Anda di halaman 1dari 46

Masyarakat Islam sering dikejutkan dengan tindakan musuhmusuh Islam yang menghina Rasulullah s.a.

w menerusi pelbagai
medium seperti filem, video dan kartun. Berdasarkan pernyataan
ini:
1) Jelaskan fenomena dan motif tindakan tersebut. Berasaskan
dalil naqli, terangkan sebab mengapa umat Islam wajib
menghentikannya.
2) Berdasarkan kajian anda, huraikan kaedah-kaedah yang
boleh

diaplikasi

untuk

memupuk

rasa

keimanan

dan

kecintaan terhadap Rasulullah s.a.w.


3) Bincangkan faktor-faktor wujudnya segelintir umat Islam
yang tidak mempedulikan tindakan penghinaan terhadap
Rasulullah s.a.w.

http://malaysiaberih.blogspot.com/2012/09/
Rabu, 19 September 2012
Sejarah Penghinaan Terhadap Rasulullah SAW Dan Tindakan Yang Diambil

Persoalan menghina Baginda Nabi SAW bukan perkara baharu. Sejak


perutusan lagi, Rasulullah SAW telah dihina bahkan diperlaku dengan
perbuatan keji dan kejam. Pada zaman kini, gaya penghinaan terhadap
Rasulullah berubah mengikut arus perubahan semasa. Negara-negara Barat
yang mula-mula mencetuskan bermacam-macam tohmahan terhadap Islam
mula menggunakan strategi mereka terkini selepas daripada serangan
pemikiran iaitu serangan melalui media elektronik dan media cetak terhadap
Islam

dan

Rasul

Islam

dengan

slogan

'hak

kebebasan

bersuara'.

Penghinaan musuh Allah pada zaman perutusan


Penghinaan terhadap Rasulullah S.A.W adalah salah satu dasar golongan
yang memperjuangkan kebatilan. Sesungguhnya kebenaran dan kebatilan
tidak akan berpadu selamanya. Islam datang sebagai pembawa rahmat,
mengiktiraf semua Nabi-Nabi terdahulu serta membenarkan kitab-kitab yang
diturunkan sebelum al-Quran. Penentangan pada zaman perutusan adalah
lebih dahsyat kerana golongan kafir bertungkus lumus ingin menghapuskan
riwayat

hidup

sebagaimana

Baginda

SAW

di

samping
yang

menghinanya

di

khalayak
berlaku:

i. Pemimpin-pemimpin Musyrikin seperti Umar bin Hisham (Abu Jahal),


Umaiyyah bin Khalaf, Utbah bin Rabiah, Syaibah bin Rabiah, Abu Lahab, Abu
Suffian bin Harb telah melancarkan serangan peribadi dan penghinaan

terhadap Nabi SAW. Seorang pemuda upahan di Makkah iaitu Uqbah bin Abi
Muit telah meletakkan najis di atas kepala Nabi SAW yang mulia ketika
Baginda sedang bersujud dalam solat dan Uqbah telah mengulangi
kebiadapannya beberapa kali. Fatimah RA, puteri Nabi SAW mengalirkan air
mata kesedihan sambil membersihkan kepala Nabi yang mulia. Uqbah juga
telah menjerut leher Nabi dalam peristiwa hijrah, dikumpulkan pemudapemuda

yang

perkasa

untuk

membunuh

Baginda

SAW.

ii. Ketika di Taif, Baginda dilontar dengan batu-batu. Pemuda-pemuda nakal


telah dikerah di pintu masuk Bandar Taif untuk memulau Nabi SAW dan anak
angkatnya Zaid Bin Harithah, darah panas mengalir pada jasad Nabi dan
Zaid (yang bertindak melindungi Nabi), halangan-halangan juga diadakan
untuk menghalang Nabi masuk semula ke Makkah namun Nabi mendapat
jaminan perlindungan daripada Mut'am bin Adi, seorang 'gedebe' (samseng)
di Makkah yang mempunyai ramai anak-anak lelaki yang gagah berani.
Jika diteliti dalam rakaman sejarah semasa zaman perutusan, Rasulullah
SAW telah dihina dengan pelbagai cara antaranya, Nabi SAW dicerca dan
dituduh dengan pelbagai tuduhan yang menghina batang tubuh Baginda
SAW.

Antara

tuduhan

tersebut

ialah

i. Nabi SAW dituduh sebagai seorang penyair yang mereka-reka qasidah


(syair) yang indah untuk memikat masyarakat Quraisy pada masa itu.
ii. Nabi SAW dituduh sebagai seorang yang kurang akal. Abu Jahal telah
mengupah para pencacai dan pencaci untuk menghina Nabi melalui medium
seni,
iii.

di
Nabi

antaranya
SAW

ialah

dituduh

An
sebagai

Nadhar
seorang

Bin

Al
tukang

Harith.
sihir.

iv. Nabi SAW didakwa tidak layak sebenarnya untuk menjadi wakil Tuhan.

Namun dalam banyak kejadian yang menyakiti dan menghina Nabi SAW,
datang nusrah (pertolongan) daripada Allah yang Maha Perkasa di dunia lagi
sebagai pengajaran atas kebiadaban musuh Islam. Hal ini dapat kita lihat
dalam nas-nas yang menyatakan bahawa pada satu ketika Abu Jahal ingin
menyakiti Rasulullah SAW akan tetapi tidak berjaya dengan pertolongan
Allah

Taala

sebagaimana

dalam

hadis

yang

berbunyi

Daripada Abu Hurairah RA berkata: Kata Abu Jahal: Adakah Muhammad


sujud di atas tanah? Lalu dijawab: Ya! Kata Abu Jahal lagi: Demi al-Lata dan
al-Uzza sekiranya aku melihat Baginda melakukan demikian, akan kupijak
belakang lehernya atau kutekan mukanya ke tanah. Lalu Abu Jahal
mendatangi Nabi, dan ketika itu Nabi sedang solat dengan tujuan untuk
memijak belakang lehernya. Tiba-tiba Abu Jahal didapati berjalan undur ke
belakang dan seolah-olah menahan dengan tangannya. Lalu ditanya
kepadanya: Apa yang tidak kena dengan kamu? Jawab Abu Jahal: Antara aku
dan Muhammad terdapat parit daripada api yang mempunyai sayap-sayap
dan menggerunkan. Lalu sabda Rasulullah SAW sekiranya dia (Abu Jahal)
mendekatiku akan disentak (anggota tubuhnya) satu persatu. [Hadis riwayat
Imam

Muslim:2797,

Imam

Ahmad:

2/370]

Dalam kisah yang lain, dinyatakan bahawa isteri Abu Lahab, Ummu Jamil
binti Harb bin Umayyah selalu mencela Nabi SAW dan menyakiti Baginda
dengan meletakkan duri-duri di jalanan dan di laman rumah Rasulullah SAW.
Ketika diturunkan ayat al-Quran yang mencela suaminya Abu Lahab, terus
Ummu Jamil mencari Nabi SAW dan melontar Nabi dengan batu. Pada ketika
itu Nabi sedang bersama-sama dengan Abu Bakar As-Siddiq RA di di sisi
Kaabah. Akan tetapi Allah Taala telah menutup pandangan Ummu Jamil
daripada melihat Nabi SAW, lalu Saidina Abu Bakar kehairanan bagaimana
Ummu Jamil tidak dapat melihat Baginda sedangkan Baginda berada di
hadapannya.

Kata Saidina Abu Bakar RA, "Wahai Rasulullah, apakah dia (Ummu Jamil)
melihatmu?"
Sabda Nabi, "Dia (Ummu Jamil) tidak melihatku. Sesungguhnya Allah Taala
menutup

pandangannya

terhadapku."

[Sirah

Ibnu

Hisham:1/335-336]

Satu lagi kisah yang menerangkan kepada kita bahawa betapa hinanya
golongan yang menghina dan mengeji Rasulullah SAW sebagaimana dalam
hadis:
Daripada Anas bin Malik berkata: Ada seorang lelaki beragama Nasrani telah
memeluk Islam, beliau membaca (hafaz) Surah al-Baqarah dan Surah alImran. Dia adalah salah seorang juru tulis Nabi SAW. Lalu dia murtad dan
berkata, "Muhammad tidak mengetahui apa pun kecuali apa yang aku
tuliskan

kepadanya."

Setelah itu beliau mati dan dikebumikan. Tetapi tanah mengeluarkan


(tubuhnya)

semula.

Lalu

berkata

kaumnya,

"Ini

adalah

perbuatan

Muhammad dan Sahabatnya setelah (Nasrani tersebut) lari dari (agama)


mereka, mereka membongkar semula mayat saudara kita dan dibuangnya."
Maka keesokan hari mereka menggalikan semula tanah sedalam mungkin
(untuk menanam mayat saudaranya yang berpaling daripada ajaran Nabi
itu), tetapi sekali lagi tanah meludah kembali (mayat itu) ke permukaan
bumi. Maka, ketika itu baharulah kaumnya mengetahui bahawa (kejadian
itu) bukan dari perbuatan manusia, lalu dibuangnya keluar kubur. [Riwayat
Imam
Penghinaan

Bukhari:3617]
Di

Zaman

Moden

Penghinaan terhadap Nabi SAW tidak pernah berhenti sebagaimana yang


dirakam dalam sejarah, apatah lagi apabila umat Islam yang kehilangan
Khilafah dengan tumbangnya Khilafah Islam yang berakhir di Turki pada
tahun 1924. Tumbangnya Khalifah bermakna umat Islam tidak mempunyai
tempat pergantungan dan penjaga kepada isu sensitiviti dan kemaslahatan
umat

Islam.

Pada tahun 1989 Salman Rushdie, seorang warga Iran telah menghina Nabi
SAW melalui karya bejatnya "The Satanic Verses". Protes demi protes umat
Islam tidak mengerunkan kuasa kuffar untuk terus menghina Nabi SAW,
sebagaimana yang pernah diungkapkan oleh Hassan Nasrallah seorang
ulama di Lubnan, "Sekiranya umat Islam melaksanakan fatwa Khomeini
berkenaan dengan isu Salman Rushdie (hukuman bunuh) sudah tentu tidak
ada

yang

berani

lagi

menghina

Rasulullah

SAW."

Sekalipun kita menyedari hari ini Hassan Nasrallah cukup dibenci oleh dunia
Sunni kerana campurtangannya terhadap kerajaan zalim Bashar di Syria,
namun secara adil, kenyataannya terhadap pelaku yang menghina Baginda
Rasulullah SAW mempunyai kewajarannya kerana selepas tahun 1990,
penghinaan terhadap Baginda Nabi SAW terus berlaku malah semakin
gencar lagi, contohnya selepas itu muncul pula Taslima Nasreen yang
merupakan warganegara Bangladesh, sebuah negara miskin di SubContinent. Karya wanita jalang ini diulang cetak di Barat yang membolehkan
beliau

hidup

disalut

kekayaan

dan

diberi

perlindungan

di

Barat.

Di Timur Tengah pula, muncul seorang penulis warganegara Syria iaitu


Haidar bin Haidar yang bermastautin di Mesir sewaktu zaman Hosni
Mubarak. Dia telah mengarang sebuah novel fiksyen dan memalsukan watak
sebenar Nabi SAW, Saidatina Khadijah dan Saidatina Aishah di dalam novel
itu dan menghinanya. Puluhan ribu mahasiswa Islam dan mahasiswi
berdemonstrasi di Mesir, menuntut kerajaan Mesir supaya mengharamkan

novel itu dan menarik balik novel itu daripada pasaran. Bantahan aman
mempertahankan Nabi SAW telah disuraikan dengan gas pemedih mata dan
ditembak dengan peluru getah dan telah mengorbankan seorang mahasiswi
Islam. Srikandi itu telah gugur syahid demi mempertahankan maruah Nabi
SAW.
Pada zaman moden ini juga telah merakamkan penghinaan terhadap Nabi
SAW di Nigeria dalam bulan Ramadan. Nigeria merupakan sebuah Negara
yang pernah tertegak pemerintahan Islam yang dikenali sebagai Khalifah
Sokoto di mana seorang ulama besar Afrika iaitu Sheikh Othman Den Fodio
telah menaungi pemerintahan Islam tersebut. Kerajaan Islam ini akhirnya
tumpas

dengan

campurtangan

penjajah

British.

Nigeria

hari

ini

melaksanakan konsep pentadbiran federalisme dan dengan kesungguhan


pejuang-pejuang Islam dua buah negeri di utara Nigeria telah diizinkan oleh
kerajaan Pusat untuk melaksanakan undang-undang Syariah Islam, dunia
terkesima

dan

pelaksanaan

peluang

Syariah

terbuka

Islam.

kepada

Apabila

media

untuk

memburukkan

mahkamah

Tinggi

Syariah

telah

menjatuhkan hukuman rejam sampai mati kepada seorang wanita berkahwin


yang

melakukan

penzinaan.

Jawatankuasa penganjuran ratu cantik dunia kemudiannya memilih Nigeria


untuk menganjurkan pertandingan ratu cantik (dipercayai untuk menghina
pelaksanaan syariah Islam di Nigeria Utara) bahkan pertandingan itu
dijadualkan dibuat dalam bulan Ramadan yang mulia. Pertubuhan Islam
telah mengambil tindakan berhemah dengan menghantar nota bantahan,
memorandum dan pelbagai tindakan supaya penganjur tidak mengadakan
pertandingan

tersebut.

Kebiadapan terhadap Nabi SAW bermula apabila seorang editor akhbar


berbahasa Inggeris Nigeria iaitu "Nigeria This Day" telah menulis dalam
kolumnya, "Jika Muhammad (Nabi umat Islam) masih hidup, Muhammad pun

akan membenarkan pertandingan ratu cantik diadakan, dan Muhammad


akan memilih salah seorang peserta pertandingan ratu cantik sebagai
isterinya".
Kebiadapan sang penghina ini tidak dibiarkan percuma oleh pencintapencinta Islam, ratusan ribu penunjuk perasaan telah keluar ke jalanraya
bagi menyatakan sikap dan bantahan dan kemuncaknya pejabat utama
akhbar "Nigeria This Day" telah dibakar oleh penunjuk perasaan. Peristiwa ini
masih kuat terpahat dalam ingatan pengamal media di Nigeria sehingga
tidak ada lagi ketika ini pengamal media di Nigeria yang berani mengulang
siar

kenyataan-kenyataan

yang

menghina

Rasulullah

SAW.

Pada hari ini Baginda SAW terus dihina semahu-mahunya lagi oleh para
pendusta

dan

pengkhianat

dengan

gaya

baru,

sesuai

dengan

arus

kemodenan. Kemarahan pencinta-pencinta Rasulullah SAW tercetus lagi,


setelah akhbar Denmark Jyllands Posten memaparkan siri-siri kartun yang
menggambarkan

karikatur

Nabi

Muhammad

SAW

sebagai

seorang

pengganas dan tidak bermoral. Dalam kartun tersebut telah digambarkan


Nabi SAW sebagai seorang Arab badawi yang membawa pedang dan diapit
oleh dua orang perempuan bercadar hitam di sebelah kiri dan kanannya.
Bahkan, dalam salah satu kartun itu Rasulullah SAW digambarkan sebagai
orang

yang

berserban

dan

pada

serbannya

terselit

sebutir

bom.

Gambar-gambar ini diterbitkan pada bulan September tahun lepas sehinggga


orang akan mengaitkan gambar tersebut dengan peristiwa pengeboman
WTC pada 11 September. Sebelum isu penghinaan terhadap kartun Nabi
Muhammad yang menjadi bahan ejekan kartunis Kurt Westergaard, seorang
warganegara Denmark, pernah berlaku di pameran poster Berlin, terdapat
poster yang menghina Kota Makkah dengan menyebut Kaabah sebagai 'batu
bodoh'.

Hasil daripada terbitnya kartun-kartun biadab tersebut, beberapa negara


umat Islam terus mengambil tindakan segera mengajar kebiadaban mereka.
Antaranya Arab Saudi yang telah memanggil pulang dutanya di Denmark.
Libya telah menutup kedutaannya di Copenhagen, Qatar dan Sudan serta
diikuti oleh umat Islam di seluruh dunia Arab dan rantau Asia. Beberapa
ketika kemudian setelah Denmark menyepi, bangun pula negara-negara
Eropah lain simpati kepada Denmark dengan cara mengeluarkan karikatur
yang sama di akhbar-akhbar mereka. Menurut BBC sehingga kini tujuh
akhbar di Perancis, Jerman, Belanda, Itali dan Sepanyol telah mengeluarkan
kartun yang sama atas alasan memberikan sokongan moral kepada Jyllands
Posten.
Sebuah akhbar Perancis, "France Soir Daily", di samping menerbitkan kartun
biadab itu telah memberikan ulasan katanya, "...No religious dogma can
impose its view on a democratic and secular society" (Tidak ada mana-mana
fahaman agama yang boleh memaksa pandangannya ke atas sebuah
masyarakat

demokrasi

dan

sekular).

