Anda di halaman 1dari 16

PENGHARGAAN

Syukur kepada Tuhan kerana telah memberi saya kekuatan, kesihatan dan masa
untuk menyiapkan tugasan kerja kursus dalam masa yang telah ditetapkan dan seperti
yang dikehendaki. Walaupun terdapat beberapa kesalahan yang mungkin saya tidak
sedari dalam tugasan ini, tetapi saya tetap bersyukur atas ilmu pengetahuan dan
pengalaman yang telah saya dapat selama melaksanakan tugasan ini.
Pertama sekali, terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada
pensyarah saya iaitu Encik Mohd Nadzidi bin Othman di atas bantuan, bimbingan,
teguran dan nasihat yang telah beliau berikan sepanjang saya menyiapkan tugasan
saya.
Selain itu, saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada ibu bapa saya.
Mereka telah memberikan sokongan moral dan juga sokongan kewangan kepada saya
semasa saya menyiapkan tugasan ini. Mereka juga amat memahami keadaan saya
yang selalu sibuk dengan kerja saya.
Tidak dilupakan juga saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan saya yang telah banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar dalam
menyiapkan tugasan ini. Mereka tidak kedekut ilmu dan sanggup berkongsi maklumat
dengan saya. Dengan bantuan rakan dan daya usaha sendiri dapatlah saya mencari
maklumat berkaitan dengan tugasan ini dengan lancar. Semoga tali persahabatan kami
dapat kekal selamanya.
Saya ingin menyampaikan penghargaan yang terbesar kepada semua orang
yang melibatkan diri secara langsung mahupun tidak dalam tugasan ini. Saya amat
berterima kasih bahawa saya mampu menyelesaikan tugasan ini dalam jangka masa
yang telah ditetapkan. Jasa baik anda semua akan saya kenang selama-lamanya.

1.0

PENGENALAN

Dato Seri Idris Bin Jusoh, Menteri Pendidikan II Kementerian Pendidikan Malaysia
dalam seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat di Dewan Tun Hussein
Onn, pada 1 Disember 2014 telah menyatakan bahawa proses pencarian ilmu patut
dijalankan seperti penerokaan yang tidak bernoktah. Pembelajaran Sepanjang Hayat
sebagai tonggak ketiga Pembangunan Modal Insan, mampu memberikan impak yang
besar dalam menyokong dan meningkatkan taraf kompetensi tenaga kerja negara.
Berdasarkan kenyataan Dato Seri Idris ini, sudah terang lagi bersuluh bahawa
pendidikan dan juga pembelajaran merupakan suatu perkara yang amat penting dalam
kehidupan setiap insan. Di dalam sesebuah negara, adalah menjadi perkara mustahil
jika negara tersebut tidak menekankan aspek pendidikan bagi rakyatnya. Hal ini kerana,
kemajuan sesebuah negara terletak pada sistem pendidikan yang mereka amalkan.
Namun, tahukah kita akan apa itu yang dimaksudkan dengan pembelajaran atau pun
pendidikan ini?
Pembelajaran

boleh

nyatakan

sebagai

pengumpulan

maklumat

dan

pengetahuan, penguasaan kemahiran dan perangai, serta membentuk sikap dan


pemikiran (Jurnal, Ahmad Johari). Pembelajaran bukan sekadar boleh didapati dalam
bilik darjah, akan tetapi seandainya kita mampu memperolei sebarang maklumat
walaupun di luar bilik darjah maka ia adalah suatu proses pembelajaran.

2.0

KONSEP PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Menurut (Morgan dan King dlm Jurnal, Ahmad Johari), pembelajaran ditakrifkan sebagai
sebarang perubahan tingkah laku yang agak kekal akibat pengalaman yang diperolehi
oleh seseorang atau akibat latihan yang dijalaninya. Secara keseluruhannya,
pembelajaran yang paling berkesan dan sentiasa berlaku ialah pembelajaran yang kita
perolehi dari pengalaman yang dilalui sepanjang hayat. Ini berdasarkan kepada iktibar
yang kita perolehi daripada setiap situasi yang kita lalui.
Dalam proses pembelajaran, beberapa material penting akan terlibat dalam
menjayakan proses ini. Antaranya ialah aspek mental, fizikal, emosi dan sosial akan

memainkan peranan yang sangat penting ketika proses pembelajaran berlaku. Secara
umumnya, pembelajaran telah dibahagikan kepada beberapa jenis :
2.1

