Anda di halaman 1dari 10

PENGENALAN

Apa itu pusat jagaan kanak-kanak atau pusat jagaan


harian?
Banyak pusat jagaan kanak-kanak di Malaysia juga merupakan tadika atau taska dan
menerima kanak-kanak daripada dua tahun (atau lebih muda lagi) hingga enam tahun. Pusat
jagaan kanak-kanak (juga dikenali sebagai pusat jagaan harian atau nurseri) adalah tempat di
mana kanak-kanak dijaga dalam persekitaran yang selamat dan merangsangkan. Jumlah
kanak-kanak dalam setiap pusat jagaan adalah berbeza, bergantung kepada jumlah pekerja
yang berkelayakan dan ruang yang diperlukan untuk menjaga kanak-kanak dalam keadaan
selesa.
Terdapat beberapa jenis pusat jagaan yang berbeza:

pusat jagaan harian di tempat kerja (disediakan oleh syarikat-syarikat besar atau
antarabangsa);

pusat jagaan kelolaan kerajaan atau badan amal;

pusat jagaan swasta yang biasanya turut menempatkan taska atau tadika.
Standard penjagaan juga berbeza dan terpulang kepada anda sendiri untuk membuat kajian
mengenai faktor-faktor penting seperti kelayakan pekerja, nisbah penjaga-anak, keselamatan
makanan dan kebersihan.

Apakah waktu operasi pusat jagaan kanak-kanak?

Kebanyakan pusat jagaan memenuhi keperluan ibu bapa yang bekerja sepenuh masa,
dan mereka biasanya dibuka dari jam 8 pagi (atau lebih awal) hingga 6 petang.
Sesetengahnya juga dibuka lebih lama daripada itu. Kebanyakan pusat ditutup untuk
beberapa waktu dalam setahun. Contohnya, mereka mungkin tutup selama beberapa minggu
sewaktu cuti sekolah, Hari Raya atau Tahun Baru Cina. Ini bermakna anda perlu mengambil
cuti juga, atau mencari seseorang untuk menjaga anak anda ketika itu

Berapakah kos untuk menghantar anak ke pusat jagaan?


Kosnya bergantung kepada di mana anda tinggal. Sesetengah majikan mungkin
menanggung sebahagian daripada kos (bergantung kepada kontrak anda atau polisi syarikat).
Jika anda mempunyai lebih daripada seorang anak, anda mungkin perlu membayar dua kali
ganda, walaupun sesetengah pusat jagaan mungkin menawarkan diskaun bagi anak kedua
atau seterusnya.

Apakah yang anak saya lakukan di pusat jagaan?


Pusat jagaan adalah tempat di mana anak-anak kecil boleh bermain, belajar, makan
dan berehat. Mereka seharusnya berpeluang untuk melakukan aktiviti seperti melukis,
mendengar cerita, bermain muzik, menyanyi dan bermain, dan mereka boleh memilih aktiviti
apa yang ingin dilakukan.
Mereka juga boleh bermain dengan kanak-kanak lain, dan biasanya ada kawasan di
luar untuk mereka membuat aktiviti. Mungkin terdapat bilik berasingan bagi kumpulan umur
yang berbeza supaya bayi tidak akan diganggu oleh abang-abang dan kakak-kakak yang lebih
besar. Nisbah kanak-kanak dan penjaga juga berbeza berdasarkan umur kanak-kanak.
Pusat jagaan juga biasanya mempunyai rutin tertentu bagi kanak-kanak (tidak bagi
bayi) dan mereka digalakkan untuk menuruti rutin ini. Contohnya, kebanyakan pusat
menggalakkan kanak-kanak tidur sebentar selepas makan tengahari. Walau bagaimanapun,
pusat jagaan yang bagus akan cuba memahami rutin seseorang anak itu sebelum ini dan cuba
untuk memudahkan proses peralihan.

Apakah yang boleh ditawarkan oleh pusat jagaan kepada


bayi?
Tidak semua pusat menerima bayi yang terlalu muda. Contohnya, pusat jagaan harian
yang turut mempunyai tadika mungkin tidak menerima kanak-kanak yang lebih muda
daripada 18 bulan, atau mungkin hanya menerima kanak-kanak yang sudah berjalan atau
yang sudah dilatih ke tandas.
Dengan menyemak beberapa pusat jagaan yang berlainan, anda boleh mendapat idea
pusat mana yang anda rasa sesuai bagi anak anda.

