Anda di halaman 1dari 5

Fitnah Berleluasa..

tanda akhir zaman

Fenomena Hebah dan Fitnah: Mudahnya ke Neraka Dengan Media Baru

Di dalam khutbah wuquf di Arafah yang saya dengar secara langsung dari Masjid Nimrah tengahari
tadi, antara perkara yang ditekankan oleh khatib ialah bahaya menggunakan media baru untuk
menyebarkan berita yang masih belum pasti kebenarannya ke pengetahuan umum. Khatib
menyebut bahawa antara media yang kerap digunakan ialah internet.

Penyebaran sesuatu berita tanpa menyelidik terlebih dahulu kebenaran perkara tersebut adalah
satu fenomena yang semakin menjadi-jadi pada masa ini. Akan tetapi, ianya bukan suatu perkara
baru. Semasa zaman Rasulullah dan para sahabat, fenomena ini biasanya dijuarai oleh munafiqin di
Madinah pimpinan Abdullah bin Ubai bin Salul. Sekiranya membaca keseluruhan tafsir surah al-
Taubah, kita akan dapat potret gambaran yang jelas kerja-kerja kumpulan munafiqin dalam
merosakkan imej Rasulullah dengan menyebarkan berita yang belum disahkan kebenarannya.

Zaman sekarang, penyebaran maklumat seupama ini berlaku pantas dengan berkembangnya
pelbagai aplikasi internet seperti website, weblog dan Facebook serta laman interaksi sosial yang
lain.

Zaman dahulu, penyebaran itu berlaku secara lisan. Proses sebegini biasanya lambat, akan tetapi
dipercepatkan dengan hawa nafsu manusia yang suka melapor dan mendengar berita sensasi,
apatah lagi yang membabitkan aib orang lain.
Kalau tidak percaya, bagi mereka yang mempunyai blog, cuba masukkan entri dengan tajuk yang
panas seperti wanita melayu berbogel, sejadah sujud, ulamak rasuah atau ahli parlimen berkhalwat,
nescaya blog anda akan panas dengan hit yang tinggi.

Ada sesetengah manusia suka menyebarkan berita dengan segera kerana sengaja ingin
memburukkan imej orang lain. Lantas, terjebaklah mereka dengan pelbagai jenis dosa seperti
mengumpat, memfitnah, mengadu domba dan seumpamanya. Tidak kurang juga, untuk
menambahkan lagi rencah dan perisa, maka ditokok tambah berita yang sedia ada, lalu berlakulah
pembohongan.

Ada yang membuat kerja sebegini kerana mereka merasakan perbuatan itu amatlah makruf. Rasa
terhormat dan mulia dengan tindakan mereka itu, lalu diprojekkan diri mereka dengan imej yang
baik dan intelek, dengan menyatakan contohnya Saidina Umar yang ditegur dengan wanita dengan
amaran pedangnya secara terbuka. Di dalam Islam, kita dilarang menyapu ‘habuk di bawah karpet’.
Di dalam Islam, perlu ada check and balance. Di dalam Islam, perlu ada amar makruf dan nahi
munkar. Maka, absahlah kerja-kerja mereka.

Walau apa pun juga pegangan kita di dalam fenomena hebah-hebah ini, satu perkara yang
dipersetujui oleh semua, akan tetapi bukan semua menginsafinya, iaitulah apa jua yang kita ucapkan
dan kita tulis, akan dicatat oleh Allah SWT sebagai bahan bukti mahkamah akhirat kelak. Firman
Allah dalam surah Qaf ayat 18:
ُ ‫مَّا َي ْلف‬
‫ِظ مِن َق ْو ٍل إِالَّ لَ َد ْي ِه َرقِيبٌ َعتِي ٌد‬

Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan
ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (merekodnya).