Jenis Pembelajaran Bloom

Berdasarkan pengertian yang telah diutarakan oleh pakar Psikologi sebagaimana di


atas, jenis pembelajaran ini akan menjelaskan bagaimana proses pembelajaran bukan
saja melibatkan mental bahkan akan turut melibatkan fizikal, emosi juga sosial.
Ahli psikologi pendidikan Amerika Syarikat, Benjamin S. Bloom menyatakan
bahawa pembelajaran manusia berlaku dalam 3 bidang iaitu:
1. Bidang kognitif
2. Bidang afektif
3. Bidang psikomotor

PEMBELAJARAN

PEMBELAJARAN

PEMBELAJARAN

KOGNITIF

AFEKTIF

PSIKOMOTOR

Mengutamakan

Mengutamakan

Mengutamakan

penggunaan

penggunaan aspek

penggunaan aspek

mental.

sosial dan emosi.

fizikal

dan

melibatkan
Contohnya:

Berinteraksi dengan

Menyelesaikan

orang

masalah matematik

mendalami

emosi

dan sains, member

diri

untuk

hujah

belajar

bagi

lain

sendiri

dan

bertolak

koordinasi
otak,

antara

saraf

dan

anggota badan.
Contohnya: Belajar

menyokong sesuatu

ansur,

menulis,

perbincangkan

bertanggungjawabn

bolasepak,

yang

belas kasihan dan

menunggang

sifatsifat

basikal,

mebaiki

kereta

dengan

akademik

bersifat

yang lain.

sosial

bermain

perkakas, menjahit
dan sebagainya.

Jadual 1.0 : Jenis-jenis Bidang Pembelajaran


2.2

Jenis pembelajaran Ryburn dan Forge

Terdapat pendapat yang menyarankan bahawa pembelajaran perlu dilihat


dari sudut bagaimana pembelajaran berlaku pada manusia. Berdasarkan
fahaman ini, W. M Ryburn dan K. B Forge di dalam bukunya Principles of
Teaching bahawa pembelajaran manusia boleh diklasifikasikan kepada 6
jenis.
2.3

Jenis pembelajaran Gagne

Gagne (1977) mengemukakan 8 jenis pembelajaran dalam bukunya The


Conditions of Learning , berdasarkan tahap kerumitan pembelajaran,
bermula dari pembelajaran yang paling mudah kepada pembelajaran yang
paling kompleks, menurut hierarki kemahiran kecerdasan.
Justeru, kesimpulan yang mampu kita hadirkan ialah setiap aspek dalaman
sebagaimana yang telah dinyatakan adalah sangat penting dalam menjalani proses
pembelajaran. Jika dilihat kembali, pembelajaran kognitif sangat mengutamakan aspek
penggunaan

mental

dan

penggunaan

aspek

sosial

pembelajaran
dan

emosi.

efektif

sangat

Manakala,

menekankan
pembelajaran

mengenai
psikomotor

sememangnya menitik beratkan mengenai perihal fizikal yang melibatkan pergerakan


otot, saraf dan anggota badan yang lain. Oleh itu, proses pembelajaran juga merupakan
suatu perkara yang menyeronokkan kerana pelbagai aspek telah diaplikasikan dalam
menjayakan proses pembelajaran ini mengikut matlamat yang ingin di capai.