Perlakuan biadap terhadap Nabi SAW ini telah menggerakkan arus kesedaran
dan kecintaan terhadap agama Allah, gerakan Islam di negara-negara umat
Islam dengan pantas telah memimpin dan menguruskan isu ini dengan
baik.Di Negara Timur Tengah sebagai contoh, gerakan Ikhwanul Muslimin
telah menganjurkan bantahan yang hebat lalu mengerakkan kempen
memboikot

barangan

Norway

dan

Denmark.

Di benua Sub-Continent, Jamiat Islami telah mengadakan bantahan yang


hebat dan berkesan menentang penghinaan terhadap Baginda Rasulullah
SAW. Di Pakistan pakatan MMA yang dipimpin oleh Qazi Hussein (Amir Jamiat
Islami) telah menganjurkan demonstrasi yang menghimpunkan ratusan ribu
umat Islam, bahkan beliau telah dikenakan sekatan dalam rumah oleh Regim
Pakistan

yang

pro

Amerika

Syarikat.

Di Indonesia, negara paling ramai umat Islam di dunia, bantahan telah


dipimpin oleh Partai Keadilan Sejahtera (PKS), puluhan ribu aktivis telah
menyertai 'unjuk rasa di kota-kota besar di seluruh Indonesia. Di Malaysia
sendiri, Parti Islam SeMalaysia telah mengambil inisiatif menggerakkan
kesedaran rakyat untuk menentang penghinaan. Demonstrasi aman dan
perarakan aman telah dijayakan oleh pelbagai kelompok dengan dipacu oleh
pimpinan Parti Islam Se-Malaysia. Penghinaan ini memberikan impak yang
positif kepada kelompok Islam kerana berjaya menguruskan isu ini dengan
baik walaupun disambut dengan ulasan yang sinikal oleh golongan liberal
pragmatis.
Di Malaysia, akhbar Sarawak Tribune turut menyiarkan semula karikatur
yang

sama

di

tengah-tengah

kemarahan

umat

Islam

yang

sedang

memuncak. Kartun itu diselitkan dengan rencana yang bertajuk "Cartoons:


Not Much Impact Here". Umat Islam seolah diperbodohkan dengan tindakan
ini yang dengan sengaja menguji kesabaran dan rasa toleransi antara
agama. Umat Islam bangkit membantah dengan keras tindakan biadap
Sarawak Tribune, lalu pihak kerajaan segera mengambil tindakan dengan
menggantung lesen penerbitannya. Melihat kepada respon luar jangka ini
pihak pengurusan akhbar telah menutup penerbitan ini malah premis akhbar
ini

dikawal

rapi

oleh

pihak

keselamatan.

Ironisnya, kes yang berlaku kepada Sarawak Tribune ini tidak memberi
pengajaran kepada akhbar-akhbar lain di Malaysia. Kebiadapan muncul lagi
apabila akhbar harian Cina, Guang Ming Daily pernah mengeluarkan foto
sebuah akhbar yang menyiarkan karikatur tersebut. Golongan bukan Islam
ini menjadi begitu berani dan biadap kerana melihat kelemahan umat Islam
dan pemerintah yang berada pada tahap paling lemah. Berkat bantahan
massa

dan

penerbitan

NGO

Islam,

akhbar

kerajaan
ini

dengan

serta-merta

selama

dua

menggantung
minggu.

Di tengah keperitan hati umat Islam melihat Nabi dihina, keluar lagi gambar
karikatur lain dalam sebuah akhbar media perdana yang tersohor di Malaysia
iaitu News Strait Times (NST), yang telah mempunyai banyak reputasi
menghina Islam sebelum ini dan juga membuka forum kepada kelompok
Islam liberal membina pengaruh. Akibatnya umat Islam di Malaysia telah
mengadakan demonstrasi aman dan perarakan aman bermula di Masjid
Saidina Abu Bakar di Bangsar dan berarak aman ke Pejabat NST di Jalan
Riong, Bangsar membantah penyiaran kartun menghina Nabi Muhammad
SAW lakaran Wiley Miller pada ruangan 'Coffee Break' di akhbar sisipan 'Life
and Style' NST pada 20 dan 21 Febuari 2006 yang menggambarkan mesej
sinis dan menghina kemuliaan Nabi Muhammad SAW dan Nabi Nuh AS.
Akan tetapi, NST cuba membela tindakan mereka dengan menyatakan, "The
issue we have to decide here is whether the cartoon has transgressed the
limits, whether it has crossed the boundaries, and whether it has insulted
Islam and the Prophet" (Isu yang perlu kita putuskan ialah, apakah kartun
tersebut telah melampaui batas-batas yang ditetapkan oleh - hak kebebasan
bersuara

dan

apakah

ia

menghina

Islam

dan

Nabinya?)

Nampaknya NST tidak mengakui kesalahan mereka dalam melakarkan


kartun yang mengejek Rasulullah SAW, bahkan mempertahankan bahawa
perkara tersebut tidak sedikit pun mencemarkan keagungan Nabi SAW. Sikap
biadap dan kurang ajar peneraju NST ketika itu berkemungkinan besar
kerana mereka memiliki pengaruh penaung-penaung politik di negara ini.
Zaman kini tidak merasa pelik jika media sentiasa digunakan menyerang
Islam dan umatnya, namun tiada pula tindakan diambil terhadap penghina
Islam. Contohnya beberapa petikan akhbar yang diperturunkan di bawah ini
untuk ditatap oleh pembaca betapa kotornya pemikiran mereka terhadap
Undang-undang

Islam,

ulama

dan

penyokongnya

"...Islam is a discourse and all discourses are open, contested and plastic..."
(Islam adalah suatu wacana dan semua wacana adalah terbuka, boleh
dicabar dan plastis) - Lihat dalam The Edge, 3 Disember 2001, Farish Noor:
Intelellectual

Provocateur.

"Perhaps the turbans of the mufti are too tightand therefore not enough
oxygen is getting into the brains. They are not thinking straight." (Mungkin
kerana serban mufti-mufti terlalu ketat dan sebab itu tidak cukup oksigen
masuk ke dalam otak mereka, mereka tidak berfikiran waras) -Lihat dalam
The Sun bertarikh 21 Februari 2001, Akhbar Ali "Now The Mufti Blame Hindi
Films".
"The Quran allows a person to become apostate twice and then to persist in
his

disbelief...

"...No punishment of any sort at all is prescribed for such a person other than
the promise that god will never forgive him not guide him to the right
path.This is God's promise. It is his law." (Al Quran membenarkan seseorang
menjadi murtad dua kali dan kekal sebagai kafir. Tiada hukuman dinyatakan
ke atas seseorang yang murtad selain dari janji Tuhan yang tidak akan
mengampuninya mahupun memberinya petunjuk yang lurus. Ini adalah janji
Tuhan. Ini adalah undang-undang-Nya) - Lihat tulisan Akhbar Ali dalam the
Sun

bertarikh

14

Julai

1999

"Death

For

Apostates

Unjust".

"Islam bukanlah milik individu atau mana-mana golongan yang mendakwa


mereka sebagai ulama. Oleh itu sebarang pentafsiran terhadap sumbersumber Islam seperti al-Quran bukanlah milik para ulama semata-mata" Lihat Zainah Anwar dalam Utusan Malaysia bertarikh 26 September 2000.
Semua kenyataan biadap terhadap Islam dan ulama ini boleh ditatap

daripada akhbar di dalam tanah air kita sendiri dan kemuncaknya ialah
perkara inilah yang akan melahirkan mereka yang berani mempersendakan
maruah Nabi SAW. Sedarkah kita semua dengan fenomena anti agama ini?
Jangan kita nampak kuman di seberang laut, buta dengan gajah di hadapan
mata!
Sebenarnya, sebelum dari terbit karikatur yang mencemarkan dan menghina
Nabi Muhammad SAW, telah terbit unsur-unsur penghinaan dengan olahan
tulisan dan tayangan video. Antara siri-siri kekufuran tersebut ialah :
Di Negara kita sendiri sebagai contoh, telah berlaku beberapa kali
penghinaan terhadap Nabi SAW. Pada 4 November tahun 2000 sebuah artikel
yang bertajuk "Let Islam Lead The Way With Its Progressive View On
Sexuality" dalam akhbar NST yang ditulis oleh Farish Noor menyebut, "The
fact that Prophet had several wives and was known to have had sexual
relation with 15 women, with included the concubine Rayhana who remained
non Muslim all her life is proof of the humanity of the prophet". (Fakta
bahawa Nabi mempunyai beberapa orang isteri dan diketahui telah
mengadakan hubungan seks dengan 15 wanita termasuk seorang gundik
bernama Rayhana yang tidak Islam sehingga akhir hayatnya adalah bukti
mengenai

sifat

kemanusiaan

Nabi).

Akhbar yang sama melalui penulis yang sama telah memuatkan artikel
bertajuk "The Myth Surrounding the Islamic State" (NST 1 Disember 2001) :
"The Prophet himself, in his specific historical context, was a tribal leader,
and so the early oath of a allegiance given to him were given as atribal
leader than just a religious leader" (Nabi sendiri dalam konteks sejarahnya
adalah seorang pemimpin suku liar - tidak bertamadun - dan oleh kerana itu
ketaatan awal kepada Nabi diberi kerana Nabi adalah pemimpin suku lebih
daripada

pemimpin

agama)

Pada tahun 1997, seorang wanita Yahudi Israel, Tatyana Suskin (26) telah
membuat dan menyebarkan dua puluh poster yang menghina Islam dan
Nabi Muhammad SAW. Di antaranya ialah poster seekor babi yang tertulis
kalimah 'Muhammad' dengan pensil di kakinya yang menulis di atas AlQuran. Lakaran biadab wanita Yahudi ini juga telah diterbitkan dalam
beberapa

akhbar

di

Barat.

Pada tahun 2002, dimuat tulisan jurnalis Nigeria, Isioma Daniel tentang Rasul
dan Miss World. Pertandingan ratu cantik ini juga bertujuan untuk
memperlekehkan

pelaksanaan

Syariah

Islam

di

Nigeria.

Pada tahun 2004, dirilis filem dibawah garapan produser Theo Van Gogh
yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW. Dokumentari ini yang
kononnya sebagai ekspresi kebebasan berkarya dengan memasukkan
penghinaan terhadap Islam dan Nabi SAW. Golongan liberal kapitalisme ini
sentiasa menunjukkan kebencian mereka kepada orang yang beriman.
Pada 27 Mac 2008, salah seorang Menteri Kabinet Belanda iaitu Geert
Wilders telah menjadikan filem kontroversinya, 'Fitna' untuk memburukkan
Islam. Sedutan tayangan itu telahpun dilakukan dalam sebuah rancangan
primetime di ABC News yang berjudul What Would You Do?. Dengan
berbekalkan kefahaman tekstual terhadap zahir ayat-ayat al Quran, Wilders
telah meletak video-video terrorist untuk menunjukkan bahawa ia adalah
perbuatan Muslim. Ketika ditemuramah, Geert Wilders mendakwa al-Quran
yang dimiliki umat Islam perlu diharamkan kerana ia menyerupai buku Hitler,
Mein

Kampf.

Antara babak yang diputar-tayang ialah petikan video pesawat kapal terbang
menghentam World Trade Center pada tanggal 11 September 2001. Setelah
itu ditampilkan bacaan ayat al-Quran, seolah-olah ayat tersebut memaknai

kejadian 11/9. Episod-episod simpati 11 September itu beralun-alun dengan


suara mangsa, menjadikan filemnya itu mewakili perasaan rakyat Amerika
pada 11/9. Sedangkan, masyarakat Barat sendiri semakin ghairah ingin
mengenali

dan

memeluk

Islam

selepas

peristiwa

11/9.

Apa yang dilakukan oleh Wilders telah memahat reaksi bekas setiausaha
utama OIC, Prof. Ekmeleddin Ihsanoglu terhadap fenomena 'kebebasan
bersuara'

"We must not allow freedom of speech to be used as a cover to insult


religion." (Kita tidak harus membenarkan kebebasan bercakap untuk
digunakan

sebagai

Begitupun

sikap

ditunjukkan

yang

apabila

permulaan
sejalan

untuk

dengan

menghadapi

menghina

al-Quran

orang-orang

agama)

sebagaimana
jahil,

yang

ialah

"Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhai-Nya), ialah mereka


yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang
berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka
menjawab dengan perkataan yang selamat daripada perkara yang tidak
diingini"

Surah

Al

Furqan:63

Kata Dr. Yusuf al Qardhawi berhubung perbuatan Wilders, "Kami bukanlah


(umat yang gemar) memulakan provokasi dan juga tentangan, sebaliknya
kami adalah umat yang sejahtera (Salam) dan perkataan 'Salam' merupakan
antara

nama-nama

Allah

yang

suci

dan

ditinggikan."

Namun, hari ini umat Islam dikejutkan lagi dengan satu trailer pendek oleh
musuh-musuh Islam yang menghina batang tubuh mulia Baginda SAW.
Trailer ini telah dimuat naik di dalam laman youtube pada 2 Julai 2012 yang
lalu, dan kemudian syarikat google menegaskan untuk tidak membuang

video tersebut untuk terus menjadi paparan bagi sesiapapun yang melayari
internet.
Selaku seorang Muslim, isi kandungan yang dipaparkan di dalam video yang
berdurasi 14 minit ini hanya mendatangkan kemarahan di dalam diri umat
Islam. Video ini sekali lagi telah menghina Baginda Nabi SAW dengan
perwatakan sebagai seorang lelaki yang womanizer - 'gila perempuan'.
Bukan itu sahaja, bahkan individu yang terlibat dalam menghasilkan video ini
turut menghina al-Quran dan Para Sahabat RAH. Antara skrip yang
digunakan

di

dalam

video

ini

adalah

My age has exceeded 120 years and the all my young life, I have not seen
such a murderers against Muhammad. He kills men, captures women and
children
Kemudiannya wanita tua itu diseksa dengan cara yang sungguh mengaibkan
dan sangat bertentangan dengan syariat Islam dan juga peribadi Nabi SAW.
Sebagai umat Islam kita wajib cakna dan rasa marah dengan isu yang
dipermainkan oleh pihak-pihak tertentu ini. Filem ini telah dihasilkan
sepenuhnya oleh Sam Bacile dengan paparan Islam sebagai agama
kebencian. Menurutnya dia mendapat suntikan dana sebanyak $5 juta
daripada

100

penderma

Yahudi.

Filem yang melabel Baginda SAW sebagai fraud, a womanizer and a


madman ini telah mencetuskan kemarahan umat Islam di beberapa negara
Timur Tengah seperti Mesir dan Libya.

Rakyat Mesir dilaporkan telah

mengadakan perarakan beramai-ramai ke kedutaan US di Kaherah dengan


laungan Say

it

dont

fear.

Their

ambassador

must

leave.

Justeru untuk kesekian kalinya, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) turut
meminta seluruh pemuda untuk berhimpun aman pada 21 September 2012,

bersamaan hari Jumaat ini di hadapan Kedutaan Amerika untuk menyatakan


bantahan kita. Pihak DPPM berharap agar setiap Muslim di pelusuk tanah air
dapat turun untuk meramaikan himpunan ini, kerana ia menjadi kewajiban
untuk kita mengutuk sekeras-kerasnya penerbitan video seperti ini di
hadapan mereka.Hrkh

http://www.scribd.com/doc/190927115/ISLAM-DAN-CABARANNYA-DI-ERAGLOBALISASI-MODEN
ISLAM DAN CABARANNYA DI ERA GLOBALISASI MODENv
(Dengan nama Allah Yang MahaPemuruh lagi Maha Penyayang)
PENDAHULUAN
S
egala puji bagi Allah di atas segala petunjuk-Nya ke jalan yanglurus. Dialah
yang menjadi pelindung dan penolong kepada orangyang beriman. Selawat
dan salam

ke

atas Nabi

Muhammad,

s.a.w.sebagai

Rasul

Allah

yang

diutuskan sebagai rahmat, penyelamat,pembimbing kepada jalan yang lurus


dan teladan yang baik bagiumat manusia.Islam, semenjak lahirnya di dunia
ini, berhadapan dengan ramaimusuh yang menentangnya agar agama Islam
dan foundasinyaterkubur. Alhamdulillah, agama Islam tetap berdiri teguh
kerana Allah tetap mempertahankannya sampai ke akhir zaman keranaIslam
adalah agama (al-din) yang diredhai-Nya.Di saat ini agama Islam berhadapan
dengan berbagai-bagaicabaran seperti ateisma, modenisma, liberalisma dan
pluralismadan

lain-lain

Golonganorientalis

yang

melemahkanpegangan

lagi
anti

aqidah

di

bawah

Islam

payong

sentiasa

Islamiyyah

di

sekularisama.

berusaha

kalangan

umat

untuk
Islam,

terutamanyadi kalangan generasi muda Islam. Adalah satu kenyataan yang


benar

bahawa

negara-negara

bangsaIslam

kini,

semenjak

kejatuhan

Kerajaan Islam dalam abad ke-15dahulu, duduk di bawah kawalan kuasakuasa besar imperialisBarat, khususnya Amerika Syarikat. Dalam bidangbidang seperti

vi
ekonomi,

kewangan,

pertanian,

militari dan

sebagainya

lagi

adalahdidominasi oleh mereka.Dasar luar Amerika Syarikat dan negaranegara Barat lainpada umumnya adalah anti Islam. Mereka mahu menjinak
danmencairkan pegangan kepercayaan umat Islam. Buku-buku danpenulisan
Samuel

P.