Al-Quran sebenarnya telah menyentuh akan fenomena ini. Berfirman Allah SWT di dalam surah al-
Nisa’ ayat 83:

َ ‫ُول َوإِلَ ٰى أ ُ ْولِي ٱألَ ْم ِر ِم ْن ُه ْم َل َعلِ َم ُه ٱلَّذ‬


ُ ‫ِين َيسْ َت ْن ِب‬
‫طو َن ُه ِم ْن ُه ْم َولَ ْوالَ َفضْ ُل‬ ِ ‫َوإِ َذا َجآ َء ُه ْم أَ ْم ٌر م َِّن ٱألَمْ ِن أَ ِو ْٱل َخ ْوفِ أَ َذاعُو ْا ِب ِه َولَ ْو َردُّوهُ إِلَى ٱلرَّ س‬
َ َّ
‫ان إِال قلِيل‬ َ َّ ُ َّ َ ُ ُ
َ ‫ٱ ِ َعل ْيك ْم َو َرحْ َمت ُه الت َبعْ ت ُم ٱلش ْيط‬ َ ‫هَّلل‬

Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka
terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan
kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui
oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka dan jika tidaklah
kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut
Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara
kamu)

Di dalam semua kitab tafsir muktabar, diperjelaskan bahawa ayat ini menceritakan akan perihal
manusia ketika mendengar berita yang menyenangkan atau kurang menyenangkan. Dalam konteks
ketika penurunan wahyu ini, perkara yang menyenangkan (‫ )االمن‬itu diterangkan sebagai berita
kemenangan tentera Muhammad, sementara berita yang tidak menyenangkan (‫ )الخوف‬itu merujuk
kepada berita kekalahan umat Islam. Ketika tibanya khabar angin seumpama itu, maka orang
munafiq hakiki, dan juga mukmin yang terpalit dengan sifat al-nifaq akan bersegera untuk
menghebahkannya kepada orang lain tanpa langsung ada sikap untuk memeriksa kebenarannya.
Tujuannya, pelbagai. Diterangkan dalam kitab tafsir, sebahagiannya bertujuan untuk menunjukkan
dirinya sebagai manusia hebat kerana sering mendapat berita dan maklumat terkini lagi sensasi.
Selain itu, ada juga yang menghebahkannya untuk tujuan memburukkan imej Rasulullah, contohnya
semasa peristiwa khabar ifki. Ada yang bertujuan untuk melemahkan psikologi umat Islam yang lain.
Ada yang bertujuan untuk mempermainkan emosi Rasulullah. Dan tidak kurang juga yang
melakukannya sebagai perang saraf untuk melemahkan semangat umat Islam ketika itu.

Watak yang memainkan kisah itu semasa zaman Rasulullah dan juga para sahabat adalah ramai.
Yang termasyhur ialah Abdullah bin Ubai bin Salul. Walaupun dalam satu riwayat disebut bahawa
jenazah beliau disembahyangi dan dikafankan dengan jubah Rasulullah (kerana politik pintar nabi
dan juga rasa hormat kepada permintaan anak beliau yang Muslim) sehingga membangkitkan
bantahan Umar, akan tetapi Rasulullah berkata yang jubah baginda tidak dapat menghalang
perbuatan Abdullah bin Ubai yang ketika hidupnya suka menjadi tukang hebah dan wartawan
sensasi, daripada dibaham api neraka. Di dalam ayat di atas, kumpulan ini disifatkan sebagai mereka
yang mengikut jejak langkah syaitan.

Itu kumpulan pertama, yang apabila dapat berita atau khabar angin, terus menghebahkannya
kepada massa. Akan tetapi, di sana ada kumpulan kedua, yang mana ketika didatangi dengan
maklumat sama ada yang sejuk atau yang panas, maka sikap mereka ialah merujuk kepada Allah,
Rasul, dan juga orang-orang yang berautoriti di kalangan mereka. Ulil amri  saya terjemahkan sebagai
orang yang berautoriti, supaya kita tidak sempit memahaminya sebagai semata-mata pemimpin
negara sahaja. Ia boleh jadi sebagai naqib, pengerusi persatuan, bapa, cikgu dan seumpamanya,
bergantung kepada siapa kita dan bentuk berita dan maklumat yang sampai. Ini kerana orang-oang
yang berautoritilah mampu untuk memberikan pengesahan dan penjelasan sebenar terhadap
maklumat tersebut.

Akan tetapi, Allah memberitahu kita bahawa kumpulan kedua ini hanyalah sedikit sahaja. Mereka ini
ialah golongan minoriti di dalam masyarakat. Justeru, golongan minoriti seumpama ini biasanya
sukar untuk memperbetulkan yang salah dan meluruskan yang bengkok.