KEBAIKAN KANAK-KANAK DIPUSAT ASUHAN


Suatu ketika dahulu, hanya golongan bapa keluar bekerja mencari nafkah tetapi kini
wanita juga memikul beban yang sama bagi menambah pendapatan keluarga.Namun, timbul
persoalan, jika ibu juga keluar bekerja, bagaimana dengan penjagaan anak-anak? Siapakah
yang bertanggungjawab menjaga dan memantau aktiviti harian mereka?Apakah
meninggalkan anak-anak untuk dijaga oleh neneknya adalah sesuatu yang wajar? Atau
adakah taman asuhan kanak-kanak atau ringkasnya taska merupakan alternatif terbaik?Itu
adalah dilema yang sering dihadapi oleh kebanyakan keluarga apabila ibu bapa bekerja.
Dengan senario masa kini yang menakutkan berikutan kes penculikan kanak-kanak
semakin menjadi-jadi, ibu bapa yang bekerja terus dihimpit dilema.Segala-galanya terletak di
tangan ibu bapa itu sendiri dalam mencorak dan memastikan keselamatan anak-anak.
Pada era globalisasi ini, ibu bapa digalakkan menghantar anak-anak di bawah seliaan
taska daripada menghantar anak ke rumah orang lain. Pelbagai kelebihan dan kebaikan

sekiranya anak-anak dihantar ke taska mahupun pusat jagaan kanak-kanak yang berdaftar.
Antara kelebihan yang diperolehi ialah:

kanak-kanak dikawal rapi dari segi keselamatan dan pemakanan.


pemakanan kanak-kanak tersebut begitu dititikberatkan supaya mereka dapat
membesar dengan sihat.
Kanak-kanak akan diberi makanan berkhasiat seperti bijirin, roti, telur, sup
sayur, daging, ayam, biskut dan bihun goreng.
sentiasa memastikan makanan yang dihidangkan kepada kanak-kanak
mengandungi karbohidrat, protein, vitamin dan kalsium untuk keperluan
tumbesaran mereka, katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.
kanak-kanak juga didedahkan dengan pelbagai aktiviti bermanfaat.

Selain itu sebaik sahaja ibu bapa menghantar anak-anak ke taska yang dipercayai
para pengasuh telah bersiap-sedia dengan aktiviti menyeronokkan yang akan membuat
kanak-kanak berasa seronok dan tertarik.Di taska, aktiviti dijalankan turut mengambil kira
faktor umur dan keupayaan kanak-kanak itu sendiri.Misalnya, bayi berusia tiga hingga 12
bulan akan melakukan aktiviti seperti mendengar muzik, menggenggam jari, sentuhan, main
alat yang mengeluarkan bunyi atau tindak balas cermin.

Kanak-kanak berusia dua hingga empat tahun pula lebih cenderung melibatkan diri

dalam aktiviti mengenal warna, saiz, melukis, menghasilkan kraf tangan, menyanyi,
berdrama dan menari. Pada kebiasaaanya aktiviti paling digemari kanak-kanak di taska ialah
sesi bercerita dan lakonan.Menerusi cerita dan lakonan yang disampaikan oleh pengasuh,
kanak-kanak bukan sahaja terhibur malah mudah memahami apa yang hendak disampaikan
dalam kisah tersebut. Kanak-kanak akan berasa gembira dan terhibur apabila permainan
mereka diselitkan dengan pelbagai informasi dan pendidikan.

Terdapat segelintir ibu bapa yang tidak menggalakkan anak-anak mereka bermain

kerana menganggap sesi bermain hanya merugikan dan membuang masa.Aktiviti atau

permainan ini juga merupakan salah satu persediaan diri kanak-kanak untuk menempuh alam
remaja dan dewasa. Selain itu, jika ibu bapa melihat anak-anak mereka bermain pasir, jangan
cepat melenting tetapi seelok-eloknya memberitahu mereka bahawa pasir tidak elok untuk
dijadikan alat mainan.Beritahu anak-anak, terdapat bermacam-macam benda dalam pasir,
antaranya bakteria yang boleh mendatangkan penyakit. Gunakan cara ini lebih berkesan
daripada memarahi kanak-kanak tersebut.
Menempatkan anak-anak di pusat asuhan juga dapat menyakinkan pihak ibu bapa
bahawa gerak-geri kanak-kanak akan diawasi oleh pengasuh yang terlatih. Kebanyakan pusat
asuhan kanak-kanak juga akan melarang kanak-kanak bermain di luar premis tanpa
pengetahuan pengasuh. Pihak pusat asuhan juga akan memastikan kanak-kanak yang berada
dibawah jagaannya terselamat atau terhindar dari ancaman keselamatan seperti kemalangan,
terjatuh dalam longkang atau bermain alatan tajam, bergaduh dengan rakan. Ibu bapa tidak
perlu khuatir akan kecekapan para pengasuh dalam menjaga anak mereka kerana kebiasaanya
pengasuh dipusat jagaan kanak-kanak yang berdaftar ini adalah individu yang terlatih.

