan akan bertaaambahlah ilmu pengetahuan Nabi Musa..

Tetapi….. bagaimana Nabi Musa hendak bertemu hamba itu????!! Baginda sendiri pun
tidak mengenalinya!!!

Maka Allah Taala mewahyukan supaya baginda mengambil seekor ikan dan meletakkan
ikan itu didalam sebuah balang.. apabila ikan itu melompat kedalam laut, maka disitulah
lelaki soleh itu berada…

Ikan kekek mak iloi-iloi


Ikan gelama mak ilai-ilai
Mlompat keluar ikan yang pandai
Agar diri tidak terintai

Nabi Musa pun membuat persiapan untuk memulakan perjalanan. Bagindaaa ditemani
oleh muridnya iaitu Yusya’…. Nabi Musa berpesan kepada Yusya’, supayaaa
memberitahu baginda dengan segera apabila melihat ikan itu melompat kedalam laut…

Setelah sampai dimuara Sg Nil, mereka keletihan lalu berhentilah berehat..Nabi Musa
pun tertidur… ketika itulah ikan itu melompat dari balang dan bereeeenang menyusuri
perairan laut…

Setelah Nabi Musa bangun dari tidurnya, Anak muridnya itu lupa menceritakan kejadian
tersebut. Mereka punnnn meneruskan perjalanan…beberapa lama ketika itu, mereka
berhenti sekali lagi untuk berehat. Nabi Musa menyuruh anak muridnya itu mengeluarkan
makanan…

Bila hidangan hendak disajikan,


Baru teringat tentang hal ikan
Maka diberitahu kisah kejadian,
Segeralah mereka ketempat pilihan…
Sebaik sahaja sampai ditempat baginda tidur tadi, baginda melihat ada seorang lelaki
disitu…Assalamualaikum…Namaku Musa..Berkenalanlah mereka itu tadi..lelaki itu
adalah nabi Khidir a.s..

Nabi Musa pun menyatakan hasratnya untuk berjumpa…

Nabi Musa meminta keizinan nabi Khidir untuk mengikutinya dalam perjalanan..berkata
Nabi Khidir “ Kamu tidak akan bersabar.. bila kamu mengikut aku nanti” Nabi Musa pun
menjawab “ Insya.Allah..Aku akan bersabar dan tidak akan menentang kamu…”

Nabi Khidir lantas berkata “ Kalau kamu mahu mengikut aku juga, jangan sesekali
bertanya tentang apa pun sehinggakan aku sendiri yang menerangkannya..”

Nabi Musa menerima syarat Nabi Khidir itu. Maka berjalanlah mereka sehingga sampai
ketepi pantai…. Mereka berjumpa dengan sebuah perahu penumpang..Nabi khidir
meminta kebenaran untuk menaikinya tanpa sewaan. Setelah berada didalam perahu,
Nabi Khidir melubangi perahu tersebut sehingga air mula masuk kedalamnya…

Nabi Musa terkejut lalu berkata “ Kenapa kamu lubangi perahu ini??? Apakah kamu
mahu tenggelamkan kita???!! Inikah balasan kebaikan kepada orang yang memuliakan
kita??!!

Nabi Khidir menjawab “ Bukankah sudah aku katakan, kamu tidak akan sanggup
bersabar dengan aku!!!

Nabi Musa pun segera meminta maaf…Ampunkan aku Khidir..Aku terlupa??!!

Pabila turun dari perahunya, mereka meneruskan lagi perjalanan..saaampailah kesebuah


kampung…setibanya disana, mereka melihat beberapa budak kecil sedang bermain..lalu
nabi Khidir menangkap budak itu dan dibawa ketempat yang jauh..Kemudian Nabi
Khidir membunuh budak tersebut..

Nabi Musa terkejut..dengan perasaan marah Musa berkata “ kenapa kamu membunuh
jiwa yang suci ini??!! Engkau telah melakukan sesuatu yang mungkar..!!!

“Bukankah aku katakana bahawa kau tidak akan bersabar dengan aku”..berkata Nabi
Khidir.. Nabi Musa telah lupa janjinya kali kedua…dan berkata nabi Musa “ kalau aku
bertanya lagi, kamu boleh melarang aku dari mengikut kamu..lagipun sudah banyak kali
kau memberi pertimbangan….

Nabi Khidir memaafkan Nabi Musa lagi..Mereka masih lagi meneruskan


pengembaraan..Sampai disebuah kampong, terdapat sebuah rumah yang hampir roboh
dindingnya..Nabi Khidir segera membaikinya dengan bersusah payah..melihat kepayahan
itu, Nabi Musa pun berkata “ kalau tuan mahu, eloklah tuan mengambil upah dari
usahamu ini”
Mendengar pertanyaan Nabi Musa itu, nabi Khidir merasakan mereka perlu
berpisah!!!..Sebelum berpisah nabi Khidir menerangkan tafsiran-tafsiran perbuatannya
itu..

1. Sampan yang dibocorkan itu sebenarnya milik nelayan miskin. Pabila sampan itu
dibocorkan, tidak dapatlah raja zalim disitu merampas sampan nelayan tersebut..
2. Kanak- kanak yang dibunuh itu sebenarnya bukan kanak-kanak yang baik. Kanak
itu dibunuh kerana khuatir kanak-kanak itu akan mengajak orang tuanya kejalan
yang sesat dan kekufuran.
3. Manakala didnding rumah yang hampir roboh itu kepunyaan dua orang anak
yatim dikampung itu. Dibawahnya ada harta benda simpanan untuk mereka
berdua bagi kegunaan dewasa mereka… Ayah mereka adalah orang yang soleh..

Demikianlah penjelasan Nabi Khidir kepada nabi Musa..Semua yang dilakukan bukan
kerana hawa nafsu, tetapi berdasarkan wahyu Allah..

Pengajaran dari cerita ini ialah setiap janji yang telah diberi mestilah ditepati…Bersabar
dalam menghadapi ujian Allah kerana sabar itu sebahagian daripada iman. Manakla yang
ketiga ialah Kita wajib menuntut ilmu dan carilah ilmu-ilmu yang bermanfaat…

Sekian……………….

Anda mungkin juga menyukai