Menjadi mangsa fitnah atau berita mengenai diri dihebah tanpa kebenaran di media baru, adalah
satu perkara yang perju dijangka oleh para pendakwah. Pun demikian, sehebat mana sekalipun
pendakwah itu, perasaan kecil di dalam hatinya akan tersentuh juga apabila berhadapan dengan
fitnah seumpama ini. Apatah lagi sekiranya fitnah itu datang daripada orang-orang yang hampir
dengannya, seperti sahabat karib, pembantu peribadi dan juga rakan setugas.

Sama seperti semua orang, saya juga pernah mengharungi fitnah seumpama ini. Memang sedih juga
sekiranya fitnah ini datang daripada orang-orang yang berada di sekeliling kita. Kadang-kadang gaya
percakapan kita disalahertikan lantara perbezaan budaya bahkan dialek, lalu dihebahkanlah
‘kebiadaban’ kita. Lantas disimpanlah perasaan benci yang membuak-buak selama bertahun-tahun
tak berkesudahan. Pantang nampak , habis dibelasahnya. Pantang bersuara, walaupun menerusi
institusi musyawarah, habis dibantahnya dengan fitnah yang ditokok-tambah. Nak nampak baik,
maka dihiasilah dengan al-Quran dan al-Hadith. Lalu ditaburlah onar serta duri dalam perjalanan dan
pergerakan kita. Memang jijik juga kadang-kadang, apatah lagi saya pernah mendengar rakaman
langsung sesetengah sahabat karib yang melakukan pembohongan terang-terangan ke atas diri saya
untuk kepentingan serta kepuasan dirinya.

Sekiranya kita berhadapan dengan fitnah seumpama ini, jalan terbaik yang perlu kita ambil ialah
bersabar sahaja. Walaupun kadang-kadang sampai tahap dituduh sebagai munafiq, atau ada ciri-ciri
orang munafiq, biarlah si tukang fitnah ini memuaskan hati dan melepaskan geramnya. Dalam
bersabar, perlu rasa simpati dengan mereka kerana begitu mudah mendapat dosa. Kita akan jadi
mulia sekiranya kita terus memberikan kemaafan kepada mereka, dan walaupun tanpa sebab, kita
memohon ampun kepada mereka. Dalam kehidupan berdakwah, kita perlu kenal siapa musuh kita.
Perlu menghalusi apa kerja kita. Bukanlah rakan-rakan sekeliling kita itu perlu dijadikan musuh. Dan
bukanlah membalas kesilapan kawan dengan kejahatan yang lain itu merupakan kerja kita. Musuh
kita ramai di luar sana, dan kerja kita juga amat banyak belum terlaksana.

Tukang penyebar fitnah seumpama ini, sekiranya mereka betul-betul musuh dan munafiq hakiki,
maka itu adalah kerja mereka. Berhadapan dengan mereka perlu meniru politik pintar nabi ketika
berhadapan dengan munafiq di Madinah. Tetapi sekiranya ia datang daripada orang dalam dan
orang sekeliling yang terdiri daripada orang-orang Mukmin, maka mereka perlu insaf dan sedar.
Dalam perbahasa mengenain beriman kepada Rasul, bukankah kita sepatutnya beri’tiqad bahawa
hanya Rasulullah sahaja insan yang ma’sum dan sempurna? Ini bermakna yang manusia lain,
walaupun bertaraf presiden, perdana menteri, ustaz atau tuan guru, tidak lepas daripada melakukan
kesilapan. Apabila rakan muslimnya melakukan kesilapan, maka kita perlu bersedia untuk
menerimanya dan memaafkannya. Itu tanda iman. Kalau betul-betul salah dan munkar, maka
tegurlah dengan cara yang sepatutnya, berhadapan atau melalui orang-orang yang berautoriti
seperti dalam firman Allah dan sabda Nabi. Sekiranya kita terus marah, lalu menghebahkannya
kepada massa, itu merupakan tanda yang iman kita terhadap ketidakma’suman orang lain selain
Rasulullah, sedikit bermasalah, lantaran kita menonjolkan sendiri sikap kita untuk tidak menerima
kesilapan manusia biasa.

Bagi yang diuji dengan fenomena hebah dan fitnah ini, antara cara yang turut dicadangkan oleh nabi
Muhammad SAW ialah duduk diam sahaja. Ini berdasarkan sepotong hadith sahih riwayat Bukhari
dan Muslim seperti berikut:

‫انها ستكون فتنة القاعد فيها خير من القائم و القائم خير من الماشي و الماشي خير من الساعي‬

Sesungguhnya akan terjadi fitnah, orang yang duduk (diam) adalah lebih baik daripada yang berdiri.
Orang yang berdiri adalah lebih baik daripada orang yang berjalan. Dan orang yang berjalan adalah
lebih baik daripada orang yang berlari.