KEBURUKAN KANAK-KANAK DIPUSAT ASUHAN


Menempatkan anak di pusat jagaan atau pusat asuhan juga mempunyai keburukan
juga. Kita juga harus melihat dari sudut negatif akan kewujudan pusat asuhan kanak-kanak
ini. Pelbagai faktor dalaman dan luaran yang akan menyebabkan perkara yang tidak diingini
berlaku. Acapkali kita mendengar berlakunya kes penderaan di pusat asuhan terutama pusat
asuhan yang tidak berdaftar. Ibu bapa haruslah memilih pusat asuhan dengan lebih berhatihati supaya perkara yang tidak diingini berlaku kepada anak-anak . . Secara tidak langsung,
pengasuh yang diambil kerja tersebut tidak mempunyai pengalaman dan pendedahan dalam
penjagaan kanak-kanak yang sempurna.
Pusat asuhan yang tidak menghantar pelatih atau perkerja ke tempat latihan yang
bertuliah ini memberi alasan bahawa kos yang dikenakan tersebut adalah sangat mahal, selain
itu juga alasan yang diterima oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat oleh pusat asuhan tidak
berdaftar ini juga memberi alasan tiada pendedahan maklumat untuk memberi latihan seperti
masa, tempat serta maklumat dari Kerajaan untuk memberi latihan kepada pelatih atau
pengasuh mereka. Sikap tidak peka ini secara tidak langsung salah satu telah menyebabkan

kes penderaan kanak-kanak ini meningkat dari semasa ke semasa sama ada yang dilaporkan
atau tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa.
Dengan peningkatan kes ini secara tidak langsung menyebabkan terpalik kefahaman
atau pemikiran kepada masyarakat bahawa pusat asuhan yang ada pada masa kini adalah
tempat tidak selamat untuk anak-anak mereka. Selain berlakunya kes penderaan terhadap
kanak-kanak ini pusat asuhan ataupun jagaan ini akan menyebabkan pelbagai unsur negative
seperti:
Penyakit berjangkit mudah merebak. Kalau ada penyakit berjangkit ( tak
serius) seperti selesema memang payah diubati sebab kanak-kanak lain akan
berjangkit dan ia akan berulang-ulang. Kanak-kanak juga akan mudah
mendapat

penyakit

ataupun

demam

yang

berkemungkinan

akan

memudaratkan kanak-kanak tersebut.


Tiada tumpuan diberikan secara individu kepada setiap kanak-kanak yang
terdapat di pusat asuhan tersebut. Kerana bilangan kanak-kanak yang ramai
sukar untuk pengasuh memberikan tumpuan pada setiap individu.
Penjagaan ikut masa yang ditetapkan haruslah dituruti oleh ibu bapa yang
meletakkan anak-anak mereka di pusat asuhan. Penjaga haruslah mengambil
anak dengan masa yang telah dijanjikan jika terlewat maka pihak penjaga
haruslah member bayaran yang lebih
Kesesakan juga akan berlaku jika terlampau ramai kanak-kanak diambil dan
ruang yang ada terhad. Terdapat beberapa pusat asuhan yang suka mengambil
kanak-kanak secara berlebihan sedangkan pengasuh yang terdapat dipusat
tersebut hanya sedikit. Ini akan menyebabkan ketidakselesaan kepada kanakkanak tersebut.
Kanak-kanak kurang mendapat kasih sayang dari ibu bapa mereka sendiri
kerana sibuk dengan pekerjaan meraka seharian. Kanak-kanak yang sejak
kecil lagi ditempatkan di pusat asuhan menjadi kurang rapat dengan ibu bapa
mereka. Ini akan menyebabkan jurang diantara anak dan ibu bapa.

KESIMPULAN
Pusat jagaan harian yang tersedia pada hari ini sememangnya mempunyai kebaikan
dan keburukannya tersendiri. Namun, ibu bapa haruslah bijak dalam memilih pusat jagaan
harian dengan membuat persediaan awal dalam memastikan pusat jagaan harian atau taska
yang mementingkan keselamatan dan kebaikan kanak-kanak untuk mengelakkan sebarang
risiko kemungkinan yang akan berlaku. Keselamatan dan keberkesanan pusat jagaan harian
dalam membentuk modal insan dalam diri kanak-kanak haruslah diutamakan.

Contoh artikel yang melibatkan pusat jagaan kanak-kanak

Anda mungkin juga menyukai