Huntington

mempengaruhi

pembuat

dan

Cheryl

dasar

luar

Benard

dan

Amerika

lain-lainlagi

terhadapIslam.

telah
Mereka

menyokong puak liberalis dan pluralis dalam duniaIslam. Mereka sangat


menentang golongan Tradisionalis danFundamentalis Islam.Barat sentiasa
menyalakan api permusuhan terhadap Islamdi dalam segala propoganda
mereka dengan bertopengkandemokrasi dan kebebasan hak-hak asasi
manusia.

Dalam

kepentingan,

masayang

sama,

merekamenyokong

di

kerajaan

mana meraka
autokratik,

ada

mempunyai

khususnya

di

Timur

Tengah.Sedangkan konsep demokrasi di dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa


Bersatu

(PBB)

sendiri

tidak

diamalkan

kerana

kuasa-kuasabesar

menggunakan kuasa veto mereka mengatasi keputusanmajoriti. Mereka


mengajar demokrasi, tetapi mereka sendiriberjalan tidak betul, seumpama
ketam mengajar anaknya berjalanlurus.Walau bagaimapun, di era dunia
globalisasi sekarang ini, umatIslam tidak boleh hidup dalam isolasi dan
mengasingkan diridaripada percaturan politik dunia. Pelbagai cabaran dan
masalahmendatang, akibat daripada hasil tindakan manusia modendalam
menjalani kehidupan untuk mencari kepuasan yang tidakpernah puas itu.
Umat Islam menjadi rimas dan tersempit keranakegiatan kehidupan moden
tidak selalunya selari dengan kehendakperadaban Islam. Umumnya manusia
telah mengingkari danmendurhaki Allah SWT. Di dalam senario ini, adalah
menjaditanggungjawab

umat

Islam

memainkan

peranan

mereka

untukmenenangkan

keadaan

dengan

membela

agama

Allah.

Namunsebaliknya kebanyak umat Islam juga turut hanyut bersama dengan


golongan karin. Miskipun umat Islam sangat ramai bilangannya
di dunia ini, tetapi mereka seumpama buih di laut sahaja, hancurberkecai di
landa arus ombak dan gelombang.
http://fitrahislami.wordpress.com/

Apa Sebab Islam Dihina

Sejak akhir-akhir ini kita sering didengari dan didendangkan pelbagai isu terutamanya
penghinaan musuh Islam terhadap umat Islam. Majoriti umat Islam marah dan keluar beramairamai dengan hasrat membantah penghinaan yang dibuat oleh musuh Islam terhadap Islam. Ada
juga segelintir kecil yang mengambil kesempatan untuk mempopularkan diri kononnya
menyokong kebangkitan umat Islam menentang penghinaan tersebut, tetapi malang semua
pekerjaan, masa, tenaga, duit dan apa sahaja tidak ada nilai di sisi Allah malah itu semua ibarat
sampah yang dicampak di dalam tong sampah.

Adakah kita fikir sebelum ini kenapa berlaku ini semua? Jawapan saya tidak lain tidak bukan
kerana umat Islam sangat lemah dari segi penghayatan dan pegangan Islam yang sebenar.
Perkara ini tidak pernah berlaku semasa zaman kegemilangan Islam dahulu, kerana Islam sangat
kuat dari segala aspek. Bila berlaku sahaja penghinaan atau peperangan, maka khalifah pada
waktu itu terus mengirim ribuan pasukan tentera untuk memerangi ancaman tersebut. Setiap kali
perancangan jahat dibuat oleh musuh Islam, mereka akan mempertimbangkan dahulu resiko dan
musibah yang akan dilalui oleh mereka.
Zaman sekarang tidak, mereka bersuka ria membuat penghinaan itu dan ini, kerana mereka
kurang mendapat tentangan dan banyak lagi negara-negara umat Islam yang berkiblatkan
mereka. Mereka juga sedar, semua ini berlaku hanya seketika sahaja dan tiada industri mereka
yang rugi dan bangkrap kerana dipulai oleh masyarakat Islam. Contoh yang dapat diperhatikan
sekarang ialah rokok dari produk mereka masih diambil oleh umat Islam, perdagangan, urusan
ekonomi dan banyak lagi.
Asas Pengangan Umat Islam
Bagi mengatasi masalah ini, kita semua perlu kembali semula kepada asas pengangan umat
Islam iaitu Al-Quran dan As-Sunnah, kerana di situ terdapat segala asas pembentukkan jati diri
umat Islam dan juga terdapat asas pembentukkan sebuah negara yang berdaulat serta jauh dari
anasir-anasir luar yang jelas merosakkan umat Islam. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi
kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah SAW,.
(Riwayat Imam Malik)
Sangat tidak betul bagi mereka yang mengatakan bahawa Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW
itu tidak sesuai lagi diamalkan dan ia sesuai pada zaman dahulu sahaja. Sesiapa yang berkata
dan berniat sedemikian rupa, maka cepat-cepatlah bertaubat, beristiqfar dan syahadah kembali
kerana ia jelas merosakkan akidah.
Tuntut Ilmu Allah
Penuhkan dada-dada umat Islam dengan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan Iman, Islam dan
Ehsan, kerana ketiga-tiga ini akan membuatkan umat Islam itu sentiasa mempunyai pedoman
hidup. Setiap apa yang dilakukan olehnya akan dinilai dahulu adakah pekerjaan ini baik dan

mendatangkan manfaat kepadanya. Jika baik, maka teruskan membuatnya. Jika tidak, ia akan
tinggalkannya.
Setiap inovasi yang dibuat olehnya adalah bertujuan mendatangkan manfaat kepada seluruh
umat manusia dan Islam. Tetaapi bukan inovasi yang direka olehnya untuk menjahanamkan
manusia. Ini semua berlaku apabila ia faham tentang Islam, jikalau tidak ia akan melakukan
perkara-perkara yang ditegah oleh Islam seperti rasuah, ponteng kerja, curi tulang, cetak rompak
dan sebagainya. Contoh apabila seseorang itu memiliki ilmu agama dan akademik menjalankan
tugas sebagai pegawai bank. Beliau tidak akan melakukan pecah amanah, kerana fikirannya akan
ingat Allah marah, perbuatan tersebut dosa, haram dan dimasukkan ke dalam neraka Allah yang
sangat pedih azabnya.
Wujudkan Rasa Persaudaraan Sesama Islam
Kembalikan rasa persaudaraan sesama Islam walaupun berlainan keturunan, bangsan dan warna
kulit, selagimana ia berada di bawah akidah yang sama, maka selagi itulah ia bersaudara dengan
kita walaupun berbeza Negara. Firman Allah yang bermaksud :
Sesungguhnya mukmin itu bersaudara (Al-Hujuraat : 10)
Pernah perlaku pada zaman Rasulullah ada seorang sahabat yang cedera di dalam peperangan,
beliau meminta segelas air untuk diminum, setelah dibawakan air kepadanya untuk diminum,
ada seorang sahabat yang cedera juga disebelahnya meminta air, lalu diberikan air itu kepada
sahabatnya untuk diminum lalu ia berkata awak lebih memerlukan dari saya. Sahabatnya
menerima air darinya untuk diminum, kemudian ada pula disebelah sahabatnya sahabat yang
lain memerlukan air untuk diminum. Sabahatnya juga melakukan perbuatan yang sama dan
diserahkan air tersebut kepada sahabat yang lain itu. Kemudian sahabat tersebut tidak sempat
untuk minum dan meninggal dunia, lalu air itu dibawa semula kepada sahabat-sahabat tersebut
dan mereka juga telah meninggal dunia tanpa meminum air yang diminta oleh mereka.
Pengajaran dari cerita di atas ini ialah kehebatan sifat bersatu dan bersaudara yang ditunjukkan
oleh sahabat Rasulullah sehingga waktu ajal tiba juga sanggup mengutamakan orang lain.
Dengan sifat ini jugalah terdirinya Negara Islam yang pertama iaitu Madinah. Sifat ini jugalah
tentera Islam menang di dalam medan peperangan kerana semua tentera Islam bergandingan
tangan, seorang mara mesti yang lain juga ikut mara tanpa menghiraukan ajal maut dan bahaya.
Sifat ini jugalah musuh Islam tidak berani meyentuh atau membuli orang-orang Islam. Kalau

berlaku penindasan umat Islam, Khalifah mengirimkan satu grombolan tentera untuk memerangi
mereka sehingga ke lubang cacing.
Matikan Sikap Pentingkan Diri Sendiri
Buang jauh-jauh sikap mementingkan diri sendiri, orang yang mementingkan diri sendiri ini
adalah orang yang rugi dan orang yang tidak bertamadun. Orang sebegini sepatutnya kembali ke
zaman batu, duduk di dalam gua-gua bersama keluarganya sahaja tanpa mengetahui apa yang
berlaku di luar sana. Selalunya mereka ini bila ada kepentingan peribadi barulah mereka bersama
dengan orang lain tunjuk baik dan buat itu dan ini. Tetapi malangnya apa yang mereka buat itu
bukan semuanya kerana Allah malah kerana untuk mengenyangkan perut masing-masing. Sebab
itulah masyarakat Islam tidak boleh maju dan tidak boleh bersatu kerana kepentingan perut lebih
penting dari kepentingan pembangunan ummah. Sebenarnya inilah senjata musuh-musuh Islam
untuk menjatuhkan Islam, mereka yakin selagimana umat Islam bersikap individual, maka selagi
itulah Islam menjadi lemah. Kuatnya Islam adalah berjamaah kerana bersatu dalam jemaah itulah
senjata kekuatan umat Islam dan ia tidak mudah untuk ditumpaskan oleh musuh-musuh Islam.
Perkara ini semua telah dibuktikan oleh Rasulullah dan para sahabat, setiap apa-apa keputusan
Baginda akan bermusyawarah dahulu bersama para sahabatnya, setiap keputusan yang baik
akan digunakan oleh Baginda walaupun keputusan itu bukan dari dirinya. Keputusan-keputusan
yang wujud dalam rapat tersebut adalah semata-mata untuk kepentingan pembangunan ummah
dan tidak ada langsung kepentingan peribadi.
Betapa hebatnya sirah-sirah Rasulullah mendidik para sahabatnya dalam semua bab
terutamanya persatuan umat Islam. Ibarat kata cubit paha kanan paha kiri pun turut terasa,
inilah kekuatan sebenarnya umat Islam. Pernah suatu ketika pemimpin Yahudi berikrar dengan
berkata Selagimana umat Islam tidak bersatu dibawa satu panji Al-Quran dan Sunnah, maka
selagi itulah umat Islam boleh dibuli dan boleh diperangi dan mereka tidak sesekali akan
memenagi peperangan tersebut.
Kesimpulannya
Bila ada semua perkara yang saya berikan di atas ini, maka ia tidak akan berlaku penghinaan
terhadap Islam, kerana mereka sedar Islam adalah satu kuasa yang besar dan ajaib. Apabila
umat Islam marah, ia boleh membinasakan semua musuh-musuh Islam yang terlibat di dalam
penghinaan tersebut. Selain dari itu, semua perkara ini adalah senjata dakwah fardiah kita
kepada semua orang bukan Islam, kerana mereka melihat betapa hebatnya perpaduan umat

Islam. Malah umat Islam juga dijadikan contoh umat yang terbaik kerana sukses ke semua bidang
kehidupan yang meliputi aspek dunia dan akhirat. Sangat hebat sebenarnya Islam ini, ia menjadi
tidak hebat apabila kita tidak faham hakikat sebenarnya

http://ctu101az.blogspot.com/

Wednesday, December 16, 2009


5 - Akhlak membentuk jatidiri muslim
5.1 PENDAHULUAN
Akhlak mempunyai pengaruh yang besar ke atas diri individu Muslim dan umatnya. Manusia
membentuk dan mengolah gerak laku perbuatan dan amalannya mengikut bentuk dan
acuan sistem akhlak tersebut (Haron, 1988). Jika setiap individu muslim berakhlak mulia,
maka sudah pasti masyarakat itu akan dipenuhi dengan keadilan, keamanan dan
kesejahteraan dan terselamat dari keadaan huru-hara, perpecahan dan sebagainya.
Akhlak mulia merupakan tunggak kekuatan masyarakat dan negara. Oleh itu setiap individu
wajib berjuang menegakkan akhlak mulia dan berusaha mencegah dan memerangi apa
sahaja gejala kerosakan akhlak dalam masyarakat. Jika perkara ini diabaikan, tentu
seseorang itu akan rugi dan mendapat kehinaan, baik dalam masyarakat, mahu pun negara,
di dunia dan di akhirat (W. Abdullah dan DraWista, 1997).
Dalam konteks kemajuan dan pembinaan tamadun Islam, seseorang individu sangat
diutamakan supaya mengiltizamkan diri terlebih dahulu dengan budi pekerti yang luhur,
kemudian merealisasikannya pula kepada orang lain supaya mampu membentuk generasi
akan datang sebagai asas kekuatan ummah sejagat. Budi pekerti yang luhur adalah salah
satu sifat yang dimiliki Rasulullah s.a.w dan telah menjadi amalan harian baginya kerana
akhlak itu termasuk setengah daripada iman.
Pembangunan negara tidak bermakna sekiranya insan itu runtuh akhlaknya. Justeru itu ahli
pendidikan bermuafakat bahawa pendidikan akhlak adalah sesuatu yang penting dalam
kehidupan manusia. Kemuliaan dan kebahagiaan, aman dan tenteram bergantung kepada
sejauhmana kejayaan dalam pendidikan akhlak. Akhlak adalah sifat yang penting dalam
membezakan antara manusia dan binatang.
Manusia sempurna (insan kamil) ialah manusia yang berilmu dan berakhlak mulia. Maka
seseorang yang jahil tetapi berakhlak mulia lebih baik dari seseorang yang berilmu tetapi
tidak berakhlak. Oleh itu mendidik anak-anak dengan pelajaran tinggi tanpa mendidik
akhlak mereka bererti kita mendidik para penjenayah professional yang boleh menjual
negara, bangsa dan agama.
Akhlak merupakan manifestos! yang dirangkaikan bersama hati dan budi yang bersifat
rohani, dipamerkan melalui gaya dan tindakan. Lantaran itu untuk membina dan
membentuk akhlak individu dan masyarakat ia haruslah terlebih dahulu melalui
pembentukan yang bersifat rohani. (Che Kamarudin, Nik Aminah, Rukiah, Siti Fatimah dan
Sulaiman, 1996)
5.2 PENGERTIAN
5.2.1 Moral
Moral ialah tingkah laku yang telah ditentukan oleh etika sama ada baik atau i jahat iaitu

moral yang baik dan moral yang jahat. Moral yang baik ialah segala tingkah laku yang telah
dikenal pasti oleh etika sebagai baik. Manakala moral yang jahat ialah tingkah laku yang
dikenal pasti oleh etika sebagai jahat (Sulaiman Endut, 1975).
5.2.2 Etika
la berasal dari perkataan Greek 'ethos' yang membawa maksud nilai-nilai atau perkara yang
berkaitan dengan sikap yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan. Ia terbahagi
kepada dua (Garner, Richard T., 1986),
i. Normatic iaitu panduan dan peraturan berkaitan dengan tingkah laku yang baik dan jahat.
ii. Mataethic yang terbahagi kepada dua, iaitu 'analitik' yang berfungsi menganalisis semua,
peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku baik dan jahat dan kritikal yang berfungsi
untuk mengkritik terhadap apa-apa
yang telah dianalisis. Tujuannya ialah untuk memperkukuhkan lagi etika.
5.2.3 Akhlak
Menurut Kamus Dewan (1989) akhlak adalah budi pekerti, kelakuan, watak, pengetahuan
berkaitan dengan kelakuan, tingkah laku manusia dan sebagainya Numa ada baik atau
jahat. Perkataan akhlak adalah berasal daripada bahasa Arab, khulq yang membawa
maksud kepercayaan, keyakinan, pegangan, sikap, tabiat dun tingkah laku. Maksud ini
terkandung dalam kata-kata Aisyah berkaitan akhlak Rusulullah s.a.w (Rohani bt. Dollah
1989) yang bermaksud : Akhlaknya (Rasullah s.a.w) adalah al-Quran (Riwayat Muslim)
Akhlak Rasulullah s.a.w yang dimaksudkan di dalam kata-kata di atas ialah kepercayaan
keyakinan, pegangan, sikap dan tingkah laku Rasulullah s.a.w yang semuanya merupakan
pelaksanaan ajaran al-Quran.
Akhlak dari segi istilah membawa maksud segala laku perbuatan yang telah menjadi adat
kebiasaan, apabila dilakukan tidak perlu lagi berfikir panjang (Abul A'la al-Maududi, 1967).
Setelah tingkah laku yang telah diamalkan sekian lama dan diterima oleh sesuatu
masyarakat sebagai sebahagian daripada cara hidup, itu dinamakan akhlak.
Istilah akhlak adalah suatu istilah yang bersifatrabbani kerana ia bersumberkan daripada
Allah. Firman Allah bermaksud,
Dan sesungguhnya kamu benar-benar berakhlak yang agong (al-Qalam: 4)
Usamah ibn Syarik menceritakan bahawa dia dengan teman-temannya pada suatu hari
duduk dekat Nabi dan mendengar seorang di antara yang nadir bertanya kepada baginda,
"Siapakah di antara hamba Allah yang sangat disayangi oleh Tuhannya?Nabi
menjawab,"Mereka yang terbaik akhlaknya" (Tabrani).
Al-Khulq dari segi bahasa bererti sifat dan tabi'at. Sementara menurut istilah ia diertikan
sebagai kumpulan sifat yang bersemadi di dalam jiwa dan berdasarkan dorongan dan
pertimbangan sifat tersebut sesuatu perbuatan itu dikatakan baik atau buruk (Abu Urwah,
1989). Akhlak meliputi segala lapangan hidup baik rohani mahupun jasmani, meliputi dunia
dan akhirat (Ahmad Ibrahlm, 1992). Firman Allah bermaksud,
Demi sesungguhnya Rasulullah s.a.w adalah contoh yang baik iaitu bagi orang yang
sentiasa mengharapkan keredhaan Allah s.w.t dan balasan baik di hari akhirat nanti dan dia
sentiasa mengingati Allah setiap masa (Al-Ahzab : 21)
Akhlak al-Quran merupakan satu fitrah semulajadi manusia yang tidak bercanggah sedikit
pun dengan akal pada setiap masa dan tempat. Kembali kepada al-Quran bererti
mengembalikan manusia kepada jalan akhlak yang benar-benar diperlukan dan dicari oleh
setiap manusia (Mustafa Haji Daud, 1991).
Menurut tulisan Ibn Miskawayh (1966) di dalam kitab beliau, Tahdhib al-Akhlaq, akhlak
adalah keadaan sesuatu jiwa yang menggerakkan seseorang untuk melakukan sesuatu

