Anda di halaman 1dari 6

Pendidikan merupakan salah satu aspek yang terpenting dalam sesebuah negara.

Pendidikan mampu mengubah negara kepada tahap yang lebih baik dari segi peningkatan
ekonomi, budaya, politik, dan sosial seterusnya mengubah kehidupan manusia daripada
yang kurang baik kepada yang lebih baik. Pendidikan juga merupakan asas penting kepada
setiap individu untuk menjalani kehidupan seharian seterusnya berjaya di dalam hidup.
Pihak kerajaan telah merancang dan melaksanakan pelbagai usaha bagi memastikan setiap
rakyat di negara ini mendapat peluang pendidikan yang sewajarnya. Pendidikan berupaya
mengubah corak kehidupan seseorang ahli dalam sesebuah negara. Melalui pendidikan
juga dapat membentuk masyarakat yang berakhlak tinggi, berpengetahuan luas, bijaksana
serta mampu membuat keputusan, dan tegas dalam mengawal emosi, seterusnya dapat
memacu kegemilangan dan kecemerlangan sesebuah negara.

Namun, guru hari ini lebih memfokuskan kepada pengajaran dan kurang terhadap
pendidikan. Hal ini disebabkan oleh senario yang berlaku kini di mana masyarakat lebih
mementingkan keputusan yang dianggap penentu kepada masa depan. Berbeza dengan
zaman dahulu, guru lebih komited dan tegas sewaktu menjalankan tugas. Namun disebalik
ketegasan itu, guru pada zaman dahulu lebih ikhlas mendidik anak bangsa dengan harapan
kelak akan menjadi insan yang berguna. Mereka dihormati malah disanjung tinggi dan
mendapat tempat yang tertinggi dalam kalangan masyarakat. Kini, ketegasan,
profesionalisme dan hak bersuara guru menjadi suram di mata masyarakat, malah guru
tidak lagi disanjung dan dihormati oleh masyarakat. Ini menjadikan hubungan antara guru
dan masyarakat terutama pelajar sendiri semakin renggang dan tidak mesra. Kesannya,
semangat guru kian pudar untuk melaksanakan tanggungjawab yang lebih dedikasi.Selain
bebanan tugas yang semakin bertambah dan ditambah pula dengan sikap pelajar pada
masa kini, motivasi dan semangat sesetengah guru untuk mendidik anak bangsa mulai
luntur dan merudum. Mereka tidak lagi memegang falsafah ingin bertanggungjawab
memberi pendidikan kepada anak bangsa, tetapi lebih kepada mengajar semata-mata.

Sebelum membincangkan isu ini dengan lebih lanjut, kita akan melihat
apakah yang dimaksudkan dengan pengajaran dan pendidikan. Secara umumnya, mengajar
adalah lebih menjurus kepada kaedah yang membabitkan proses penyampaian ilmu
pengetahuan daripada guru kepada pelajar dan lebih menumpukan kepada pembangunan
intelektual dan juga pengetahuan akademik. Manakala mendidik pula membawa maksud
proses membentuk sahsiah atau akhlak seseorang individu dan ia memerlukan tempoh
masa yang panjang untuk membentuk akhlak pelajar yang baik. Terdapat banyak tafsiran
dan pandangan yang pelbagai dan sentiasa berubah mengikut peredaran zaman, tujuan
dan tugasnya. Di sini akan dihuraikan sedikit beberapa maksud pendidikan yang telah
dikemukakan oleh beberapa ahli falsafah dan tokoh ilmuan dari Barat dan Islam. Swift D.F di
dalam bukunya “Sociology of Education” menghuraikan pendapat-pendapat yang
dikemukakan oleh beberapa orang sarjana dan ilmuan dari Barat berkenaan dengan
pendidikan. Antaranya ialah, Plato yang berpendapat, pendidikan ialah suatu proses untuk
membentuk individu yang berakhlak mulia. Beliau menyokong pendapat Socrates bahawa
tujuan pendidikan ialah memberi latihan moral kewarganaegaraan yang baik. Menurut
Aristotle pula, pendidikan ialah ilmu yang bersifat etikal dan politikal.