3.0

PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Dalam era serba moden ini, masyarakat perlu bergiat lebih aktif dalam mendalami
sesuatu ilmu pengetahuan agar mereka dapat menguasai bidang-bidang tertentu bagi
menjamin masa depan negara mencapai kemajuan. Produktiviti dan kualiti sesuatu
produk pada masa kini ditentukan oleh daya inovatif dan aplikasi pengetahuan atau
pengguna teknologi. Oleh itu, perkara yang menjadi aset terbesar sesebuah negara

ialah rakyat yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi yang mempu menyumbang
kepada kemajuan diri,masyarakat dan negara.
Berdasarkan rangsangan tersebut, apa yang dikatakan sebagai Pembelajaran
Sepanjang Hayat sememangnya perlu diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita.
Pembelajaran Sepanjang Hayat

merupakan saluran pembelajaran sepanjang hidup

utama bagi seseorang individu, sehaluan dengan sistem pendidikan negara dari
peringkat prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, prauniversiti dan seterusnya
pengajian tinggi. Pembelajaran Sepanjang Hayat

ditakrifkan sebagai semua

pembelajaran yang dilalui oleh seseorang individu dalam lingkungan umur 15 tahun ke
atas kecuali pelajar profesional. Pelajar profesional adalah golongan pelajar yang
menyertai pendidikan sepenuh masa sama ada di sekolah, kolej, institusi latihan
ataupun universiti dengan matlamat akan memasuki pasaran kerja buat pertama kali
bagi individu tersebut.
Ianya adalah hasil ilham daripada satu laporan yang ditulis oleh Paul Lengrand
yang juga merupakan pegawai yang bertanggungjawab ke atas Biro Pendidikan Dewasa
(Adult

Education

Bureau),

Pertubuhan

Pendidikan,

Saintifik

dan

Kebudayaan

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 1965. Dalam kandungan


laporannya, beliau menyatakan pandangannya bahawa pembelajaran tidak seharusnya
terhenti pada usia kanak-kanak hingga remaja. Akan tetapi ia harus mengiringinya
sepanjang hayat. Manakala dalam satu laporan lain yang turut dikeluarkan oleh pihak
(UNESCO) juga ada mengatakan bahawa pembelajaran seharusnya tidak diterhadkan
kepada golongan yang elit dan hanya terbuka kepada mereka yang dalam lingkungan
umur tertentu sahaja (Noranizah Jurnal Pendidikan).

3.1

Kepentingan Pembelajaran Sepanjang Hayat

Sebagai seorang pelajar dan juga ahli akedemik, ilmu merupakan keperluan asas bagi
setiap individu tampa mengira agama, kaum, status kehidupan mahu pun jarak usia. Hal
ini kerana, konsep pembelajaran sepanjag hayat bukanlah sesuatu yang baru. Bahkan
ia sudah lama diperkenalkan. Ia berkonsepkan kepada pembelajaran sememangnya
akan berlaku dimana-mana tempat dan sepanjang masa. Ini kerana, apabila proses
5

pembelajaran itu berlaku, maka ia akan mula merubah sikap dan tingkah laku
seseorang. Namun, perubahan dari segi kematangan seperti berjalan, makan, minum
dan yang sama sepertinya itu tidak dikira sebagai pembelajaran yang dimaksudkan
(thelifelightoflearning)
Seterusnya, merujuk kepada

(Noranizah Jurnal Pendidikan), jika konsep

pendidikan sepanjang hayat ini dikaitkan dengan agama Islam, maka ianya adalah
merujuk kepada penurunan wahyu pertama nabi Muhamammad SAW semasa di gua
Hiraq iaitu surah surah al-alaq. Berdasarkan wahyu pertama ini, Allah Taala menyeru
nabi Muhammad SAW supaya membaca (mencari ilmu) walaupun baginda merupakan
seorang ummi(tidak pandai membaca) ketika baginda berusia 40 tahun. Malahan, ia
dikuatkan lagi dengan kata-kata daripada ahli cendikiawan Islam bahawa tuntutlah ilmu
sehingga negeri Cina. Kenyataan ini menunjukkan bahawa dalam bidang pencarian ilmu
pengetahuan, ia tidak mempunya penghujungnya. Oleh itu, selagi mana kita diberi
kesempatan untuk bernafas. Kita seharusnya mencari ilmu sebanyak mungkin.

4.0

KONSEP PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT MEMBENTUK


KEPERIBADIAN DIRI

Pembelajaran sepanjang hayat sememangnya mampu untuk membentuk keperibadian


seseorang pelajar. Namun, bagaimanakah konsep ini mampu membentuk peribadi
seseorang dalam jangka masa yang panjang agar menjadi insan yang berguna dimasa
hadapan kelak kepada bangsa, negara dan agama.