perbuatan tanpa pertimbangan fikiran terlebih dahulu, di mana keadaan jiwa tersebut,
menurut Ibn Miskawayh terbahagi dua bahagian, iaitu keadaan jiwa yang bersifat tabii dan
keadaan jiwa yang 'dibentuk' melalui latihan dan kebiasaan.
Kemudian, al-Ghazali (1976) di dalam Ihya Ulum al-Din mencatakan takrif akhlak sebagai
sifat yang tertanam di dalam jiwa seseorang yang darinya muncul perbuatan dengan mudah
tanpa memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu. Kalau keadaan jiwa tersebut
malahirkan laku perbuatan yang baik, yang diiktiraf akal dan syarak, maka ia dinamakan
akhlak yang baik, sebaliknya jika ia melahirkan laku perbuatan yang jahat, maka ia
dinamakan akhlak yang buruk.
Berdasarkan takrif yang diberikan tokoh-tokoh besar Islam di atas, maka ciri-ciri utama yang
mendasari istilah akhlak tersebut telah dapat difahami. Akhlak semestinya merupakan suatu
laku perbuatan yang sudah cukup biasa dan sebati di dalam did seseorang sehingga apabila
dia mahu melakukan perbuatan tersebut, dia sudah tidak lagi perlu berfikir terlebih dahulu,
malahan ianya muncul secara spontan. Ini bermakna ruang untuk berlakon, berlagak atau
malahan bersifat munafik tidak pernah diberi laluan atau tidak termasuk di bawah naungan
istilah akhlak. Dalam kata lain, ciri-ciri perlakuan manusia dalam bentuk lakonan dan yang
seumpamanya itu masih belum boleh dianggap sebagai suatu akhlak bagi diri seseorang.
Akhlak juga, berdasarkan piawai syarak dan akal murni, boleh dibahagikan kepada dua;
akhlak baik dan akhlak buruk. Bagaimanapun, menurut perpektif Islam akhlak yang
dikehendaki hanyalah laku perbuatan yang bersifat baik yang sudah sebati di dalam diri
seseorang, kerana itulah matlamat dari pengutusan Rasulullah S.A. Wke dunia mi. Kriteria
baik itu pula, sebagaimana yang dicatatkan oleh al-Ghazali, mestilah ditentukan piawainya
oleh syarak. Hal ini cukup penting menurut pandangan Islam, kerana persoalan nilai sama
ada baik atau buruk, kalau diserahkan semata-mata kepada kebijaksanaan manusia
menentukan piawainya, maka kecelaruan dan ketidakpastian pasti akan terjadi. Ini ialah
kerana apa yang dikatakan baik misalnya oleh seseorang, tidak semestinya baik juga bagi
orang lain; demikian pula halnya sesuatu perkara yang dianggap baik di suatu tempat atau
pada zaman yang tertentu, tidak semestinya pula menjadi baik di tempat dan zaman lain.
Untuk itu, nilai atau piawai yang ditentukan oleh syarak adalah tetap dan kekal sepanjang
zaman. Ia adalah cukup tepat dijadikan sebagai rujukan di dalam hal seumpama ini. Dalam
hubungan ini, kita perlu merujuk pandangan al-Qur'an tentang akhlak Rasulullah s.a.w
sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud:
Dan bahawa sesungguhya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang sangat
mulia. (Al-Qalam:4)
Ibn Kathir sewaktu menghuraikan ayat ini telah mencatatkan perihal bahawa Aisyah R.A
telah ditanya oleh seseorang yang bernama Said b. Hasyim tentang akhlak Rasulullah s.a.w,
lalu Aisyah berkata: " Tidakkah 'kamu membaca al-Quran?" Said menjawab bahawa dia telah
membacanya. Aisyah pun berkata lagi " Sesungguhnya akhlak Rasulullah s.a.w adalah (isi
kandungan) al-Quran itu (sendiri)". Ini bermakna, menurut Ibn Kathir lagi, bahawa Rasulullah
s.a.w telah menjadi ketaatan terhadap suruhan dan larangan al-Quran itu sebagai akhlak
kepada dirinya; apa-apa yang disuruh oleh al-Quran dilaksanakannya, sedangkan apa-apa
yang dilarang pula ditinggalkannya.
Berdasarkan huraian di atas, maka satu kesimpulan lagi boleh dibuat berhubung dengan
ruang lingkup penghayatan akhlak yang baik menurut perspektif Islam. Maka ia secara
pastinya merujuk kepada penyebatian dalam perlakuan seseorang terhadap seluruh ajaran
dan suruhan yang terkandung dalam al-Quran. Dalam kata lain, ruang lingkup penghayatan
seluruh isi kandungan al-Quran sebagaimana yang ditunjuk oleh Rasulullah s.a.w hanya

menjadi bermakna apabila segala itu terlaksana dengan sempurna di dalam diri seseorang.
Menurut perspektif Islam, apabila segala itu tercapai, maka orang tersebut sudah berakhlak
dengan akhlak yang baik.
5.3 KATEGORI DAN SKOP AKHLAK
Kategori Akhlak Menurut Islam
Akhlak menurut Islam terbahagi kepada dua iaitu akhlak mahmudah (akhlak yang terpuji)
dan akhlak mazmumah (akhlak yang keji).
Akhlak Mahmudah
Mahmudah ialah sifat yang lahir di dalam diri seseorang yang menjalani tazkiyyat an-nafs
secara gigih untuk membersihkan hakikat atau zat sejati manusia dari pelbagai sifat yang
rendah dan hina (mazmumah) (Zakaria Stapa,1999).
Menurut tokoh etisis Greek klasik, Aristotle menegaskan bahawa matlamat ke arah
membentuk etika dan sahsiah diri bukanlah hanya mempelajari ihnu sahaja tetapi yang
lebih penting adalah menjadi orang baik dan merealisasikan kebaikan itu ke dalam
perbuatan dan tingkah laku. Seseorang tidak dipanggil dermawan jika hanya ada harta yang
banyak melainkan dia dermakan harta itu (Mohd Nasir Omar, 1999).
Akhlak-akhlak yang mulia itu antara lainnya ialah lemah lembut, pemaaf, pemurah, rendah
diri, sabar, redha, zuhud, berani, manis muka dan mesra, kasih sayang, bertolak ansur dan
amanah. Semua sifat-sifat ini adalah yang dikatakan sifat-sifat yang dan terpuji atau dengan
kata lain, ia adalah disebut sebagai sifat mahmudah. Sifat-sifat hati yang baik ini akan
memberi cahaya kepada kehidupan kita yang zahir. Ini sesuai dengan sebuah Hadith
Rasulullah yang bermaksud:
Di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh
anggota lahir manusia itu. Jika daging itu rosak maka seluruh anggota lahir manusia itu akan
rosak. Itulah dia hati.
Imam Al-Ghazali telah menggariskan sepuluh sifat Mahmudah/terpuji di dalam kitab Arbain
Fi Usuluddin iaitu :
1) Taubat.
2) Khauf(Takut)
3) Zuhud
4) Sabar.
5) Syukur.
6) Dchlas.
7) Tawakkal.
8) Mahabbah (Kasih Sayang)
9) Redha.
10) Zikrul Maut (Mengingati Mati)
Akhlak Mazmumah
Sesiapa yang ingin melihat Allah s.w.t di dalam syurga, dia mesti membuat amal soleh dan
tidak mensyirikkan Allah s.w.t. Amal soleh tidak akan dapat dicetuskan kalau di dalam hati
seseorang itu tidak ada sifat-sifat mahmudah. Kerana itu tanamkan sifat-sifat mahmudah
terlebih dahulu di dalam hati. Dan sifat-sifat mahmudah inilah akan mendorong seseorang
itu melaksanakan amal-amal soleh di dalam kehidupannya. Itulah yang akan dinilai oleh
Allah s.w.t dan diberi nikmat syurga di akhirat.
Contoh akhlak atau budi pekerti yang keji itu ialah seperti sombong, pemarah, hasad dengki,
dendam, bakhil, tamak dan yang lain-lain adalah penyakit-penyakit hati atau penyakit jiwa

atau dikatakan penyakit batin. Jadi lawan bagi sifat yang baik adalah sifat-sifat yang jahat
atau yang dikatakan sifat mazmumah. Sifat-sifat hati yang terkeji ini akan membentuk
akhlak yang jahat dan melahirkan perbuatan yang keji. Ini akan menyusahkan hidup yang
kekal abadi di akhirat pada seseorang itu kerana dia akan merasakan penderitaan neraka di
akhirat kelak. Jelas bagi kita di sini bahawa hati yang jahat, mengandungi sifat-sifat yang
jahat akan menyebabkan seseorang itu hidup kekal abadi dalam kesengsaraan di neraka.
Hati yang jahat itu akan mendorong anggota lahir manusia itu melakukan perbuatanperbuatan jahat seperti ia boleh mendorong tangan, mata, mulut, kaki dan anggota lain
melakukan berbagai kejahatan.
Akibat roh atau hati yang rosak penderitaannya bukan sahaja dirasakan di dunia tetapi kekal
abadi di akhirat kelak. Jadi, di sini terdapat dua jenis penyakit di dalam kehidupan manusia
iaitu penyakit batin dan penyakit zahir. Yang peliknya, di antara dua jenis penyakit ini yang
kita biasa khuatirkan ialah penyakit zahir. Sebab itulah kita dapati banyak hospital, klinik
dan pelbagai pusat perubatan. Semua ini bertujuan untuk mengubat pelbagai jenis penyakit
yang menyerang fizikal manusia.
Penyakit batin yang boleh membawa manusia menderita kekal abadi di dalam neraka, tidak
ditemui secara khusus hospital atau klinik penyakit batin seperti kuliah atau pengajian
ceramah dan seumpamanya. Ini adalah kerana penyakit batin itu kurang disedari dan tidak
merasakan ianya perlu diubati. Yang manusia hari ini lebih sibukkan ialah mendirikan
hospital atau klinik penyakit zahir. Kulit dijaga dengan rapi hingga disalut berbagai krim
mencegah serangan penyakit kerana takut dihinggapi penyakit. Kemudian disapu pula
dengan pelbagai ubat supaya lebih halus bimbang dihinggapi penyakit lain. Kemudian
sibuklah manusia hari ini melakukan riadah pada Subuh hari atau petang-petang hari.
Selsema sahaja segera mencari klinik untuk dapatkan rawatan. Begitu juga apabila gigi
sakit, dengan tidak sempat berbuat apa-apa lagi akan bergegas berjumpa doktor mengambil
ubatnya seterusnya mencabut gigi berkenaan. Tetapi kalau penyakit bakhil yang menular
dan berakar dihati, tidak pun terasa hendak mengikisnya. Kalau ada penyakit riak, ujub,
hasad dengki, sedikit pun tidak dihiraukan. Malah ada sebilangan daripada kita merasa
gembira dan bangga dengan penyakit seperti itu.
Sesungguhnya pengubatan penyakit jiwa adalah paling utama. Tetapi jarang manusia ingin
hendak mengubat penyakit seperti ini. Yang lebih diutamakan oleh manusia hari ini ialah
penyakit zahir sahaja. Kita perhatikan apabila seseorang itu terkena penyakit, tindakan
segera bagi mengubatinya tetapi sebaliknya apabila bersarang penyakit mazmumah tidak
langsung dihiraukan. Tidak terfikir mencari kliniknya sedangkan penyakit ini lebih teruk dan
menderita sepanjang masa. Ini kerana pada kita penyakit ini perlu lebih diutamakan
rawatannya, suluh-suluhlah hati kalau-kalau ada penyakit riak ujub atau sebagainya.
Kemudian tanya-tanyalah tuan-tuan guru untuk mengubatnya. Ubatlah seperti mana kita
mengubat penyakit zahir. Sekiranya sikap kita tidak boleh jadikan contoh sekurangkurangnya boleh kita ambil manfaatnya.
Orang yang selalu memikirkan penyakit batin ini adalah yang berakal dan cerdik. Manakala
orang yang selalu memikirkan penyakit-penyakit zahir adalah yang jahil. Imam Al-Ghazali
juga telah menggariskan sepuluh sifat Mazmumah/ tercela/sifat keji di dalam kitab tersebut
iaitu :
1. Banyak makan
2. Banyak bercakap
3. Marah
4. Hasad

5. Bakhil
6. Cintakan kemegahan
7. Cintakan dunia
8. Bangga diri
9. Ujub (hairan diri)
10. Riya' (menunjuk-nunjuk)
- Skop Akhlak Menurut Islam
- Manusia Dengan Allah
Orang Mukmin ialah mereka yang mempunyai akhlak yang tinggi dalam konteks
hubungannya dengan Allah s.w.t. Mereka mengenal Allah, beriman dan beribadah
kepadaNya, jauh sekali menentang atau bersikap biadab terhadapNya. Firman Allah s.w.t
yang bermaksud,
Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang yang membuat dusta terhadap Allah dan
membohongi kebenaran ketika datang kepadanya? Bukankah di neraka Jahanam tersedia
tempat tinggal bagi orang-orang kafir? (az-Zumar: 32)
Akhlak dengan Allah adalah yang paling utama kerana ia sebagai penentu kepada hubungan
seseorang dengan yang lain-lain. Segala-galanya adalah bergantung kepada sejauhmana
keikhlasan dan hubungan hati seseorang itu dengan Allah s.w.t. Oleh itu niat yang betul
adalah menjadi syarat pertama sesuatu perbuatan itu boleh dikira sebagai ibadah. Antara
kewajipan manusia terhadap Allah termasuklah, beriman kepada Allah dan kepada apa yang
diwahyukan-Nya, mentaati segala perintah-Nya, menyelidiki tanda-tanda (ayat) Allah dan
kejadian alam, mensyukuri nikmat-Nya, redha dengan segala ketentuan qada' dan qadarNya, bertawakkal kepada-Nya, tidak berputus asa terhadap rahmat-Nya, bertasbih dan
berzikir, beribadat, bertaubat dan mencintai Allah.
- Manusia Sesama Manusia
Untuk menyempurnakan hubungan sesama manusia, termasuklah terhadap diri sendiri,
dengan keluarga, jiran, masyarakat seterusnya dengan orang-orang bukan Islam Allah telah
meletakkan nilai-nilai dan garis-garis tertentu dalam soal hubungan dan muamalah dengan
semua pihak. Di kemukakan beberapa contoh garis panduan Allah s.w.t kepada manusia
dalam menjaga akhlak sesama manusia. Firman Allah bermaksud,
Dan janganlah kamu berjalan di atas muka bumi ini dalam keadaan sombong dan bongkak.
Sesungguhnya kamu tidak akan dapatmenembusi bumi dan menyamai ketinggian bukit (AlIsra': 37)
Dan berbuat baiklah kepada ibubapa, kaum kerabat, anak-anak yatim dan dengan orangorang miskin dan bercakaplah dengan sesama manusia melalui perkataan yang baik (AlBaqarah: 83)
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu kaum memperolokkan suatu kaum
yang lain kerana kemungkinan kaum itu lebih baik daripada mereka. Demikian juga wanita
jangan memperolokkan kaum wanita yang lain, boleh jadi kaum itu lebih baik dari mereka
dan janganlah caci mencaci antara kamu dan jangan memberi gelaran-gelaran yang buruk
kepada mereka. Seburuk-buruk nama ialah fasiq setelah beriman dan sesiapa yang tidak
bertaubat, mereka itulah golongan yang zalim (Al-Hujurat: 11)
Dalam din Islam yang lengkap dan syumul ini, Allah telah menggariskan etika perhubungan
dan muamalah sesama manusia dalam semua aspek dan keadaan. Islam sangat teliti dan
sensitif dalam menjaga keharmonian dan baik sangka sesama mukmin dan menutup pintu
yang boleh menimbulkan tanggapan buruk antara mereka. Rasulullah s.a.w bersabda yang
maksudnya,