Ketika berlakunya gejala fitnah, khususnya selepas pembunuhan Saidina Uthman, ramai para
sahabat yang mengambil sikap berdiam diri sahaja tanpa menyebelahi mana-mana pihak bagi
mengelakkan diri daripada terjebak dalam gejala fitnah. Ini termasulah Zubair bin al-Awwam serta
Abdullah bin Khabab. Ini merupakan tindakan yang betul. Dalam masa yang sama, ada juga yang
terpaksa mengharungi dan berhadapan dengan fitnah tersebut, seperti yang dilakukan oleh Saidina
al-Hasan. Tindakan beliau bukannya salah, kerana beliau tidak membalas fitnah dengan fitnah, akan
tetapi dengan hikmah, walaupun akhirnya diri beliau yang terpaksa menjadi korban.

Sekiranya kita menjadi mangsa fitnah, lalu kita membalas dendam dengan melakukan fitnah yang
serupa, percayalah bahawa tindakan itu adalah satu kesilapan besar dan tidak langsung
menyelesaikan masalah. Kita mungkin puas memfitnah orang lain dalam ucapan dan tulisan kita
dalam blog sebagai contohnya, akan tetapi tulisan itu akan terus kekal diingati sama seperti kekal
degilnya sikap kita yang enggan memaaf dan melupakan kesalahan orang lain. Sedangkan dalam
ilmu tazkiyatunnafsi, para ulamak salaf sering menyatakan bahawa terdapat dua perkara yang perlu
kita lupakan untuk menyucikan hati kita, iaitu kebaikan yang kita buat untuk orang lain dan juga
kesilapan orang lain terhadap kita. Kalau kerap diulang dan ditulis, maka sampai bila-bila kesilapan
orang lain itu akan diingati, maka sentiasa ‘berjagalah’ fitnah itu.

KESIMPULAN

Gejala cepat menghebahkan berita ini adalah suatu fenomena yang akan berterusan sehinggalah
qiamat kelak. Berdasarkan pemerhatian, gejala ini berlaku antara lain kerana:
a. Sikap manusia yang gelojoh dalam menghebahkan maklumat.
b. Sikap manusia yang ingin menunjukkan dirinya hebat mempunya maklumat terpantas, cepat tahu
dan cepat menganalisa.
c. Sifat manusia yang tamak ingin mendapatkan pengaruh dan keuntungan.
d. Sifat manusia yang sentiasa berbalah, lalu dihebahkanlah berita pihak lain untuk melemahkannya,
dan dalam masa yang sama ingin menunjukkan kekuatan dirinya.
e. Sifat manusia yang tidak rasa bertuhan, tidak merasakan dirinya sentiasa diperhatikan Allah, serta
tidak takut bahawa apa sahaja yang tertulis dan diucapkan, akan dibalas kelak di hari akhirat.

Sedang kita mengiktiraf terdapat beberapa jenis kemungkaran yang sekiranya nyata dan jelas
kesalahannya, yang ada keperluan menghebahkannya untuk mencegahnya berulang kembali, akan
tetapi perlu diingati yang bahawa berita yang masih samar atau sekadar didengari daripada pihak
ketiga, perlulah diperiksa kesahihannya dan dinilai sama ada perlu dihebahkan atau sebaliknya.

Sekiranya tangan masih menggatal ingin menulis fitnah, serta lidah masih menebal untuk
bercakap, apa kata kita didik tangan dan lidah kita supaya takutkan Allah. Berkatalah perkara yang
baik dan pasti sahaja kebenarannya. Yang selamat, ialah berdiam sahaja. Sabda nabi Muhammad
SAW seperti yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:

‫من كان يؤمن باهلل واليوم اآلخر فليقل خيرا او ليصمت‬

Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka berkata baiklah kamu atau diam
sahaja.

Aduhai, alangkah mudahnya ke neraka dengan menggunakan media baru untuk hebah dan fitnah.
Sekali terucap dan tertulis, ribuan membacanya, maka berantai-rantailah dosanya. Tunggu sahajalah
berapa ramai yang akan menuntut saman malunya di mahkamah akhirat kelak.

Petikan : 

Anda mungkin juga menyukai