Gambar 2: Konsep pembelajaran sepanjang hayat

4.1
Keperibadian Diri Yang Berguna Kepada Bangsa Negara dan
Agama

Keperibadian seseorang mampu dibentuk menjadi insan yang lebih berguna kepada
bangsa adalah berdasarkan konsep-konsep yang telah ditunjukkan sebagaimana
gambar di atas. Sebelumnya, apakah yang dimaksudkan dengan bangsa? Bangsa ialah
satu kumpulan manusia yang mempunyai persamaan tertentu dan mereka inginkan
penyatuan dibawah satu asas tertentu. Sebagaimana bangsa Melayu, kita merupakan
satu manusia yang mendiami tanah Melayu dan berada di bawah penyatuan raja-raja
Melayu. Oleh hal demikian, kita merupakan satu bangsa yang jitu dan mempunyai
identiti tersendiri.
Bagi membentuk keperibadian diri sendiri yang bermanfaat kepada bangsa,
negara dan agama. kita seharusnya mengenali diri sendiri terlebih dahulu. Kenapa
aspek ini diletakkan pada perkara pertama dalam membina keperibadian seorang insan
yang berjaya adalah kerana seandainya kita tidak mengenali siapakah diri kita maka kita
tidak akan mengenal pasti kebolehan, kelemahan dan bakat terpendam kita yang boleh
kita manfaatkan kepada masyarakat. Seorang yang berkebolehan dalam bidang
kejuruteraan seharusnya diberikan pendedahan yang lebih ke arah tersebut dan
bukannya diletakkan dalam bidang perubatan kerana ianya adalah bercanggah dengan
bakat sedia ada.
Hal ini juga mampu memberikan manfaat yang besar kepada negara kerana
pihak tertentu mampu menilai sejauh manakah kebolehan seseorang individu tersebut
untuk diserapkan kemana-mana kursus di institut pendidikan tinggi bagi menyambung
pembelajarannya dalam bidang yang diceburuinya. Ini kerana pada akhirnya mereka
akan memberi manfaat kepada negara dengan berkhidmat sebagai tenaga kerja yang
profesional suatu hari nanti.
Malahan, dalam agama Islam juga turut menekankan aspek mengenali diri
sendiri. Di mana wujudnya kata-kata hikmah dari para ulamak yang mengatakan
bahawa sesiapa yang mengenali dirinya sendiri maka dia akan mengenali tuhannya
iaitu Allah SWT. Di sini, kita mampu melihat bahawa manfaat yang mampu kita berikan
kepada agama dengan hanya mengenali diri sendiri ialah kita tidak akan terkeluar dari
8

landasan agama. Kita juga mempunyai matlamat yang jelas terhadap kepentingan
agama iaitu dengan mengangkat agama Islam sebagai agama teragung dan tiada yang
lebih mulia darinya.
Konsep yang kedua adalah menekankan mengenai pengurusan dalam
pembelajaran yang juga dipanggil sebagai pengurusan kendiri dalam pembelajaran.
Sebagai seorang yang berpelajaran, kita seharusnya mempunyai perancangan masa
yang tepat agar kita mampu melaksanakan setiap perkara yang kita telah atur mengikut
perancangan. Hal ini mengajar sifat berdisiplin dalam diri seseorang kerana pada hari ini
kita mampu menyaksikan bahawa masyarakat Melayu sememangnya tidak mematuhi
jadual waktu dengan tepat. Sehinggakan wujud satu istilah yang dipanggil sebagai janji
Melayu. Istilah ini merupakan perspektif buruk kepada bangsa kita kerana ia merujuk
kepada sikap masyarakat Melayu yang sememangnya tidak menepati waktu jika mereka
mengadakan sebarang temujanji.
Malaysia pada asalnya tidak terdidik dengan betapa pentingnya menepati masa
dan betapa pengurusannya penting dalam menjayakan sesuatu perancangan. Dengan
wujudnya konsep ini, kita mampu mewujudkan suasana masyarakat yang sentiasa
menepati masa. Di dalam Islam juga sangat menganjurkan pengurusan masa dimana
Sayidina Ali r.a pernah berkata kebenaran yang tidak berperancangan mampu
dikalahkan dengan kebatilan yang berperancangan. Selain itu, adanya pepatah Arab
yang berbunyi masa diibaratkan seperti pedang. Seandainya kamu tidak memotong ia
maka ia akan menotong kamu ini menunjukkan bahawa pengurusan dan masa adalah
dua perkara yang sangat penting dalam agama Islam juga dalam kehidupan kita kerana
ia adalah perkara yang saling berkait.
Seterusnya ialah konsep memahami cara belajar yang diatur. Sememangnya
mereka yang berpendidikan mampu mengatur cara belajar mereka. Namun, apakah kita
mampu menilai cara belajar yang kita wujudkan itu mampu memberikan kesan yang
mendalam kepada pemahaman kita dalam sesuatu pembelajaran. Perkara ini adalah
seiring dengan konsep yang terakhir iaitu penilaian terhadap pembelajaran yang kita
perolehi. Seandainya hasil pembelajaran yang kita peroleh adalah tidak memadai, kita
seharusnya