Menurut beliau, tujuan pendidikan ialah memberikan setiap warganegara peluang


untuk mencapai kebahagiaan hidup, manakala John Dewey pula mengatakan bahawa
pendidikan adalah satu proses perkembangan individu. Mengikut beliau, pendidikan
merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan
semula jadi yang ada padanya, supaya dapat hidup dengan lebih berguna dan lebih selamat
lagi. Atan Long pula di dalam bukunya bertajuk “Psikologi Pendidikan” memuatkan di
dalamnya beberapa pandangan mengenai pendidikan yang telah dikemukakan oleh
beberapa sarjana dan ilmuan Islam. Antaranya ialah; Syed Muhammad Qutb menyatakan
bahawa pendidikan adalah proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang.
Menurut beliau, tujuan utama pendidikan ialah untuk memperkembangkan potensi intelek,
fizikal, emosi dan rohani manusia ke arah tahap kesempurnaan.

John McDonald menghuraikan perbezaan pendidikan diantara masyarakat primitif


dengan masyarakat moden. Pengertian pendidikan dalam masyarakat primitif ialah latihan
vokasional dan pelajaran adat resam, kepercayaan serta cara sembahyang, dismapaikan
melalui tunjuk ajar dengan secara tidak langsung daripada keluarga dan pergaulan dengan
orang dewasa. Manakala pengertian pendidikan bagi masyarakat moden pula merupakan
latihan khusus menguasai kemahiran dan memperolehi ilmu pengetahuan yang penting
untuk kehidupan disampaikan melalui pengajaran secara langsung daripada guru yang
berilmu tinggi serta mempunyai kemahiran mengajar.

Amar al-Shaibani berpendapat pendidikan adalah digunakan untuk melatih manusia


membuat persiapan bagi kehidupan dunia dan akhirat. Menurut al-Ghazali pula, proses
pendidikan hendaklah merangkumi aspek intelek latihan jasmani serta pembinaan akhlak
yang mulia, berani dan hormat - menghormati.
Firman Allah di dalam Surah Al-Alaq ayat 1 yang bermaksud : “Bacalah!!! Dengan
Nama Tuhanmu yang menjadikan”, jelas menunjukkan betapa peri pentingnya
pendidikan kepada setiap umat manusia dengan tidak mengira jantina, agama,
budaya, umur, keturunan dan sebagainya Begitu juga dengan sabda Nabi Muhammad
SAW yang bermaksud : “Menuntut ilmu itu wajib bagi bagi setiap lelaki dan perempuan”,
jelas memberitahu kepada kita bahawa setiap orang tidak kira lelaki atau perempuan
dikehendaki menuntut ilmu atau dalam erti kata lainnya mempunyai pendidikan.

Sharifah Alwiyah Alsagoff menghuraikan di dalam bukunya “Falsafah


Pendidikan” pengertian pendidikan sebagai satu proses atau aktiviti yang berikut:-
· Pendidikan sebagai proses persekolahan formal.
· Pendidikan sebagai proses latihan.
· Pendidikan sebagai proses perkembangan fizikal, intelek, social dan emosi seseorang
individu.
· Pendidikan sebagai proses indoktrinasi dengan tujuan agar pelajar akan mempercayai
apa yang disampaikan.
· Pendidikan sebagai proses yang berterusan untuk kemajuan individu seumur hidup.
· Pendidikan sebagai aktiviti yang bersepadu untuk mencapai matlamat seperti
memperolehi kemahiran pengetahuan dan sikap dengan secara integrasi.
· Pendidikan sebagai satu disiplin, seni dan sains.

Mok Soon Sang di dalam bukunya “Pendidikan di Malaysia” merumuskan bahawa


pendidikan ialah suatu proses atau aktiviti yang berusaha untuk memperkembangkan
fizikal, intelek, social dan emosi seseorang individu serta menambahkan kemahiran,
kebolehan, pengetahuan dan pengalaman supaya dapat member kegembiraan, faedah dan
kemajuan dalam kehidupannya, membantu dan mendorongnya bertindak dengan cara yang
lebih sihat bagi faedah diri sendiri serta masyarakat, bangsa dan negaranya.

Menurut Anuar Ahmad (UKM), sesetengah orang tidak dapat membezakan antara
pendidikan asas dan pendidikan menengah. Pendidikan asas adalah satu konsep yang
besar dan luas. Tanpa mengira usia atau ruang, pendidikan asas boleh sahaja bermula
sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah, universiti atau usia tua. Pendidikan asas
yang dimaksudkan ialah satu komponen ilmu yang diberikan kepada individu meliputi asas-
asas kehidupan sama ada sebagai seorang individu manusia atau sebagai ahli dalam
sesebuah Negara. Seringkali pendidikan asas dikaitkan dengan akronim 3M (membaca,
menulis dan mengira). Sebenarnya pendidikan asas juga meliputi soal pendidikan kesihatan
dan penjagaan diri, kemahiran komunikasi dan berinteraksi serta berkaitan dengan
pembangunan moral dan agama.

