Anda di halaman 1dari 2

1.

        Banyak perkara baharu dan menarik yang saya pelajari melalui kursus ini. Antaranya
ialah tentang Tamadun Islam, Tamadun China, Tamadun India dan sebagainya. Bahkan ianya
telah memberikan pendedahan yang sangat berguna kepada saya bahawa semua bangsa di
dunia ini mempunyai tamadun atau sejarahnya yang tersendiri. Secara umumnya, semua
tamadun akan melalui tiga peringkat iaitu peringkat pembinaan, ketika kegemilangannya dan
akhir sekali zaman keruntuhan. Sepanjang saya mengikuti kursus ini, banyak pengalaman
berharga yang saya perolehi. Saya mula merasai kepentingan mata pelajaran TITAS ini
terhadap diri saya kerana saya dapat belajar dan mengetahui asal usul serta perkembangan
tamadun agama saya sendiri khususnya bagaimana agama Islam tersebar di Malaysia.

Secara keseluruhannya, melalui proses membuat tugasan kerja kursus pendek TITAS
ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai serta
lebih bersemangat untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan
yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara.

2.

Sememangnya banyak pengalaman berharga yang saya perolehi sepanjang saya


mengikuti kursus ini,. Melalui kursus ini telah menyedarkan saya bahawa banyak perkara lagi
yang saya perlu terokai untuk memahami sesuatu tamadun secara lebih mendalam lagi ibarat
mencelup jari kedalam air, setitis air itulah ilmu kita sedangkan ilmu yang belum diterokai
seluas lautan. Antara lain, pengalaman semasa menerima tugasan ini ialah menghadapi
halangan dan kesukaran yang terpaksa saya tempuhi sama ada dari segi kewangan, kekangan
masa belajar dengan masa menguruskan anak-anak dan keluarga serta memperolehi sumber
rujukan.

Saya juga dapat mengeratkan lagi hubungan silahturahim antara rakan seperjuangan
ketika mencari maklumat dan menyiapkan tugasan ini. Justeru, pada hemat saya, setiap
rakyat Malaysia perlu mengetahui dan mengenali prinsip, nilai dan amalan setiap bangsa dan
agama yang terdapat di Malaysia secara tepat dan dekat supaya perhubungan dan interaksi
antara rakyat Malaysia lebih harmoni tidak dipengaruhi oleh prasangka buruk dan kejahilan
yang boleh menimbulkan kecurigaan, ketegangan dan kebencian.
3.

          Antara  cadangan untuk membuat penambahbaikan dan memantapkan lagi kursus ini
agar sesuai dengan keperluan semasa seiring dengan kemajuan teknologi maklumat ialah
melalui pembelajaran interaktif antara pensyarah dengan pelajar sama ada secara individu
atau berkumpulan terutama bagi pelajar-pelajar yang tidak dapat hadir pada sesi kuliah yang
telah dilaksanakan kerana disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan.

Selain itu, segala maklumat atau info, forum dan perbincangan daripada pensyarah
kepada pelajar-pelajar boleh diedarkan dengan lebih efesien melalui group ‘what apps’ yang
diwujudkan memandangkan aplikasi group what apps kini lebih digemari oleh semua
pengguna telefon bimbit kerana segala info boleh diterima dan dihantar dengan lebih cepat
serta ‘icon-icon yang menarik minat para pengguna.

Anda mungkin juga menyukai