Bila kamu sedang berkumpul tiga orang, janganlah kamu berbisik berduaan, meninggalkan
orang ketiga (riwayat Bukhari)
Akhlak terhadap diri
Antara akhlak seseorang terhadap dirinya sendiri ialah mesti menjaga kesihatan diri,
membersih jiwa daripada akhlak yang buruk, melatih jiwa supaya berfikir dan menganalisa,
tidak melampaui batas, istiqamah, bercakap benar, menahan marah, pemaaf, mematuhi
peraturan, sabar, ikhlas, sederhana dan sebagainya.
Akhlak terhadap keluarga
Antara contoh akhlak terhadap keluarga ialah suami perlu bergaul dengan isteri dengan cara
yang baik, berbuat baik kepada kedua ibu bapa, kepada orang yang lebih tua atau muda
daripada kita, tidak membunuh anak kerana bimbangkan kemiskinan, berlaku adil kepada
semua orang, anak-anak dan isteri-isteri, berbuat baik dan memberi bantuan kepada kaum
keluarga yang dekat dan yang jauh serta sebagainya.
Akhlak terhadap masyarakat
Seseorang Muslim peru menjaga akhlak dengan anggota masyarakatnya. Ini termasuklah
tidak memasuki sesebuah rumah kecuali meminta izin dan memberi salam kepada
penghuninya, tidak mengurangkan timbangan, kembalikan amanah kepada empunya,
menghakimi di antara manusia dengan adil, tepati janji, menjadi saksi yang benar, menjadi
pendamai, memaaf kesalahan orang, mengasihi orang lain, menyeru kepada kebaikan,
mencegah keburukan, membalas kejahatan dengan kebaikan dan lain-lain.
- Manusia Dengan Alam
Islam juga telah mengatur soal hubungan dengan makhluk-makhluk yang lain selain dari
manusia. Ini termasuklah perhubungan atau sikap manusia terhadap binatang, tumbuhtumbuhan dan alam sekitar yang lain, semuanya telah ditentukan etikanya oleh Allah s.w.t.
Sebagai contoh, sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
Seorang perempuan diazab kerana mengurung kucingnya tanpa diberi makan sampai mati
dan ia dimasukkan ke dalam neraka. Ia tidak memberi makan dan minum terus
mengurungnya dan tidak melepaskannya makan makanan di atas bumi.
Ada banyak jenis binatang-binatang yang dihalalkan Allah untuk dimakan seperti lembu,
kambing, ayam dan sebagainya. Binatang-binatang jenis ini mestilah terlebih dahulu
disembelihkan dengan menyebut nama Allah. Untuk menyembelih binatang-binatang
tersebut, Islam menghendaki ianya dilakukan dengan ihsan seperti menggunakan pisau
yang tajam. Ini bertujuan mengelakkan kesakitan yang boleh menyeksakan binatang.
Islam juga tidak melarang kita membunuh bahkan dalam keadaan tertentu seperti
membunuh binatang-binatang yang merbahaya seperti ular, kala dan seumpamanya.
Perkara ini disuruh oleh Islam apabila ia boleh mendatangkan kemudaratan pada diri
manusia. Islam juga melarang memusnahkan alam sekitar seperti pokok-pokok kayu dan
sebagainya tanpa sebab yang diterima oleh syara'.
Islam mengalakkan manusia menanam tanam-tanaman yang boleh menghasilkan buah
untuk manfaat manusia dan binatang. Kerja-kerja tersebut dikira sebagai ibadah dan buahbuah yang dimakan oleh manusia dan binatang adalah sedekah. Islam menyuruh manusia
menggunakan bahan-bahan seperti kayu balak dan seumpamanya untuk membuat sesuatu
bagi kegunaan manusia seperti tempat kediaman, sekolah dan lain-lain.
5.4 PEMBINAAN DAN PEMANTAPAN AKHLAK
5.4.1 Akidah Yang Mantap
Akidah dalam Islam membentuk worldyiew dan akhlak seorang Muslim. Konsep tauhid

uluhiyyah misalnya, menggariskanbahawa segala sesuatu yang wujud datang dari Allah oleh
itu semestinya manusia melakukan segala perbuatannya kerana Allah. Mentaati, mencintai,
berlindung dan berharap kepada selain Allah secara mutlak bermakna mensyirikkan Allah.
Konsep Ubudiyyah menggariskan bahawa manusia hidup sebagai hamba Allah. Seorang
Muslim sejati akan mendedikasikan hidupnya untuk mencari keredhaan Allah semata-mata.
Menghambakan diri pada Allah bererti menjalankan segala perintah Allah dan menjauhi
segala larangan-Nya. Segala perbuatan yang dilakukan oleh seorang Muslim tanpa mengira
siapa (pekerjaan) dan apa perkara yang dibuat akan bernilai ibadah seandainya dia ikhlas
dan mengikut petunjuk syariah (Khalif Muammar, 2005).
Setelah akidah membentuk worldyiew seorang Muslim, maka jati diri seseorang itu akan
berubah dan menjadi orang yang lebih baik dan bertanggungjawab. Seorang muslim yang
sejati akan bersikap amanah, berdisiplin, adil terhadap orang lain dan dirinya sendiri,
melaksanakan amar makruf dan nahi munkar dan sebagainya.
5.4.2 Kepatuhan Syariah
Diri manusia memerlukan amal atau perbuatan yang selaras dan menepati dengan
kehendak akidah. Kehendak dan kemahuan akidah itu dijelmakan dalam bentuk syariah
yang merangkumi semua disiplin, peraturan dan perundangan yang mesti dipatuhi, diikuti
dan dilaksanakan oleh manusia dalam semua kegiatan hidup yang merangkumi semua
aspek kehidupan. Ianya sama ada kegiatan hidup itu merupakan gerak laku amalan atau
gerak laku perbuatan yang berhubung antara manusia dengan Tuhannya, berhubung
sesama manusia dalam semua lapisan dan peringkatnya dan berhubung antara manusia
dengan alam sekeliling. Melalui ikatan, kawalan dan panduan syariah akan terciptalah suatu
corak kehidupan yang selaras dengan kehendak Allah s.w.t.
5.4.3 Pelaksanaan Ibadah
Pelaksanaan ibadah merupakan amalan-amalan yang membuktikan kemantapan akhlak
yang dimiliki oleh seseorang individu. Akhlak Islam bertunjangkan akidah. Sebab itulah ia
mempunyai asas yang kukuh kepada keimanan, kekuasaan Allah s.w.t, qada' dan qadar,
dosa dan pahala, ganjaran baik dan balasan jahat di akhirat dan sebagainya. Akhlak yang
baik yang disarankan oleh al-Quran banyak sekali seperti iman, takwa, amal salih, ikhlas,
sabar, amanah, zuhud, adil, suka menolong, suka memaafkan, pemurah dan sebagainya (alMaududi 1967)
Hujah-hujah pembentukan diri dari sudut akhlak dan ketrampilan diri dunia dan akhirat juga
telah ditekankan oleh Nahlawy (1963) dan al Jammali (1966). Para pemikir ini telah
menekankan betapa dengan sikap, adab atau akhlak baik yang ada pada seseorang pelajar
akan menjamin kejayaan di dunia dan di akhirat. Ini bermakna dengan memiliki akhlak mulia
seseorang pelajar akan mencipta kejayaan demi kejayaan dalam bidang akademik,
perhubungan dengan masyarakat, memahami alam sekitar, cemerlang dalam kerjaya dan
membawa kebahagiaan di akhirat. Ini semua adalah akhlak-akhlak mahmudah yang
ditonjolkan melalui ruanglingkup amalan ibadah yang begitu luas mencakupi berbagai aspek
dunia dan akhirat.
Pelaksanaan ibadah yang mantap adalah hasil gabungan pengetahuan, keterampilan, polapola tingkahlaku, sikap, nilai-nilai dan kebiasaan yang terkandung dalam tujuan umum
pendidikan Islam akan dapat menumbuhkan semangat agama dan akhlak (Hasan, 1986).
Antara aspek-aspek pelaksanaan ibadah yang membawa kepada pembinaan dan
pemantapan akhlak ialah,
5.4.3.1 Ilmu pengetahuan, Didikan dan Latihan
Falsafah pendidikan negara menekankan,

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis
dan seimbang daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara"
Sesuai dengan struktur masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan ugama, falsafah
pendidikan setakat ini adalah tidak bercanggah dengan falsafah pendidikan Islam itu
sendiri(Hasan, 1995).
Pendidikan juga dilihat sebagai usaha membangunkan insan mukallaf, insan proaktif, insan
yang sedar diri akan status, kedudukan, amanah dan tugasnya sebagai hamba dan khalifah
Allah, mempunyai kekuatan daya fikir yang boleh mengambil iktibar, mempunyai yisi dan
dapat melihat sesuatu dalam perspektif yang benar dan waspada dalam pengertian hati-hati
bahawa setiap tindakan akan ada hisab, dipertanggungjawabkan dan meninggalkan kesan
dari segi martabat, pertumbuhan diri dan dari segi dosa pahala, sehingga setiap pilihan
yang dilakukan dibuat secara sedar dan bersengaja. Kemuliaan dan kebahagiaaan, aman
dan tenteram bergantung kepada sejauhmana kejayaan dalam pendidikan akhlak (M. Kamal
H. Hujir, 1982).
Pendidikan dalam Islam adalah memberikan penekanan kepada pembangunan seluruh
potensi manusia (roh, akal dan jasad) secara bersepadu sekaligus untuk menyampaikan dua
fungsi manusia iaitu sebagai hamba Allah dan sebagai khalifah yang ditugaskan untuk
memakmurkan seluruh alam di atas dasar kesepaduan dan kesempurnaan iman, ilmu dan
amal soleh demi mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat (Syed M.Naquib, 1978).
Maka tujuan pokok dan utama dari pendidikan Islam adalah mendidik budi pekerti dan
pendidikan jiwa. Dalam masa yang sama bidang-bidang lain seperti pendidikan mental,
jasmani, matematik, ilmu sosial dan sebagainya tidak diabaikan (al-Abrashi, 1974).
Islam memandang bahawa pendidikan adalah satu proses penting bagi semua peringkat
manusia samada kecil atau besar, tua atau muda. Ia begitu menekankan pendidikan yang
membawa kesejahteraan kepada seluruh umat Islam, dunia dan akhirat. Pendidikan yang
perlu diutamakan ialah yang berkaitan dengan agama kerana ia adalah cara yang paling
baik untuk mencegah manusia dari keburukan dan membawa mereka kepada ketinggian
kerana pendidikan agama adalah hidayah dan petunjuk ('Ali Fadl al-Lah, t.th.).
Pendidikan Islam menjadikan matlamat mengenal Tuhan, memahami Islam dan diri sendiri
serta menghayati cara hidup yang baik sebagai terasnya. Berasaskan matlamat ini
Rasulullah s.a.w. telah berjaya mendidik generasi umat Islam yang pertama dahulu,
mengangkat mereka dari jurang keruntuhan akhlak zaman jahiliyyah kepada kecemerlangan
akhlak Islam yang menakjubkan (Mustaffa, 1994).
Pendidikan adalah aspek penting dalam kehidupan manusia semenjak muncul dan
tersebarnya Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w yang di utuskan oleh Allah,
untuk disampaikan kepada seluruh manusia. Pendidikan menjadi satu bidang perjuangan
baginda. Dalam sirah, tugas pertama Rasulullah memberi pendidikan kepada pengikutnya.
Ini boleh dilihat daripada ayat pertama yang diturunkan oleh Allah yang mana di dalamnya
mengandungi unsur-unsur pendidikan (al-Ahwani, t.th.)
Firman Allah bermaksud,
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari sebuku
darah beku: bacalah, dan Tuhanmu yang amat pemurah yang mengajar manusia dari pena

dan tulisan, Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya (al-'Alaq 96:1-5)
Ayat ini menyebut 'Qalam' dan 'Ilmu' bagi membuka aqal dan pemikiran kepada kebenaran
dan mengangkat martabat manusia (Hijazi, 1968, juz.30). Kemunculan Islam dengan
turunnya wahyu di atas yang memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w membaca 'Iqra' dari
psikologinya melibatkan keseluruhan struktur mental manusia (Hasan, 1976). Ajaran yang
dibawanya lebih menekankan kepada kerohanian dari jasmani, bahkan pendidikan yang
dibawanya tidak boleh diatasi oleh mana-mana pendidikan yang lain (al-Qari, 1972)
Akhirnya lahirlah manusia yang terbangun keinsanannya iaitu manusia yang berdisiplin,
mempunyai semangat dan daya juang yang tinggi, inoyatif, berpegang kepada nilai-nilai
etika dan akhlak yang mulia. Lahimya generasi yang kuat bukan sahaja dalam bidang fizikal,
dalam pembangunan ekonomi dan teknologinya, tetapi menjadi manusia soleh, mempunyai
sikap yang positif dan dinamik, berkebolehan serta berkeyakinan, berpandangan jauh,
mempunyai kekuatan dan daya tahan yang kental. Inilah buah hasil yang mam's bakal
dikecapi oleh semua pihak.
5.4.3.2 Penghayatan al-Quran
Al Quran adalah KalamulLah (Perkataan Allah) yang diwahyukan kepada Nabi Muhamad
s.a.w untuk disampaikan kepada seluruh manusia. Di dalamnya terkandung risalah (ajaran)
Islam yang merangkumi konsep ketuhanan, sistem perundangan Islam, pengetahuan
tentang alam ghaib seperti malaikat dan hari pembalasan, asas perundangan, system
moral, fakta-fakta sains, sejarah manusia dan lain-lain lagi. Al-Quran menunjukkan
bagaimana hubungan antara makhluk dan Tuhan sepatutnya dikendalikan dan bagaimana
manusia hams berinteraksi sesama manusia dan dengan makhluk yang lain. Sebagai
KalamulLah, maka tidak ada suatupun yang lebih mulia di muka bumi ini selain dari alQuran. Pembacaannya adalah suatu ibadah, penghafalannya adalah idaman setiap mukmin,
perintah dan larangannya adalah undang-undang, sistem nilainya adalah mutlak, segala
pernyataannya adalah benar, mengamalkan apa yang disarannya adalah bukti keimanan
dan orang Islam mesti percaya kepada semua ayat yang ada di dalamnya (Abd. Rahman
Omar, 1989).
Al-Quran tclah dan akan terus membimbing manusia untuk mencapai kesempurnaan dalam
kehidupan. Al-Quranlah yang telah mencorakkan hidup orang Islam. Tidak ada kitab yang
setanding dengannya kerana kandungannya yang menyeluruh. Di dalamnya terdapat
panduan hidup yang sempurna. Bagi orang Islam yang mempercayai al-Quran dengan
penuh keyakinan akan mendapatinya sebagai sumber ilham yang tidak ada habisnya. Bagi
mereka yang tidak percaya kepada al-Quran dan memberi berbagai-bagai hujah,
sebenarnya mereka hanya memperdayakan diri mereka sendiri.
Al-Quran juga merupakan mukjizat kepada Nabi Muhammad s.a.w yang kemukjizatannya
berkekalan sepanjang zaman. Al-Quran menyatakan yang ianya sebagai kitab atau buku
yang tidak mempunyai sebarang keraguan yang menjadi pedoman dan petunjuk bukan
sahaja kepada orang Islam tetapi kepada seluruh manusia. Pandangan hidup orang Islam
dinyatakan di dalam al-Quran. Akhlak Islam yang diajar oleh Nabi Muhamad s.a.w adalah
akhlak yang disarankan di dalam al-Quran. Suatu masa Aisyah telah ditanya mengenai
akhlak Rasululah, Aisyah menjawab bahawa akhlak Rasulullah adalah al-Quran. Al-Quran
merupakan daya penggerak kepada umat Islam untuk melakukan sesuatu. Al Quran juga
menjadi sumber dan pencetus kebanyakan bidang ilmu. Oleh itu adalah wajar dikatakan
bahawa al-Quran sebagai sumber inspirasi dalam membina tamadun Islam kerana
pendorong dan penggerak utama orang Islam adalah al-Quran.
5.4.3.3 Rasul Sebagai Qudwah Hasanah