mengubah

kembali

kaedah

pembelajaran

yang

sedia

ada

bagi

memaksimumkan perolehan maklumat dalam pembelajaran.

Di negara Malaysia, telah ditetapkan falsafah pendidikan tersendiri yang


dipanggil sebagai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM). PPPM
ini mengandungi 11 anjakan yang menetengahkan kepentingan pendidikan yang
sempurna dan selesa kepada semua rakyat Malaysia. Ianya telah digubal mengikut
konsep pembelajaran sepanjang hayat ini yang menekankan tentang memahami cara
belajar kita sebagai rakyat Malaysia.
Islam juga mempunyai cara belajar yang tersendiri dimana orang Islam
seharusnya belajar mengenai ilmu aqidah terlebih dahulu mendahului ilmu-ilmu lain.
Seterusnya diikuti dengan ilmu feqah dan kemudiannya ilmu tasauf. Disiplin ilmu ini
seharusnya diikuti oleh setiap mereka yang bergelar muslim. Hal ini kerana, bagi
memahami keseluruhan ilmu dalam Islam, ketiga-tiga ilmu ini merupakan perkara asas
yang perlu dipelajari terlebih dahulu sebelum memahami limu lain. Ia juga salah satu
dari penilaian pembelajaran yang telah ditetapkan oleh para cendikiawan Islam untuk
mengelakkan kita daripada sesat dan tertipu kerana ilmu Islam adalah sangat luas.
Oleh kerana itu, pendidikan merupakan suatu perkara yang sangat penting
dimana ia merupakan pelaburan jangka masa panjang yang sangat menguntungkan. Di
Finland, pendidikan sangat diutamakan. Ini kerana mereka memberikan gaji yang
sangat besar kepada para guru di sana sepertimana gaji seorang doktor. Hal ini
demikian kerana mereka sedar bahawa seorang doktor yang berjaya bermula dari
seorang guru yang mantap.
Justeru, langkah negara Malaysia dalam mewujudkan sebuah negara yang
mengamalkan konsep Pendidikan Sepanjang Hayat ini adalah sangat tepat. Ini kerana,
amat jelas bahawa konsep pendidikan sepanjang hayat ini mampu memberi impak yang
besar dalam membentuk keperibadian yang berguna untuk setiap bagsa di negara kita
ini.

