Anda di halaman 1dari 6

Kisah Hijrah Nabi Muhammad

Terima kasih tuan pengerusi majlis, panel hakim yang adil lagi bijaksana,
penjaga masa yang setia, guru-guru dan ibu-bapa, serta rakan-rakan seprjuangan
yang berbahagia.
Assalamu qobla kalam, fassalamualaikum warohmatullohi wabaraokatuh.
( Nasyid : Satu muharam detik permulaan,
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam,
Dari kota Mekah ke kota Madinah..)
Para hadirin sekalian, saban tahun apabila tiba tarikh 1 Muharam, umat Islam
seluruh dunia akan meraikan hari Maal Hijrah..tetapi tahukah tuan-puan,
sebenarnya hijrah berlaku pada bulan Robiul Awal? Cuma Saidina Umar menandakan
permulaan tahun bagi orang Islam dengan Tahun Penghijrahan Nabi, dek kerana
pentingnya Hijrah kepada umat Islam.
Firman Allah Taala



Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah, nescaya dia akan dapati di muka bumi
ini tempat hijrah yang banyak dan rezeki yang melimpah.
Surah An-Nisa ayat 100
1

( Syair :

Rasululloh pemimpin agung,


Akhlak baginnda teramat ulung,
Marahnya musyrikin tidak terbendung,
Di Darun-Nadwah mereka berhimpun.)

Di Darun Nadwah mereka memutuskan untuk mengadakan komplot membunuh


Nabi. Subhanalloh, sungguh jahat pakatan mereka ini! Di zaman kita ini pun hadirin
sekalian, ramai penjenayah yang sanggup bertindak kejam seperti menculik, merogol
malah membunuh. Tak ubah seperti zaman jahiliah.
Tibalah malam ngeri,
Nabi dikepung 11 pemuda,
Saiyidina Ali mengganti tempat tidur Nabi,
Saiyidina Abu Bakar menemani baginda.
Rasululloh hadirin sekalian, merupakan seorang strategis yang sangat bijak..
sebaik melepaskan diri daripada kepungan Quraisy, baginda dan Abu Bakar tidak
terus menuju ke Madinah, sebaliknya menuju kearah bertentangan untuk
mengelirukan pihak musuh. Hamba Abu Bakar, Amir Bin Fuhairoh membawa kambing
gembalaannya untuk memadamkan jejak kaki mereka berdua.
Nabi dan Abu Bakar berjalan sama
Mendaki bukit tsur menuju ke gua
Sesampainya di pintu gua
Abu Bakar masuk dahulu
Mana tahu takut-takut ada
2

Binatang bahaya

Abu Bakar menutup lubang


Dengan kain perca
Lalu Nabi masuk ke dalam
Berehat bersama
Nabi kita telah tertidur
Di atas ribaan Abu Bakar
Lalu kaki dia dipatuk
Binatang berbisa.
Lihatlah betapa eratnya hubungan baginda Rasululloh dengan sahabatnya, serta
betapa tebalnya kesetiaan dan kasih sayang Abu Bakar terhadap baginda. Hari ini
hadirin sekalian, terdapat kes remaja yang sanggup mencampakkan bayi yang masih
merah dari tingkt 3.. Di manakah kasih sayang mereka? Sabda Raulullah saw :







.Sesiapa yang tidak mengasihi dia tidak akan dikasihi
Hmm..berbalik kepada kisah Rasululloh di dalam gua, ketika kaki Abu Bakar
dipatuk binatang berbisa, beliau menahan sakit tanpa bergerak kerana tidak mahu
mengejutkan Rasulullah, sehingga akhirnya menitislah air mata beliau ke pipi
baginda. Lalu Rasululloh tersedar dan mengubati Abu Bakar dengan meludah pada
tempat sengatan itu, lantas hilanglah bisanya.
Para hadirin sekalian, Nabi Muhammad berada di dalam gua Tsur selama 3
hari. Sepanjang tempoh itu, anak perempuan Abu Bakar yang bernama Asma
3

berulang-alik menghantar makanan kepada mereka, manakala anak lelaki Abu Bakar
yang bernama Abdullah mengawasi mereka dari tempat berhampiran pada waktu
malam. Abdullah seorang pemuda pintar, bila tiba dinihari beliau akan kembali ke
Mekah seolah-olah tiada apa yang berlaku. Abdullah Bin Uroiqit pula diupah menjadi
penunjuj jalan Nabi. Lihatlah peranan pemuda dan pemudi pada zaman Rasululloh
kawan2.. Mereka bukan sahaja berani, malah bijak mengatur strategi membantu
kebangkitan Islam.. Inilah sepatutnya yang menjadi contoh ikutan kita,,bukan artisartis yang sudah rosak akhlak dan adab mereka itu..
Kawan2, sewaktu Nabi berada di dalam gua, dikatakan para penjejak Quraisy
telah melalui kawasan itu. Pada waktu itu labah2 dan burung merpati telah membuat
sarang di pintu gua. Mengkarung pula sempat memadamkan jejak tapak kaki baginda.
Dikatakan juga,

pada waktu tersebut, cicak berdecit lantas menarik perhatian

penjejak Quraisy ke arah gua tersebut.


Salah seorang daripada mereka berkata : Eh, mungkin Muhammad dan kawannya
berada di dalam gua ini.
Ah, mana mungkin. Cuba kau lihat sarang burung dan sarang labah2 di pintu gua, tak
ada orang lah dalam tu. Firman Allah Taala :

Mereka merancang Allah pun merancang, seseungguhnya Allah sebaik2 perancang.


Surah Al-Anfal ayat 30

Begitulah kawan2, bagaimana Allah menyelamatkan hambanya daripada


komplot jahat Musyrikin Quraisy. Antara pengajaran yang dapat kita kutip daripada
kisah ini ialah :
Pertama : Lihatlah keberanian Saiyidina Ali yang sanggup menggantikan
tempat tidur Rasulollah. Beliau sanggup berkorban apa saja demi Rasululloh, walau
nyawa menjadi galang ganti.
Kedua : Kita patut mencontohi kesetiaan dan kasih sayang Abu Bakar
terhadap Rasululloh, kerana Rasululloh lah orang yang paling layak untuk kita
sayangi,
Ketiga : Lihatlah kebijaksanaan nabi merancang strategi demi memastikan
misi hijrah dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Keempat : Kita kawan2, selaku kanak2 yang meningkat dewasa, haruslah
meneladani dua tokoh pemuda dan pemudi,iaitu Asma dan Abdullah bin Abu Bakar
yang bijak memainkan peranan masing2 demi Rasululloh dan agama Islam yang
tercinta.
Kelima : Berkat kesabaran dan ketabahan Rasulullah, akhirnya negara Islam
Madinah telah tertubuh. Firman Allah Taala

Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan


Surah Al-Insyirah ayat 9
Nasi lemak buah bidara,
5

Sayang selasih saya lurutkan.


Andai terdapat salah bicara
Kemaafan tuan saya pohonkan.

Anda mungkin juga menyukai