Bagi manusia di zaman ini Allah s.w.t telah megutuskan kepada kita seorang Nabi untuk
menjadi teladan yang terbaik. Tidak ada manusia yang paling sempuma sepertinya dalam
sejarah kehidupan manusia. Dialah manusia yang teragung. Semua perbuatan, percakapan
dan pandangannya terhadap sesuatu telah dicatitkan dan dibukukan sebagai Hadith atau
Sunah Nabi Muhammad s.a.w (Sulaiman, 1989). Riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w (Sirah
Nabawiyyah) telahpun dicatitkan secara lanjut dan dibukukan. Baginda adalah teladan yang
terbaik bagi manusia dalam segala bidang kehidupannya. Nilai yang ditentukan oleh Islam
yang menzahirkan akhlak mulia ialah seperti yang telah dicerminkan oleh Nabi Muhammad
s.a.w. Firman Allah s.w.t bermaksud,
Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu bagi orang
yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut
Allah (al-Ahzab: 21)
Pembangunan akhlak Islam ini ialah manifestasi langsung daripada keimanan dan pemikiran
Islam yang mengadunkan sahsiah Muslim di dalam diri dan masyarakat generasi awal Islam.
Ia lahir daripada model akhlak yang hidup dan praktis iaitu akhlak Rasulullah s.a.w. Dari
sumber inilah pemahaman generasi awalan Islam mengenai amanah, jujur, taat, beradab
dan lain-lain itu difahami dan dipraktikkan. Muslim sebegini berjaya membentuk hubungan
yang harmoni dengan Allah, dirinya dan dengan alam (M. Nakhaie, 1994).
Apabila diteliti akhlak semua Rasul maka didapati mereka mempunyai persamaan dalam
memiliki sifat-sifat luhur, baik, mulia yang tidak dapat ditandingi oleh manusia bukan Rasul.
Al-Maturidi (1970) menerima bahawa keperibadian para Rasul adalah berbeza daripada
orang lain yang sezaman dengan mereka sejak peringkat kanak-kanak, belia dan dewasa.
Bakal-bakal Rasul menampakkan sifat-sifat mulia dan luhur yang jelas perbezaannya dengan
akhlak bukan bakal Rasul. Keperibadian para Rasul yang sedemikian rupa bukanlah hasil
didikan dan pembelajaran yang diterima dari masyarakat. Hal inilah antara yang menarik
kecenderungan ajaran yang dibawa oleh Rasul-rasul. Adapun mereka yang menentang
Rasul, bukan semata-mata tiada kecenderungan dan ransangan untuk mengakui kebenaran
Rasul tetapi penentangan mereka dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti kepentingan
diri, kesombongan dan menjaga kedudukan.
Bakal-bakal Rasul tidak terpengaruh atau dipengaruhi oleh unsur-unsur jahat dan buruk
yang wujud dalam masyarakat mereka dibesarkan. Contohnya Muhammad s.a.w sebelum
dilantik menjadi Rasul sudah pun diberi gelaran penghormatan "al-Amin" oleh masyarakat
Makkah kerana Baginda mempunyai akhlak yang istimewa dari orang lain (Ameer Ali, 1974).
Rasul-rasul juga mempunyai sifat-sifat mulia umpamanya Nabi Lut A.S dan Nabi Hud A.S
bersifat Amin; Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Idris A.S bersifat siddiq; Nabi Ismail A.S, Nabi Ilyas
A.S, Nabi Zulkifli A.S bersifat sabar; Nabi Zakaria A.S, Nabi Yahya A.S, Nabi 'Isa A.S dan Nabi
Ilyas A.S bersifat salih. Semua Rasul tidak mempunyai sifat buruk, keji dan hina seperti
tamak haloba, khianat, penipu dan mementingkan diri sendiri dengan kemewahan dan
kekayaan. Sifat-sifat buruk tidak menjadi sifat para Rasul kerana mereka tidak
mengharapkan dan memerlukan balasan, upah, ganjaran, penghormatan dan sanjungan
dari manusia secara individu dan masyarakat, dalam melaksanakan tugas-tugas kerasulan.
Para Rasul hanya mengharap sepenuhnya ganjaran dari Allah dan mendapat keredhaan
Allah dalam setiap gerak laku mereka. Contohnya Nabi Hud A.S diterangkan oleh Al-Quran
yang bermaksud:
Dan kepada kaum 'Ad (kami utus) saudara Hud. Ia berkata; Hai kaumku, sembahlah Allah,
sekali-kali tidak ada bagimu Tuhan selain Dia... (Surah Hud:50)
Hai kaumku, aku tidak meminta upah kepadamu bagi seruanku ini. Upahku tidak lain

hanyalah dari Allah yang telah menciptakanku... (Surah Hud:51)


Al-Qur'an ada juga menjelaskan keterangan yang sama mengenai Nabi Nuh A.S, Nabi Syuib
A.S, Nabi Lut A.S dan Nabi Muhammad s.a.w.
Para Rasul menjadi ikutan umat mereka dalam semua aspek - aqidah, syariah dan akhlak yang dilahirkan, diajarkan dan direalisasikan dalam hidup individu dan masyarakat. Oleh itu,
akhlak istimewa memang ada pada diri semua Rasul. Mereka berakhlak baik, luhur,
istimewa dan terpuji.
Untuk memahami lebih lanjut tugas Nabi, marilah kita mengkaji sirah ar-Rasul s.a.w dengan
secara ringkas. Semasa dua puluh tiga tahun perlantikan beliau menjadi Nabi, Rasul SAW
berjuang untuk menyampaikan dan menegakkan al-Islam. Risalah yang dibawa beliau
sangat menyeluruh dunia dan akhirat. Semua nabi-nabi yang terdahulu telah benar-benar
menyampaikan dan menunjukkan contoh risalah Allah s.w.t itu, hanya tahap pencapaian
mereka yang berlainan. Mereka berkorban dengan sepenuhnya demi menyebarkan
panggilan Ilahi. Nabi Nuh A.S, misalnya bersikap tabah hati menyampaikan risalah beratusratus tahun lamanya. Nabi Ibrahim AS pula menunjukkan taqwa dan kesabaran yang hebat
sekali. Beliau tidak berganjak pun dari beriman kepada Allah s.w.t walaupun telah
ditempatkan ke dalam api. Perjuangan Nabi Musa A.S yang berlandaskan di atas kesabaran
menentang Fir'aun adalah contoh untuk kita semua. Nabi Ya'qub pula adalah seorang yang
sabar dan kehidupan Nabi 'Isa A.S menggambarkan penyerahan kepada kehendak Allah
s.w.t dan cintanya yang mendalam kepadaNya (Abu Urwah, 1986). Hidup Nabi Muhammad
s.a.w adalah satu penyatuan segala sifat, kebaikan dan nilai yang ada semangat beriman,
cinta kepada Allah dan cinta kepada insan, kesabaran dan keteguhan dalam
memperjuangkan kebenaran, kesanggupan menghadapi kezaliman, kepatuhan dan
penyerahan kepada kemahuan Allah s.w.t serta berkelayakan sebagai pemimpin manusia
dan tabib masyarakat.
5.4.3.4 Contoh Sahabat dan Ulama
Siapa yang ingin melihat sesuatu tentang pentauladanan para sahabat kepada Rasulullah
s.a.w dan tentang sikap yang berkesan daripada Rasulullah s.a.w ke dalam jiwa mereka, dan
tentang perubahan yang berlaku dari sesuatu peristiwa ke atas diri mereka, hendaklah dia
membaca buku sejarah para sahabat dan juga ulama supaya dia dapat melihat kesan-kesan
dari keindahan sejarah, keutamaan budi dan perilaku mereka.
Memadailah mereka mendapat kemuliaan, kebanggaan serta keabdian, apabila al-Quran alKarim telah membicarakan tentang hak-hak mereka. Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
Muhammad itu Rasul Allah, dan orang-orang yang bersama-sama dengannya, sangat keras
terhadap kaum kafir, sangat berlemah-lembut antara sesama mereka sendiri... (Al-Fath: 29)
Mereka mempergunakan sedikit masa dari malam untuk tidur. Dan di hujung malam (waktu
sahur) mereka memohon istighfar (Az-Zariyat:17-18)
Engkau lihatmereka itu ruku'dan sujudkerana menginginkan daripada Allah kurnia dan
keredhaanNya. Tanda-tanda mereka pada wajah-wajah mereka dari bekas sujud (Al-Fath: 29)
Kini, marilah lihat apa kata sahabat yang mulia ini; iaitu Abdullah bin Mas'ud R.A ketika dia
menghitung kepujian dan kelebihan para sahabat, dan pentingnya kita mentauladani
kelakuan mereka yang terpuji, serta akhlak mereka yang mulia, katanya: Kalau ada
seseorang yang ingin mentauladani sesuatu, hendaklah dia mentauladani para sahabat
Rasulullah s.a.w sebab merekalah yang paling taat dan patuh sekali dari umat ini dalam segi
hati, yang paling berkesan dalam segala ilmu, yang paling kurang sekali dalam segi
memberatkan diri, yang paling lurus dalam segi pimpinan, dan yang paling baik dalam segi
keadaan. Mereka telah dipilih oleh Allah s.w.t untuk menjadi teman-teman kepada Nabi s.a.w

dan untuk mendirikan agamaNya. Maka wajarlah kamu mengenal kelebihan mereka, dan
turutlah jalan-jalan mereka, sebab mereka itu berada di atas pimpinan lurus.
Sampai kini pun, semua generasi Muslim, tidak kira pada zaman bila pun, dan tempat mana
pun, masih menimba daripada para sahabat Rasulullah s.a.w itu semua contoh tauladan
yang baik dalam ibadat dan akhlak, dalam keberanian dan ketetapan, dalam keazaman dan
penerusannya, dalam berbelas kasihan dan melebihkan yang lain, dalam jihad dan
pencapaian syahid. Masih terdapat lagi segolongan pemuda-pemuda Islam, pada semua
masa dan zaman, bersinar dengan cahaya budi pekerti mereka, membangun di dalam hal
pendidikan dengan cara mereka, berjalan menuju ke mercu kemuliaan menurut jalan
mereka, kerana abad mereka merupakan sebaik-baik abad yang mendapat petunjuk, dan
sebaik-baik zaman yang memperoleh ketauladanan (Abdullah Nasih Ulwan, 1988).
Sesungguhnya benar apa yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w sebagaimana yang
diriwayatkan oleh al-Baihaqi dan ad-Dailami, bermaksud : Para sahabatku laksana bintangbintang, dan dengan siapa saja di antara mereka yang kamu pilih untuk mendapat
petunjuknya, nescaya kamu akan tertunjuk.
5.4.3.5 Muhasabah Diri
Di antara tanda-tanda jiwa yang beriman, menjauhi maksiat dan takut adalah sentiasa
menghitung setiap perbuatan dan pekerjaannya, baik yang nampak mahupun tidak. Hal itu
dilakukan agar merasa yakin bahawa jiwanya ini berjalan di atas jalan yang lurus yang telah
ditentukan batas-batasnya oleh al-Quran (Dr. Husein, 2003).
Muhasabah nafs adalah seseorang yang melakukan perhitungan terhadap dirinya selangkah
demi selangkah, tentang amal-amalnya, tingkah laku dan perbuatannya, baik yang nampak
mahupun yang tidak, sehingga sedar perihal urusan dirinya sendiri dalam kerangka yang
disyaratkan, dan dengan kemahuan sendiri meluruskan nafsnya apabila didapati
penyimpangan. Semua itu dilakukan sebelum kehabisan usia, habisnya waktu yang
ditentukan dan berdiri di hadapan Allah s.w.t menghadapi perhitungan akhirat.
Muhasabah nafs dilakukan baik sebelum melakukan suatu perbuatan mahupun setelah
melakukannya pada setiap waktu dan kesempatan. Tujuannya adalah agar jiwanya merasa
tenang bahawa segala perbuatan yang dilakukan itu sesuai dengan syariat Allah. Apabila
dalam perbuatan itu terdapat kekurangan atau kesalahan maka hendaklah segera
diperbetulkan. Dia juga harus selalu beristighfar, menyesal, bertaubat dan kembali kepada
Allah. Menjadi kewajiban bagi seseorang Mukmin untuk melakukan perhitungan terhadap
nafsnya dan menilai amalannya. Setiap nafas yang disedutnya adalah permata yang mahal
yang boleh digunakan untuk membetulkan kesilapan dan memperbanyakkan amalan soleh.
Menyia-nyiakan sisa-sisa kehidupan yang ada adalah satu kerugian yang membawa kepada
kehancuran. Hakikat kerugian ini akan nampak nanti pada hari kiamat, hari yang tidak ada
lagi manfaat dari harta dan anak, kecuali orang yang datang dengan membawa hati yang
ikhlas.
5.4.3.6 Tarbiyah Ruhiyah
Rohani atau keinsanan manusia adalah sumber kebahagiaan dan kecelakaaan hidup
seseorang. Rohanilah yang memandu dan mengawas segala anggota badan kasar
seseorang baik kepada kebajikan mahupun kepada kejahatan. Sebab itulah mendidik roh
atau jiwa adalah sesuatu amalan yang berat dan sukar. Kesukaran ini dapat diatasi dengan
menggunakan pembimbing rohani yang terpenting iaitu iman dan keyakinan kepada Allah
s.w.t yang dipupuk dan dipersuburkan dengan ilmu pengetahuaan yang berguna dan amalan
soleh.
Proses tarbiyah ruhiyah ini telah digariskan oleh Imam al-Ghazali melalui beberapa adab

yang perlu diamalkan oleh pelajar. Di antaranya, (Hussein Bahreisi, 1980)


1. Setiap pelajar haruslah menyemaikan niat yang baik selama mana ia menuntut ilmu. Ini
bagi menghindari daripada akhlak yang buruk.
2. Memberi perhatian yang serius atau komited dengan proses pembelajaran.
3. Menghormati segala ajaran guru.
4. Mendahulukan mempelajari ilmu yang lebih memberi manfaat.
5. Menumbuhkan kesedaran yang betul pada diri pelajar terhadap agama termasuk prinsipprinsip dan dasar-dasar akhlak yang mulia.
6. Menanam keimanan kepada Allah pencipta alam dan kepada malaikat, rasul-rasul, kitabkitab dan Hari Akhirat.
7. Memperkenalkan kepada generasi muda akan akidah Islam, dasar-dasarnya, asal usul
ibadat dan cara-cara melaksanakannya dengan betul, dengan membiasakan mereka
berhati-hati mematuhi akidah-akidah agama, menjalankan dan menghormati syiar-syiar
agama.
8. Menumbuh minat pada generasi muda untuk menambah pengetahuan dalam adab dan
pengetahuan keagamaan dan untuk mengikuti hukum-hukum agama dengan kecintaan dan
kerelaan.
9. Menanam rasa cinta dan penghargaan kepada al-Quran, membacanya dengan baik,
memahaminya dan mengamalkan ajaran-ajarannya.
10. Menumbuhkan rasa bangga terhadap sejarah dan kebudayaan Islam.
11. Menumbuhkan rasa rela, optimis, kepercayaan diri, tanggungjawab, menghargai
kewajiban, tolong menolong atas kebaikan dan taqwa, kasih sayang, cinta kebaikan, sabar
dan berjuang untuk kebaikan.
12. Mendidik naluri, motiyasi dan keinginan generasi muda dan menguatkannya dengan
akidah dan nilai-nilai.
13. Menanamkan iman yang kuat kepada Allah, perasaan keagamaan dan akhlak pada diri
mereka.
14. Membersihkan hati mereka dari rasa dengki, hasad, iri hati, benci, kezaliman, keegoan
dan perselisihan.
5.4.3.7 Tazkiyah al-Nafs
Keutamaan membangunkan manusia seutuhnya dalam pandangan Islam adalah fokus
utama dan pusat kepada pembangunan. Dalam istilah sufi (tasawuf) pembangunan manusia
ini disebut sebagai membangunkan peribadi insan sehingga mencapai tingkat dan darjat
kesempurnaan manusia. Tanpa pembangunan manusia ini, pembangunan-pembangunan
lain termasuklah pembangunan ekonomi akan turut gagal, sebab pembangunan peribadi
manusia adalah akar umbi yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya masyarakat
dan pembangunan negara. Dengan sebab inilah maka perhatian yang sewajarnya perlu
diberikan kepada aspek pembangunan kerohanian atau jiwa manusia itu dalam sesuatu
perancangan pembangunan. Firman Allah bermaksud :
Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang
sesuai dengan keadaannya); serta mengilhamkannya {untuk mengenal) jalan yang
membawanya kepada bertaqwa; sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya
sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), dan
sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya sedia bersih itu susut dan
terbenam kebersihannya(dengan sebab kekotoran maksiat) (al-Syams 91: 7 -10)
Jiwa yang dikurniakan kekuatan akan melakukan kebaikan semasa hidup. Jiwa yang baik
akan membawa kejayaan dan jiwa yang buruk akan membinasakan (Hijazi, 1968). Jelasnya