10

5.0 Rumusan

Selepas lima puluh tahun mencapai kemerdekaan, berbagai institusi pendidikan


ditubuhkan malah setiap kementerian mempunyai institusi latihannya tersendiri namun
jurang kemajuan antara kaum masih besar terutamanya dalam bidang pendidikan,
ekonomi dan pembangunan wilayah. Kerajaan hari ini melihat bahawa pembangunan
modal insan sangat penting terutamanya menjadikan modal insan berminda kelas
pertama.
Pembangunan modal insan mestilah menyeluruh terutamanya di kawasan luar bandar
dan pendalaman negara. Semua golongan sama ada yang bekerja, tidak bekerja,
pesara dan warga emas mestilah berilmu pengetahuan dan boleh menyumbang sesuatu
kepada negara terutama dalam bidang pendidikan dan ekonomi. Institusi pendidikan
seperti sekolah hanya dilihat sebagai pusat pembelajaran formal yang berorientasikan
peperiksaan tidak diberi peluang untuk sama-sama menyumbang kepakaran dalam
pendidikan tidak formal terutama pendidikan orang-orang dewasa.
Sudah tiba masanya institusi pendidikan yang berpengaruh seperti sekolah dalam
komuniti setempat terutamanya di kawasan luar bandar diberi peluang sama-sama
membangunkan modal insan. Bagi merealisasikan harapan ini kepimpinan sekolah
seperti guru besar haruslah berperanan memikul tanggung jawab tersebut. Bagi tujuan
itu mereka perlulah menempatkan diri mereka dalam kepimpinan komuniti setempat.
Melalui cara ini mereka berperanan untuk bersama-sama membantu membangunkan
modal insan dalam komuniti setempat.

11

6.0 REFLEKSI

Melalui tugasan ini, saya Nurul Aimuni bt Ab Malik dapat menyiapkan tugasan ini
pada masa yang ditetapkan. Oleh sebab di bawah bimbingan daripada pensyarah saya
iaitu Encik Nazidi, secara tidak langsung, saya dapat menyiapkan kerja khusus dalam
tempoh yang ditetapkan. Bukan itu sahaja, saya juga menghargai kerjasama daripada
rakan lain yang sanggup menolong atau tunjuk ajar tentang kesilapan saya dalam kerja
khusus projek ini.
Semasa melaksanakan projek ini, banyak pengalaman dan pengetahuan telah
saya dapat. Sebagai seorang bakal pendidik, pengalaman dan pengetahuan haruslah
dicari sebanyak yang mungkin untuk sebagai persediaan untuk dibawa ke alam
pekerjaan. Oleh itu, secara tidak langsung, saya dapat mengumpul ilmu pengetahuan
untuk dijadikan bahan bantu pengajaran pada masa yang akan datang.
Projek kerja kursus GPP 1063 Pengantar Pengajian Profesional ini juga
telah memberikan satu refleksi kepada diri saya tentang kursus yang
dipelajari khususnya kepada diri saya sendiri dan kepada masyarakat luar
amnya. Semasa menjalankan kerja kursus ini saya dapat mengenalpasti
kekuatan dan kelemahan sebenar diri saya serta dapat menentukan implikasi
yang dapat daripada penghasilan kerja kursus tersebut.
Selain itu, projek ini telah membuatkan hubungan silaturrahim antara saya
dengan kawan-kawan semakin rapat. Sikap toleransi dan bekerjasama pensyarah dan
semua rakan-rakan juga dapat ditingkatkan melalui proses menyiapkan projek ini. Hal ini
kerana saya lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan saya dan cara pengajaran
pensyarah serta hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami.
Saya juga tidak segan berjumpa pensyarah saya iaitu, Encik Nazidi untuk
bertanya masalah dan maklumat yang lebih lanjut. Pertanyaan ini harus dibuatkan
kerana dapat bertepatan dengan kehendak soalan. Setelah dibahagikan tugas, saya
juga selalu merujuk dengan rakan saya untuk mengukuhkan tugasan projek saya.
Dengan semangat dan kerjasama yang diberikan oleh rakan saya, akhirkan dapat
menyiapkan projek ini dengan baik. Dengan semangat ketabahan yang kuat, saya