Kesimpulannya, pendidikan berupaya mengubah corak kehidupan seseorang ahli


dalam sesebuah Negara. Melalui pendidikan juga dapat membentuk masyarakat yang
berakhlak tinggi, berpengetahuan luas, bijaksana dalam membuat keputusan, dan tegas
dalam mengendalikan emosi seterusnya dapat memacu kegemilangan dan kecemerlangan
sesebuah Negara.

Rujukan
Atan Long (1976-1978), Psikologi Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
Mok Soon Sang (1991), Pendidikan Di Malaysia, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, Kuala
Lumpur
Sharifah Al-sagoff (1985), Sosiologi Pendidikan, Heinmann(Malaysia) Sdn.Bhd. Petaling
Jaya
Swift, D.F (1969-1973), The Sociology of Education, Routledge & Keagan Paul, London
Portal Pendidikan Utusan, www.tutor.com.my

DEFINISI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Apa dia pengajaran?
Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan
muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk
melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing,
menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi
memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.
Apakah ciri-ciri Pengajaran?
 guru dan murid,
 guru sebagai pengajar dan murid sebagai pembelajar,
 hanya bermakna apabila ada pembelajaran,
 melibatkan instruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan pelaziman,
 melibatkan proses pemikiran dan penggunaan bahasa atau symbol,
 ada kaitan dengan tugasan dan pencapaian,
 boleh dijalankan dengan aktiviti berpusatkan guru, murid dan gabungan guru-murid
serta berpusatkan sumber,
 meliputi rancangan mengajar (KOPI),
 proses yang melibatkan interaksi dua hala,
 ada unsur sains dan seni
Dari segi bahasa, menurut kamus terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (1993) Perkataan
Pengajaran dan Pembelajaran adalah berasal dari satu kata dasar yang sama iaitu ajar
yang bermaksud petunjuk yang diberikan kepada orang lain. Pengajaran bermaksud segala
yang berkaitan dengan mengajar atau mengajarkan ( seperti caranya, sistemnya dan lain-
lain).

Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu
pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Ia meliputi perkara-perkara seperti aktiviti
perancangan,pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian dengan tujuan
menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar-pelajar dengan cara yang
berkesan.

Mengikut Rosnini Abu dan Ramlah Hamzah dalam buku Pedagogi 1 (1998), salah satu
factor yang mempengaruhi pembelajaran dan pengajaran murid ialah suasana dan iklim bilik
darjah.Salah satu aspek yang perlu diambil berat dalam mewujudkan iklim bilik darjah yang
baik ialah suasana fizikal. Penyelidikan menunjukkan suasana fizikal bilik darjah member
sumbangan kepada tahap pembelajaran murid. Guru perlu memastikan susun atur di dalam
bilik darjah mesti teratur dan kelengkapan bilik darjah yang mencukupi sebelum memulakan
sesi persekolah atau pengajaran dan pemelajaran. Selain itu, guru perlu memastikan bilik
darjah berada dalam keadaan bersih dan sesuai untuk mengadakan proses pengajaran dan
pembelajaran.

Analisis:

Saya merasakan masalah ini timbul besar kemungkinan disebabkan oleh:

 Kesedaran murid tentang kebersihan kelas dan diri sendiri berada ditahap yang amat
rendah.
 Kepentingan kebersihan kelas dan diri bagi pembelajaran amat kurang dalam diri
setiap murid.
 Tiada sifat tanggungjawab dalam diri setiap murid untuk menjaga kebersihan kelas.
 Sikap malas dalam diri murid untuk membersihkan kelas.
 Sikap sambil lewa murid-murid terhadap kebersihan kelas.

Cadangan:

 Saya akan meminta murid-murid mengutip sampah yang berada di bawah meja dan
di sekeliling mereka selepas bacaan doa.
 Saya memperuntukkan 2 minit untuk murid-murid membersihkan kelas dan bersedia
untuk sesi pangajaran dan pembelajaran.
 Menasihatkan murid-murid tentang kepentingan menjaga kebersihan dalam Islam.
 Saya cuba memberi motivasi dan kesedaran kepada murid-murid dengan membuat
hubungkait di antara kebersihan, proses belajar dan kehidupan mereka sekiranya boleh dan
bersesuaian.

Anda mungkin juga menyukai