jiwa (diri) manusia itu perlu disucikan terlebih dahulu sebelum melangkah ke bidang
pembangunan kebendaan yang lain. Andainya jiwa manusia itu telah suci, maka barulah
aspek-aspek pembangunan yang akan mengikuti seterusnya akan terpelihara.
Sebenarnya, konsep pembangunan insan dalam skop dan pengertian yang kita bicarakan di
sini adalah tidak lain dari proses tazkiyat al-nafs (pembersihan diri) yang merupakan salah
satu tugas kerasulan setiap rasul yang diutus Allah s.w.t ke alam ini, sebagaimana yang jelas
terungkap dalam firman Allah yang bermaksud:
Wahai Tuhan kami (doa Nabi Ibrahim A.S) utuslah kepada mereka seorang rasuldaripada
kalanganmereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firman)-Mu dan
mengajarkan mereka isi kandungan kitab serta hikmat kebijaksanaan dan membersihkan
(hati adan jiwa) mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana
(al-Baqarah: 129)
Dialah yang mengutuskan daripada kalangan orang (Arab) yang ,4 ' ummiyin seorang Rasul
(Muhammad S.A. W) dari bangsa mereka sendiri j| yang membacakan kepada mereka ayatayat Allah dan membersihkan, (hati dan jiwa) mereka, serta mengajarkan mereka kitab Allah
(al-Qur'an) dan hikmah kebijaksanaan. Dan sesungguhnya mereka sebelwn (kedatangan
Nabi Muhammad s.a.w) adalah dalam kesesatan yang nyata
(Al-Jum'ah: 2)
Konsep pembangunan insan dalam pengertian tazkiyat al-nafs yang diwariskan oleh para
rasul Allah kepada umat manusia ini ialah merujuk kepada suatu usaha gigih untuk
membersihkan diri manusia daripada pelbagai sifat yang rendah dan hina (sifat-sifat
mazmumah), seterusnya dihiaskan diri tersebut dengan pelbagai sifat yang mulia dan
terpuji (sifat-sifat mahmudah). Secara umumnya, proses pembangunan insan ini satu usaha
untuk mengangkat sifat-sifat nafsu manusia dari taraf jahat dan tidak menentu iaitu yang
menjadi ciri utama tahap nafsu ammarah bi al-su' kemantapan, keredhaan dan ketenangan
hasil daripada rasa keyakinan penuh kepada segala janji-janji Allah s.w.t iaitu yang menjadi
ciri asasi tahap nafsu mutma'innah yang sudah sempurna dan berjaya dibangunkan (Zakaria
Stapa, 2001).
Jadi, semua usaha dan program yang dijalankan dalam proses pembangunan insan ini
adalah bertujuan untuk melahirkan insan kamil yang berakhlak mulia sebagaimana yang
dikehendaki oleh Islam. Penghasilan dan pembinaanya menjadi matlamat dan tugas paling
utama kepada kebangkitan Rasulullah s.a.w itu sendiri, sebagaimana yang jelas terungkap
dalam sebuah hadith baginda:
Sesungguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia dan baik
(Riwayat al-Bukhari)
5.4.3.8 Mujahadah
Al-Mujahadah, di dalam keadaan asalnya adalah sama dengan al-Jihad, iaitu pengorbanan
segala bentuk kesenangan ke jalan Allah serta memerangi musuh-Nya. Al-Mujahadah di
dalam penggunaannya dalam bidang al-Tasawwuf secara khusus telah dirujukkan kepada
penerangan terhadap al-Nafs dan penghindaran daripada segala tuntutan-tuntutannya
berasaskan anggapan bahawa al-Nafs tersebut adalah musuh utama yang berperanan
menjerumuskan insan ke arah kehancuran serta menjauhkan mereka daripada agamanya.
Jadi al-Mujahadah adalah aspek pengalaman dalam kehidupan bertasawwuf, iaitu suatu
bentuk pengalaman yang menentang al-Nafs. Al-Nafs yang kerap diperkatakan di kalangan
ahli sufi apabila membicarakan tentang al-Mujahadah bukanlah satu nama yang sama erti
dengan insan pada keseluruhannya tetapi dirujukkan kepada diri kehaiwanan yang
merupakan pusat kepada nafsu syahwat yang menjadi punca kepada segala bentuk

kejahatan dan dosa. Menurut analisis golongan ahli sufi, al-Syahwah dan al-Hawa
merupakan dua tabiat yang terdapat di dalam al-Nafs.
Mujahadah merupakan usaha melawan nafsu syahwat untuk terus berada dalam keadaan
penghayatan Islam. Petunjuk jalan menuju Allah s.w.t adalah hasil mujahadah. Firman Allah
s.w.t yang bermaksud :
Dan mereka yang berjihad di jalan Kami, nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami.
Sesungguhnya Allah itu berserta dengan orang-orang yang baik (Al-Ankabut: 69)
Penghayatan mujahadah bermula dari pembentukan dan pembinaan iman. Perlunya
mujahadah dalam pembentukan iman mungkin tidak disedari oleh orang yang dibesarkan
dalam suasana Islam. Tetapi orang yang dibesarkan dalam suasana bukan Islam, tentu
mengalami berbagai kesulitan yang memerlukan mujahadah untuk membentuk
keimanannya. Mujahadah juga adalah saluran dan wasilah utama bagi mendapatkan
petunjuk. Allah s.w.t berfirman dengan maksudnya,
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah, Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya" (AlTaghabun: 11)
Keimanan itu adalah hasil mujahadah dan kesempurnaan iman itu adalah dengan amal yang
memerlukan mujahadah dan usaha yang bersungguh-sungguh. Ini memberikan gambaran
tentang makna ayat di atas iaitu barangsiapa yang bermujahadah membentuk keimanannya
sehingga berjaya membentuk keimanan dan barangsiapa bermujahadah menyempurnakan
keimanan itu, nescaya Allah s.w.t akan memberikan petunjuk kepada hatinya.Hasilnya, hati
akan bersinar dengan cahaya keimanan dan mudah menerima kebenaran daripada Allah
s.w.t.
Mujahadah yang diisytiharkan terhadap al-Nafs adalah mempunyai nilai dan kedudukan
yang amat tinggi menurut pandangan Islam. Dalam hal ini, mereka berpegang kepada apa
yang telah diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w.
Kita telah kembali dari jihad kecil untuk kita mengharungi jihad yang lebih besar. Ketika
ditanyakan tentang jihad yang lebih besar itu, Rasulullah s.a.w bersabda: " Jihad melawan
nafsu". (Riwayat Muslim)
Sesungguhnya al-Mujahadah adalah suatu jalan yang sukar dan panjang, dikelilingi pelbagai
ranjau. Pintunya adalah taubat dari segala dosa dan berusaha untuk membersihkan diri
seterusnya tunduk akur kepada semua perintah Allah.
5.5 CABARAN DAN PENYELESAIAN PEMBENTUKAN AKHLAK
Oleh kerana pembangunan fizikal lebih pantas daripada proses pembinaan akhlak, maka
para pelajar akan terarah kepada keruntuhan akhlak. Insan yang rantuh akhlaknya ialah
insan yang kabur tentang hakikat dan tujuan hidup serta membentuk gaya hidup yang
bebas daripada nilai dan norma keagamaan( Che Zuina, 1998). Malaysia sedang pesat
membangun dari segi kemajuan kebendaan. Perubahan yang pantas akan meninggalkan
kesan-kesan yang tidak stabil atau mengelirukan. Ini disebabkan kegagalan anggota
masyarakat mengorientasikan diri mereka ke arah perubahan tadi (Tajul Ariffin, 1990)
Kekeliruan ini akan menyebabkan golongan muda khususnya tenggelam dalam arus
pembangunan. Mereka telah mengamalkan perlakuan yang ganjil dan tidak normal. Begitu
juga pelajar kita telah berada di antara dua persimpangan. Perlakuan yang baik, berakhlak
dan berdisiplin yang sesuai dengan budaya dan ajaran agama. Manakala tarikan kedua pula
menuju ke alam mimpi, angan-angan dan kerosakan yang dicetuskan oleh pembangunan
yang terlalu pantas.
5.5.1 CABARAN LUARAN
Masalah keruntuhan akhlak, menjadi tajuk perbincangan yang cukup hangat kebelakangan

ini. Akhbar-akhbar tempatan tidak putus-putus mencatatkan rekod perlakuan manusia yang
mencerminkan keruntuhan dan kebankrapan moral mereka terutama di kalangan remaja
sampailah kepada orang dewasa. Remaja dengan tabiat lepak, berpeleseran sampailah
kepada pembuangan anak, dan orang dewasa pula dengan tabiat pecah amanah, suka
mendera sampailah kepada sumbang mahram. Semua itu merupakan tabiat-tabiat akhlak
buruk yang tidak wajar dilakukan oleh manusia yang benar-benar faham tentang mesej
kehadiran mereka di alam ini. Mereka sebenarnya tergelincir daripada landasan
kemanusiaan yang dikehendaki oleh agama mereka. Hal ini tentunya berkait rapat dengan
persoalan kefahaman Islam yang tidak selesai sebagaimana yang dicatatkan di atas
(Zakaria Stapa, 1995).
Cabaran globalisasi melalui teknologi maklumat dan multimedia merupakan alat ampuh
kepada penularan penjajahan pemikiran (al ghazwul-fikri) yang meletakkan minda dan jiwa
umat Islam tercengkam dengan pengaruh asing dan pada masa yang sama menanamkan
rasa pendewaan terhadap Barat (Sidek Baba, 1998).
Dalam al-Quran tercatat penyalahgunaan yang dilakukan oleh kaum Nabi Lut A.S, yang
akhirnya mereka terpaksa membayar dengan harga yang cukup mahal, iaitu kebinasaan
mereka sendiri (Zakaria Stapa, 2001). Perihal mereka ini terungkap dalam firman Allah s.w.t
yang bermaksud:
Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika dia berkata kepada kaumnya patutkah
kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun
daripada penduduk alam sebelum kamu? Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki
memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu inilah
kaum yang melampaui batas... Maka Kami selamatkan dia (Lut) dan kelurganya (serta
pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya.. .Dan Kami telah menghujani mereka dengan
hujan (batu yang membinasakan)... (al-A'raf: 80-81,83-84)
Masa kini, penyalahgunaan ini ternyata amat berleluasa sekali, sehingga menimbulkan satu
bencana khusus pada akhlak dan perlakuan mereka. Bencana yang bertitik tolak daripada
gaya hidup bebas dan pergaulan di antara lelaki dan perempuan menjadi semakin merebak
ke serata dunia, dengan membawa 'kuman-kuman' yang boleh menjadi penyakit dan boleh
menghancurkan tamadun manusia itu sendiri serta menjatuhkan taraf mereka sebagai
manusia. Dalam kata lain, cukup ramai manusia yang lari atau tidak suka bernaung di
bawah kerangka besar aturan dan program yang ditetapkan oleh Allah s.w.t, yang sekali gus
bermakna bahawa mereka sebenarnya tidak hanya menentang Allah s.w.t, malah mereka
juga menentang table mereka sendiri. Atas asas itulah mereka terpaksa menanggung
bencana yang mereka tempah sendiri.
Pengabaian pendidikan terhadap remaja mengakibatkan kelahiran pelbagai gejala sosial
seperti gejala lepak, tidak minat belajar, tidak kisah, lari dari rumah, penyalahgunaan
dadah, pil ekstasi, penagihan arak, homoseksual/lesbian, AIDS/ HIY positif, bohsia, bohjan,
pengguguran anak, pembuangan anak, gejala punk, skin head, berjudi, lumba haram,
samseng sekolah, yandalisme dan pelbagai jenayahjuyana.
Dilihat kepada semua paparan yang telah diberikan ini, secara terang-terangan remaja
Melayu telah dilanda dengan krisis sosial yang cukup meruncing membabitkan semua aspek
yang terpenting di dalam pembentukan jiwa seseorang remaja Islam. Hal ini boleh dilihat
dari dengan lemahnya pegangan iman, hilangnya pengaruh ibu-bapa, keterganrungan
mereka kepada pengaruh nkan sebaya yang tidak mampu bernkir dengan waras dan
terpaksa hidup di dalam suasana masyarakat yang penuh dengan budaya munkar.
Kesan gejala sosial kepada agama, bangsa dan negara begltu beur aekali, Masyarakat

menjadi kacau bilau, porak-peranda dan sengsara. Remaja menjadi tidak berharga dan
hilang nilai individu. Kestabilan negara implikui dari gejala sosial semestinya menggugat
masa depan agama, bangsa dan negara (Mustafa, 1998)
5.5.2 CABARAN DALAMAN
Apabila individu berada dalam keadaan akidah yang lemah dan kejahilan tentang ajaran
agama kita, maka mudahlah mereka diresapi oleh pengaruh-pengaruh luar yang menyerang
umat Islam melalui berbagai cara dan taktik. Kedudukan akidah yang paling asas dan
terpenting dalam pembinaan tamadun kemanusiaan dan kepincangan akidah bererti
kemusnahan segala-galanya. Akidah adalah ibarat nadi kepada badan manusia, asas kepada
sebuah binaan atau akar kepada sebatang pokok, rosaknya bererti binasalah badan, binaan
dan pokok tersebut.
Kebanyakan masyarakat Melayu moden telah dikesan mengidap penyakit psikologi yang
agak kronik, gelisah dan hilang pertimbangan akal yang kemudiannya telah menyebabkan
berlaku pelbagai tindakan buruk seperti bunuh diri, menagih dadah dan arak, murtad,
bohsia dan mengamalkan "free-sex". Kajian ini mendapati punca utama penyakit gelisah ini
adalah akibat dari tindakan tidak menuruti kehendak agama seperti meninggalkan
kewajiban sembahyang lima waktu. Ini adalah hasil dari kelemahan iman kepada Allah dan
tidak adanya penyerahan diri secara mutlak kepada Allah s.w.t. Naluri yang merosakkan
adalah tunduk di bawah runtunan hawa nafsu. Setiap manusia yang tidak mengikut apa
yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t bererti mereka telah mengikut hawa nafsu.
Dalam apa sahaja agama, keimanan adalah penting dan tanpanya agama akan runtuh. Oleh
itu dalam pendidikan Islam, pendidikan keimanan perlu ditekankan agar lahirlah keimanan
dan akidah yang kental, seterusnya akan membuahkan generasi yang berakhlak (Quasem,
1976).
5.5.3 PENYELESAIANNYA
Penyelesaian terhadap keruntuhan akhlak perlu diperluaskan terhadap generasi muda. Para
ibu bapa, pendidik dan tokoh-tokoh agama masing-masing mempunyai peranan dalam
usaha menanggani masalah ini. Justeru itu beberapa asas perlulah difahami dan dihayati. Ini
termasuklah :
a) Menginsafi diri sebagai hamba Allah, yang mensyukuri nikmat dan rahmat Allah.
Penyertaan diri dalam melaksanakankan Islam adalah merupakan tanda bersyukur kita
kepada Allah. Firman Allah yang bermaksud:
Tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kepada-Ku... (al-Zariyat:
56)
b) Memahami tasawwur (gambaran) Islam semurninya, serta cuba menghay atinya.
Generasi muda perlu memahami Islam secara menyeluruh dan tidak hanya memahami
aspek-aspek tertentu sahaja seperti ekonomi, politik, sosial dan lain-lain.
c) Memahami sirah perjuangan Rasulullah s.a.w dan perjuangan para mursalin serta
mengambil pelajaran secara tepat daripada perjuangan mereka. Sebagai contohnya
memahami intisari penting yang berlaku dalam hijrahnya Baginda, strategi peperangan,
Perjajian Hudaibiyah, pembukaan Makkah dan seumpamanya (Mustaffa Kamil 1994).
Setiap remaja perlu mengamalkan cara hidup Islam. Amalan seharian mengikut cara hidup
Islam mampu bertindak sebagai pelindung kepada mereka agar memanfaatkan masa
dengan aktiviti-aktiviti yang sihat. Antara amalan-amalan yang dapat membenteras salah
laku akhlak ialah ;
Istiqamah melaksanakan solat. Ia bukan sahaja tanggungjawab sebagai orang Islam yang
wajib dilakukan lima waktu sehari semalam, malahan pula boleh mencegah kejahatan dan