12

membuat kerja khusus dengan bertungkus lumus serta bertanya dan berbincang
dengan kawan saya jika terdapat masalah dan persoalan.
Kekuatan saya iaitu memiliki kemahiran seperti menggunakan komputer telah
membantu saya menyiapkan kerja khusus ini dengan lancar. Seterusnya, saya
bersyukur kerana saya mengetahui teknik dan cara-cara yang betul untuk
mencari bahan-bahan rujukan dengan mudah tanpa sebarang tekanan.
Teknik mencari bahan ini mungkin semua sudah ketahui tetapi cara masingmasing pula yang menunjukkan hasil sama ada hasil yang sempurna atau
sebaliknya.
Saya dapat mencari bahan dengan agak cepat dan mudah kerana saya
telah mengetahui dengan mantap berkaitan tugasan yang perlu saya
sempurnakan serta mengetahui bahan-bahan apa yang bersesuaian dengan
tajuk kerja kursus ini serta mengetahui dimanakah tempat paling sesuai
untuk mencari bahan-bahan ini.
Saya juga mempunyai pengangkutan dan sumber kewangan yang
cukup untuk menyiapkan tugasan yang diberikan dengan sempurna tanpa
perlu ragu-ragu dan memperolehi wang yang mencukupi untuk mencari
bahan-bahan yang diperlukan serta dapat pergi ke tempat yang mempunyai
bahan rujukan dengan mudah. Jadi saya dapat melakukan kerja kursus
dengan kurangnya pergantungan terhadap orang lain dan proses menyiapkan
kerja kursus ini berjalan lancar.
Kelemahan selama melakukan projek ini ialah, pelbagai halangan yang saya
menghadapi, salah satu ialah tidak dapat menggunakan masa dengan bijaksana. Saya
telah banyak menggunakan masa dengan tidur dan bersembang kosong dengan rakanrakan sekeliling. Saya juga selalu menggunakan masa malam untuk melakukan projek
ini. Secara tidak langsung, ini telah menjejaskan prestasi pada hari yang seterusnya.
Selain itu, banyak kekurangan pada diri saya yang dapat saya ketahui
dalam proses untuk menyiapkan kerja kursus ini iaitu dalam aspek saya
sebagai pelajar dalam profesien keguruan masa kini. Saya juga kurang mahir
untuk menggunakan teknologi ICT dalam menyiapkan kerja kursus ini, jadi
proses untuk menyiapkan kerja kursus ini menjadi lambat dan tidak mengikut
13

perancangan yang telah saya rancangkan. Tanpa saya sedari kerja kursus ini
perlahan-lahan mengajar saya untuk menyiapkan diri secara perlahan-lahan
dalam menyesuaikan diri dengan profesion keguruan yang bakal menjadi
bidang saya pada masa hadapan.

Kelemahan yang lain yang dapat saya lihat ialah sikap suka
menangguhkan kerja hingga ke saat akhir yang sentiasa diamalkan oleh
saya. Saya melakukan kesilapan besar dengan menangguhkan untuk
menyiapkan kerja kursus ini hingga ke saat akhir. Hasil kesilapan ini
menyebabkan saya merasa tekanan dari semasa ke semasa menyiapkan
kerja kursus ini tetapi saya tetap melakukan yang terbaik untuk menyiapkan
kerja kursus ini.
Saya berharap ini adalah sikap suka menangguhkan kerja terakhir
yang saya lakukan dan berharap serta berusaha untuk berubah kepada sikap
tidak lagi suka menangguhkan sebarang kerja dan akan lebih menghargai
masa untuk kerja kursus akan datang.
Tambahan pula, saya juga kurang ilmu pengetahuan menghasilkan aktiviti yang
sesuai dengan tajuk, hal ini menyebabkan saya sangat susah menyiapkan projek ini.
Bahagian aktiviti ini telah saya menggunakan tempoh masa yang agak panjang dan
banyak kekangan yang dihadapi. Semasa menyiapkan bahagian ini, saya telah
menggunakan tempoh tiga hari dalam memahami dan mereka aktiviti sahaja, tetapi
dengan pertolongan kawan, saya telah menyelesaikan masalah dan kekangan yang
telah saya jumpai.
Satu lagi kelemahan saya adalah perasaan kurang yakin terhadap diri sendiri.
Saya sentiasa mencurigai diri sendiri sama ada idea sendiri betul atau tidak. Tapi, kawan
saya telah menolong meningkatkan keyakinan diri dengan memberi semangat kepada
saya.
Cadangan untuk penambahbaikkan diri sendiri ialah menyediakan jadual masa
untuk melaksanakan tugasan. Ini dapat memudahkan saya agar tidak akan berasa
tertekan untuk melaksanakan tugusan. Selain itu, dengan masa yang teratur, saya dapat
berada dalam keadaan yang baik. Contohnya, jika menyiapkan kerja dalam masa-masa
14