mungkar. Seseorang yang solat akan berasa gerun apabila berhadapan dengan Allah. Oleh
itu dapat menghindakan diri daripada kejahatan seperti pergaulan bebas antara lelaki
dengan perempuan dan penyalahgunaan dadah.
Diri pelajar mestilah diperkukuhkan dengan unsur kerohanian yang mantap sehingga
berupaya melakukan jihad menanggani segala cabaran masa hadapan yang lebih hebat.
Apa yang penting aspek pembangunan insan menjadi agenda utama dalam segala
penyelesaian masalah.
Pembangunan insan adalah suatu bentuk pembangunan yang menjadikan perkembangan
rohani sebagai tujuan bagi kehidupan insan dan sebab bagi kejadiannya. Pembangunan
kerohanian juga merupakan pembangunan yang memberi makna yang hakiki kepada diri
insan dan kehidupannya. Tanpa pembangunan kerohanian, manusia akan kehilangan
matlamat hidupnya. Krisis kekosongan rohani akan melanda mereka dan akhirnya mereka
mungkin mengalami penyakit jiwa.
Membajai diri dengan sifat al-hikmah iaitu memiliki pegangan yang benar, tidak bertaqlid
buta dan berjihad di atas landasan kebenaran. Keimanan perlu diperteguhkan dengan budi
pekerti yang tinggi dan berakhlak mulia. Kecintaan kepada agama, bangsa dan tanah air
perlu ditanam di dalam diri.
Sifat adil dan asy syaja'ah iaitu berani kerana benar, satu sifat yang penting yang
membolehkan seseorang Muslim mempunyai daya tahan samada dari ttgi fizikal dan mental
atau jasmani dan rohani untuk merealisasikan segala suruhan Allah s.w.t dan menjauhkan
segala larangannya.
Sifat 'iffah iaitu waja diri dan kawalan diri yang ampuh juga perlu dimiliki oleh Muslim. Ia
berfungsi sebagai pengawal perasaan, emosi dan nafsu yang sering terjerumus ke lembah
gejala sosial. Sifat ini akan melahirkan sifat al-haya" (malu melakukan perkara mungkar dan
keji), warak dan sabar. Sabar merupakan kekuatan yang dapat menentang runtunan hawa
nafsu dan syahwat, seterusnya mendorong seseorang mentaati Allah.
Justeru beradab dan bersopan santun juga penting bagi seseorang Muslim. Mereka akan
menghormati diri sendiri dengan maruah, tuturkata dan kelakuan yang baik. Kesan dari
penghayatan akhlak mulia sebegini akan menjadikan Muslim yang berguna kepada agama,
bangsa dan negara. Mereka akan dapat menyelamatkan diri dari gejala sosial yang
merosakkan diri, masyarakat dan negara.
5.6 KESIMPULAN
Akhlak membabitkan suasana kejiwaan yang menerbitkan perbuatan. Akhlak mengatur dan
menyelaraskan empat hubungan asas iaitu hubungan manusia dengan Pencipta, manusia
lain, alam sekitar dan hubungan manusia dengan dirinya. Dari sudut amalan, akhlak
dimanifestasikan dalam lima kategori umum iaitu akhlak perseorangan, kekeluargaan,
kemasyarakatan, kenegaraan dan peribadatan khusus. Kelima-lima kategori ini saling
berkait antara satu sama lain.
Akhlak yang diasaskan oleh Islam bertunjangkan akidah. Asas yang kukuh dan bersifat
uniyersal. Matlamat hidup yang jelas juga menjadikan akhlak Islam iru unggul dan padu.
Tanpa akhlak yang mulia adalah sukar untuk membina sebuah masyarakat yang aman,
damai dan sejahtera. Hidup bermasyarakat banyak melibatkan hubungan manusia sesama
manusia. Ia memerlukan akhlak yang terpuji dan mulia agar sesuai dengan kesempurnaan
dan kemuliaan kejadian manusia. Jika akhlak yang terpuji diganti dengan akhlak yang keji,
masyarakat akan dilanda kepincangan, huru-hara dan peperangan. Oleh itu jelaslah bahawa
akhlak adalah manifestasi dari pembangunan insan, seterusnya tercipta manusia soleh yang
akan berjihad dan berdakwah di jalan Allah. Akhlak inilah yang seterusnya akan

membangunkan apa sahaja yang ada disekelilingnya, memakmurkan alam ini dan
menyediakan bekalan untuk dibawa ke akhirat.

1) Kekuatan akidah Islamiyah.


Akidah adalah kepercayaan yang tetap di dalam hati. Daripadanya manusia memahami dan membina
kehidupan. Benar akidah, luruslah kehidupan dan tindakan manusia. Salah akidah, terpesonglah
kehidupan dan tindakan manusia.
Akidah kita adalah akidah Islam. Akidah Islam adalah benar. Ia benar kerana Islam adalah daripada
Allah, tuhan yang mencipta kehidupan ini. Allahlah pemilik hujjah yang benar dan hakiki. Justeru
Islam adalah diselubungi hujjah yang membenarkan kebenaran.
Oleh kerana hanya Islam diperakui Allah sebagai ugama di sisiNya, maka agama dan kepercayaan
selain Islam adalah batil. Ia batil kerana ia bersumber bukan daripada Allah yang maha
mengetahui segala galanya mengenai kehidupan ciptaanNya ini, bahkan ia bersumberkan
selainNya yang tiada kekuasaan sedikit pun sepertiNya. Oleh kerana sumber ugama selain Islam adalah
lemah, maka ia dengan sendirinya adalah ugama yang batil, lemah dan tanpa hujjah.
Manusia menjadi gembira, mulia dan gagah apabila memiliki kebenaran, hak dan hakikat. Mereka
menjadi kuat, mulia dan berani demi mempertahankan sekeping wang kertas hasil titik peluhnya sendiri
berbanding si pencuri untuk mempertahankan 1000 keping wang kertas yang dicurinya.
Kita menjadi gagah, mulia dan berani kerana kita memiliki akidah yang benar ini. Orang kafir
adalah lemah, takut dan hina kerana akidah mereka adalah lemah dan batil. Keberanian kita
adalah betul dan abadi. Keberanian yang lahir daripada orang kafir adalah tipu daya, sia sia dan
sementara. Ini kerana kita mempertahankan hakikat dan kenyataan, sementara mereka hanyalah
mempertahankan kebatilan dan bayang bayang.
Dengan kekuatan inilah RasuluLLah sallaLlahu alaihi wasallam membentuk para sahabatnya
radhiaLlahu anhum yang pertama. Mereka dalam sekelip mata berubah menjadi kumpulan paling
gagah dan kuat di Kota Mekah walaupun dipenuhi segala kekurangan selain akidah yang benar yang
ditanam oleh RasuluLlah di dalam hati mereka. Kekuatan mereka terbukti dengan keengganan mereka
tunduk kepada kekuatan jahiliyah yang memaksa mereka menukar kebenaran yang baru dimiliki dengan
kebatilan akidah lama yang telah mereka tinggalkan.
Justeru akidah adalah kekuatan utama dan pertama umat Islam sepanjang zaman. Justeru ia
mestilah dipelihara keaslian dan ketulenannya. Kerosakan di dalam mewarisi akidah Islam akan
mencetuskan fenomena kelemahan dan kehinaan ke atas umat Islam. Apabila akidah Islam
bercampur aduk di antara pengajaran Allah dan pengajaran manusia, maka ia menjadi palsu dan
tidak lagi tulen. Apabila begitu, maka hilanglah sengat utama dan pertama umat Islam.

Kita mestilah menjaga keaslian akidah kita dengan sentiasa menilai dan menolak campur aduk yang tidak
diizinkan. Maka menjadi kewajiban pertama kita untuk mengenali akidah yang benar dan sahih
sebagaimana wajib mengenal kerosakan dalam akidah.
PAS yang kita intima , wala dan dukunginya adalah panji akidah Islam yang benar. Ia
membenarkan dan menerima perselisihan yang dibenarkan di dalam akidah yang dianuti Ahlus
Sunnah Wal Jamaah sepanjang zaman. PAS menolak apa yang ditolak oleh Ahlus Sunnah Wal
Jamaah.
Justeru PAS menolak akidah sekular, kebangsaan, kenegaraan, liberal dan apa apa ideologi politik
yang telah lama atau sedang tumbuh di negara kita. PAS juga menolak akidah sesat yang dipelopori
ajaran sesat samada yang lama atau baru, melampau atau terlalu meringankan.
Oleh kerana ajaran Syiah ditolak ajarannya oleh Ahlus Sunnah Wal Jamaah dek pertentangannya dalam
perkara perkara asas akidah, maka PAS menolak mazhab Syiah untuk turut dianuti ahli dan
pendukungnya selain menyeru umat Islam menjauhinya.
Dengan akidah yang benar, maka kekuatan kita adalah benar, betul dan abadi. Dengannya kita menjadi
mulia dan diredhai Allah.
2) Kekuatan Ukhuwwah Islamiyah
Persaudaraan adalah tali yang mengikat antara manusia. Persaudaraan menyatukan di antara individu
dan mengelak perselisihan sesama manusia. Oleh kerana manusia perlu bersatu demi kehidupan yang
harmoni dan bahagia, pelbagai ikatan digunakan demi mengukuhkan persaudaraan dan penyatuan.
Ikatan darah, keturunan, bangsa, kabilah, warna, pangkat, negara, geografi malah ideologi manusiawi
adalah pilihan manusia untuk hidup bersatu. Tetapi alangkah sempit, sukar dan putusnya penyatuan
berdasarkan ikatan ikatan tersebut. Kulit hitam tidak boleh disatukan dengan kulit putih selamanya
kerana warna yang berbeza. Begitulah yang lain.
Kegagalan menyebabkan manusia berpecah. Perpecahan menyebabkan manusia dan kehidupan
menjadi lemah dan kucar kacir.
Ukhuwwah Islamiyah atau persaudaraan Islam adalah kekuatan kita. Ia adalah ikatan agama. Ia
adalah ikatan berteraskan akidah yang benar dan sahih. Manusia muslim disatukan di dalam
kepercayaan yang dibekalkan tuhannya sendiri.
Persaudaraan Islam berbeza dengan yang lain daripada dua sudut:
Pertama, ia tidak dibatasi ikatan ikatan sempit seperti di atas. Islam boleh dianuti semua
manusia tanpa kecuali. Islam adalah untuk semua.

Kedua, ia adalah ikatan di atas ugama yang benar. Ugama dan ideologi lain yang menjadi
asas ikatan persaudaraan adalah batil dan sesat. Sesuatu yang dibina di atas kebatilan dan
kesesatan adalah lemah, gagal dan tidak kekal.
Persaudaraan Islam lahir daripada pengajaran ugama bahawa manusia adalah hamba kepada
tuhan yang satu. Kepercayaan ini menjadikan mereka bersatu tunduk kepada satu arahan, satu
harapan dan satu matlamat. Jalan menuju Allah adalah lurus. Kelurusan hala tuju akan mengelak
pertembungan.
Kemudian, umat Islam disatukan melalui rujukan yang sama iaitu al Quran dan ar rasul dan juga ibadah
yang sama iaitu rukun Islam yang lima. Begitulah pengajaran Islam telah membina landasan yang betul
ke arah penyatuan umat Islam.
Umat Islam bersatu kerana mereka diarah untuk bersatu tujuan. Mereka bersatu kerana mereka
dilarang berbeza tujuan. Arahan dan larangan bersifat rabbani yang pasti benar ini mendorong
umat Islam untuk saling menjaga diri dan saudaranya daripada tersasar.
Justeru lahirlah sifat sifat mulia yang menjadi medium ke arah kesatuan seperti nasihat, taawun,
hikmah, lembut, sabar, berani, lapang dada dan lain lain lagi. Juga hilanglah sifat sifat buruk yang
mendorong perpecahan seperti angkuh, kikir, kasar, keras, keluh kesah, penakut, sempit dada dan lain
lain lagi.
Dengan kekuatan ukhuwwah Islamiyah inilah RasuluLlah telah membentuk barisan sahabatnya
yang bersatu sedari awal pembentukan mereka melalui akidah yang benar. Dengan kekuatan ini
jugalah baginda menyatukan di antara kaum Muhajirin dan Ansar sebaik penghijrahan baginda ke
Madinah. Begitulah talian talian dan ikatan ikatan lain menjadi kerdil dan terpinggir di hadapan
kekuatanukhuwwah Islamiyah.
Justeru kita menjadi kuat dan gagah. Kesatuan kita adalah diibarat sebuah bangunan yang kukuh, saling
menyokong di antara komponennya. Atau seperti jasad yang satu, apabila satu anggota sakit, ia turut
ditanggung oleh semua anggota yang lain.
Kita mestilah menjaga dan memperkukuhkan persaudaraan Islam ini. Ia adalah asas yang menjadikan
kita gagah dan dihormati semua manusia. Kita mestilah menjauhi perkara perkara yang memungkinkan
kekeruhan, ketegangan dan kepanasan berlaku atas sebab sebab yang kecil atau tidak benar.
Kealpaan dan kelalaian di dalam menjaga kekuatan ini pasti akan menjebakkan kita kepada perpecahan
yang dimurkai Allah.
PAS yang kita intima, wala dan dukunginya adalah panji persaudaraan Islam. Ia gagah dan hebat
dengan ukhuwwah Islamiyah ahlinya sebagaimana ia gagah seawalnya dengan akidah
Islamiyahyang sahih dan benar. PAS menolak kesatuan yang diasaskan di atas unsur unsur
perkauman, kenegerian, kepentingan dan faham faham sempit yang lain. PAS terus di hadapan
menyeru kepada kesatuan manusia yang benar dan sejati untuk rakyat Malaysia seluruhnya.

3) Kekuatan jihad Islami


Jihad Islami adalah kemuncak amal Islami. Tanpanya Islam takkan ke mana di bumi ini. Tanpanya tiada
matlamat akan dicapai dan tiada harapan menjadi kenyataan.
Jihad adalah bersungguh sungguh menuju Allah. Bersungguh sungguh dengan segala kudrat
tubuh dan kepunyaan untuk mencapai apa yang dituntut Allah. Kesungguhan jenis inilah yang
mencipta kekuatan yang maha agung yang tak tersaing oleh segala kekuatan selainnya.
Setiap muslim dituntut mencapai dua matlamat:
1) Matlamat duniawi: Menegakkan khilafah Islamiyyah di muka bumi. Ia bererti agama Islam
mestilah menang dan menguasai seluruh agama dan ideologi manusiawi di dunia ini.
2) Matlamat ukhrawi: Memperolehi ridha Allah dan syurgaNya. Ia bererti segala urusan muslim di
dunia ini hendaklah dengan niat memperolehi ridha Allah semata mata.
Ia adalah matlamat yang besar yang tidak mungkin dicapai kecuali dengan kesungguhan yang
memuncak. Kesungguhan atau al jihad inilah yang mencipta kekuatan kepada umat Islam. Dengan
kekuatan inilah lahirnya peribadi peribadi Islam yang unggul di dalam ilmu dan akhlak. Dengan
kekuatan ini jugalah agama Islam akhirnya tersebar ke seluruh dunia.
Oleh kerana Islam adalah ugama yang menyeluruh dan meliputi semua aspek dan sektor kehidupan,
maka cabangan jihad adalah luas seluas kehidupan ini. Oleh kerana Islam membina, memajukan dan
memberkati semua urusan kehidupan, maka Islam menganjurkan jihad di semua bidang demi
keunggulan Islam dan kehidupan manusia di dunia ini.
Jihad agung menentang tentera kuffar difardhukan selepas RasuluLlah berhijrah ke Madinah.
Dengan kefardhuan inilah kekuatan barisan muslimin menjadi semakin nyata dan menggerunkan
musuh. Pembukaan Kota Mekah adalah kemenangan yang merongkai segala kekusutan terhadap
kekuatan Islam untuk menguasai dunia.
Dengan panji al jihad al islamilah Islam bergerak maju menyebarkan dan menguasai dunia dan
peradabannya.
Justeru jihad difardhukan dan berterusan sehinggalah hari kiamat. Tiada umat yang meninggalkannya
kecuali akan ditimpa kehinaan. Tiada umat yang memakainya kecuali akan dikurniai kekuatan dan
kemenangan.
Kita mestilah menjadi mujahidin menegakkan ugama Allah. Kita mestilah memiliki ciri ciri pejuang Islam
yang gagah berani demi melengkapkan barisan tentera Islam menuju kemenangan.
PAS yang kita intima, wala dan dukunginya adalah panji al jihad al islami. Ia menanam dan
melatih pendukungnya untuk berusaha memenuhi tuntutan jihad. PAS menolak unsur unsur

yang merosakkan cita cita dan wawasan al jihad seperti malas berkerja, tidak istiqamah,
bermusim, mengintai dan berebut jawatan dalam parti dan lain lain yang merencatkan
kelangsungannya.
Hanya dengan al jihad Islam dan PAS akan menang dan berjaya menguasai negara ini.
Inilah 3 kekuatan kita. Inilah sumber kita dan inilah kita.
Sesudah anda memahami ini, anda akan lebih mudah untuk memahami tuntutan tuntutan yang perlu
kita laksanakan sebelum kita boleh senyum dan mendabik dada bahawa kita telah melaksanakan
kewajiban di sisi Allah.
Anda tidak dapat tidak selain membina akidah dengan betul. Jika tidak ia adalah kekuatan yang
sementara dan sia sia. Anda mestilah berusaha menyatukan saf pejuang Islam dan jangan
menjadi punca atau batu api yang memecahkan kesatuan jamaah dan perjuangan Islam. Jika tidak
ia akan melemahkan kekuatan Islam dan menghilangkan kehebatannya di sisi musuh. Anda
mestilah pula menjadi mujahid agama ini dalam bidang yang dimudahkan Allah untuk anda. Jika
tidak kekuatan Islam akan hancur bercempera serta mudah dilumpuhkan oleh musuh.

Anda mungkin juga menyukai