terakhir, sudah pastinya tidak cukup masa untuk tidur dan mengganggu masa kuliah
pada hari yang seterusnya.
Cadangan kedua ialah perlulah meningkatkan ilmu pengetahuan diri sendiri
supaya dapat menyiapkan tugasan dengan sempurna dan baik. Jika kita mempunyai
ilmu pengetahuan yang banyak, sudah pastinya tidak perlu selalu menggunakan kamus
untuk membuat rujukan. Bukan itu sahaja, ia juga dapat menjimatkan masa untuk
menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah.
Cadangan masa untuk menyiapkan projek ini adalah pada waktu petang. Hal ini
kerana, kebiasaannya kebanyakan guru pelatih tidur pada waktu petang. Oleh itu,
suasana di asrama agak senyap dan tiada gangguan yang berlaku pada masa itu. Pada
waktu lewat malam pun senyap, tetapi pada waktu tersebut tidak sesuai untuk
menyiapkan projek kerana ini akan menjejaskan prestasi pada hari seterusnya. Saya
berasa waktu yang lain tidak sesuai untuk menyiapkan projek ini kecuali pada waktu
petang.
Setelah menyiapkan projek ini, perasaan adalah sangat gembira dan bangga
atas kerjaya yang saya telah lakukan. Sepanjang melakukan projek ini, saya telah
mendapatkan banyak pengajaran. Contohnya, nilai kerjasama adalah penting dan patut
mengamalkannya. Ini disebabkan kerjasama adalah kunci untuk berjaya dalam
kehidupan kita.
Apa yang dapat saya rumuskan ialah kerja kursus ini banyak mengajar
erti kesabaran, ketepatan waktu, kekemasan dan berfikiran terbuka. Ciri-ciri
ini adalah antara yang terpenting yang perlu ada kepada sesiapa sahaja yang
memasuki alam profisien keguruan. Ciri-ciri ini juga amat diperlukan dalam
proses menyiapkan kerja kursus supaya hasil yang disudahkan mantap,
kemas dan sempurna.
Saya juga memperoleh pengetahuan yang meluas mengenai konsep
Pendidikan Sepanjang Hayat yang dilaksanakan di Malaysia adalah sangan
bermanfaat kepada negara. Malah, tanpa disedari kerja kursus ini banyak
menyentuh sikap-sikap yang perlu ada dalam setiap bakal guru dan bukan
diberikan

hanya

untuk

sia-sia

sahaja.

Saya

berharap

dapat

15

mengimplentasikan apa yang saya dapat daripada kerja kursus ini dalam
kehidupan sebagai bakal guru yang akan saya hadapi pada masa hadapan.
Akhir sekali, saya berharap pada masa yang akan datang, saya dapat
menyiapkan kerja khusus saya dengan baik sekali supaya dapat melatih saya menjadi
seorang guru yang akademik dan cemerlang sebelum saya tamat pengajiaan di IPG
Kampus Dato Razali Ismail. Saya juga berharap tugasan yang diberikan menjadi satu
medan bagi saya sebagai seorang bakal guru untuk membentuk peribadi yang baik.

BIBLIOGRAFI
Ahmad Fazullah Mohd Zainal Abidin, Jamal Rizal Razali, & Hasnah Hussiin. (2007).
Modal Insan Konsep, Aplikasi & Isu-isu Kontemporari dalam Cabaran
Pemerkasaan Tamadun Insan. Kuantan: Universiti Malaysia Pahang.

Fooi, F. S. (2005). Etika Perguruan. Kuala Lumpur: Percetakan Haji Jantan Sdn. Bhd.

Lengrand, P. (1981). Pengantar Pendidikan Sepanjang Hayat. Jakarta: Cv Haji


Masagung.

Tajul Ariffin Nordin, Roslee Ahmad, & Rahimawati Abdul Rahim. (2007). Membina
Pelajar Cemerlang . Johor Darul Ta'zim: Cetak Ratu Sdn. Bhd.

16

Anda mungkin juga menyukai